Edikoup sudah muncul kembali. Mungkin tahun ini akan berlaku pertempuran yang lebih menarik antara MB dengan Endikoup. Masih ingatkah anda tentang pendedahan dari MB tentang rancangan jahat si Endikoup ura-ura di pukul yang bertujuan mendapatkan simpati mahasiswa dan mahasiswi?
Terbaru Endikoup telah keluarkan kenyataan bahawa akan ada kejutan di dalam PILIHANRAYA KAMPUS pada tahun ini. Pelbagai 1001 strategik telah disusun. Malah 1001 cara kotor telah difikirkan. MB akan dedahkan nanti apa tipu muslihat mereka ini. Sumber nyata yang MB perolehi menyatakan kejutan atau provokasi yang bakal dilakukan untuk kali ini tidak lagi di UNIVERSITI MALAYA. Tetapi modus operandi telah ditukarkan kepada satu universiti yang tidak dijangkakan. MB sangat yakin kejutan oleh Pro Mahasiswa ini bakal mengundang 1presepsi buruk yang luar biasa kepada kerajaan. Nasihat MB kepada kementerian Pengajian dan agensi yang terlibat dengan mahasiswa dan anak muda ini supaya bersedia kerana jawatan anda pasti tergugat nanti.
Tidak dinafikan kenyataan Endikoup bahawa Pro Mahasiswa akan menang besar dalam Pilihanraya Kampus kali ini. Kemenangan Pro Mahasiswa pada tahun ini sudah pasti BUKAN kerana mereka ini semakin kuat dan gagah di kampus, TETAPI kerana LEMAHNYA Aspirasi di kampus-kampus kerana campur tangan orang yang tidak sepatutnya terutama orang politik.
Nantikan pendedahan lanjut MB.