JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKALAU TAKUT DILAMBUNG TOHMAHAN
Saturday, October 19, 2013
TERKINI1!! N.SURENDRAN TAK BERANI SERTAI OPERASI POLIS, DIA HANYA NAK JADI 'PEMERHATI' SAJA!!!
Seperti yang dinyatakan dari awal, N.Surendran akan berusaha sedaya upaya untuk tidak terlibat dalam operasi pasukan polis memburu dan membanteras kumpulan penjenayah bersenjata. Walaupun dia cuba bercakap besar dan berlagak seolah-olah dia adalah PEMBERANI, tetapi hakikatnya, semua orang dapat melihat reaksi serta wajahnya yang ketakutan serta keresahan.
N.Surendran tahu bahawa operasi yang dijalankan oleh pihak polis merupakan operasi SERAH NYAWA, tetapi oleh kerana dia sudah terlepas cakap, N.Surendran tidak mampu menarik diri walaupun itulah yang ingin dilakukannya.
Bayangkanlah, baru ukur baju kalis peluru pun, N.Surendran telah memberikan pelbagai amanat seolah-olah dia akan mati ditembak oleh penjenayah. Dan tidak cukup dengan itu, Latheefa Koya yang merupakan teman akrabnya juga turut masuk campur dan mendesak secara halus agar Ketua Polis Negara menarik semula cabaran agar N.Surendran menyertai operasi pihak polis. Awal daripada itu, Nurul Izzah, seorang lagi konco rapat N.Surendran menyelar Ketua Polis Negara dan menyifatkan cabaran Ketua Polis Negara kepada N.Surendran sebagai sesuatu yang amat melampau dan merbahaya.
Selepas gagal menggunakan kaedah politik untuk membolehkannya menarik diri, hari ini seorang peguam dan juga pemimpin PKR, R.Sivarasa memberikan pandangan yang dilihat amat 'bernas' agar N.Surendran dikeluarkan daripada sebarang operasi polis, sebaliknya hanya dijadikan dan distatuskan sebagai pemerhati sahaja.
Menurut R.Sivarasa, Ketua Polis Negara perlu menimbangkan semula keengganan untuk bertanggungjawab di atas keselamatan N.Surendran. R.Sivarasa merujuk kepada syarat indemniti yang perlu ditandatangani oleh N.Surendran sebelum menyertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata.
Dikatakan, N.Surendran telah bersetuju dengan 'HAMPIR KESEMUA' syarat yang dikenakan oleh pihak polis. Bagaimanapun, R.Sivarasa yang juga merupakan peguam N.Surendran berkata, pihaknnya menggesa agar dua syarat yang dikemukakan polis dapat dipertimbangkan kerana kononnya melibatkan keselamatan.
No comments:
Post a Comment