KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU
Saturday, 21 July 2012
Friday, 20 July 2012
KHALID SYIAH MENGEJI PRO MAHASISWA!!!
Geli hati MB apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Syiah ini. Ini antara pic yang dihantar oleh sahabat MB yang didapati dari FB Khalid Syiah ini. Ada juga pic dengan "someone" yang menarik. Tapi belum sampai masanya untuk MB postkan di blog.
Wah...siap bersumpah lagi Khalid Syiah ini. Teruk sangat kepimpinan pro-m lama ye. Lembik macam mana tu? Pergghhh.... Tak terbakar ke kepimpinan Pro Mahasiswa yang lama tu???
MB menyukai kepimpinan yang lama kerana kepimpinan yang lama benar-benar memperjuangkan mahasiswa. Jika dilihat hari ini, kepimpinan baru Pro Mahasiswa hanya memperjuangkan kepimpinan Bang Anwar Bin Ibrahim.
Ayuh kepimpinan yang lama Pro Mahasiswa.... Kita bangkit menentang Khalid Syiah dan rakan-rakannya...
Fikir-fikirkanlah....
Artikel menarik yang harus di baca!!!
Tuesday, 17 July 2012
APA KATA PAS UNTUK PERTAHANKAN ISLAM??? PIKIRKANLAH
MB menyeru walauapa pun latar belakang politik anda, marilah bersatu dalam menyelamatkan dan mempertahankan ISLAM.
Demi Alif Ba Ta.... Buang yang keruh,ambil yang jernih....
KUPASAN SRIKANDI YANG HARUS DI FIKIRKAN JUGA DI SINI.
PAS KENA TULAH SENDIRI???
MB tertarik untuk mengulas pasal isu Gelombang Oren konon-kononnya untuk menyelamatkan Felda yang baru diadakan baru-baru ini. Apa yang MB terkilan bahawa pembangkang memainkan isu ini seperti kerajaan yang sedia ada ini sangat teruk. Pelbagai perkara di spin habis-habisan. Ketika itu Mat Sabu dengan gayanya menjadi juara dalam memperjuangkan isu ini. Apa yang menarik ialah apabila disangka panas berpanjangan rupanya hujan turun jua. Di sana PAS dan sekutunya memprotes isu saham Felda ini. Tetapi disini pula PAS mengambil kesempatan membeli saham Felda ini. Mana yang betul ini???
MB mohon jangan dihuru-harakan negara ini. Cukup-cukup lah dengan terpengaruh dengan Bang Anwar Bin Ibrahim ni.
Insaflah.... Renung-renungkanlah...
PENENG BAKAL MENDAPAT KETUA MENTERI MELAYU???
Pak Zad tertarik untuk membicarakan satu teori berdasarkan satu analisis andaian, dengan mengemukakan persoalan sama ada Guan Eng dan DAP boleh memberikan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pemimpin Melayu DAP ataupun pemimpin Melayu Pakatan Rakyat daripada DAP, PKR atau PAS sekiranya mereka menang PRU 13,dengan kerusi Melayu DAP dan PKR/PAS menjadi majoriti dalam pada masa itu.
Teori Andaian PRU13 DUN Pakatan Rakyat Pulau Pinang Mendapat Kerusi Majoriti ( Kerusi Pemimpin Melayu Pakatan Rakyat VS Kerusi Pemimpin Cina/India Pakatan Rakyat )
Parti Pakatan Rakyat | Kerusi Melayu Yang Menang |
DAP | 3 |
PKR | 8 |
PAS | 5 |
Jumlah | 16 |
PKR | 2 ( Kerusi Cina/India ) |
DAP | 8 ( Kerusi Cina/India ) |
Jumlah | 10 |
TOTAL | 26 |
Sebagai renungan dan imbas kembali, Guan Eng pernah mengeluarkan satu kenyataan pada beberapa bulan yang lepas iaitu “ sekiranya BN menang dalam PRU yang akan datang,BN akan melantik Ketua Menteri dikalangan pemimpin UMNO(Melayu)”. Kenyataan ini adalah satu strategi politik Guan Eng bagi mengingatkan pengundi-pengundi Cina impak PRU akan datang sekiranya BN menang maknanya UMNO akan jadi Ketua Menteri,sudah tentunya strategi ini memberi satu kesan minda yang mendalam kepada pengundi-pengundi Cina Pulau Pinang,yang selama ini sejak merdeka tidak pernah adanya Ketua Menteri Pulau Pinang di kalangan pemimpin Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini kemudian di sambut dengan kenyataan balas oleh Pemimpin UMNO negeri Dato Zainal Abidin Osman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang menolak dakwaan Guan Eng dengan mengatakan bahawa BN tetap akan menghormati pemuafakatan dalam BN seperti status quo yang ada sejak dulu lagi. Maknanya BN telah memberi satu jaminan perkara yang Guan Eng sebutkan tidak akan berlaku. Ini jelas pada analisa Pak Zad, Guan Eng cuba bermain strategi untuk ‘slow’kan strategi UMNO yang bergitu aktif dalam strategi menawan semula Kerajaan Pulau Pinang, dan dilihat oleh Guan Eng sebagai satu ancaman kepada DAP Pulau Pinang.
