Mari kita kaji apa yang Dato Seri Anwar dok citer sana sini tu....
MB ingin rakyat sedar tentang gula-gula madu yang anwar cuba suapkan kepada anda ini melalui beberapa pendedahan yang MB cuba kupaskan ini.
Betul ke PR akan beri pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN sekiranya PR memerintah?
Untuk pengetahuan rakyat jelata, PTPTN hanya Berjaya memungut RM2.74bilion daripada jumlah sebenar yang perlu dikutip iaitu RM6.2 bilion. Jumlah yang MB nyatakan itu adalah sehingga September 2011. Beban hutang yang terpaksa ditanggung ialah sebanyak RM3.46 bilion yang belum dilunaskan oleh peminjam. Jesteru atas budi bicara dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), PTPTN telah diberi pinjaman bagi membiayai PTPTN supaya mahasiswa-mahasiswa dapat dibantu. Jika dipikirkan secara logik, sekiranya PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2 bilion!!!
Sanggupkah PR membayar kembali hutang-hutang PTPTN yang berjaya dilangsaikan oleh para peminjam terdahulu dan sehingga kini jika mereka memerintah Malaysia nanti? MB ingin bertanya pulak, bagaimana ekonomi Negara nak berkembang sekiranya semua PR janji nak bagi free seperti tol,elektrik, air dan lain-lain?
Pesan MB, jangan kerana agenda peribadi seseorang,Negara tergadai. MB pikir kenapalah free thinkers PR boleh pikir perkara tak masuk akal ni…..???
Dulu masa Dato Sri Anwar menjadi TPM, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa. Sekarang Petronas untung RM90bilion tapi pelajar terpaksa berhutang. Boleh ke bagi pendidikan percuma???
Apa yang MB ingin nyatakan disini, semasa Dato Seri Anwar menjadi TPM, semasa itu penduduk Malaysia hanya 20-23juta orang dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi untuk maklumat seluruh rakyat Malaysia, sekarang ini jumlah penduduk Malaysia dah lebih 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS antaranya KUIS, KUIN dan lain-lain. Ini bermaksud semakin ramai yang hendak belajar di IPT. Bagaimana nak roling duit keuntungan Petronas tersebut sekiranya asyik dibelanja hangus???
Sepengetahuan MB juga, Sumber minyak negara semakin berkurangan dan Petronas terpaksa bersaing untuk dapatkan minyak dari luar. Minyak Malaysia pulak tidak sesuai dijadikan petrol. Sebaliknya hanya minyak dari Timur Tengah yang sesuai jadi petrol. Kerajaan terpaksa guna banyak duit Petronas untuk subsidi barang lain malah kerajaan juga banyak komitmen untuk pembangunan Negara bukan setakat bagi biasiswa dan dermasiswa sahaja.
Duit PTPTN yang dikutip setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk kitar balik membayar gaji-gaji pekerja di universiti, bagi pinjaman membiayai mahasiswa-mahasiswa seterusnya dan maintenance cost IPT-IPT seluruh negara.
Secara mudah MB ingin meminta rakyat berpikir sejenak. Macam mana bank-bank menjalankan operasinya? Melalui pinjaman yang diberikan. Sekiranya bank gagal mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan, bagaimana bank nak beroperasi? Silap-silap ramai staf akan dibuang kerja disebabkan bank-bank ini bankrap.
Selagi MB menegaskan supaya jangan kerana agenda sempit seseorang menyebabkan Negara binasa....
*Tunggu ulasan MB seterusnya*
No comments:
Post a Comment