Siapa lelaki berpakaian pas ini?? Adakah dia penyumbang RM didalam pergerakan ini?
Amboi... Seksinya... Takkan ramai mahasiswa Pro M yang islamic tidak boleh buat tazkirah sikit. MB rasa lebih baik daripada buat demo. Apa pendapat anda?
Siapa mereka berdua ini? Dengar kata mereka antara perancang utama didalam setiap demo yang dilakukan.
Ini antara orang-orang yang merosakkan negara tercinta. Sedarlah anda semua. Jangan gadai maruah bangsa hanya kerana kepentingan individu.
MB terkedu dan terkilan melihat budaya yang di tunjukkan oleh Adam Adli dengan kawan-kawan mereka. BODOH!!! Kalung bunga yang diletakkan pada gambar itu adalah apa yang di lakukan oleh kaum india. Inikah budaya mahasiswa yang kononnya kami golongan terpelajar.
MB ingin bertanya, inikah mahasiswa yang seluruh rakyat malaysia inginkan??? Jangan terpengaruh dengan anasir-anasir yang hanya untuk kepentingan peribadi. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia hanya duduk dan lihat sahaja mereka memperlekehkan pemimpin anda??? Mana pemimpin Malaysia yang ada? Masih simpan taring ka???
Siapa kenal lelaki berbaju putih tu? Tian Chua - Naib Presiden PKR..Dia ni pinjam PTPTN juga ke?
Ini Syahid (Batu Nisan)
Pelajar-pelajar gagal dan belum tamat belajar
Ini 5000 pelajar ke???
Sistem jalan raya terganggu...
Sedarlah wahai rakan2 ku!!!
Mengganggu orang ramai...
x perlu kata apa2..
Sape tu? Fahmi reza dan hm....hehe
Sape mamat ni?
MB mendapat laporan bahawa hanya ada lebih kurang 200-300 orang sahaja..Target hari tu katanya sampai 5000 orang tapi nampaknya tidak dapat sambutan pun daripada peminjam PTPTN. Untuk makluman rakan2, jumlah peminjam PTPTN ialah sebanyak 1.9 juta orang. Nampaknya mahasiswa dan masyarakat telah menolak pelajar-pelajar pembangkang yang gagal dan belum tamat belajar ini. Tahniah mahasiswa Malaysia dan rakyat Malaysia. Memalukan ibu bapa mereka je...AYUH MENOLAK KEBATILAN!!!
JOM TERUS FOLLOW GERAKAN 13 DAN SARFAMS UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN DARI SEMASA KE SEMASA....
MB mendapat maklumat daripada kaki-kaki MB di Dataran Merdeka yang memberikan maklumat masih belum ada sebarang tanda-tanda pelajar-pelajar pembangkang ini. Mana mereka ini?? Masih belum ada sambutan nampaknya walaupun jam sudah menunjukkan 1.40 pm..Dikhabarkan juga hujan masih lagi berlarutan di Dataran Merdeka..Ini adalah bala bagi mereka yang kurang cerdik dan rahmat bagi mereka yang cerdik??Kenapa MB cakap macam tu?? Fikirlah sendiri...MB mendapat maklumat bahawa sudah ada lebih kurang 30 orang pelajar termasukla Syahid (Batu Nisan) di Masjid Jamek.. Kita nantikan update dari MB dari semasa ke semasa dan jangan lupa follow juga Gerakan13 dan Sarfams ...
MB disini mengajak anda semua supaya tidak menyertai DEMO yang tidak masuk akal ini. MB mendesak dibatalkan DEMO ini. Lihat kesannya kepada masyarakat sekeliling. Jangan kerana anasir-anasir tertentu yang hanya mempunyai kepentingan sendiri, anda semua terpengaruh.
MB juga nak mendedahkan penipuan oleh seseorang ini seperti yang di buat provokasi dalam fb.
