KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Wednesday, 13 February 2013

KEBENARAN SEBENAR FITNAH GM13 YANG PERLU DIKETAHUI


Hari ini dapat di dengari antara fitnah yang di bawa oleh kuda-kuda anak muda tungangan Bang Anwar Bin Ibrahim ini menyatakan mahasiswa di universiti hidup tersesak dengan kos sara hidup yang tinggi. Malah kesempitan wang yang kritikal menyebabkan mahasiswa terpaksa bekerja sambilan. Ini menyebabkan mahasiswa tidak cukup berehat dan hadir ke kuliah dengan suasana muram, mengantuk dan tidak mampu fokus di dalam pembelajaran di kuliah.

MB menyatakan ini semua bohong dan fitnah yang sengaja diadakan oleh puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Lantas MB turun ke lapangan untuk mendengar sendiri masalah yang di hadapi oleh mahasiswa. Ini antara punca yang MB telah kenal pasti yang sangat ketara berlaku :


1) Membeli kereta dengan tujuan mudah untuk bergerak serta menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang ada.


2) Terlalu mengikut kemajuan zaman untuk membeli gadjet-gadjet terbaru walaupun harganya sangat mahal. Mengikut kajian beberapa pihak menunjukkan lebih daripada 50% mahasiswa menggunakan PTPTN untuk membeli telefon bimbit dan kamera apabila pinjaman di perolehi pada setiap semester. 


3) Mahasiswa terpengaruh untuk menjadi kaya secepat mungkin setelah melihat rakan-rakannya mengecapi kemewahan melalui perniagaan MLM yang ada di antaranya memerlukan modal beribu ringgit.

MB ingin bertanya kepada ibu bapa dan seluruh mahasiswa, adakah yang menyebabkan mahasiswa hari ini berada di dalam kesempitan adalah disebabkan oleh kerajaan? Adakah kerajaan memaksa mahasiswa hari ini membeli kereta, gadjet-gadjet dan menyertai MLM?

Percaya dan percayalah bahawa segala yang diceritakan oleh puak-puak GM13 ini adalah fitnah semata-mata!!! Mereka ini tidak langsung mewakili suara mahasiswa!!! Mereka ini dijadikan alat oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mencapai cita-cita peribadinya.


*Revolusi Bunga Raya*

Monday, 21 January 2013

LISTEN!LISTEN!LISTEN!KENYATAAN RASMI SHARIFAH ZOHRA JABEEN


MB mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen kerana telah berani tampil kehadapan dan mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung isu "LISTEN" yang telah mengemparkan negara sejak seminggu yang lalu hingga menjadi lawak jenaka di dalam MAHARAJA LAWAK MEGA baru-baru ini yang di saksikan oleh jutaan rakyat bukan saja di Malaysia malah di Singapore, Indonesia, Brunei dan Thailand. 

Sidang media tertutup ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) serta media-media terpilih. Setelah selesai sidang media dan kenyataan rasmi daripada Syarifah Zohra Jabeen ini, MB serta seluruh rakyat Malaysia mengharapkan tiada lagi provokasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang khususnya PSM.

Anda boleh juga mengikuti laporan sidang media ini di sini.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Monday, 10 December 2012

HILANGNYA MALAYSIA BANGKIT PENGKHIANAT!!!


Ke mana hilangnya Sekretariat Malaysia Bangkit yang mana suku tahun lalu selalu membuat onar di Bandaraya Kuala Lumpur? Sekretariat Malaysia Bangkit yang kononnya memperjuangkan mahasiswa akhirnya ternyata hanya sengaja di wujudkan bagi mengucar kacirkan negara. 

Masih ingatkah pada saudara Syahid Zaini yang merupakan Pengerusi Malaysia Bangkit yang selalu mengusung batu nisan? Ke mana hilangnya dia kini. Dulu dengan lantangnya mengkritik kerajaan kononnya menindas mahasiswa. Seperti MB katakan dulu bahawa mereka ini hanya anjing suruhan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mengucar kacirkan negara. Bila tidak dibayar, sepi 1001 kata.

Sebelum ini mereka berkata akan menjelajah seluruh Malaysia bagi memperjuangkan tuntutan Sekretariat Malaysia Bangkit. Mana jelajahnya? Menurut sumber risikan dalaman yang MB terima mengatakan peruntukan yang diberikan untuk menjelajah tersebut telah digunakan untuk Majlis Perkahwinan sekutu mereka. 

