KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #GENE SHARP. Show all posts
Showing posts with label #GENE SHARP. Show all posts

Friday, 10 July 2015

MASIH WUJUDKAH PRESIDEN ALUMNI ASPIRASI???

Ke mana hilangnya Presiden Alumni Aspirasi yang melakukan kejutan pertama kali mengadakan Demotrasi We Love PM pada 2,3tahun lepas?

Di saat Perdana Menteri di kecam hebat kini beliau hilang tanpa mempedulikan lagi maruah Perdana Menteri.


Hari ini MB dikejutkan dengan keberanian mahasiswa pembangkang yang berani mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan ini. Apakah mereka ini benar-benar mahasiswa terpelajar?


MB dengar kata Edikoup sudah kaya sekarang dengan perniagaannya hasil daripada modal berdemotrasi. Tahniah.

Saturday, 16 November 2013

UNIVERSITI MALAYA DIAMBANG KEHANCURAN!!!

MB melihat hari ini mahasiswa di IPTA-IPTA semakin hari semakin rosak pemikiran mereka yang ditanam serta dibajai oleh orang-orang yang mungkin seperti hishamudin rais, Adam Tiang, Khalid Syiah, Safwan Chair dan lain-lain. Penikiran atau ideologi yang mereka ini bawa sangat berbahaya hinggakan ia boleh menghancurkan sesuatu tamadun itu.

Hal ini dapat dilihat sendiri di Universiti Malaya yang rata-rata pelajarnya sangat cemerlang malah hasil kajian di Universiti ini sangat diiktiraf. Malangnya ada segelintir pelajar dibawa gerakan Pro Mahasiswa secara perlahan-lahan telah menanam ideologi serong yang membuatkan Universiti Malaya hari ini dikeji dan dikutuk dek tingkah laku segelintir mahasiswa ini.

Segala kata-kata nista dan kejian yang di buat oleh Pro Mahasiswa ini telah mencemarkan imej orang Islam malah menyebabkan orang bukan Islam memandang rendah pada Islam itu sendiri. Siapa yang harus bertanggungjawab?

Tuesday, 12 November 2013

ANCAMAN KOMUNIS DALAM NEGARA!!!SIAPA SALAH???

Telah lama MB mendiamkan diri daripada melakukan serangan demi serangan terhadap mamat komunis ini dengan harapan segala pendedahan MB sebelum ini akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa dalam membasmi penyebaran ideologi komunis ini. Malangnya indah khabar daripada rupa. 


Jika dilihat sendiri daripada fb-fb mamat komunis Haizal ini dan rakan-rakannya jelas sekali mereka ini pengkhianat dan perosak kepada anak bangsa. Malah gerakan mengelirukan pegangan agama Islam turut berlaku. Pemesongan akidah tidak dapat dinafikan lagi. Sampai bila mereka-mereka ini hendak dibiarkan???



Segala 1001 isu telah MB bangkitkan. Malah beberapa siri perjumpaan dengan bekas-bekas pelatih PLKN di kampus-kampus IPTA telah giat dijalankan bagi menanam serta menyebarkan ideologi komunis di Kampus. Apakah pihak berkuasa tidak mampu atau berani mengambil tindakan? MB pernah lihat sendiri dalam sesi penerangan ancaman terhadap negara oleh 1agensi risikan negara yang mendedahkan tentang gerakan ini. Apakah agensi tersebut hanya sekadar merisik dan tidur?



Bekas-bekas peserta PLKN yang telah di tanam ideologi komunis ini telah banyak menjejakkan kaki di kampus-kampus IPTA. Ancaman-ancaman dari peringkat mahasiswa saban hari makin meningkat. Siapa yang bertanggungjawab dalam memulihkan bekas-bekas pelatih ini di dalam kampus? Mana perginya gerakan-gerakan yang hebat suatu masa lalu dalam memperjuangkan semangat cintakan tanahair?