Untuk maklumat yang MB dapat dari kaki-kaki MB yang memang kaki merayau, di dataran merdeka tidak ada langsung sebarang banner yang dipasang. Hanya ada pihak DBKL yang sedang membuat persiapan untuk satu program pada 21hb nanti. Dan untuk maklumat, jalan ke kawasan tersebut di tutup malam ini untuk kerja-kerja yang sedang dijalankan.
MB terkilan dengan kenyataan syukri razab ini. Kenapa Syukri Razab sanggup menipu mahasiswa dan rakyat dengan perkara tidak benar???? Insaf lah kamu. Jangan kerana agenda seseorang yang hanya untuk kepentingan diri, kamu sanggup gadaikan maruah kamu dan maruah negara!!!!
Jangan sampai gambar-gambar anda di ambil seperti ini :
Rujuk di sini dan di sini untuk mengetahui secara langsung DEMOTRASI MANSUH PTPTN bermula seawal 12tengahari dari semasa ke semasa akan di update.
Sedarlah wahai Adam Adli, Mahasiswa-mahasiswa terpelajar dan Pemimpin Pakatan.... Renungkan video ini. Insaflah kamu sebelum kamu kembali kepada-NYA.....
MB sendiri terkedu dan tersentuh jiwa. inikan pulak anda semua yang mempunyai pegangan agama yang kuat.
DEMI ALIF BA TA.... BERSATULAH UMNO DAN PAS MENOLAK MEREKA YANG HIPOKRIT.....
Poster ini dijumpai di Sekitar Bangsar, Gombak dan Serdang
Panas...!!! MB mendapat poster ini daripada seorang sahabat Pro M di UM. Dengar kata poster ini sudah penuh di sekitar UM. Dan yang terbaru last update MB dari rakan-rakan Pro M mengatakan poster ini turut kelihatan di sekitar gombak dan serdang. Bukan saja di dalam Universiti. Tetapi di kedai-kedai berhampiran, perhentian bas, dan kawasan-kawasan sekitar. Memang TERBAIK la.... MB tidak tahu siapa yang buat... Seperti biasa sumber ini dapat daripada sahabat Pro M. Memang la mereka seperti biasa akan mengatakan ini semua kerja-kerja puak A la ni....
MB yakin ini kerja-kerja orang kuat Pro M sendiri bagi merai simpati dan mencetuskan pertelingkahan ataupun suasana tidak aman.... Sanggup betul Majlis Tertinggi buat poster begini bagi menjatuhkan penyokong mereka sendiri. Apa yang MB luahkan ini adalah daripada pengalaman tahun sebelum-sebelum ini bagi mendapatkan simpati orang ramai. Anda fikirkan samada logik atau tak apa yang MB katakan ini.
Apapun MB suka poster ini.Anda boleh menilai sendiri gadis-gadis ini yang telah dihasut oleh anasir-anasir negatif demi kepentingan seseorang. Sedarlah wahai gadis-gadis di dalam poster ini. Anda sebenarnya telah dipergunakan dengan kaedah sangat halus untuk memesongkan ANDA. TIDAK MALU KAH KAMU DENGAN APA YANG KAMU LAKUKAN??? Satu negara memerhatikan KAMU.
MB yakin selepas ini pasti ada poster seterusnya berkaitan gadis-gadis ini... Mungkin ada gambar mereka berkepit dengan pakwe masing-masing. Mana kita tahu... Dan MUNGKIN juga KAMU sentiasa di ekori ke mana saja KAMU pergi. MB rasa selepas ini jika KAMU pergi berDEMO lagi, akan terdapat pelbagai tingkahlaku kamu akan diambil gambar. Nasihat MB insaflah. Jangan terikut dengan anasir-anasir yang mengajak kamu berDEMO tu. Anasir-anasir ini ada agenda tersendiri dan hanya mempergunakan kamu. Sedarlah bahawa tugas utama kamu adalah BELAJAR....
