Lim Guen Eng perlu jawab semua ni.
KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU
Friday, 25 January 2013
Thursday, 24 January 2013
JIHAD HADI MENENTANG KARPAL???
Jika semuanya Jihad dan harus di tentang UMNO ni, MB tertarik untuk bertanyakan bagaimana dengan isu Khalimah Allah yang dituntut oleh DAP tu? Bagaimana dengan penghinaan Al-Quran oleh puak-puak DAP???
Anda lihat dan anda nilai.
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
ANWAR KANTOI TIDAK BERANI BERTANDING DI PERMATANG PAUH
Ini jawapan kenapa Bang Anwar Bin Ibrahim menyatakan hasrat tidak akan bertanding di Permatang Pauh. Untuk pengetahuan rakyat, sekarang ini mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir telah acap kali turun ke Permatang Pauh menjelaskan siapa Bang Anwar Bin Ibrahim ini dan menjelaskan segala penipuan yang Bang Anwar Bin Ibrahim lakukan.
Anda dengar dan anda nilai.
SYIRIK ANWAR MENURUT DATO' DR HARUN DIN
MB tertarik dengan penjelasan Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din ini. Dalam satu Majlis sebelum ini, Dato Dr Harun Din telah menerangkan bahawa hasil kajian yang dilakukan oleh beliau, sudah berpuluh kurun tahun Kristian telah menggunakan "GOD". Kenapa kini sengaja mencetuskannya?
Paling menarik kata beliau dirumahnya ada 7 kitab bible yang dikaji. Antara bible yang dimiliki Tuan Guru Dato' Dr Harun Dini ialah bible yang digunakan di Malaysia, Indonesia dan Amerika. Kesemua bible yang digunakan semuanya sama menggunakan GOD. Menurutnya lagi dalam Chapter satu sahaja ada 30kali perkataan "GOD"...... "GOD"...."GOD".....
Mat Sabu yang sebelum ini ada lantang cakap pasal isu ini, ada pernah kaji bible?
Diharapkan umat Islam dapat kembali bersatu. Jangan terpengaruh dengan puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim yang mempunyai agenda peribadi.
Anda fikir dan nilai sendiri.
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
VIDEO YANG DAP TAKUT!!! KENAPA???
ANDA DENGAR DAN ANDA NILAI...
GEMPAR!!!PENGUMUMAN TARIKH PRU DARI TUN!!!
PILIHANRAYA
1. Kemana sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar Negara, saya akan ditanya bila pilihanraya akan diadakan.
2. Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh 5 tahun hayat Parlimen.
3. Soalan seterusnya ialah samada Barisan Nasional akan menang. Jawapan saya ia akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung Parliament) atau sebuah Kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.
4. Ramai yang berkata Perikatan/Barisan Nasional telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh digunapakai untuk semua keadaan.
5. Ini kerana alternatif kepada Barisan Nasional adalah sesuatu yang menakutkan Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa ia menyertai UMNO dan bukan PAS. Sekarang saya faham. Ia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak PAS, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, ia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO ia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian ia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.
6. Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka ia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.
7. Sekarang ia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk Negara. Begitu juga dengan koleksi caca-marba Pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihanraya sahaja. Selain parti “Saya mahu jadi Perdana Menteri”, turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihanraya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.
8. Memang benar Barisan Nasional sudah lama berkuasa. Begitu juga PAS di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecap di Negara dicapai dalam tempoh pemerintahan Barisan Nasional. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian PAS di Kelantan.
9. Kepimpinan PAS dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Barisan Nasional tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap ditempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.
10. Kepimpinan PAS juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin Barisan Nasional.
11. Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
12. Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza diantara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikata walaupun nama adalah sama, Kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.
13. Barisan Nasional yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke !3 tidak akan sama dengan Barisan Nasional dibawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah Barisan Nasional yang baru. Dan perubahan akan berlaku.
14. Namun begitu Barisan Nasional tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan Negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif dari sector swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil diantara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.
