KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday 15 February 2013

PEMBONGKARAN GM13 DIKEPONG DAN DI SERANG


Sekarang ini sedang gempar isu mahasiswa GM13 dikepong, dipukul dan sebagainya di dalam blog-blog dan portal pembangkang. MB pelik dan hairan kenapakah bila ini terjadi mereka menyebarkan provokasi meminta bantuan daripada seluruh masyarakat datang membantu? Kenapa tidak meminta bantuan daripada pihak Polis? Adakah selepas perancangan jahat mereka lakukan baru nak pergi berjumpa polis seperti mana kes pukul tempoh hari? 


Ekhsan Bukhari sampai saat ini tidak memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan laporan kesihatan selepas dipukul bagi mengesahkan ia dipukul. Kenapa???

MB telah bertanya kepada masyarakat di Pekan ini sebentar tadi kenapa masyarakat di sini mengepung dan mengamuk sekarang. Jawapan masyarakat di sini seperti yang MB jangkakan ialah :

MAHASISWA GM13 TELAH MELAKUKAN PROVOKASI DAHULU DENGAN MENGHINA MASYARAKAT KEPIMPINAN FELDA DAN MASYARAKAT DI PEKAN DENGAN MENYATAKAN MEREKA INI BUTA HATI DAN TERLALU BANYAK MAKAN DUIT HARAM HINGGA TIDAK SEDAR DIRI.

Mari kita merenung sekejap. Apa perasaan anda bilamana anda di hina dan di keji sebegitu???

Fikir-fikirkan.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...