KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 25 September 2013

PRO MAHASISWA RANCANG GERAKAN SULIT

Telah lama MB pendamkan tentang program terancang gerakan pembangkang terhadap anak muda di kampus-kampus seluruh Malaysia ini kerana MB ingin hendak lihat jabatan-jabatan yang terlibat dengan anak muda ini memainkan peranannya. Ternyata tidak ada yang serius memantau pergerakan mereka ini sepanjang masa. Hanya bermusim sahaja. Mungkin sekarang baru kelam kelibut mengejar informer yang mampu membantu mereka. Tetapi masih ada ego di hati mereka.

Harus diingatkan bahawa gerakan anak muda pembangkang ini tidak pernah berhenti daripada mengejar pengaruh serta meluaskan pengikut mereka. Sedar atau tidak bahawa kini USIM dan IPTA-IPTA seluruh pantai timur telah menjadi kubu kuat mereka ini? Malah segala perjumpaan yang di buat oleh pihak Kementerian bersama jentera Aspirasi rata-rata telah bocor dengan sangat mudah kepada Pro Mahasiswa kerana mahasiswa yang dikatakan jentera Aspirasi itu sebenarnya talam dua muka. Contohnya jentera daripada UMP yang sangat takut bila dikaitkan dengan Aspirasi.

Bagaimana dengan UPM di zon Lembah Klang? Mungkin pihak kementerian atau jabatan yang terlibat di dalam PRK tidak sedar mereka telah salah contact person. Nantikan pendedahan MB selepas ini.

*terlalu banyak maklumat MB pendamkan kerana kecewa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...