Renung-renungkan.... Niat MB post poster ini adalah hanya untuk menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi supaya fokus pada pelajaran dan jangan terpengaruh pada anasir-anasir yang bertujuan untuk kepentingan sendiri. INGAT MASA DEPAN KAMU!!!
Pada 11 April 2012 iaitu pada hari Rabu jam 9 malam telah diadakan 2 ceramah yang pada pandangan MB sangat-sangat hebat penceramahnya. Pertama di Ampang iaitu ceramah "Auta dan Belit" oleh 2 tokoh hebat yang ditakuti oleh Dato Seri Anwar Ibrahim iaitu YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) . Manakala di Shah Alam oelh Dato" Seri Anwar Ibrahim.
Kehadiran di ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim dianggarkan di antara 400 orang. Begitu juga dengan ceramah YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) dianggarkan melebihi 400orang. Dari jumlah kehadirin mungkin sama bagi MB. Cuma MB tabik spring kepada YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) kerana walaupun tempat ceramah yang mereka adakan jauh ke dalam dan sangat terpencil, mereka mampu menarik minat orang untuk datang mendengar apa yang mereka hendak dedahkan. MB sendiri mengambil masa lebih 1jam untuk mencari tempat tersebut. Nasib baik ramai rakyat Malaysia sudi membantu MB memberi panduan jalan ke tempat ceramah tersebut. Jika dibandingkan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim memang diakui tempatnya strategi iaitu memudahkan orang ramai datang dan mencari tempat itu. MB rasa kalau YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) yang berceramah di tempat DSAI, mahu 5x lebih hadirin daripada DSAI ceramah rasanya.
MB memang tabik spring la dengan YB Zulkifli Nordin punya penjelasan tentang auta-auta dan belit-belit yang DSAI lakukan ini. Memang A++ MB bagi. MB terharu dengan perjuangan YB serta rakan-rakan seperjuangan YB yang lain. Tahniah YB....
Disini MB ingin memberi penambahbaikkan sedikit tentang ceramah YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) . Segala isi penjelasan yang YB dan Ustaz lakukan itu memang bagus. Cuma MB rasa dari segi sebaran media tentang apa yang YB dan Ustaz jelaskan itu masih belum sampai dan belum difahami oleh anak muda. Harap YB dan Ustaz dapat mencari jalan bagaimana untuk memberi kesedaran kepada anak muda.
Anda boleh melihat penjelasan yang lebih di sini .
11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.
Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.
Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.
Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana danset upklinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.
Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.
Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.
Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.
Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.
Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.
Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.
MB tertarik dengan penulisan dan artikel yang dikeluarkan oleh sahabat MB iaitu SARFAMS tentang isu ptptn ini. Mari kita baca penjelasan dan komen beliau di sini.
Dan di sini , di sini dan di sinipula penjelasan dari MB sebelum ini.
Dan penjelasan pasal PTPTN ini yang paling jelas secara peribadi dari MB adalah di sini , sini , sini dan sini .
MB disini ingin mencabar seluruh ahli PAS, UMNO, PAKATAN RAKYAT, BARISAN NASIONAL, PRO MAHASISWA, SMM dan SELURUH rakyat Malaysia yang masih mempunyai hati dan jiwa untuk bersama-sama turun pada:
Tarikh : 21 April 2012
Tempat : Dataran Merdeka
MB ingin melihat tokoh-tokoh hebat seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nurul Izzah dan lain-lain yang kononnya mempunyai pegangan agama yang tinggi untuk turut serta dalam perhimpunan Aman ini bagi membuktikan anda semua menolak SEKS BEBAS. Adakah mereka-mereka ini berani menyahut CABARAN MB??? Kita tunggu dan lihat.