15. Ia terbuka kepada innovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi Kerajaan BN.
16. Ini bukanlah Negara satu parti. Barisan Nasional itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan Barisan memerintah Negara. Setengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan Kerajaan.Yang lain seperti Sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
17. Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihanraya. PAS kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihanraya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan Barisan Nasional dan menubuh Kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.
18. Pilihanraya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 Barisan Nasional kehilangan lima buah Negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihanraya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99%. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.
19. Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan Barisan Nasional memenangi semua pilihanraya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti Kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demoratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan system dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan system dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihanraya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan Kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.
20. Barak Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi ia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Ia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.
21. Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan LDP. Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan Kerajaan tidak meningkat kemajuan Jepun.
22. Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.
23. Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Ia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.
24. Terdapat Kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding Kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.
25. Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakkannya tiada perubahan yang berlaku hasil darinya. Amat sedikit contoh menunjuk apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Sepertimana dikatakan oleh orang Perancis “Plus ca change, plus c’est la meme chose” (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).
26. Tidak perlu menukar Kerajaan semata-mata untuk menegak system dwi-parti. Negara yang mempunyai system dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis kekonomi dan kewangan, mereka mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.
27. Saya telah nyatakan sebelum ini “better the devil you know than the angel you don’t.” Barisan Nasional bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bila kejayaan tidak berlaku, Barisan cepat menukar pemimpin yang gagal.
28. Pilihanraya memberi kita peluang untuk menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.
29. Jangan perjudi Negara ini dengan yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjuk kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.
30. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah Negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi samada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.
31. Akibatnya, pilihanraya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk Kerajaan.
32. Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.
sumber di sini
Wednesday, 23 January 2013
GERAKAN KRISTIAN DAP DI MALAYSIA
Sumber dalaman menyatakan perancangan rapi telah di buat oleh DAP untuk menghancurkan kerajaan Malaysia ini daripada orang Melayu. Sedar atau tidak sedar orang Melayu sekarang ini telah dibiarkan mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang telah berjaya didorong oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Jika difikirkan diluar kotak, anda dapat menilai sendiri PAS telah dipergunakan untuk menghakiskan pengaruh UMNO di kalangan orang Melayu.
Di saat Melayu sedang berpecah-belah sekarang ini, DAP dengan kerjasama PAP di Singapore telah menyediakan Strategi mereka sendiri. Pelbagai perancangan di aturkan bagi menguasai Putrajaya. Analisis awal yang telah di perolehi MB amat menakutkan. Dalam kemaruk dan ketaksuban Melayu berpolitik, gerakan Kristian telah semakin hampir mencapai kejayaannya.
Terdapat khabar angin yang MB dengar terdapat perbincangan sulit yang dilakukan oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia yang sentiasa berjumpa dan memikirkan cara bagaimana untuk merampas kuasa dari umat ISLAM di Malaysia ini. Beberapa pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk mesasarkan agenda mereka menjelang PRU13 dan PRU14.
Hari ini kita melihat fokus utama adalah PRU13. Jika difikirkan diluar kotak sasaran puak Kristian dalam menumbangkan kerajaan ini adalah pada PRU 14. MB lontarkan persoalan kepada anda kenapakah DAP sengaja timbulkan isu KHALIMAH ALLAH di saat sokongan PAS begitu kuat kepada mereka? Malah Karpal Singh berhempas pulas mendesak Majlis Syura PAS menarik balik fatwa mereka. Agenda sebenar mereka adalah untuk memartabatkan Kristian. Apabila DAP memerintah, pastinya terdapat orang ISLAM yang menyokong DAP jikamana Khalimah ALLAH dapat digunakan.
Dalam satu mesyuarat sulit di antara DAP dan PKR telah dinyatakan oleh Karpal bahawa undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat mendapat 2/3 jumlah kerusi. Malah Karpal telah mengingatkan Tian Chua menggunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO SAHAJA. Jika difikirkan di luar kotak, kenapakah DAP dan PKR tidak membenarkan PAS menambah bilangan kerusi mereka? Malah kerusi yang PAS bertanding hampir separuhnya bukan kawasan mudah menang.
