Hari ini dapat di dengari antara fitnah yang di bawa oleh kuda-kuda anak muda tungangan Bang Anwar Bin Ibrahim ini menyatakan mahasiswa di universiti hidup tersesak dengan kos sara hidup yang tinggi. Malah kesempitan wang yang kritikal menyebabkan mahasiswa terpaksa bekerja sambilan. Ini menyebabkan mahasiswa tidak cukup berehat dan hadir ke kuliah dengan suasana muram, mengantuk dan tidak mampu fokus di dalam pembelajaran di kuliah.
MB menyatakan ini semua bohong dan fitnah yang sengaja diadakan oleh puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Lantas MB turun ke lapangan untuk mendengar sendiri masalah yang di hadapi oleh mahasiswa. Ini antara punca yang MB telah kenal pasti yang sangat ketara berlaku :
1) Membeli kereta dengan tujuan mudah untuk bergerak serta menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang ada.
2) Terlalu mengikut kemajuan zaman untuk membeli gadjet-gadjet terbaru walaupun harganya sangat mahal. Mengikut kajian beberapa pihak menunjukkan lebih daripada 50% mahasiswa menggunakan PTPTN untuk membeli telefon bimbit dan kamera apabila pinjaman di perolehi pada setiap semester.
3) Mahasiswa terpengaruh untuk menjadi kaya secepat mungkin setelah melihat rakan-rakannya mengecapi kemewahan melalui perniagaan MLM yang ada di antaranya memerlukan modal beribu ringgit.
MB ingin bertanya kepada ibu bapa dan seluruh mahasiswa, adakah yang menyebabkan mahasiswa hari ini berada di dalam kesempitan adalah disebabkan oleh kerajaan? Adakah kerajaan memaksa mahasiswa hari ini membeli kereta, gadjet-gadjet dan menyertai MLM?
Percaya dan percayalah bahawa segala yang diceritakan oleh puak-puak GM13 ini adalah fitnah semata-mata!!! Mereka ini tidak langsung mewakili suara mahasiswa!!! Mereka ini dijadikan alat oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mencapai cita-cita peribadinya.
*Revolusi Bunga Raya*
No comments:
Post a Comment