Begitu mudah komunis-komunis ini mendapatkan baju POLIS. Difahamkan mereka ini sangat hebat di pentas teater. Secara tidak langsung mereka ini mampu menipu rakyat dengan 1001 pembohongan. Malah mereka mampu menyamar sebagai anggota polis untuk 1001 kegiatan tidak bermoral. Siapa yang harus dipersalahkan selepas ini?


Penanaman ideologi komunis kepada anak-anak mereka ini tidak dinafikan lagi. Dalam tempoh 20tahun akan datang, jika gerakan komunis ini tidak dicantas habis-habisan daripada sekarang. Pasti mereka menjadi musuh yang sukar di basmi. Kita tidak kisah anak mereka ini rosak akhlaknya disebabkan ideologi BAPAK mereka. Tetapi bagaimana nasib anak-anak kita pada masa hadapan jika puak komunis ini dibiarkan menguasai sedikit demi sedikit serta mengembangkan pengaruh mereka sehingga ke saat ini?

FIKIR-FIKIR WAHAI PIHAK BERKUASA....

Friday, 1 November 2013

REALITI DI USIM DAN KEBENARANNYA!!!

Pelbagai pihak mula bermain perkataan Pro Universiti dalam kenyataan rasmi semasa pengumuman Pilihanraya Kampus. Mereka menyatakan Pro Universiti itu ialah Pro Kerajaan. Hakikatnya? Bahaya dari segi branding kalau kita kekal guna label itu. Dlm jangka panjang, akan timbulkan kekeliruan. Adakah wujud entiti berbeza bagi merujuk kumpulan yg menyokong universiti? Jika selama ini label digunakan ialah Pro-Aspirasi bagi merujuk kumpulan mahasiswa yg bersama dan mendokong Aspirasi universiti, kini sudah ada kumpulan yg menggunakan label Pro-Universiti dan kumpulan ini pula mendakwa bukan mewakili Aspirasi. Sedangkan kita sedia maklum apabila disebut Aspirasi, maka ia sekaligus merujuk kpd kumpulan mahasiswa yg pro kpd universiti masing-masing.

Dari satu sudut yg lain pula, jika benar kumpulan pro-universiti di USIM ini menolak ideologi Aspirasi, dan menyokong pembangkang, maka kita boleh sifatkan bahawa sudah wujud perpecahan dlm kalangan mahasiswa propembangkang di negara ini. Ini kerana, sejak sekian lama juga, label pro-mahasiswa digunakan bg merujuk kumpulan mahasiswa yg antiestablishment, menentang universiti dan menentang kerajaan. Di USIM, situasi yg berlaku menunjukkan ada dua kumpulan mahasiswa propembangkang. Dan isunya juga, di mana kumpulan Aspirasi? Adakah USIM tidak ada penyokong kerajaan langsung dlm kalangan mahasiswa? Mana peranan Kelab Penyokong Barisan Nasional IPTA yg ditubuhkan tahun lepas? Selepas pelbagai dana dilaburkan, nampaknya kelab penyokong ini pupus begitu sahaja. Di sebelah pembangkang, jelas kekuatan mereka semakin hari semakin tidak terlawan oleh jentera kerajaan.

Pro Universiti juga diilhamkan oleh pentadbir universiti, lebih tepat TNCHEPA utk menyelamatkan jawatan dan nama baik apabila enggan menerima kekalahan kumpulan yg pro kerajaan jika nama aspirasi digunapakai. Selain itu, bagi mengelakkan org luar tahu bahawa pengaruh pembangkang semakin menular dalam kampus contohnya usim maka nama aspirasi dan pro m dilarang untuk digunakan seterusnya mengisytiharkan semua calon adalah pro universiti.  Senangkan?

Padahal jika kita lihat calon yg dipilih untuk menjawat jawatan YDP usim (yg juga siswi kali pertama pecah rekod) adalah penyokong kepada pembangkang dan begitu juga ahli keluarganya yg diketahui menyokong pas. Selepas ini beberapa universiti akan turut mengikut jejak USIM.

Friday, 25 October 2013

DALANG PRO MAHASISWA ISTIHAR JIHAD DI UM!!!