Mari kita pikir secara logik. Dari mana mereka-mereka ini memperolehi duit untuk berkahwin? Masing-masing belajar lagi. Bahkan pernah ayah khalith Syiah keluarkan kenyataan dia orang miskin nak tanggung anak masuk universiti susah. Jadi ayahnya memperjuangkan pendidikan percuma. itu kata-kata ayah Khalith Syiah semasa demo GAGAL PTPTN. Dari mana Khalith Syiah dapat duit untuk berkahwin? Malah rakan-rakan 



Baguskan bila mengucar kacirkan negara tercinta ini, dapat duit boleh kahwin. Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat seluruh Malaysia ini bertapa teruknya mereka ini!!!! 



Sumber risikan dalaman MB menyatakan Syahid sangat ketakutan sekarang. Malah rakan-rakannya yang lain sangat mengharapkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi PM. Ini kerana masa depan mereka telah gelap.Nak bekerja dengan kerajaan dah tak dapat. Kerja dengan majikan swasta pun sudah tidak ada yang mahu ambil berikutan mereka ada rekod hitam dengan polis. Apa yang MB boleh katakan sebelum melakukan apa-apa,pikir panjang dulu ye.


Nampak gayanya Sekretariat Malaysia Bangkit ini sememangnya Sampah Masyarakat dan anjing penjilat Bang Anwar Bin Ibrahim. Ingatan pada mereka ini supaya jangan sesekali hancurkan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.

MB akan dedahkan lebih lanjut ke mana mereka ini nanti. MB akan sentiasa merisik mereka ini dan mendedahkan mereka ini. Tujuan MB kerana tidak mahu pengkhianat negara ini bermaharajalela sesuka hati mereka sahaja. Biar masyarakat dan mahasiswa sedar siapa mereka ini.

"PERJUANGAN TANPA NOKHTAH"


Tuesday, 11 September 2012

PAKATAN PEMBANGKANG PASTI GERUN MELIHAT VIDEO INI!!!

TAHNIAH MB UCAPKAN KEPADA TEAM ASPIRASI KERANA BERJAYA MEMBAWA TRANSFORMASI BARU KEPADA MAHASISWA!!!



Selepas ini pasti Pro-Mahasiswa kelam kabut upload montaj mereka. Percayalah pada MB k.

MB rasa Fahmi Komunis, Adam Tiang dan rakan-rakan tidak senang duduk selepas ini. :)

Saturday, 1 September 2012

PERUNTUSAN YANG HARUS DI DENGAR!!!!


MB terharu dengan pendekatan yang PM gunakan sekarang. Masa MB belajar dulu, MB rasa tiada peruntusan PM masa itu kepada mahasiswa. Hari ini kita boleh lihat betapa PM memberi perhatian kepada mahasiswa. Sebagai bekas mahasiswa, MB sangat berbangga mempunyai PM seperti ini.

Diharapkan mahasiswa dan mahasiswi yang baru melanjutkan pelajaran ke ipt tidak lupa pada tujuan sebenar datang ke kampus.

SELAMAT HARI MERDEKA!!!!

Tuesday, 24 July 2012

TEGURAN KEPADA KHALID SYIAH!!! PRO M SILA NILAI!!!


MB tertarik dengan kenyataan dikeluarkan oleh Khalid Syiah ini. Jika hari itu dia menyatakan PRO M dulu lembik, hari ini dia bicara plak pasal pemimpin negara. Ada kenyataan Khalid Syiah ini bertanya, "ada perkataan tidak elok ke saya gunakan". Setiap tindakan yang Khalid Syiah ini lakukan baik ke???

MB faham Khalid Syiah ini ada perkara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Cuma adakah setiap tindakan yang dia lakukan itu adalah perancangan bagi memecahbelahkan rakyat serta menimbulkan suasana tegang kepada negara, hanya dia yang tahu. 

Mungkin selepas ini ada lagi provokasi yang akan dilakukan oleh mereka ini setelah apa yang di bincangkan oleh geng-geng mereka ini di Bangsar malam tadi bersama pemimpin pembangkang yang dihadiri oleh Safwan Anang n the geng. :)

Nah... ini video yang MB nak Khalid Syiah dan rakan-rakannya tengok dan belajar bagaimana untuk menegur pemimpin. Fahamkan k....

Friday, 29 June 2012

ADAM ADLI TERKEDU DENGAN SOALAN MB???

