KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Cabaran. Show all posts
Showing posts with label Cabaran. Show all posts

Sunday, 22 April 2012

ADAM ADLI GENTAR DENGAN CABARAN MB

Diantara Pemimpin yang lantang membantah SEKS BEBAS&LGBT

SYABAS diucapkan dari MB kepada penganjuran perhimpunan aman ini. MB tengok program ini mempunyai objektif yang sangat jelas dan murni dalam usaha kita menolak seks bebas dan LGBT dalam negara Malaysia tercinta ini.

MB melihat lebih daripada 5,00 rakyat yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan peringkat umur datang memberi sokongan dalam program ini sebagai tanda menentang seks bebas dan LGBT ini.



MB gembira melihat sokongan daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang yang turut hadir malah ada mahasiswa daripada UPSI turut hadir memberi 1001 sokongan. Tahniah MB ucapkan.

Apa yang MB terkilan disini apabila cabaran MB kepada ADAM ADLI (Penari Tiang) dan rakan-rakannya  serta kepada pemimpin PAS yang terlibat dalam DEMO GAGAL untuk datang menyatakan sokongan MENOLAK SEKS BEBAS DAN LGBT ini tidak dipedulikan. Adakah mereka ini sebenarnya menyokong  SEKS BEBAS&LGBT??? Mungkin juga kerana difahamkan Penari Tiang pun mempunyai 3 orang awek.hmmmm....

Apapun alasan yang diberikan, MB ingin menyatakan bahawa janganlah kita terlalu menjadikan politik itu sebagai kesimpulan bagi segala-galanya. Kita harus mengenepikan soal politik dan fahamannya. Mari kita bersama-sama menolak SEKS BEBAS & LGBT ini!!!

Wednesday, 11 April 2012

MB CABAR PAS, PAKATAN RAKYAT, PRO-MAHASISWA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA


MB disini ingin mencabar seluruh ahli PAS, UMNO, PAKATAN RAKYAT, BARISAN NASIONAL, PRO MAHASISWA, SMM dan SELURUH rakyat Malaysia yang masih mempunyai hati dan jiwa untuk bersama-sama turun pada:

                                      Tarikh : 21 April 2012
                                      Tempat : Dataran Merdeka

MB ingin melihat tokoh-tokoh hebat seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nurul Izzah dan lain-lain yang kononnya mempunyai pegangan agama yang tinggi untuk turut serta dalam perhimpunan Aman ini bagi membuktikan anda semua menolak SEKS BEBAS. Adakah mereka-mereka ini berani menyahut CABARAN MB??? Kita tunggu dan lihat. 

Dan MB turut mencabar Pro Mahasiswa Nasional, Pro Mahasiswa setiap IPTA, SMM, Kelab IQRA seluruh IPTA dan seluruh umat ISLAM serta rakyat Malaysia untuk datang ke perhimpunan aman bagi menolak SEKS BEBAS ini seperti mana yang anda semua laung-laungkan berkaitan BERSIH. MB ingin mengajak anda semua BERSIHKAN MALAYSIA daripada SEKS BEBAS!!! ADAKAH ANDA SEMUA BERANI MENYAHUT CABARAN INSAN KERDIL SEPERTI MB ini???

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.... Mari anda BUKTIKAN perjuangan yang anda laungkan selama ini.....

FAHMI REZA DAN TEMAN WANITA KANTOI!!! PANAS!!!

Teman Wanita Fahmi Reza yang dikantoikan



Fahmi Reza dan teman wanitanya yang pada pandangan peribadi MB tidak seksi pun tapi MENGELIKAN  telah pun dikantoikan di Dataran Merdeka pada 7 April 2012. Apa yang MB maksudkan dengan KANTOI itu ialah apabila dia telah mengadakan sebuah “teater” khusus seperti yang dimaklumkan pada “Dato” yang meronda kawasan itu sebenarnya adalah sebuah bengkel khas untuk melatih dan membentuk para demonstran generasi alaf baru konon-kononnya di Malaysia.

MB terkejut apabila mendengar cerita ini daripada sahabat blogger pasal cerita ini. Mengapa tergamak seorang anak muda sanggup menimbulkan fenomena bagi mengaibkan Negara dan menimbulkan suasana tegang di Malaysia sehingga begitu sekali??? Sedarkah KAMU bahawa ramai rakyat sudah mula bimbang untuk keluar rumah kerana sudah rasa tidak selamat???

MB juga mendapat maklumat ada juga pelajar daripada oversea mengikuti bengkel ini. Kenapa kamu yang belajar sehingga ke oversea sanggup mengadaikan maruah Negara kepada pengkhianat-pengkhianat Negara ini??? Apa hebatnya habuan yang kamu dapat untuk merosakkan Negara ini???

Pasangan yang Mengelikan MB


MB benar-benar sedih dan kecewa melihat anak bangsa MB sendiri menjadi pengkhianat kepada Negara!!! Peliknya orang-orang seperti ini menjadi sanjungan SMM, Pro Mahasiswa dan Pakatan Rakyat sendiri. Kenapa Pengerusi Pro Mahasiswa yang dikatakan menegakkan agama ISLAM tidak menegur mereka berdua ini ataupun tazkirahkan mereka dari segi batas-batas agama dan pemakaian mereka??? Perlu ke MB upload gambar-gambar pasangan romantik ini untuk anda mengkaji???

MB disini mencabar Fahmi Reza dan teman wanitanya serta mereka-mereka yang hadir ke bengkel “teater” ini untuk datang ke perhimpunan aman menolak SEKS BEBAS pada 21 April 2012 ini. Takkan Fahmi Reza tidak tahu jalan ke Dataran Merdeka ini kut??? Tapi MB rasa Fahmi Reza tidak berani datang ke perhimpunan yang bertujuan baik-baik ini…..

Untuk cerita lebih lanjut, boleh lihat di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...