Difahamkan selepas solat jumaat nanti bahawa Pro Mahasiswa akan berdemotrasi di hadapan bangunan HEP UM. Adakah mereka-mereka ini yang menghalalkan darah Dr Rohana? MB risau tindakan mereka pada petang ini terhadap NC UM. MB rayu mahasiswa/i  memberikan tekanan kepada Pro Mahasiswa. Jangan biarkan UM berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Betapa jahil Pro Mahasiswa ini. Jika GMUKM sanggup membaling bom ke markas mereka sendiri, kini mereka berani menghalalkan darah NC. Apa semua ini? Celaka mereka ini. MB menyeru kepada mahasiswa/i menghalang puak Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa ini!!!

PRO M ISTIHAR JIHAD DARAH DR ROHANA UM!!!

Apa dah jadi? Apa dah jadi? Sampai sekarang Pro Mahasiswa masih tidak berubah.  Makin menjadi-jadi puak ini. Apa KAU ingat ini negara BAPAK kau punya???

MB difahamkan risalah ini giat disebarkan di sekitar UM sejak malam tadi! Apa kejadah ini semua? Ini bukan main-main punya ugutan. Adakah ini dinamakan jihad yang diperjuangkan Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa? Geram dan terkilan MB bila ISLAM dipermainkan oleh puak-puak ini. Siapa yang mengajar puak ini hingga tergamak berfikir sehingga tahap begini?

Semoga mahasiswa UM dapat menyedarkan puak Pro Mahasiswa UM ini!!!

Wednesday, 23 October 2013

CALON ASPIRASI UKM DIUGUT BUNUH!!!

Betapa kejinya GMUKM ini rupanya.MB tidak sangka begitu bancul mereka ini hingga berani main ugut bunuh ini apa nak jadi dengan nasib mahasiswa jika dibiarkan mereka ini menang?

Tuesday, 22 October 2013

GMUKM SUDAH MULA UGUT CALON!!!

Nampak gayanya GMUKM  sedang rancak berpidato di rapat umum pada malam ini. Malah boleh dikatakan setiap saat mereka berkempen. Tidak dinafikan kemungkinan GMUKM akan tetap mempertahankan kemenangan di UKM pada PRK kali ini walaupun terdapat pelbagai halangan dan cabaran daripada pelbagai pihak. MB doakan kejayaan GMUKM dalam PRK kali ini.

Cuma malangnya MB diberitakan bahawa GMUKM telah mula bermain taktik keji dan kotor. Berita yang baru MB terima mengatakan GMUKM berkemungkinan besar terlibat dalam komplot ugutan bunuh salah seorang calon Aspirasi UKM. Kenapa harus melakukan taktik keji sebegitu? Apa yang MB difahamkan konspirasi ini supaya GMUKM menang solid dalam PRK ini. Nasihat MB jangan tamat brader. Biar Edikoup sahaja yang main kotor gitu.

Politik Kampus bukan seperti politik luar. Jadi sama-sama jaga keharmoniannya. Anda masih pelajar. Pilihlah pemimpin yang benar-benar ikhlas dan terpimpin.

PELAJAR INTERNATIONAL MAKIN KURANG AJAR DENGAN PM!!!

Makin kurang ajar pelajar International yang belajar di Univeraiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sudah di beri betis, mahu peha pula. Hari ini MB diberitakan bahawa Pelajar Antarabangsa yang menyambung belajar di UIAM atas kerjasama atau perjanjian bersama dengana beberapa negara telah mula mempertikaikan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib. MB difahamkan mereka ini diberi 1001 keistimewaan di UIAM yang mana dibiayai oleh kerajaan Malaysia.

Dimana mahasiswa yang menyokong kerajaan? Adakah semua pensyarah-pensyarah di UIAM itu penyokong DAP? Apakah UMNO sebagai tunjang kerajaan Malaysia masih mendiamkan diri bilamana Presiden UMNO di perkatakan sedemikian rupa oleh orang luar? Mana suara-suara yang lantang memperjuangkan tanahair tercinta ini?