Hari ini MB ingin mengulas tentang satu dialog PENDIDIKAN PERCUMA MANSUH PTPTN yang diadakan di satu tempat sekitar Ulu Bernam, Perak yang MB difahamkan di hadiri oleh Rafizi Ramli, Adam Tiang, Khalid Syiah, dan Ehsan Bukharee.

MB tertarik untuk mengulas dialog ini kerana Khabar Angin yang MB dengari mengatakan ia dihadiri hampir 1000orang. Wau...Begitu ramai sokongan yang diberikan. Itu yang MB dengar dari pengikut-pengikut Fahmi Komunis kalau tidak silap. Setelah MB mencari dan dapatkan serta analisis maklumat tentang dialog ini, rupa-rupanya ia jauh dari indah khabar dari rupa. Kehadiran sebenar dalam dialog ini adalah hanya
30 orang sahaja!!! Jauh beza daripada propaganda yang di adakan!!! 



Bila MB risik-risik lagi rupanya 30 orang itu termaksudlah dengan pemandu mereka ini, teknikal-teknikal yang menjaga tempat dialog ini,serta pengikut yang mengikuti mereka ini. Kehadiran sebenar setelah ditolak oleh mereka ini adalah dalam 15orang sahaja. 

Inikah sokongan yang selalu Adam Tiang dan rakan-rakannya selalu katakan iaitu SELURUH ANAK MUDA SENTIASA MENYOKONG KAMI??? Persoalan yang MB cuba timbulkan disini, adakah 15 atau 30 orang ini mewakili suara anak muda yang sebenarnya??? Anda Pikir-Pikirkanlah....

Malah dalam dialog tersebut juga Adam Tiang ini dengan lagaknya menyatakan PTPTN perlu dimansuhkan kerana bebankan pelajar dan memberi tekanan kepada pelajar. MB ingin menegaskan disini bagi MB TEKANAN ada dua jenis iaitu:

i) Tekanan Positif
ii) Tekanan Negatif

Bagi MB tidak salah jika ia dijadikan sebagai TEKANAN POSITIF. Jika digunakan tekanan untuk membayar PTPTN itu supaya pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai pointer 4.0...Secara automatik PTPTN tersebut akan menjadi biasiswa. Persoalan yang MB timbulkan disini ialah kenapa tidak Adam Tiang mengajak mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai pointer 4.0 supaya PTPTN tersebut ditukarkan menjadi biasiswa??? Fakta ini tidak langsung di beritahu oleh Adam Tiang dan rakan-rakannya. KENAPA???

Sunday, 10 June 2012

KHAS UNTUK ADAM ADLI DAN KHALID SYIAH SERTA PMI???


MB no komen... Just tertarik untuk sama-sama kongsi bersama seluruh mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia amnya.

RAHSIA KHALID ISMATH TERBONGKAR SEDIKIT??? JENG JENG JENG


MB ingin menyatakan disini segala yang dinyatakan oleh Khalid Syiah ini adalah tipu belaka. Pertamanya kerana beliau menyatakan inilah salah satu pembulian atau kekejaman kerajaan kepada beliau. Untuk pengetahuan semua tindakan yang di ambil oleh UiTM adalah tindakan yang telah dibincangkan secara bersama oleh ahli -ahli senat yang terdiri daripada ahli bijak pandai. Adakah mereka yang mempunyai kelulusan pelajaran ini bodoh jika di bandingkan dengan Khalid Syiah yang ponteng kelas dan tidak memiliki kelulusan yang tinggi ini?

Kekejaman yang di nyatakan juga merujuk kepada dinafikan hak untuk bersuara. MB ingin menegaskan disini bahawa tindakan yang di ambil ke atas Khalid Syiah ini adalah setelah Khalid Syiah sendiri mengaku bersalah di atas kesalahan yang dilakukannya. Sebagai contoh jika perogol mengaku salah, adakah pesalah itu boleh dibiarkan tanpa dihukum??? Begitu juga MB ingin persoalkan bahawa, Salahkah jika UiTM mengambil tindakan kepada pesalah ini?

Untuk pengetahuan semua, pihak pengadilan telah memberi ruang kepada Khalid Syiah untuk membela diri. Tetapi Khalid Syiah tidak mampu membela diri kerana jika tidak dikenakan tindakan, macam mana dia nak fokus untuk bertanding di dalam PRU nanti kan. :)

*MB dengar khabar angin, walaupun agak baru Khalid Syiah ini berkahwin tetapi ada ura-ura dia bakal berkahwin yang no 2 plak.Nak tahu siapa bakal bini no 2 dia??? Tunggu pendedahannya nanti.... :)

Wednesday, 30 May 2012

KHALID SYIAH, ADAM ADLI DAN PMI HARUS TENGOK!!!



