KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #uia. Show all posts
Showing posts with label #uia. Show all posts

Friday, 1 November 2013

REALITI DI USIM DAN KEBENARANNYA!!!

Pelbagai pihak mula bermain perkataan Pro Universiti dalam kenyataan rasmi semasa pengumuman Pilihanraya Kampus. Mereka menyatakan Pro Universiti itu ialah Pro Kerajaan. Hakikatnya? Bahaya dari segi branding kalau kita kekal guna label itu. Dlm jangka panjang, akan timbulkan kekeliruan. Adakah wujud entiti berbeza bagi merujuk kumpulan yg menyokong universiti? Jika selama ini label digunakan ialah Pro-Aspirasi bagi merujuk kumpulan mahasiswa yg bersama dan mendokong Aspirasi universiti, kini sudah ada kumpulan yg menggunakan label Pro-Universiti dan kumpulan ini pula mendakwa bukan mewakili Aspirasi. Sedangkan kita sedia maklum apabila disebut Aspirasi, maka ia sekaligus merujuk kpd kumpulan mahasiswa yg pro kpd universiti masing-masing.

Dari satu sudut yg lain pula, jika benar kumpulan pro-universiti di USIM ini menolak ideologi Aspirasi, dan menyokong pembangkang, maka kita boleh sifatkan bahawa sudah wujud perpecahan dlm kalangan mahasiswa propembangkang di negara ini. Ini kerana, sejak sekian lama juga, label pro-mahasiswa digunakan bg merujuk kumpulan mahasiswa yg antiestablishment, menentang universiti dan menentang kerajaan. Di USIM, situasi yg berlaku menunjukkan ada dua kumpulan mahasiswa propembangkang. Dan isunya juga, di mana kumpulan Aspirasi? Adakah USIM tidak ada penyokong kerajaan langsung dlm kalangan mahasiswa? Mana peranan Kelab Penyokong Barisan Nasional IPTA yg ditubuhkan tahun lepas? Selepas pelbagai dana dilaburkan, nampaknya kelab penyokong ini pupus begitu sahaja. Di sebelah pembangkang, jelas kekuatan mereka semakin hari semakin tidak terlawan oleh jentera kerajaan.

Pro Universiti juga diilhamkan oleh pentadbir universiti, lebih tepat TNCHEPA utk menyelamatkan jawatan dan nama baik apabila enggan menerima kekalahan kumpulan yg pro kerajaan jika nama aspirasi digunapakai. Selain itu, bagi mengelakkan org luar tahu bahawa pengaruh pembangkang semakin menular dalam kampus contohnya usim maka nama aspirasi dan pro m dilarang untuk digunakan seterusnya mengisytiharkan semua calon adalah pro universiti.  Senangkan?

Padahal jika kita lihat calon yg dipilih untuk menjawat jawatan YDP usim (yg juga siswi kali pertama pecah rekod) adalah penyokong kepada pembangkang dan begitu juga ahli keluarganya yg diketahui menyokong pas. Selepas ini beberapa universiti akan turut mengikut jejak USIM.

Thursday, 17 October 2013

USIM KILANG KE DUA SELEPAS UIA!

Ini adalah mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dengan gerakan bawah tanah di USIM yang bergiat aktif dalam mengatur dan menimbulkan ketidaktenteraman serta provokasi di Usim. Malah mereka berkemungkinan turut terlibat di dalam Sekolah Politik yang dianjurkan individu tidak bertanggungjawab seperti Bang Anwar Bin Ibrahim. Di Sekolah Politik ini diajarkan 1001 cara bagaimana menjadi seorang pendemo dan provokasi yang profesional. Jadi AWAS kepada pentadbiran universiti. Walaupun Usim tidak diberi perhatian langsung diperingkat pusat dalam Pilihanraya Kampus ini, MB percaya USIM akan menjadi kilang pengeluar mahasiswa Pembangkang berlevel tinggi mengatasi UIA.

Mungkin juga mereka ini terlibat didalam penyebaran SYIAH di USIM. MB mohon pihak pentadbiran USIM menjalankan siasatan secara terperinci terhadap mereka ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...