KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday, 5 July 2012

PENDEDAHAN PERUNTUKKAN KERAJAAN KEPADA ANWAR!!!


MB cukup terkejut dan sakit hati apabila mengetahui bahawa ada peruntukkan yang disalurkan dari agensi kerajaan kepada satu pertubuhan yang sememangnya pertubuhan ini sangat berkaitan rapat dengan Bang Anwar Bin Ibrahim. Tersenyum lebar la Bang Anwar Bin Ibrahim ini.

Nak tahu lebih lanjut maksud MB, sila tengok penjelasannya di sini.

ANCAMAN KEPADA BN!!!AWAS!!!




Banyak faktor penyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 yang akan datang.  Bukan setakat winnable candidate tetapi elemen-elemen lain juga yang perlu disusun mengikut keutamaannya dan diselaraskan dengan mengambil kira peri pentingnya setiap satu undi. Jangan ambil mudah dengan satu dua undi yang mungkin tercicir.  Selain faktor calon, faktor pengundi atas pagar, pengundi Cina, kesepaduan jentera parti, faktor logistik, kewangan dan banyak lagi amat perlu diberikan perhatian serius. 

Begitu jugalah banyaknya faktor yang mungkin menyumbang kepada kekalahan BN pada PRU 13 yang akan datang (Na'uzubillahuminzalik).  Musuh dalam selimut yang masih berbaki dalam UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP serta parti komponen BN yang lain juga seharusnya di kala ini sudah dikenalpasti dan jalan penyelesaian sudah diambil.  Ejen-ejen pembangkang dan kadernya dalam UMNO jika ada, harus dibunuh terus, dimatikan agar tidak menyebabkan kerosakan yang lebih besar.  Budaya cah keting jika masih bersarang pastinya mensia-siakan kerja keras jentera sepenggal, menghampakan pucuk pimpinan yang tidak tidur malam lantas menghasilkan keputusan yang lebih buruk dari 2008.

Kerosakan lebih besar yang mungkin menghalang kesinambungan kerajaan Barisan Nasional adalah pembelotan oleh kakitangan awam yang kini berjumlah lebih sejuta orang.  Jika 10% sahaja kakitangan awam yang membelot, bermakna 100,000 undi telah memihak kepada pembangkang tidak termasuk ahli keluarga mereka.  Inisiatif serta insentif kerajaan dalam menjaga kebajikan kakitangan awam sahaja belum cukup untuk memastikan kemenangan bergaya BN pada PRU 13.  Kerajaan mesti bertindak lebih dari itu.

Tahukah setiap ketua jabatan tentang kecenderngan politik dan mengundi kakitangan bawahannya. Ketua jabatan wajib tahu itu dan sepatutnya boleh memberikannya secara fngertip, bila bila masa.  Juga tahukah mereka berapa ramai di kalangan staf bawahannya yang secara terang menyokong pakatan pembangkang dan mendokong perjuangan meruntuhkan kerajaan BN.  Ataupun sebenarnya ketua-ketua jabatan dan ketua unit itu sendiri yang sememangnya merupakan penderhaka yang nyata atau berselindung, menyokong gerakan melumpuhkan BN dari dalam.

Cerita-cerita kakitangan awam yang belot sekarang ini bukan lagi rahsia.  Walaupun jumlahnya tidak ramai, tindakan tegas kerajaan mestilah dibuat.  Setakat ini memang tidak ada tindakan tegas dan tidak langsung memberikan impak dalam mengawalnya. Professor IPTA menghasut pelajar dan memburuk-burukkan kerajaan, pensyarah-pensyarah yang menjalankan dakyah-dakyah parti pembangkang samada dalam kelas, di mimbar masjid ataupun tazkirah surau, langsung tidak diambil tindakan.  Apa tindakan ke atas mereka setakat ini? Jawabnya tidak ada.

Guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah mencemuh pelajar-pelajar yang ibubapanya menyokong kerajaan, KSU atau Pengarah, Timbalan Pengarah atau Penolong Pengarah, Ketua Penolong Setiausaha, di jabatan-jabatan secara sorok-sorok bertindak bukan bagi kepentingan kerajaan BN sebaliknya dimanfaatkan oleh pembangkang, ada siapa yang kesah? Apa tindakan ke atas mereka setakat ini?  Jawabnya tidak ada.

Pembelot-pembelot dalam MINDEF, di Kementerian Luar Negeri, di Kementerian Pelajaran, di Kementerian Pengajian Tinggi, di Kementerian Kewangan atau lain-lain kementerian, ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan? Jawabnya tidak ada.

Belum lagi diambil kira tentera semut sebagai sympatizer dan kader-kader pembangkang di kalangan kakitangan kerajaan yang berada dalam Malaysia dan di perwakilan kedutaan Malaysia luar negara yang berkebolehan mencuri maklumat, tidak kira samada maklumat terbuka atau tertutup,  lalu menyalurkannya kepada pembangkang secara sulit.  Ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan?  Jawabnya tidak ada.

Bertambah buruk lagi keadaannya apabila golongan yang dinyatakan sebagai penderhaka kepada BN ini menerima kenaikan pangkat, berjalan lancar dan mudah, dapat kenaikan gred jawatan dan sebagainya sedangkan golongan yang totok UMNO dan BNnya, dengan penilaian prestasi kerja serupa dan keupayaan  sama,  masih terkial-kial dan ternganga-nganga kehairanan bagaimana hal sedemikian ini boleh berlaku.  Di manakah letaknya keadilan, di manakah silapnya? Daripada kehilangan satu undi oleh pembelot tadi, kini termasuk undi tidak puas hati, BN sudah kehilangan dua undi.

Perkara ini bukan lagi rahsia. Sudah diperkatakan merata. Walaupun peratusannya mungkin tidak berjaya membawa ANWAR IBRAHIM ke PUTRAJAYA, suatu penelitian menyeluruh yang mendalam hendaklah dibuat beserta tindakan tegas kerajaan yang sekurang-kurangnya dapat membendung daripada kerosakan yang lebih besar di masa hadapan.

KAMI SAYANG BN


Artikel ini dipetik disini.

Wednesday, 4 July 2012

ANWAR PASTI CUAK DENGAN KASSIM INI!!!


Tidak perlu kita menilai dan melihat latar belakang Dr Kassim Ahmad. Tapi MB menyeru melihat intipati yang disampaikan. Ayuh semua, dedahkan siapa Bang Anwar Bin Ibrahim ini.

Demi Agama, Bangsa dan Negara.... Bersatulah...

KESALAHAN HASSAN ALI DIDEDAHKAN LAGI!!!


PMI harus menilai perkara ini kerana kini mereka sudah terlalu jauh dengan ideologi Fahmi Komunis.

Renung-renungkan...

VIDEO ARTIS PALING HOT AKHIRNYA TERDEDAH!!!


Bagus semuanya telah selesai...

KENYATAAN YANG HARUS DINILAI!!!


Sejak Kebelakangan ini MB melihat keyakinan rakyat kepada BN kembali pulih dimana masyarakat India telah kembali menyokong barisan Nasional dan masyarakat Melayu turun kembali yakin dengan kepimpinan Dato Sri Najib. Bagi kaum Cina juga sudah menunjukkan perubahan untuk kembali mengundi BN pada PRU 13 nanti.

Jika kita mengikuti perkembangan harian PM, setiap hari bertungkus lumus PM ke sana ke mari turun ke akar umbi menyelesaikan masalah rakyat. MB pernah berjumpa secara berhadapan dengan PM pada satu majlis. Sebelum majlis yang MB hadiri ini,PM datang dari satu majlis yang lain. Dari rauk wajahnya ternyata PM kelihatan lesu kerana kekurangan rehat. MB dapat melihat betapa gigihnya PM ini memulihkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN.