MB sarankan supaya Khalid Ismath, Adam Tiang dan rakan-rakan serta Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) menilai sendiri reaksi rakyat tentang PTPTN ini. Jangan memperbodohkan rakyat dengan penipuan dan pembohongan kamu selama ini yang hanya menghasut mahasiswa dan anak muda untuk menimbulkan kekacauan dan ketidaktenteraman negara hanya kerana kepentingan peribadi individu tertentu.

MB sekali lagi menyeru kepada rakyat Malaysia supaya memahami kebenaran yang sebenarnya tentang PTPTN. Segala fakta yang sahih boleh di cari di sini.

MAJLIS PEGUAM PASTI KELAM KABUT LAGI LEPAS INI!!!


MB menyokong sekiranya Majlis Peguam dirombak kembali supaya ia menjadi satu badan yang lebih profesional dalam menegakkan kebenaran. Jika dilihat hari ini di saat ini, Majlis Peguam di monopoli dan dimanipulasi serta di kawal oleh DAP dan puak-puak Pakatan Rakyat. Segala keputusannya sangat berat sebelah. Malah apa yang terjadi semasa AGM tempoh hari sangat mengecewakan.

MB mengharapkan Majlis Peguam yang sebenar-benarnya yang sangat rasional yang adil dan telus tanpa campur tangan ahli politik. Ayuh rakyat Malaysia. Kita tolak Majlis Peguam yang sedia ada sekarang yang penuh hipokrit ini.




Tuesday, 29 May 2012

PENDEDAHAN VIDEO SEKS TERBARU??? JENG JENG!!!MESTI TGK!!!


Maaf kerana tajuk post ini tidak seperti video yang dipaparkan. Walaubagaimanapun MB harap rakyat sedar tentang pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh DAP dan rakan pakatannya yang jahil itu. Selamatkan negara daripada puak yahudi ini. Dan selamatkan anak muda yang telah di manipulasikan oleh mereka-mereka ini. 

Dibawah ini juga antara cubaan untuk menjatuhkan Institusi Kesultanan Melayu negara kita...

MB sangat sedih dan kecewa kerana ia keluar daripada mulut seorang rakyat yang berbangsa Melayu yang mana sepatutnya mempertahankan Kesultanan Melayu negara tercinta. Mari lihat apa respon DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ; 




Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Silalah bertanya kepada MB atau dari pegawai yang berkaitan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.


MB mengharapkan dalam mengejar simpati rakyat, pihak pembangkang tidak sesekali menyentuh Kesultanan Melayu negara tercinta. MB mengajak rakyat sama-sama menilai mereka ini.

Monday, 28 May 2012

SAFWANG ANANG KENA SOUND SENIOR??? TERBAIK!!!


MB tertarik dengan cerita mahasiswa di UM yang MB baru terdengar semasa beriadah di UM baru-baru ini. Apa yang mahasiswa UM gelakkan sekarang ialah tentang Safwang Anang kena 'sound' giler-giler oleh bekas Mantan Presiden PMIUM kerana tidak mementingkan aspek pengurusan dalam program PMI semasa Annual Grand Meeting. Malah sambutan daripada ahli PMI sendiri agar hambar sehingga kurang 80orang walaupun diadakan di kawasan yang kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini yang kehadirannya sangat membanggakan.


Malah kecoh mengatakan AGM kali ini tidak sah kerana jumlah kehadiran kurang daripada 2/3. Dah berlaku kekecohan juga apabila ada calon yang tidak dibenarkan bertanding. Menurut mahasiswa tersebut juga mengatakan bahawa Kepimpinan yang dilantik itu juga adalah pengikut setia Safwang Anang

MB merasakan ini bukan demotrasi ataupun keadilan yang dilaung-laungkan oleh PMI sebelum ini. Adakah Safwang Anang telah berjaya memasukkan agenda tersembunyinya di dalam PMI kini??? Ayuh Mahasiswa!!! Kali ini kita tolak PMI di seluruh IPTA!!!





Monday, 21 May 2012

NASIHAT SGT BERGUNA DARIPADA TUN MAHATHIR!!!