Mereka akan mengadakan public speaking pada esok malam seperti mana yang diberitahu kepada MB. Disana mereka akan lebih kuat menghentam kerajaa  secara terangan di hampir 10 000ribu mahasiswa. Masihkah anda hendak mendiamkan diri tanpa protes?

Monday, 21 October 2013

DBKL MENAJA PUAK KOMUNIS!!! MAMPUS LA GINI!!

Kadang-kadang MB pelik dengan Pihak Berkuasa Keselamatan Negara ini. Sudah banyak brader Hishamuddin Rais melakukan Onar dalam negara dengan kenyataan ternyata menghasut.Tetapi malangnya tidak ada hukuman yang diambil ke atasnya. Malah usaha menyebarkan ideologi komunis bagi membangkitkan sentimen revolusi telah lama giat dijalankan hinggakan mereka berjaya rekrut peserta-peserta PLKN di dalam kem PLKN sendiri seperti mana MB pernah dedahkan sebelum ini. Apa sudah jadi wahai pemimpin yang kami harapkan?

Terbaru!!! Hishamuddin Rais dan kumpulan komunisnya sedang merancang provokasi besar-besaran terhadap Akta Tahanan Baru Penjenayah Kongsi Gelap yang ternyata mengerunkan puak komunis ini. Akta ini dijanjikan tanpa tahanan politik. Hanya penjenayah sahaja yang terlibat. Tetapi malangnya Hishamuddin Rais telah spin akta ini 300% dengan pelbagai fitnah mengatakan ia tidak berperikemanusiaan.

Gambar yang MB sertakan dalam post ini ialah gambar latihan yang dilakukan puak komunis ini bersama beberapa orang daripada PRO MAHASISWA UM. Latihan apa??? Latihan bagaimana mereka ini akan melakukan provokasi dan lakonan semasa demotrasi nanti. Malah mereka merancang akan melakonkan aksi dan provokasi ini di shopping kompleks sekitar KL dan Selangor nanti.

Lebih mendukacitakan puak komunis dan Pro M ini menjalankan latihan ini di sebuah bilik sulit yang dimiliki DBKL!!! Apakah DBKL turut bersubahat dengan puak komunis ini??? Jangan ingat MB tidak tahu.

AWAS!!!! ANDA DIPERHATIKAN!!!!

Sunday, 20 October 2013

KECUT PERUT PUAK PR SEKARANG!!CABAR LAGI!!

JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKALAU TAKUT DILAMBUNG TOHMAHAN

Saturday, October 19, 2013

TERKINI1!! N.SURENDRAN TAK BERANI SERTAI OPERASI POLIS, DIA HANYA NAK JADI 'PEMERHATI' SAJA!!!

Seperti yang dinyatakan dari awal, N.Surendran akan berusaha sedaya upaya untuk tidak terlibat dalam operasi pasukan polis memburu dan membanteras kumpulan penjenayah bersenjata. Walaupun dia cuba bercakap besar dan berlagak seolah-olah dia adalah PEMBERANI, tetapi hakikatnya, semua orang dapat melihat reaksi serta wajahnya yang ketakutan serta keresahan.

N.Surendran tahu bahawa operasi yang dijalankan oleh pihak polis merupakan operasi SERAH NYAWA, tetapi oleh kerana dia sudah terlepas cakap, N.Surendran tidak mampu menarik diri walaupun itulah yang ingin dilakukannya.

Bayangkanlah, baru ukur baju kalis peluru pun, N.Surendran telah memberikan pelbagai amanat seolah-olah dia akan mati ditembak oleh penjenayah. Dan tidak cukup dengan itu, Latheefa Koya yang merupakan teman akrabnya juga turut masuk campur dan mendesak secara halus agar Ketua Polis Negara menarik semula cabaran agar N.Surendran menyertai operasi pihak polis. Awal daripada itu, Nurul Izzah, seorang lagi konco rapat N.Surendran menyelar Ketua Polis Negara dan menyifatkan cabaran Ketua Polis Negara kepada N.Surendran sebagai sesuatu yang amat melampau dan merbahaya.