Apa yang MB ingin mengulas disini adalah tentang musuh di dalam selimut di peringkat kepimpinan PM sekarang. Jika di analisis pergerakan Pakatan Rakyat sekarang, boleh dikatakan setiap perancangan yang telah di aturkan PM telah di ketahui oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Sebagai contoh banyak maklumat-maklumat sulit kerajaan telah didedahkan mereka. Malah minit mesyuarat yang mungkin ada kebenarannya turun didapati oleh mereka ini. Hal ini tidak akan terlepas ke tangan pembangkang sekiranya tiada biawak hidup yang PM pikul di dalam kementerian berkaitan.

Lebih menambahkan keburukkan ini ialah apabila pengkhianat ataupun biawak hidup ini menerima kenaikan pangkat dan diletakkan di dalam agensi yang cukup penting. Malah ada kakitangan kerajaan yang menjalankan kerja dengan penuh didikasi dan amanah telah di sekat pergerakannya dan ditukarkan ke bahagian yang tidak sepatutnya ia berada. Hal ini perlu diambil serius oleh PM bagi mengekalkan kemenangan.


Malah sangat ada kemungkinan ada pengawai khas yang rapat dengan Ketua Pengarah dan PM yang menjadi musuh di dalam selimut. Kesemua ini penting di kaji dan dianalisis kerana apa yang MB lihat hari ini dari segi ketirisan maklumat sangat membarah. 

Dari khabar-khabar angin yang MB dengar, terdapat juga bekas-bekas pelajar yang semasa di IPTA dulunya PRO Mahasiswa yang sangat aktif mengecam kerajaan di ambil bekerja di dalam kerajaan malah berada di agensi yang penting. Malah jawatan yang di sandang antaranya PTD, pegawai khas, SU khas dan sebagainya. 

Terdengar rintihan daripada jentera Aspirasi sendiri bahawa mereka ini tidak langsung diberi tempat apabila tamat pengajian. Malah terdapat ramai ahli politik yang menjanjikan pekerjaan di dalam kerajaan atas JASA mereka membantu pihak kerajaan yang mana akhirnya INDAH KHABAR DARI RUPA. Tidak dinafikan terdapat antara mereka yang di beri peluang untuk bekerja. Tetapi ada yang bekerja tetapi statusnya tidak dijelaskan seperti hanya untuk MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

MB disini menyeru kepada kepimpinan PM untuk menganalisis musuh didalam selimut di peringkat kepimpinan PM dan mengantikan mereka ini dengan bekas-bekas  pemimpin pelajar yang menyokong BN dan PM khususnya. Ini adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan bagi meraih kembali golongan muda kerana MB lihat pemimpin pelajar ini mempunyai pelbagai idea yang boleh digunakan. Tetapi biarlah mereka ini dipilih kerana kelayakkan mereka bukannya kerana campur tangan ahli politik tertentu.

Demi Agama,Bangsa dan Negara. Marilah kita bersatu.

DAP TERTAWAKAN DAN KETAWAKAN PAS!!!


Kenapa PAS membiarkan DAP mengkudakan pemimpin anda???

PKR KANTOI LAGI DENGAN KENYATAAN BANGGANGNYA!!!


MB tertarik dengan kenyataan yang dibuat iaitu mempertikaikan pemeriksaan ke atas rakyat. Salahkan pihak polis membuat pemeriksaan ke atas rakyat bagi mencegah jenayah daripada berlaku???

Pertikaian tentang statistik jenayah yang meningkat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada pihak polis. Bagi mengurangkan kadar jenayah, rakyat sendiri harus membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membasminya.

MB secara peribadi melihat kenyataan yang dikeluarkan ini adalah satu lagi provokasi yang cuba diwujudkan bagi menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap pihak polis. Sekiranyanya Pakatan Rakyat serius menangani kadar jenayah ini, mereka harus membantu pihak polis dan mengikut peraturan undang-undang negara yang telah ditetapkan.

MB menyeru rakyat menilai sendiri adakah dengan mengadakan BERSIH tidak menimbulkan atau meningkatkan kadar jenayah daripada berlaku? Berapa banyak kerosakkan yang telah ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan BERSIH??? 

Renung-renungkan k...

BENAR ATAU TIDAK UNISEL MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN?