Dan MB turut mencabar Pro Mahasiswa Nasional, Pro Mahasiswa setiap IPTA, SMM, Kelab IQRA seluruh IPTA dan seluruh umat ISLAM serta rakyat Malaysia untuk datang ke perhimpunan aman bagi menolak SEKS BEBAS ini seperti mana yang anda semua laung-laungkan berkaitan BERSIH. MB ingin mengajak anda semua BERSIHKAN MALAYSIA daripada SEKS BEBAS!!! ADAKAH ANDA SEMUA BERANI MENYAHUT CABARAN INSAN KERDIL SEPERTI MB ini???
Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.... Mari anda BUKTIKAN perjuangan yang anda laungkan selama ini.....
Fahmi Reza dan teman wanitanya yang pada pandangan peribadi MB tidak seksi pun tapi MENGELIKAN telah pun dikantoikan di Dataran Merdeka pada 7 April 2012. Apa yang MB maksudkan dengan KANTOI itu ialah apabila dia telah mengadakan sebuah “teater” khusus seperti yang dimaklumkan pada “Dato” yang meronda kawasan itu sebenarnya adalah sebuah bengkel khas untuk melatih dan membentuk para demonstran generasi alaf baru konon-kononnya di Malaysia.
MB terkejut apabila mendengar cerita ini daripada sahabat blogger pasal cerita ini. Mengapa tergamak seorang anak muda sanggup menimbulkan fenomena bagi mengaibkan Negara dan menimbulkan suasana tegang di Malaysia sehingga begitu sekali??? Sedarkah KAMU bahawa ramai rakyat sudah mula bimbang untuk keluar rumah kerana sudah rasa tidak selamat???
MB juga mendapat maklumat ada juga pelajar daripada oversea mengikuti bengkel ini. Kenapa kamu yang belajar sehingga ke oversea sanggup mengadaikan maruah Negara kepada pengkhianat-pengkhianat Negara ini??? Apa hebatnya habuan yang kamu dapat untuk merosakkan Negara ini???
Pasangan yang Mengelikan MB
MB benar-benar sedih dan kecewa melihat anak bangsa MB sendiri menjadi pengkhianat kepada Negara!!! Peliknya orang-orang seperti ini menjadi sanjungan SMM, Pro Mahasiswa dan Pakatan Rakyat sendiri. Kenapa Pengerusi Pro Mahasiswa yang dikatakan menegakkan agama ISLAM tidak menegur mereka berdua ini ataupun tazkirahkan mereka dari segi batas-batas agama dan pemakaian mereka??? Perlu ke MB upload gambar-gambar pasangan romantik ini untuk anda mengkaji???
MB disini mencabar Fahmi Reza dan teman wanitanya serta mereka-mereka yang hadir ke bengkel “teater” ini untuk datang ke perhimpunan aman menolak SEKS BEBAS pada 21 April 2012 ini. Takkan Fahmi Reza tidak tahu jalan ke Dataran Merdeka ini kut??? Tapi MB rasa Fahmi Reza tidak berani datang ke perhimpunan yang bertujuan baik-baik ini…..
Didalam melayari youtube sebentar tadi.... MB tertarik dengan video ini.... Walaupun telah lama video ini di upload, memori jasa-jasa TUN tidak pernah ku lupai....
Melayu mudah lupa.... Pemimpin kita mudah lupa... Hari ini MB benar-benar terkilan melihat pemimpin-pemimpin negara sepi 1001 sepi... Mendiamkan diri apabila negara dikeji dan dihina.... Dimana pemimpin-pemimpin yang telah dilantik rakyat???
Hari ini MB perhatikan pemimpin-pemimpin yang ada membiarkan panglima perang kita berjuang seorang diri. Jika diperhatikan hari ini, yang kelihatan berjuang hanyalah PM dan TPM kita sahaja yang ke hulur ke hilir turun berjumpa rakyat. Dato seri Najib dan Timbalannya yang kelihatan memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan...
