KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 1 November 2013

REALITI DI USIM DAN KEBENARANNYA!!!

Pelbagai pihak mula bermain perkataan Pro Universiti dalam kenyataan rasmi semasa pengumuman Pilihanraya Kampus. Mereka menyatakan Pro Universiti itu ialah Pro Kerajaan. Hakikatnya? Bahaya dari segi branding kalau kita kekal guna label itu. Dlm jangka panjang, akan timbulkan kekeliruan. Adakah wujud entiti berbeza bagi merujuk kumpulan yg menyokong universiti? Jika selama ini label digunakan ialah Pro-Aspirasi bagi merujuk kumpulan mahasiswa yg bersama dan mendokong Aspirasi universiti, kini sudah ada kumpulan yg menggunakan label Pro-Universiti dan kumpulan ini pula mendakwa bukan mewakili Aspirasi. Sedangkan kita sedia maklum apabila disebut Aspirasi, maka ia sekaligus merujuk kpd kumpulan mahasiswa yg pro kpd universiti masing-masing.

Dari satu sudut yg lain pula, jika benar kumpulan pro-universiti di USIM ini menolak ideologi Aspirasi, dan menyokong pembangkang, maka kita boleh sifatkan bahawa sudah wujud perpecahan dlm kalangan mahasiswa propembangkang di negara ini. Ini kerana, sejak sekian lama juga, label pro-mahasiswa digunakan bg merujuk kumpulan mahasiswa yg antiestablishment, menentang universiti dan menentang kerajaan. Di USIM, situasi yg berlaku menunjukkan ada dua kumpulan mahasiswa propembangkang. Dan isunya juga, di mana kumpulan Aspirasi? Adakah USIM tidak ada penyokong kerajaan langsung dlm kalangan mahasiswa? Mana peranan Kelab Penyokong Barisan Nasional IPTA yg ditubuhkan tahun lepas? Selepas pelbagai dana dilaburkan, nampaknya kelab penyokong ini pupus begitu sahaja. Di sebelah pembangkang, jelas kekuatan mereka semakin hari semakin tidak terlawan oleh jentera kerajaan.

Pro Universiti juga diilhamkan oleh pentadbir universiti, lebih tepat TNCHEPA utk menyelamatkan jawatan dan nama baik apabila enggan menerima kekalahan kumpulan yg pro kerajaan jika nama aspirasi digunapakai. Selain itu, bagi mengelakkan org luar tahu bahawa pengaruh pembangkang semakin menular dalam kampus contohnya usim maka nama aspirasi dan pro m dilarang untuk digunakan seterusnya mengisytiharkan semua calon adalah pro universiti.  Senangkan?

Padahal jika kita lihat calon yg dipilih untuk menjawat jawatan YDP usim (yg juga siswi kali pertama pecah rekod) adalah penyokong kepada pembangkang dan begitu juga ahli keluarganya yg diketahui menyokong pas. Selepas ini beberapa universiti akan turut mengikut jejak USIM.

Thursday, 31 October 2013

KEPUTUSAN RASMI PRK UMS!!!

Tahniah MB ucapkan kepada kepimpinan terbaru MPP UMS!!! Aspirasi kekal sebagai tunjang Universiti. Untuk mendapatkan kejayaan itu sebenarnya mudah. Tetapi untuk mengisi kemenangan tersebut, amat sukar. Nasihat MB dan rakan-rakan aspirasi dari semenanjung ini, tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemimpin yang terpilih. Berjuang demi Alif Ba Ta. Di bawah ini keputusan rasmi yang telah di umumkan di UMS.

Keputusan Rasmi PRK UMS :

Pro Aspirasi Menang 27 Kerusi

Pro Mahasiswa Menang 3 Kerusi

Manakala 7 Kerusi yang tiada calon bertanding akan dilantik oleh pihak universiti

Pro Aspirasi berjaya membentuk kepimpinan MPP di UMS.

Tuesday, 29 October 2013

SIAPA YDP UUM??? PERUBAHAN, PRO M ATAU HIJRAH???

KENYATAAN RASMI HIJRAH MAHASISWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
29 OKTOBER 2013
10.30 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

1)Pada 28 Oktober 2013, Hijrah Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memenangi 6 (enam) kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan  di dalam Pilihanraya Kampus UUM 2013. Kerusi-kerusi tersebut adalah 1 kerusi Kawasan Umum, 2 kerusi Kawasan Pusat Pengajian Undang-Undang, 1 kerusi Kawasan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, 1 kerusi kawasan Pusat Pengajian Komunikasi dan Teknologi Media dan 1 kerusi kawasan Pusat Pengajian Pengkomputeran.
 
2)Sejak keputusan diumumkan semalam, Hijrah Mahasiswa tidak pernah bersetuju untuk bergabung dengan mana-mana entiti sama ada Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Oleh itu kami menafikan sebarang berita atau tohmahan mengenai penggabungan Hijrah Mahasiswa dengan Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa UUM.

