Tertarik dengan
artikal ini. MB melihat dunia hari ini benar-benar bermain dengan prepsepsi
yang di ciptakan oleh puak-puak tertentu bagi mengejar KUASA POLITIK. Dakwaan
seorang mahasiswa dari HELP UNIVERSITI ini ternyata hanya mendengar daripada
mulut puak-puak yang mencetuskan ketidaktenteraman di negara tercinta ini.
MB dapati penuntut
tersebut langsung tidak pernah menghadiri program atau kursus yang di anjurkan
oleh pihak Biro TataNegara. Malah segala diceritakannya itu di momok-momokkan
oleh tangan-tangan ghaib. Dakwaan menyatakan BTN ini menanam api kemarahan dan
kebencian kepada pembangkang ternyata jauh menyimpang kerana BTN menyemai
semangat Patriotisme cintakan tanah air.
Modul BTN hanya
menceritakan realiti sejarah tanah air dan dasar gagasan 1Malaysia. Malah sejak
beberapa tahun ini, BTN telah melakukan anjakan Transformasi yang jauh ke
hadapan dengan memberi nilai tambah kepada peserta program dan kursus.
Pendekatan yang digunakan sekarang sangat diterima oleh mahasiswa, anak muda
dan golongan tua.
Nasihat MB di sini
kepada penuntut tersebut agar jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.
Pergilah bertanya kepada mereka yang pernah menghadiri kursus-kursus dan
program yang dianjurkan oleh BTN sejak kebelangkangan ini. Manfaatnya agar
berita yang sebenar-benarnya dapat di perolehi dan anda tidak melakukan FITNAH.
J
DENGAR LUAHAN PESERTA KURSUS DISINI DAN SINI.
No comments:
Post a Comment