Dimana wakil rakyat sekalian??? Adakah anda menjadi pengecut begitu sekali??? Bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin sekalian... Keluarkan taring singa kamu semua... Jangan biarkan PANGLIMA kamu bersendirian. Jangan takut dan gentar pada anasir-anasir pengkhianat negara. Jika kita bersatu, kita pasti mencapai kejayaan.
MB perhatikan gabungan BN sekarang terus hilang taringnya. Dimana gergasi gagah dari MIC, MCA, GERAKAN, PPP dan lain??? Sedarlah dari lena dan mimpi yang indah wahai pemimpin-pemimpin sekalian....
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati Dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya Sejarah silam tiada maknanya Sekiranya bangsa tercinta terpinggir Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan Bagi menegakkan kemuliaan Dan darjat bangsa Selangkah bererti mara Mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil Kerana mengisi kemerdekaan Rupanya lebih sukar dari bermandi Keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan Kalau bangsaku asyik mengia Dan menidakkan, Mengangguk dan membenarkan, Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita Kerana rupanya selain memerdekakan, Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya Bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya.
Hayatilah lagu ini... MB berharap dengan penghayatan yang mendalam, pemimpin-pemimpin yang penakut yang hanya membiarkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdan Menteri berjuang di kala pelbagai isu ditimbulkan dan dibangkitkan oleh anasir-anasir yang hanya untuk kepentingan peribadinya sendiri ini SEDAR...
AYUH...BANGKITLAH!!! BANGUNLAH!!! BANGUNLAH DENGAN MAHA PERKASA.... JANGAN DIBIARKAN BUMI TERCINTA INI HANCUR DENGAN "PLAYSAFE" ANDA SEMUA!!!
Setelah melihat video ini, MB harap tidak ada lagi hasutan anasir-anasir -ve yang menghasut rakyat dengan kenyataan tidak benar untuk berdemontrasi. MB cintakan keamanan. Demi negara tercinta, MB akan terus berjuang...
MB mendapat maklumat dari seorang kawan tentang isu sebenar yang berlaku di KUIN. Terdapat beberapa kenyataan yang menarik minat MB. Walaubagaimanapun, mari kita baca kenyataan dari kawan MB ini terlebih dahulu.
Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.
Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera. Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah : 1. Masalah kelewatan bayaran PTPTNdan zakat 2. Isu penempatan pelajar 3. Isu keselamatan 4. Masalah disiplin 5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi 6. Etika pemakaian pelajar 7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi 8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama 9. Karenah birokrasi yang teruk dll. Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan- kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu. Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata. Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada Menteri Besar pula datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan seakan membuat statement tentang salah lapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri. Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan negeri.
Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.
TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH
DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.
Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.
Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.
Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN
1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN PTPTN mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di Jabatan HEP terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.
2. ISU PENEMPATAN PELAJAR Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.
3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.
Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.
Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.
4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak HEP akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.
5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.
6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah KUIN terpaksa mengenakan sedikit yuran pengangkutan kepada pelajar
Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.
KESIMPULAN
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :
1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.
8. Campurtangan daripada pihak luar (SMM) yang mengeruhkan keadaan.
Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.
Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUIN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.
Ya boleh! Kata Menteri Besar, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?
Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yang perlu?
Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka..kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!
Antara yang dibangkitkan oleh mahasiswa di KUIN ialah kelewatan duit PTPTN masuk. Kenapa mahasiswa memperjuangkan isu ini? Bagaimana sekiranya PTPTN dimansuhkan seperti yang dijanji madukan oleh seseorang itu??? MB harap jangan kerana kepentingan peribadi seseorang itu,habis negara tergadai.
MB perhatikan juga antara penyebab perkara ini menjadi semakin keruh adalah disebabkan oleh segolongan mahasiswa yang mengelar mereka sebagai SMM ingin menjadi juara. Siapa SMM ini??? Hebat sangatkah mereka ini untuk menjadi jaguh??? Layakkah SMM ini menjadi jaguh dalam memperjuangkan mahasiswa di KUIN??? Sedarlah mahasiswa sekalian...