3)Kami mohon dan menggesa semua pihak yang mendakwa kami telah bergabung dengan Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa UUM supaya mengharmonikan semula kenyataan berkenaan demi nama baik Hijrah Mahasiswa. Kami menghormati dan menghargai rakan-rakan mahasiswa dalam Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa UUM namun setiap entiti mempunyai nilai dan prinsip berbeza, tetapi kita tetap mempunyai matlamat yang sama untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa.

4) Kami hanya memenangi 6 kerusi di dalam PRK UUM 2013 berbanding 15 kerusi oleh Pro-Aspirasi, Pro-Mahasiswa (13) dan kerusi Bebas (2). Oleh itu,jika ada kenyataan bahawa PRK UUM 2013 telah dimenangi oleh Pro-Aspirasi sebanyak 22 kerusi adalah tidak benar kerana kami belum membuat apa-apa persetujuan  dengan mana-mana  pihak untuk bergabung

5)Diharap kenyataan rasmi ini dapat membersihkan nama baik Hijrah Mahasiswa.

PANAS!!!PANAS!!!! UUM GEMPAK HARI INI!!!



Di pagi hari ini suasana yang sejuk telah digemparkan dengan berita panas-panas daripada Utara Tanahair. Secara tersiratnya PERUBAHAN UUM atau Aspirasi UUM yang mewakili pihak kerajaan telah mengalami kejutan dalam Pilihanraya Kampus pada tahun ini apabila menerima tamparan kekalahan yang memalukan. MB yakin kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan nanti bakal menyatakan Perubahan kekal di UUM. Tapi sebaliknya hanya di akar umbi yang tahu.

Beberapa analisis yang MB lakukan menunjukkan kerana terlalu banyak campur tangan politik dan pentadbiran UUM hinggakan mahasiswa di kongkong. Malah penglibatan beberapa kepala cybertrooper yang menggangu gugat gerakan pelajar di UUM membuatkan mahasiswa memberontak. Pelbagai maklumat di bocorkan. Antara page yang menyumbang kepada kekalahan ini ialah page ini.



Pembocoran Maklumat gerakan PERUBAHAN yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku pada tahun ini secara terang-terangan. MB difahamkan tidak semua orang yang memiliki kamera semasa kursus-kursus ini dijalankan. Jadi,siapakah yang mengambil gambar ini? Bagi MB, ini strategik memakan diri namanya.


Benar apa yang di perkatakan oleh saudara Azrinizam. MB mohon kepada pihak luar supaya menghormati kawasan orang. Jangan kamu masuk campur urusan kampus lain. Jangan cuba-cuba mengubah permainan orang lain. Agi Idup Agi Gelaban.





PERUBAHAN UUM DI GELETEK RATU KOMUNIS!!! OH LALALA!!!


Persoalan MB di sini, benarkah Perubahan Menang??? Jika di lihat di atas kertas, memang benar PERUBAHAN UUM menang. Hakikat sebenarnya kekalahan yang amat memalukan kerana anda mempunyai segala sumber yang mempunyai KUASA dalam mengaturkan segala-galanya. 

Macam mana PERUBAHAN UUM mampu membiarkan Bawani menang mudah di UUM? Sedangkan kamu daripada tahun lepas lagi mengetahui bahawa Bawani akan bertanding. Apakah kamu tidak mempunyai cerdik pandai dalam mengatur strategik pada tahun ini? Bukankah kamu mempunyai pakar yang di import Khas dari lembah Klang? Jangan biarkan PERUBAHAN dipegang tangan-tangan ghaib!!!


Tahniah MB ucapkan kepada Bawani yang tahun lepas telah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan isu listen....listen.... listen....

Apapun amaran daripada MB kepada puak komunis ini, Jangan bermain dengan ideologi komunis di dalam UUM. MB dan rakan-rakan Alumni pasti tidak akan mendiamkan diri sekiranya ideologi komunis ini tersebar luas di dalam UUM!!!

Kemenangan Transformasi di UUM bukan kerana mereka kuat, TETAPI kerana PERUBAHAN UUM sangat lemah tahun ini.

TAHNIAH KEPADA HIJRAH UUM!!! KITA TEST SEKALI TENGOK!!!


Tahniah MB ucapkan kepada kumpulan baru gerakan mahasiswa di UUM kerana telah berjaya memberi TAMPARAN yang sangat hebat di UUM. Sejak malam tadi, telefon MB tidak berhenti-henti sahabat-sahabat menelefon meminta pandangan. Apa pun yang terjadi, MB katakan game ini sangat best. Tidak sia-sia Hijrah diwujudkan.

Walaupun Hijrah tidak memenangi majoriti kerusi, tetapi Hijrah menjadi KUASA PENENTU dalam apa jua keputusan yang bakal di buat di dalam MPP. MB menegaskan disini supaya HIJRAH TIDAK BERGABUNG dengan mana-mana kumpulan. Andaikata bergabung, umpama anda tidak perlu membuat gerakan ini. Ingat!!! HEP sekarang sedang dihujani tekanan daripada pelbagai pihak diatas kewujudan HIJRAH!!! Jangan biarkan HIJRAH dikongkong oleh ahli politik dan pentadbiran lagi!!!

MB dan rakan-rakan seperjuangan sentiasa berdiri bersama dengan HIJRAH. Sakit pedih yang dialami anda semua, kami turut rasai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...