KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 5 October 2012

KONSPIRASI BERSIH KAMPUS DI UIAM




Konspirasi Bersih Kampus berjaya di UIAM. Hasil maklumat dalaman yang MB perolehi memberitahu bahawa kegagalan sistem e-voting di UIAM dalam Pilihanraya Kampus tempoh hari sebenarnya telah dirancang rapi oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bersama sekutunya di dalam UIAM sendiri. Bang Anwar Bin Ibrahim telah berunding bagi memastikan kemenangan Pro-Mahasiswa ini berjalan seperti dirancang bagi menimbulkan provokasi maksimum. Semua pihak telah mengetahui bahawa Pro-Aspirasi pasti kalah teruk di UIAM.




Beberapa strategi telah diaturkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menimbulkan provokasi dalam meraih kemenangan itu antaranya sistem e-undi telah diprogram supaya mengalami masalah dengan cara memuat naik nama pengundi atau pelajar secara serentak sekali gus sehingga kapasiti sistem tidak dapat menampung pertambahan yang mendadak. Apabila tiba di hari pengundian, sistem ini akan terganggu kerana ia tidak berada dalam keadaan stabil dari awal lagi. Tujuan rancangan ini dibuat adalah untuk mencetuskan persepsi bahawa sistem e-voting sememangnya ada kelemahan dan boleh dimanipulasi. Sebaliknya, dalam sistem manual, pihak pengurusan Pilihanraya Kampus mempunyai peluang untuk memanipulasi kertas undi tanpa diketahui oleh sesiapa termasuk dengan memalsukan jumlah pengundi sebenar. Melalui pihak-pihak tertentu berkenaan, proses manipulasi undi manual dilakukan lebih awal dan terancang. Terdapat perbezaan undi yang ketara oleh calon Pro-Mahasiswa yang sebenarnya tidak logik. Ini bertujuan menimpulkan persepsi Pro-Mahasiswa mendapat sokongan padu.



Tujuan UIAM dipilih dalam Konspirasi Bersih Kampus ini kerana Bang Anwar Bin Ibrahim telah mengetahui bahawa UIAM ini adalah kubu kuat Pro-Mahasiswa bukan UM seperti yang di heboh-hebohkan. Pro-Mahasiswa di UM digunakan sebagai balaci Bang Anwar Bin Ibrahim dalam menimbulkan ketegangan dalam kampus dan negara. Jesteru undian semula yang dibuat memberi peluang besar kepada Pro-Mahasiswa dan Pembangkang dalam menaikkan semula reputasi mereka ini. Jika rancangan ini dilaksanakan di UM, peluang Pro-Mahasiswa untuk menang secara undi manual  masih 50-50. Disebabkan itu Bang Anwar Bin Ibrahim tidak mahu mengambil risiko tersebut. Inilah sebabnya Pilihanraya Kampus di UIAM telah disetkan membuat re-election bagi mengunakan undian manual serta secara langsung menimbulkan ketegangan dan persepsi buruk kepada pentadbiran walaupun sebenarnya di peringkat pentadbiran itu duri dalam daging yang sebenarnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...