Beberapa nasihat Yg Berbahagia Tun Mahathir kepada umat Islam.
Perpaduan
  1. Kebanyakan umat Islam hari ini jauh meninggalkan al-Qur’an (Islam).
  2. Umat Islam hari ini tidak bersatu-padu. Bukan itu sahaja, bahkan umat Islam bermusuh ketat antara satu sama lain. Senario semasa menunjukkan umat Islam terpecah-pecah menjadi lebih1000 kelompok.
  3. Islam adalah agama perpaduan dan menganjurkan umatnya bersatu-patu.
  4. Islam adalah agama persaudaraan. Asas persaudaraan Islam ialah ‘mengucap dua kalimah syahadah”.
Ekonomi
  1. Allah memberi rezeki dan kekayaan kepada umat Islam dan negara-negara umat Islam. Namun kekayaan itu tidak bermakna kerana ia tidak diurus dengan baik. Kekayaan jika tidak diurus dengan baik, maka ia tidak lagi menjadi kekayaan.
  2. Sebahagian besar umat Islam dan negara umat Islam kurang bijak mengurus kewangan dan ekonomi.
Ilmu
  1. Umat Islam perlu kembali menguasai ilmu di dalam al-Qur’an dengan belajar memahaminya.
  2. Kita memiliki ramai orang yang sudah membaca dan menghafal al-Qur’an, namun masih sedikit yang memahaminya dengan cara yang benar.
  3. Selain itu, umat Islam juga perlu menguasai ilmu sains dan disiplin ilmu yang lain, bukan sahaja untuk memajukan negara, bahkan untuk mempertahankan umat Islam.
  4. Hari ini, negara Islam terpaksa membeli senjata dari musuh mereka untuk mempertahankan negara mereka.
Dakwah
  1. Untuk berdakwah, umat Islam harus menampilkan imej yang menarik; bersih, kemas, tegap dan sihat. Orang bukan Islam perlu diyakinkan bahawa dengan memeluk Islam, mereka akan berjaya di dunia dan juga di akhirat.
  2. Islam adalah ‘dien’ yakni cara hidup. Justeru itu, umat Islam wajar menunjukkan bahawa cara hidup yang mereka pilih itu (Islam) menjadikan mereka manusia yang terbukti berjaya di dunia sebelum menghantarkan mereka untuk berjaya di akhirat pula.
  3. Ilmuan dan pendakwah Islam perlu memberi fokus menonjolkan nilai-nilai murni dalam Islam seperti sikap adil dan pemaaf. Berbanding beberapa hukuman yang dilihat berat dan tindakan tegas kepada mereka yang melakukan jenayah.
  4. Di dalam kes ‘qisas’ (hukuman balas) sebagai contoh, mengapa yang ditonjolkan itu hanya hukuman balas sahaja. Walhal Allah menyebutkan memaafkan itu adalah lebih utama. Mengapa sebahagian pendakwah Islam hari ini tidak menonjolkan sifat pemaaf itu sebagai lebih mulia dari hukuman?

sumber ini di petik di sini.

HABUAN KEPADA SMM??? TAHNIAH SMM!!!


Amboi...amboi... SMM sudah mahu terlibat dengan politik luar la, Hari itu beria-ia mengatakan bahawa kami tidak mahu campur tangan politik luar. sekarang sudah tukar ke??? MB pun pelik betul dengan mereka semua ini. Cakap tak serupa bikin. Macam nikah tokoh pemimpin yang Persatuan Mahasiswa Islam impikan???

Teringat MB dulu SMM dengan tegas dan lantangnya menyatakan KAMI TIDAK TERLIBAT DENGAN PAKATAN RAKYAT MAHUPUN POLITIK LUAR!!! Tapi hari ini terbukti mereka BERDUSTA ketika itu. Hari ini mereka sudah mula membuka segala penipuan dan dusta mereka apabila menyatakan secara tidak langsung untuk bersama Pakatan Rakyat.

Dari sumber risikan MB sendiri menyatakan bahawa mereka ini baru sahaja selesai berbincang dengan Bang Anwar Bin Ibrahim pasal calon-calon dan kawasan yang mereka akan bertanding. Malah turut dibincangkan manifesto apa yang bakal mereka bawa supaya selari dengan manifesto Pakatan Rakyat. MB sedang cuba mendapatkan minit perbincangan mereka ini. Nantikan pendedahannya tidak lama lagi.  :)

Ini antara calon SMM yang akan bertanding??? Selain mereka ini dengar-dengar Adam tiang akan turut bertanding. Wauuu.... Kita tunggu pendedahan bekas-bekas awek Adam Tiang tidak lama lagi jika MB berjaya mendapatkan maklumat tersebut. Jeng...Jeng....