MB tertarik dengan kenyataan dari pihak Unisel yang menyatakan mereka tidak menghadapi masalah kewangan. Persoalan MB disini kenapakah ketika PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru, MB dengar khabar-khabar angin menyatakan ada yang menelefon minta ditarik balik pembekuan tersebut dengan antara alasannya Unisel tidak mampu memberi pendidikan percuma. 

Jika tidak ada masalah kewangan sepatutnya Unisel mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajarnya. Dan tidak patut membenarkan mengapungkan tanah milik Unisel tersebut seperti yang di war-warkan sebelum ini sekiranya PTPTN membekukan pinjaman.

Apapun MB menanti sahaja akaun yang katanya akan didedahkan nanti. Persoalannya juga adakah akaun yang didedahkan tersebut telus???

JIKA PR MENANG,ESOK HARGA MINYAK TURUN!!! JIKA INI BERLAKU ESOK???


Bagaimana jika ini terjadi??? Renungkan kepada mereka yang terlalu taksub dengan Bang Anwar Bin Ibrahim.

NAJIB TAPI BUKAN TOK GURU???


MB pelik dengan kenyataan ini. Kenapa perlu di persoalkan soalan ini dan mempermainkannya??? Adakah ini soalan tambahan bila kita dihitung nanti???

JANGAN MEMPERMAINKAN AGAMA DEMI MERAIH SOKONGAN RAKYAT!!!
Renung-renungkanlah....

Tuesday, 3 July 2012

KEBENARAN PAS DAN DAP SERTA PMI DAN SMM???


Dalam video ini anda dapat melihat sendiri perselisihan tentang perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.Itu di peringkat Nasional. Bagaimana di peringkat mahasiswa di dalam kampus???

Hari ini kita boleh lihat bagaimana PMI yang memperjuangkan ISLAM boleh bersekongkol bersama dengan SMM. Malah boleh mengikut kata-kata Fahmi Komunis yang secara terang memperjuangkan LGBT dan kebebasan agama. Malah PMI sendiri terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan hala tuju bersama SMM ini.

Adakah PMI bersama dengan SMM ini kerana PAS bersama dengan DAP yang terang-terang menjadi dalang perpecahan umat ISLAM??? Renung-renungkan...

BAGAIMANA SIGMA DAN PMI TERTIPU LAGI???


Apa pendapat mahasiswi dan mahasiswa tentang kebenaran didalam video ini??? Anda boleh menilainya sendiri. MB menyeru kepada seluruh kaum hawa, sedarlah siapa yang berselindung di sebalik kebenaran. MB sedih melihat ramai siswi yang telah terpengaruh dengan pemimpin ini. Saban hari MB melihat siswi-siswi telah  mula meraih sokongan untuk pemimpin ini sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka telah di pergunakan oleh anasir-anasir ini untuk kepentingan peribadinya.


MB juga sedih melihat "isteri-isteri" PRO M yang melaung-laungkan untuk berjuang menegakkan ISLAM kini mula lupa pada perjuangan mereka. Adakah ini kerana mereka telah terlalu rapat berkawan dengan awek Fahmi Komunis???

MB dengar Sigma kini sudah mula turun berkempen di lembah pantai. Apa sebenarnya tugas seorang mahasiswi ini??? Belajar atau berkempen???



Ini antara pemimpin Pro M yang telah jauh terpesong. Mahasiswa dan rakyat boleh menilai sendiri kebenaran apa yang mereka laungkan.

Monday, 2 July 2012

KEHEBATAN ANWAR IBRAHIM TERBUKTI LAGI???


MB tertarik dengan video ini kerana ia berlaku semasa umat Islam sedang di dalam persialan menyambut Hari Raya. Inikah pemimpin yang kita impikan selama ini??? MB ingin menyeru kepada seluruh Mahasiswa, mari bersama-sama kita menolak pemimpin ini serta konco-konco yang kini sedang giat aktif meraih sokongan di seluruh ipta. 

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air Tercinta.... Kita harus bersatu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...