Selepas gagal menggunakan kaedah politik untuk membolehkannya menarik diri, hari ini seorang peguam dan juga pemimpin PKR, R.Sivarasa memberikan pandangan yang dilihat amat 'bernas' agar N.Surendran dikeluarkan daripada sebarang operasi polis, sebaliknya hanya dijadikan dan distatuskan sebagai pemerhati sahaja.

Menurut R.Sivarasa, Ketua Polis Negara perlu menimbangkan semula keengganan untuk bertanggungjawab di atas keselamatan N.Surendran. R.Sivarasa merujuk kepada syarat indemniti yang perlu ditandatangani oleh N.Surendran sebelum menyertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata.

Dikatakan, N.Surendran telah bersetuju dengan 'HAMPIR KESEMUA' syarat yang dikenakan oleh pihak polis. Bagaimanapun, R.Sivarasa yang juga merupakan peguam N.Surendran berkata, pihaknnya menggesa agar dua syarat yang dikemukakan polis dapat dipertimbangkan kerana kononnya melibatkan keselamatan.

PENDEDAHAN MODUS OPERASI PRO M DI KAMPUS!!!

MB tertarik dengan satu artikal ini yang sebenarnya bertajuk  "Bagaimana wanita mengoda lelaki secara tidak sengaja?" Sebenarnya secara tidak langsung telah mendedahkan operasi bagaimana Pro M,GAMIS, PMI, KAMI dan puak komunis mengoda mahasiswa-mahasiswa di kampus untuk mengundi calon mereka. Sebab itu dapat disaksikan sendiri kenapa puak ini ramai menarik perempuan bersama mereka.Ikuti artikal di bawah ini.

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabarnafsu lelaki?Bagaimana?Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!

Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.Mencabar nafsu tak?Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

AYUH KITA HENTIKAN NIAT JAHAT SEBENAR PRO MAHASISWA DAN SEKUTUNYA!!!

Wednesday, 9 October 2013

SANDIWARA ENDIKOUP DAN RAKAN-RAKAN 2013

Bukan niat MB nak mempromosikan mereka ini. Tetapi terasa geli hati dengan sandiwara mereka ini membuatkan MB menulis artikal ini. Berapa ramai yang hadir pada speaker conner sebentar tadi? Anggaran MB tidak sampai 100orang yang datang. Itu pun di kira bersama dengan penunggu bas yang TERPAKSA mendengar tipu mereka ini.

Sandiwara apa yang mereka bakal lakukan tahun ini? Kalauntahun lepas pelbagai sandiwara dilakukan termaksud 1001 konspirasi yang akhirnya bila didesak mendedahkan bukti-bukti nyata dan saksi yang terlibat, mereka GAGAL melakukannya. Hinggakan di saat akhir mereka melakukan sandiwara Endikoup dipukul yang akhirnya didedahkan bukti oleh MB bahawa itu adalah agenda terancang mereka sendiri.

Mengelikan hati MB dalam poster ini, Kenapa Presiden PMIUM berada paling hujung sekali? Adakah ia sekadar jawatan dan dijadikan boneka oleh tangan-tangan ghaib ini? Naib presiden lebih mendahului Presiden. Ini suatu yang luar biasa.

Persoalan disini yang ingin MB timbulkan, jika mereka ini pertikaikan atau cuba mengaitkan komplot antara HEP, UMNO dan Penggerak, bagaimana komplot mereka dengan Brader Anwar Bin Ibrahim, Izzah, Rafizi, PEMUDA PAS, AMK, dan DAP serta talibarut-talibarut Syiah yang lain? Jika mereka dihalalkan komplot tersebut, bagaimana komplot yang lain?

Monday, 30 September 2013

GERAKAN DEMONTRASI MAHASISWA HARI INI!

Demotrasi dan kekacauan yang sengaja dilakukan oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab pagi tadi sebenarnya adalah atas arahan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menghalang Akta Pencegahan Jenayah diwartakan. Jika Akta ini dilaksanakan, pastinya terdapat cabaran besar kepada mereka ini untuk mengadakan demotrasi.

