KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday 14 February 2013

MELAYU ABAIKAN JIKA ANDA TIDAK ADA JIWA DAN PERASAAN!!!

MB menyeru kepada semua supaya luangkan masa seketika dan hayati kata-kata di dalam video di bawah ini.


PRU13 semakin hampir tiba. Jika di analisis mengatakan Barisan Nasional untuk PRU kali ini akan berhadapan dengan satu saingan yang amat sengit. Analisis menunjukkan isu-isu yang melibatkan Dato Seri Najib hampir selesai dan rakyat kembali menyokong kepimpinan Dato Seri Najib.

Malangnya analisis politik mendapati cabaran Dato' Seri Najib kali ini bukannya daripada Pakatan Rakyat. Tetapi cabaran yang Maha Hebatnya datang daripada dalaman sendiri baik daripada dalam kerajaan mahupun parti. Isu sabotaj saban hari makin bertambah. Masih ramai lagi yang gilakan kuasa di sekeliling Perdana Menteri kita yang mengipas-gipas Dato' Seri untuk mendapatkan habuan.

Sudah banyak kali Dato' Seri Najib menyuarakan supaya memberi peluang kepada generasi muda untuk bersama-sama memimpin kerajaan. Malangnya permintaan Dato' Seri Najib umpama bercakap dengan tunggul kayu. Suara anak muda tidak didengari. Di buang terus bagaikan sampah sarap.

Walaubagaimanapun MB yakin anak-anak muda akan tetap berusaha keras memenangkan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 ini. Selepas kemenangan Barisan Nasional nanti, MB yakin bahawa anak muda ini akan kembali bangkit membasmi serta mendesak perubahan pentadbiran nanti.

Buat masa ini, MB menyeru kepada seluruh rakyat supaya melupakan segala ketidakpuasan hati yang terbelenggu tersebut. Kita bersatulah dalam menumbangkan Pakatan Rakyat yang telah mencetuskan fenomena kacau bilau di dalam negara tercinta ini.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...