Pikirkan adakah begitu mudah Karpal Singh dan puak DAP yang lain untuk benarkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri??? Sumber risikan MB perolehi menyatakan Karpal Singh dan puak-puak DAP yang lain sedang mengumpul segala rahsia Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Bilamana Bang Anwar Bin Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri untuk beberapa tahun, puak-puak celaka ini akan mula keluarkan satu persatu bukti kesalahan Bang Anwar Bin Ibrahim. Dan yang pastinya hari ini pun kita sudah mampu melihat Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi boneka tunggangan DAP samada sedar atau tidak sedar sahaja.
Monday, 21 January 2013
AGENDA AMBIGA DAN BAWANI ANCAM NEGARA!!!
TUNTUTAN YANG DIBUAT OLEH AMIBIGA SREENAVASAN PENGERUSI BERSIH SEMASA IFC.
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan didalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang
serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
15. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
16. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
17. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Bawani bakal meneruskan agenda AMBIGA!!!
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
BILA PAPAGOMO BERCERITA PASAL GADIS GERSANG
MB tertarik cerita daripada PAPAGOMO tentang si gadis gelap ini. Ganas rupanya puak-puak PAS ni hinggakan sanggup mengambil gadis yang PAPAGOMO kata pernah tengok dalam satu channel menghimpunkan aweks dan jantan gersang. Menarik cerita ini. Mungkinkah gadis-gadis seperti ini yang berada di dalam Persatuan Mahasiswa Islam tu. Di luar nampak baik tetapi hakikatnya kita tidak tahu.
Ikuti cerita sepenuhnya di sini.
DEMOTRASI PENYOKONG BAWANI-AMBIGA
Kehadiran seramai 40orang semasa perhimpunan ini rata-ratanya adalah ahli dan penyokong politik sedangkan MB melihat isu ini di antara mahasiswa dan ngo. Di manakah sokongan mahasiswa terhadap Bawani ini?
Antara yang hadir di dalam perhimpunan ini ialah Bawani, Waythamoorthy dan S.Arulchelvam. Ucapan oleh Waythamoorthy menyatakan isu bawani ini adalah contoh hak bersuara orang India dihalang. MB pelik kenapa hendak timbulkan provokasi sedemikian rupa? Saban hari MB melihat pelbagai perbincangan dilakukan oleh kerajaan bersama pelbagai kaum. Adakah ini dinyatakan hak dihalang?
Paling menarik bilamana ada kenyataan UMNO ingat dia besar, orang INDIA boleh balik INDIA tetapi sebelum itu orang India akan hancurkan UMNO terlebih dahulu. Kenapa perlu kaitkan UMNO dengan isu Bawani ini sedangkan ia melibatkan NGO bukannya UMNO? Provokasi demi provokasi sengaja di cetuskan bagi memecah belahkan perpaduan di dalam negara ini.
Cakap pun berpusing bilamana selepas itu menyatakan kemerdekaan ini tidak hanya dicapai oleh Tunku Abdul Rahman sahaja tetapi melibatkan penyertaan pemimpin Cina dan India. Sudah tahu begitu, mengapakah masih ingin memecahkan PERPADUAN yang telah di bina selama ini?
Bagi MB isu ini dianggap selesai setelah Sharifah Zohra Jabeen mengeluarkan kenyataan secara terbuka memohon maaf. Kenyataannya ada di sini.
LISTEN!LISTEN!LISTEN!KENYATAAN RASMI SHARIFAH ZOHRA JABEEN
MB mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen kerana telah berani tampil kehadapan dan mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung isu "LISTEN" yang telah mengemparkan negara sejak seminggu yang lalu hingga menjadi lawak jenaka di dalam MAHARAJA LAWAK MEGA baru-baru ini yang di saksikan oleh jutaan rakyat bukan saja di Malaysia malah di Singapore, Indonesia, Brunei dan Thailand.
Sidang media tertutup ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dan Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) serta media-media terpilih. Setelah selesai sidang media dan kenyataan rasmi daripada Syarifah Zohra Jabeen ini, MB serta seluruh rakyat Malaysia mengharapkan tiada lagi provokasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang khususnya PSM.