Hasil tinjauan MB pagi tadi mendapati mahasiswa daripada UM sudah berkurangan menyokong mereka ini kerana terdapat isu perbalahan Pro Mahasiswa dan PMI di sana serta isu bayaran kewangan demotrasi sebelum ini yang tertangguh. Daripada UIAM turut menerima impaknya menyebabkan Bang Anwar Bin Ibrahim dengan kerjasama Khalid Syiah terpaksa mengarahkan mahasiswa daripada Usim iaiu kumpulan Haziq yang cenderung ke arah Syiah berkemungkinan besar.

MB mengharapkan pihak pentadbiran USIM bertindak tegas dalam isu demontrasi ini kerana semakin ramai mahasiswa Usim terlibat. Mungkinkah pihak pentadbiran USIM sendiri membantu mereka ini?

Thursday, 26 September 2013

ENDIKOUP PRO M VS MALAYSIABANGKIT

Edikoup sudah muncul kembali. Mungkin tahun ini akan berlaku pertempuran yang lebih menarik antara MB dengan Endikoup. Masih ingatkah anda tentang pendedahan dari MB tentang rancangan jahat si Endikoup ura-ura di pukul yang bertujuan mendapatkan simpati mahasiswa dan mahasiswi?

Terbaru Endikoup telah keluarkan kenyataan bahawa akan ada kejutan di dalam PILIHANRAYA KAMPUS pada tahun ini. Pelbagai 1001 strategik telah disusun. Malah 1001 cara kotor telah difikirkan. MB akan dedahkan nanti apa tipu muslihat mereka ini. Sumber nyata yang MB perolehi menyatakan kejutan atau provokasi yang bakal dilakukan untuk kali ini tidak lagi di UNIVERSITI MALAYA. Tetapi modus operandi telah ditukarkan kepada satu universiti yang tidak dijangkakan. MB sangat yakin kejutan oleh Pro Mahasiswa ini bakal mengundang 1presepsi buruk yang luar biasa kepada kerajaan. Nasihat MB kepada kementerian Pengajian dan agensi yang terlibat dengan mahasiswa dan anak muda ini supaya bersedia kerana jawatan anda pasti tergugat nanti.

Tidak dinafikan kenyataan Endikoup bahawa Pro Mahasiswa akan menang besar dalam Pilihanraya Kampus kali ini. Kemenangan Pro Mahasiswa pada tahun ini sudah pasti BUKAN kerana mereka ini semakin kuat dan gagah di kampus, TETAPI kerana LEMAHNYA Aspirasi di kampus-kampus kerana campur tangan orang yang tidak sepatutnya terutama orang politik.

Nantikan pendedahan lanjut MB.

Wednesday, 25 September 2013

UPM DI HUJUNG TANDUK!!! PRK BAKAL KECUNDANG!!!

Dalam post sebelum ini, MB ada nyatakan bahawa MB akan dedahkan pergerakan jentera mahasiswa di UPM. Sebelum MB pergi lebih lanjut ingin MB dedahkan satu isu yang mungkin dirasakan kecil atau isu terpencil.

Di saat rakyat Malaysia menyambut hari Malaysia pada 16 September yang lalu, ditakdirkan seorang penganas komunis Raja segala penganas di Malaysia satu masa lalu telah mati. Pelbagai presepsi dan cerita di dendangkan oleh segelintir masyarakat terutamanya puak-puak DAP dan Melayu bertopengkan Iblis yang ingin menjadi hero komunis. Itu disudut negara.

MB ingin mengajak rakyat melihat di sudut anak muda terutamanya mahasiswa. Pada 16 September juga seawal pagi telah digantung banner ini Wilayah PRO M bersama bendera komunis. Bendera komunis ini digantung setelah mendapat perkhabaran kematian CHIN PENG pada pagi itu. Sahabat MB kebetulan melalui kawasan tersebut untuk menikmati sarapan pagi telah terserempak dengan kumpulan ini. Sahabat MB telah mengintip mereka daripada awal sehingga abis. Setelah mereka beredar,dengan beraninya sahabat MB telah menurunkannya.