Daripada mukadimah awal diatas,Pak Zad cuba mengemukakan senario “ kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang diberi kepada pemimpin Melayu”,dengan mengemukakan senario tersebut dicetuskan oleh Guan Eng sendiri baru-baru ini. Tetapi sebagai satu teori baru yang akan berasaskan satu analisa andaian, Pak Zad nak mengemukan persoalan bagaimana pula sekiranya pada PRU 13 akan datang kerusi Melayu DAP dan kerusi Melayu PKR/PAS menjadi majoriti dalam keseluruhan kerusi-kerusi Pakatan Rakyat. Sanggupkah Guan Eng dan DAP menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Pemimpin Melayu? .
Pak Zad cuba menyelami minda Guan Eng dan para strategist politik DAP dalam menjawab persoalan diatas. Pak Zad akan cuba membuat analisa berdasarkan kepada teori kemungkinan dan andaian. Teori Kemungkinan yang pertama ialah kalau dilihat dari segi sejarah politik Pulau Pinang sejak merdeka lagi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah terlepas ketangan UMNO. Walaupun ada ketika-ketikanya UMNO telah memenangi kerusi DUN lebih besar daripada Gerakan dan MCA,tetapi UMNO masih menghormati semangat BN iaitu setiakawan,UMNO rela dengan hati terbuka tetap menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Jadi adakah Guan Eng dan DAP sanggup berbuat demikian seperti UMNO lakukan dengan memberikan kerusi tersebut kepada Pemimpin Melayu DAP, PKR/PAS? Dalam hal ini Pak Zad sandarkan kepada sejarah politik Pulau Pinang,sukar bagi Guan Eng berbuat demikian kerana Guan Eng dan DAP mungkin tak mahu mencipta sejarah iaitu Guan Eng dan DAP Pulau Pinang menjadi pemula kepada penyerahan kerusi Ketua Menteri kepada Pemimpin Melayu.
Teori Kemungkinan yang kedua pula ialah kalau kita melihat dari segi situasi semasa kini iaitu Guan Eng dan DAP telah memecah sejarah politik Malaysia moden dengan DAP buat pertama kali sejak penubuhan 1964 yang telah bertanding dalam PRU sejak 1964,inilah pertama kali parti DAP dapat menguasai pemerintahan sebuah negeri di Malaysia iaitu Pulau Pinang dan negeri Pulau Pinang pula adalah antara 3 buah negeri( Melaka dan Perak) yang tercatat dalam agenda untuk DAP menawan ketiga-tiga negeri ini. Oleh kerana ia adalah kerajaan DAP yang pertama dan Guan Eng dan DAP cuba menonjolkan diri untuk menjadi ‘ the best Ketua Menteri’ dan ‘ the best and good State Goverment’ (sejak kebelakangan ini sentiasa mendakwa mereka adalah terbaik daripada kerajaan BN di Pulau Pinang di era Tun Lim Chong Eu dan era Tan Sri Koh Tsu Koon ,walaupun boleh di persoalkan dan di perdebatkan),sudah tentu Guan Eng dan DAP tak sanggup untuk menyerahkan kepada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat dan sudah tentunya ada kemungkinannya Guan Eng dan DAP akan mengunakan strategi yang sama di buat oleh BN iaitu menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dan menerima sejarah politik Pulau Pinang untuk meminta ‘special treatment’ diberi agar kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang terus di kekalkan kepada Guan Eng dan DAP,dengan perkataan lain kepada pemimpin Cina.
Teori Kemungkinan yang ketiga ialah sanggupkah Guan Eng dan DAP melanggar kepercayaan pengundi-pengundi Cina yang majoriti di 28 DUN Pulau Pinang yang telah mengundi DAP sejak 2008 yang pastinya mahukan Guan Eng dan DAP terus menerajui kerusi Ketua Menteri. Lebih pentingnya lagi ialah amanah yang di berikan oleh pengundi-pengundi Cina supaya dengan Guan Eng dan DAP menerajui kepimpinan kerajaan Negeri,kepentingan masyarakat Cina sebagai penduduk yang majoriti di Pulau Pinang akan di jaga kepentingannya. Kemungkinan di atas sudah tentu mengujudkan satu situasi serba salah dan dilema kepada Guan Eng dan DAP,sama ada mereka nak keluar dari situasi bersadarkan kepentingan kaum atau berpegang kepada perjuangan keadilan sosial yang menjadi tiang perjuangan DAP yang di lancarkan pada 2006 iaitu “ middle path”. Tetapi Pak Zad jangkakan Guan Eng dan DAP akan memilih survival politik mereka dulu iaitu untuk terus kekalkan kerusi Ketua Menteri kepada pemimpin Cina DAP.
Bagi Pak Zad,dari ketiga-tiga teori kemungkinan tersebut yang telah dianalisa sebagai satu jawapan kepada persoalan sama ada Guan Eng dan DAP sanggup untuk menyerahkan kerusi kepada pemimpin Melayu DAP,PKR ataupun PAS. Yang jelas daripada analisa di atas ia boleh memberi satu cabaran kepada Guan Eng dan DAP sama ada ikhlas atau tidak dalam mengiktiraf kepimpinan Melayu dalam saf kepimpinan Pakatan Rakyat.
sumber dipetik dari sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)