Anda boleh juga mengikuti laporan sidang media ini di sini.
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
Labels:
BAWANI,
dap,
LISTEN,
Mahasiswa,
MPPK,
MYMAHASISWA,
PSM,
SHARIFAH ZOHRA JABEEN,
UUM
TERBARU ISU LISTEN!!! PERMOHONAN MAAF BAWANI DI BUAT!!!
Pada 20 Jan 2013 (AHAD) bertempat di suatu lokasi di Kuala Lumpur, Sharifah Zohra Jabeen telah membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada seluruh mahasiswa dan rakyat terutamanya kepada UUM berhubung isu Listen....Listen....Listen.... Sepanjang isu ini meletus, beliau telah mendapat pelbagai ugutan dan gangguan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Isu ini melibatkan badan NGO, tetapi telah di politikkan oleh pihak pembangkang seperti mana yang MB pernah tuliskan di sini.
MB merasakan isu ini telah diselesaikan kerana permohonan maaf telah dibuat. Diharapkan ia tidak lagi diperhangatkan dan di politikkan oleh anasir-anasir parasit Bang Anwar Bin Ibrahim.
*MB mengharapkan pihak yang menguploadkan video ini turut insaf dan memohon maaf secara terbuka juga kerana telah menimbulkan ketegangan dalam negara.
PENDEDAHAN REVOLUSI BUNGA RAYA YANG HARUS DI KETAHUI ADA DI SINI.
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
Sunday, 20 January 2013
PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V4
Siri pendedahan akhir Post-Mortem Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR) ini ialah peratusan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Di
dalam Post-Mortem ini kata sepakat daripada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat
bersetuju bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tidak ada penambahan
yang mana bahasa mudahnya tidak naik langsung peratusan tersebut. Ini amat
mengusarkan Bang Anwar Bin Ibrahim kerana dianggarkan modal yang telah
dikeluarkan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat ini melibatkan berjuta-juta
perbelanjaan. Malah populariti Himpunan Kebangkitan Rakyat ini telah kembali
kepada pasca BERSIH. Hasil perbincangan analisis ini beberapa tindakan akan di
ambil iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada manifesto dan strategi memenangi
hati rakyat. Pihak kempipinan telah bersetuju untuk mengumumkan manifesto dalam
masa terdekat ini kerana ia dirasakan sangat perlu bagi mematahkan pendekatan
yang Barisan Nasional lakukan.
Sumber yang MB dengar turut menyatakan bahawa peruntukkan
sebanyak RM1.5juta akan diberikan kepada Gerakan Media Baru Pakatan Rakyat
untuk negeri strategik seperti di SABAH dan SARAWAK bagi meningkatkan Gerak
Perang Saraf di sana.
Satu nilai yang besar yang membuatkan MB tertanya-tanya
dari mana duit itu datang? Malah MB turut tertanya-tanya berapa jumlah yang
diberikan kepada golongan muda untuk menaikkan BAWANI bagi mencetuskan fenomena
dikalangan anak muda ini???
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V3
Perbincangan yang paling menarik di dalam Post-Mortem
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) ini adalah tentang desakan kepimpinan didalam
Pakatan Rakyat ini berkenaan Peneguhan ikatan parti di dalam Pakatan Rakyat.
PKR dilihat mampu mengawal dan memperkudakan PAS. Namun ada kelemahan yang
jelas dengan DAP. DAP dilihat terlalu mengawal PKR dan mempergunakan PKR.
Kepimpinan PKR tidak menyukai ini berlaku kerana mereka merasakan PKR ini
adalah ketua kepada PAS dan DAP. Kepimpinan PKR khususnya golongan muda
mengatakan DAP ini terlalu SELF-CENTRIC dan TIDAK TERBUKA dengan cadangan PKR.
Golongan muda di dalam Pakatan Rakyat ini mendesak DAP mengikuti setiap
cadangan mereka dan menerima pendapat mereka di dalam sesuatu isu. Perkara ini
benar-benar merisauan Bang Anwar Bin Ibrahim.