Isu disini ialah sejauh mana perkaderan yang dilakukan oleh komunis di dalam kampus-kampus seluruh Malaysia? Di mana agensi dan jabatan yang sepatutnya memainkan peranan dalam membasmi ideologi komunis pada mahasiswa dan anak muda ini? Hilangnya semangat pendekar oleh anak melayu sendiri tanpa di pulihkan kembali mereka ini ke jalan yang benar.

Ikuti pendedahan lebih lanjut tentang kejatuhan ASPIRASI di UPM dalam post MB nanti. Sedar atau tidak mereka yang terlibat dengan gerakan PRK pada tahun ini akan bahaya sebenar yang melanda UPM.

Wednesday, 27 March 2013

FAHMI REDZA DAN VIDEO SEKS NIK AZIZ!!!!

MB telah merujuk kepada risikan dalaman MB didalam kumpulan fahmi redza. Dakwaan menyatakan bahawa fahmi redza telah diarahkan mengedit beberapa video pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang sedang berasmara. Fokus utama adalah kepimpinan PAS dan Nurul Izzah. Antara tujuannya :


1-Bagi meraih undi simpati kepada Pakatan Rakyat kerana melibatkan ulama Pas.
2-Bertujuan memastikan rakyat tidak mempercayai video seks yang sebenar dan tulen yang bakal dikeluarkan oleh papagomo.
3-Bagi mengalakkan golongan lgbt menyokong anwar.

MB melihat video tersebut sangat teruk dilakukan editnya. Ia sengaja dilakukan sebegitu bagi memudahkan rakyat menuding jarinumnonyang melakukannya.

AWAS!!! Ini adalah permainan reverse psiychology dan Gerak Saraf Perang Saraf daripada Pakatan Rakyat. Umno harus bersedia dengan serangan fitnah BRADER ANWAR BIN IBRAHIM INI!

Bukti lebih jelas bahawa video ini dikeluarkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim ialah pada malam tadi dia telah keluarkan beberapa video yang menceritakan video-video yang obama telah edit bagi spin video seks nya dengan mahasiswa. sejurus video itu dikeluarkan di twitter Brader Anwar Bin Ibrahim ini, video nik aziz ini disebarkan. Ini satu strategi yahudi Brader Anwar Bin Ibrahim. Malah sanggup mengarahkan fahmi redza mereka video seks nurul izzah!

Nanti rakaman arahan Brader Anwar Bin Ibrahim selepas ini!!!

Tuesday, 19 March 2013

PEMIKIR UMNO BERLAWAN MAMAT TUA UMUR 85 TAHUN


Boleh dikatakan setiap hari kita mendengar pasal demo sana demo sini. Sebelum tahun 1997, tidak pernah kita dengar pasal isu demo-demo ini. Kalau ada pun sangat jarang berlaku. Cuma dengar pasal mogok sahaja.

Semakin dekat dengan PRU13 ini, semakin kuat puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim mengerakkan demontrasi di sana sini. Sedarkah anda bahawa semua yang berlaku ini adalah kerana seorang mamat tua bangka yang telah memikirkan 198 kaedah peperangan tanpa senjata. Malah mamat tua ini telah ditaja oleh Yahudi. Negara-negara yang menggunakan kaedah ini juga turut di taja.




Demotrasi yang cuba dilakukan di UiTM malam tadi juga merupakan salah satu kaedah yang dinyatakan oleh mamat tua bangka ini malah mahasiswa yang terlibat turut di taja oleh rejim Yahudi. 

 
MB mendapat maklumat bahawa gerakan untuk mengadakan rusuhan berskala besar semasa PRU bakal digerakkan oleh puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini. Segala yang dilakukan menggunakan kaedah mamat tua itu.

Persoalan MB disini, adakah UMNO telah bersedia melawan strategik mamat tua bangka ini? Adakah pemikiran generasi muda yang tidak berkepentingan politik bakal diberi peluang untuk difikirkan? 

Fikir-fikirkan.

SAHABAT MB ADA MENULIS PASAL MAMAT TUA TU DI





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...