KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 10 May 2012

RAKYAT MALAYSIA BAKAL TIDAK DAPAT MENUNAIKAN HAJI!!!





MB difahamkan bahawa Kerajaan Arab Saudi meminta Malaysia mengambil langkah dan tindakan sewajarnya bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terlibat dengan demotrasi atau perhimpunan aman yang berlaku di Mekah dan di Madinah seperti mana yang telah berlaku pada 26 April 2012. 

Malah kerajaan Arab Saudi kini dalam pertimbangan untuk menyekat ataupun menggantung kemasukkan jemaah haji dari Malaysia pada musim-musim akan datang ekoran daripada kegiatan tidak beradab beberapa penyokong bersih di Tanah Suci itu. Perkara ini dinyatakan kerajaan Arab Saudi menerusi satu nota diplomatik bertarikh 3 Mei 2012 yang dikeluarkan oleh kedutaannya di sini. Dinyatakan juga supaya rakyat Malaysia di sana mematuhi undang-undang dan norma-norma tempatan Arab Saudi.

Persoalan disini yang MB utarakan ialah sekiranya Kerajaan Arab Saudi menyekat kemasukkan jemaah dari Malaysia, siapakah perlu dipersalahkan? Seperti sedia maklum menteri luar telah berusaha keras untuk mendapatkan tambahan kuota untuk jemaah dari Malaysia. Tapi akhirnya kerana "setitik nila, rosak susu seperiuk".


Adakah ini merupakan agenda tersembunyi antara 2 orang penting di dalam menjayakan Bersih 3.0 dalam menghancurkan ISLAM di Malaysia? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...