Oh ye.... Dengar-dengar khabar angin menyatakan bahawa segala pencetusan Demo Gagal yang dibuat oleh mereka-mereka ini mendapat pelbagai habuan secara langsung dan tidak langsung daripada Bang Anwar Bin Ibrahim. Buktinya ramai di antara mereka mampu untuk berkahwin di usia muda teramat sangat bagi MB. Paling busuk-busuk la untuk Kahwin,berapa modalnya??? Anda semua boleh pikirkan sendiri k.

Banyak betul habuan yang mereka perolehi walaupun Demo Gagal mereka itu telah digagalkan. Perghhh.... Untuk PRU kali ini pulak,apa habuan yang bakal mereka perolehi??? kita tunggu dan lihat nanti k. Apa pun MB tertarik dengan video di bawah ini. Kemungkinan adakah mereka ini akan offer perkara yang sama seperti video dibawah ini?





Thursday, 17 May 2012

PMI DIPERMAINKAN LAGI!!! SEDARLAH!!!

Satu lagi bukti DEMO GAGAL kantoi. Seperti yang kita ketahui bahawa Persatuan Mahasiswa Islam bersama dengan Adam Tiang n The Geng serta parti politik pembangkang bagi menuntut PEMANSUHAN PTPTN. Terbukti kini itu hanya satu sandiwara yang ingin menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat. Kenapa MB berkata begitu???

Buktinya apabila Pakatan Rakyat telah bersetuju hanya merujuk kepada hasil sepakat didalam Buku Jingga yang telah mereka capai sebelum ini. Ada ke MANSUHKAN PTPTN dalam buku Jingga itu???

Terbukti Persatuan Mahasiswa Islam telah dipermainkan oleh Adam Tiang dan perancangan Fahmi Komunis dalam memenuhi kepentingan politik individu tertentu dalam memusnahkan negara tercinta ini. Mari kita lihat dalam video di bawah.


Mana Pemansuhan PTPTN??? Hukum Hudud jauh sekali la nak ada dalam buku Jingga tu...

Renung-renungkan....

Wednesday, 16 May 2012

PMI HARUS SEDAR SEKARANG!!!

MB ingin menarik perhatian Persatuan Mahasiswa Islam yang mana sudah diketahui perjuangan mereka adalah untuk menegakkan ISLAM. Tetapi benarkah perjuangan mereka apabila bersekongkol dengan geng-geng Adam Tiang dan Fahmi Komunis ini???

 

 
 

Di atas ini adalah antara gambar-gambar Persatuan Mahasiswa Islam terlibat dengan pengkhianat-pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara. Inikah perjuangan yang Persatuan Mahasiswa Islam laungkan??? Mereka-mereka ini di sebalik takbirnya ialah Fahmi Komunis.


Nak tahu lebih lanjut pasal Fahmi Komunis??? Sila lihat di sini.

MB ingin mengajak Persatuan Mahasiswa Islam kembali ke pangkal jalan. Hayati Video di bawah ini bagi memudahkan anda memahami erti sebenar ISLAM.

Tuesday, 15 May 2012

MANTAN PM RAMAL PRU 13



"Tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya ialah pada pertengahan September iaitu selepas masyarakat beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri." kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

"Apapun ia terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menetapkan tarikh pilihanraya itu," kata beliau di dalam satu sidang media di ibu negara semalam. 

Dari pemerhatian mengatakan kini undi memihak kepada BN, namun terpulang kepada keyakinan Datuk Seri Najib sama ada akan mencapai objektifnya. Objektif Datuk Seri Najib kini adalah meraih semula majoriti dua pertiga BN. Untuk mencapai objektif itu, MB rasakan kini ia tidaklah sesukar seperti dalam pilihan raya 2008.

Secara peribadi pihak pembangkang sebenarnya sudah mula takut dengan bayang-bayang Datuk Seri Najib ini berikutan mahu mengadakan pula Bersih 4.0 yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan di dalam negara. Malah kata-kata Mat Sabu mengatakan perhimpunan seperti ini tidak menjejaskan ekonomi setempat adalah BOHONG. Budak sekolah pun mampu pikir kesannya.

APAPUN MB MENGHARAPKAN PRU KALI INI BERJALAN LANCAR TANPA ADA PROVOKASI DARI DAP DAN PUAK-PUAKNYA.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...