KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday, 2 March 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KENAPA POLIS BUKAN TENTERA?

Kenapa Polis BUKAN Tentera?

Persoalan seperti ini sepastinya akan muncul, apatah lagi rentetan kejadian yang tidak diingini semalam. Persoalan menarik untuk dikupas berbanding membuat sebarang provokasi dan melontar hujah sembrono. Contohnya, meminta agar pihak Polis menggunakan peluru getah dalam menangani penceroboh-penceroboh di Lahad Datu ini.
  
1.      Jika kita menggunakan tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu
2.      Ini juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai Kerajaan yang sah yang mengisytiharkan perang ke atas kita.
3.      Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Dalam menyelesaikan isu pencerobohan ini, khidmat pihak polis sebagai pemerintah operasi telah digunakan. Ini bermakna:

1.      Kita masih menganggap mereka itu penjenayah dan penceroboh. Bukannya combatant perang.
2.      Polis kita akan menangkap dan menahan. (Perkataannya untuk polis ialah menahan bukannya menawan. Menawan adalah perkataan untuk Tentera dan terdapat perbezaan antara keduanya).
3.      Untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang, cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka, tuduhan di Mahkamah Awam boleh dilakukan. Situasi ini sama seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita pernah tahan sedikit masa lalu. Mereka ini tidak dianggap sebagai tawanan perang.
4.      Boleh diekstradisikan dengan mudah ke Filipina. Jika tindakan ketenteraan digunakan atau kita anggap sebagai perang,  ini akan menyebabkan mereka sukar dibicarakan. Mana nak tempatkan mereka dan apakah klasifikasi mereka? Maka jadilah umpama kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Oleh itu, kita perlukan pihak Polis dahulu. Bukannya tentera. Jika pihak tentera yang ambil alih, ini sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh lagi dikawal, maka LOCAL AREA EMERGENCY (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan.

Dengar cerita, darurat telah diisytiharkan dan curfew dikuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu rebut banjir New Orleans dahulu. Tentera USA ambil alih dabn bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini, bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang antara Kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan dan LOCAL AREA sahaja.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...