LAHAD DATU: RISALAH AMARAN SERAH DIRI KE-2 DIEDAR
Lahad Datu, 2 Mac - Polis sekali
lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di
Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.
"Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, 'Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.' (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri)," katanya pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di kampung itu.
Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh terbabit ialah pada Rabu lepas.
Hamza juga berkata polis mula bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.
Mengenai mayat penceroboh yang ditinggalkan di tempat insiden tembak-menembak semalam, beliau berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan merupakan tugas polis, tetapi satu cara taktikal diperlukan untuk berbuat demikian.
HEBAHAN PERINTAH BERKURUNG TIDAK BENAR
Hamza turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jumlah anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera, selain menegaskan tidak ada perintah berkurung dikeluarkan.
"Saya terpaksa menjelaskan ini (perintah berkurung) kerana masih ramai menghebahkannya dalam laman sosial dan blog.
"Perintah berkurung dikeluarkan oleh saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan apa-apa perintah berkurung berikutan insiden semalam," katanya. - BERNAMA