Akhirnya perjuangan Gerakan Mahasiswa PRU13 hanya menjadi kisah dongeng sahaja. Tepat jam 10.40malam sebentar tadi, GM13 telah bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Mari kita saksikan PEMBOHONGAN BODOH bagi menyembunyi kebenaran sebenar terlebih dahulu.
Kenyataan ini di keluarkan bagi menyembunyikan KEMALUAN mereka kerana gagal dan dimalukan disebabkan tidak mendapat sokongan Bang Anwar Bin Ibrahim.
Amboi... Beratus motor dan kereta yang mengiringi mereka yer... Nak tahu kebenarannya???
Mari saksikan...
Kalau ratusan motor dan kereta, di manakah motor dan kereta itu berada???
Hanya beberapa orang sahaja ahli PAS bawahan menghantar mereka ini pulang dengan menaiki BAS.
Mari MB ceritakan hasil maklumat dalaman yang MB perolehi. Dakwaan menyatakan Syis Abdul Kadir dan Ehsan bertungkus lumus mendapatkan bantuan daripada Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menyelesaikan masalah yang dialami. Tetapi malangnya Bang Anwar Bin Ibrahim meminta mereka meneruskan provokasi hingga tercentus sesuatu yang dapat di perbesarkan. Malangnya GM13 tidak berjaya lakukan. Syis Abdul Kadir merayu bantuan dari pemimpin-pemimpin PR untuk mengambil mereka pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi malangnya tidak ada langsung Pemimpin PR yang sudi membantu.
Akhirnya Syis Abdul Kadir mencapai satu keputusan setelah berbincang dengan ahli-ahli GM13 ini. Mereka sepakat meminta bantuan daripada Pengerusi UMNO di situ menghantar mereka pulang.
Disebabkan mengasihani mereka ini yang telah dipergunakan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim, UMNO telah bersetuju membantu dengan menawarkan bas untuk membawa GM13 pulang ke KL.
Hasil bantuan UMNO, GM13 bergerak pulang ke Kuala Lumpur tepat jam 10.40malam sebentar tadi dengan diiringi pihak Polis.
Pesanan MB buat GM13. Jangan kamu angkuh merasakan diri kamu hebat kerana akhirnya kamu tunduk merayu kepada UMNO jua.
No comments:
Post a Comment