Walaubagaimanapun, DAP dilihat pandai bermain kata-kata dan mengambil
hati kepimpinan Pakatan Rakyat ini apabila bersetuju meletakkan Bang Anwar Bin
Ibrahim sebagai IKON UTAMA di dalam Pakatan Rakyat ini. Malah mereka mengatakan
Hadi Awang dan PAS sama sekali gagal memainkan watak utama bagi mendapatkan
keyakinan rakyat. Malah DAP telah meletakkan Bang Anwar Bin Ibrahim sebagai “PM
TO BE”.
MB secara peribadi tertanya-tanya layakkan Bang Anwar Bin
Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat Menang??? Benarkah
Bang Anwar Bin Ibrahim mampu mengawal karpal Singh, Lim Keat Siang dan
kepimpinan DAP dan PAS yang lain???
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V2
Pendedahan MB seterusnya post-mortem Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR) ini adalah menjurus kepada PDRM. Pelbagai perancangan telah dibuat
untuk mencemarkan imej polis di dalam HKR ini yang mana telah di letakkan
Hishamuddin Rais sebagai ketua unit tempur. Tugasnya adalah mewujudkan
provokasi dengan pihak polis. Jika dilihat beberapa hari sebelum terjadinya
HKR, pelbagai provokasi dan kenyataan terhadap polis telah dilakukan di media
maya.
Malangnya kejayaan dalam memburukkan imej PDRM seperti mana
dilakukan sewaktu BERSIH tempoh hari gagal dilakukan. Sikap tenang PDRM yang
sangat profesional dalam menjalankan tugas sepanjang HKR berlangsung amat
mengecewakan Bang Anwar Bin Ibrahim. Kekecewaan Bang Anwar Bin Ibrahim
diluahkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Lantas Bang Anwar Bin Ibrahim
mengarahkan Gerak Perang Saraf Pakatan Rakyat memainkan isu memuji pihak PDRM
bagi menarik kembali sokongan rakyat malah bagi melahirkan rasa bangga di
kalangan PDRM dengan harapan pihak PDRM menyokong Pakatan Rakyat nanti.
MB mengharapkan PDRM tidak tergoda dan termakan dengan
pujian Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Sikap manusia suka dipuji. Itu tidak dapat
di nafikan. Jadi AWAS PDRM!!! Jangan kamu ternoda dengan pujian palsu ini.
MB disini mengucapkan TAHNIAH KEPADA PDRM diatas
kebijaksanaan menanggani provokasi yang dilakukan oleh Pakatan Bang Anwar Bin
Ibrahim ini. Malah MB berikrar untuk membantu pihak PDRM sekiranya diperlukan
bagi membanteras anasir-anasir puaka ini.
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V1
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari
2013 secara sedar atau tidak telah meningkatkan imej polis. Jika dianalisis
perhimpunan yang telah dilakukan kali ini promosinya sangat hebat hinggakan menjelajah
setiap pelusuk negara memanggil rakyat turun untuk berdemo. Harapan Bang Anwar
Bin Ibrahim supaya HKR ini dapat memburuk dan mencemar imej negara. Sudah
2minggu HKR berlalu. Hasil analisis dan gerakkan MB ke akar umbi menunjukkan
daripada 100orang yang MB berborak, hanya 5-8orang sahaja yang tahu tentang
perhimpunan ini. Bakinya tidak seorang yang tahu. Ternyata demotrasi yang
dilakukan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini sangat gagal kali ini.
MB mendapat maklumat daripada sumber dalaman tentang
post-mortem yang di buat oleh PKR
tentang HKR ini. Hasil post-mortem dalaman ini akan MB dedahkan satu
persatu :
- Gerakan Mahasiswa yang di sangka akan menjadi barisan utama untuk menarik sokongan rakyat ternyata gagal. Ia menjadi kekecewa oleh kepimpinan Pakatan rakyat apabila orang muda yang HADIR di Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah mereka yang sama HADIR di perhimpunan BERSIH dan PTPTN. Jika ada pertambahan pun tetap masih terlalu kecil dan mengecewakan. Bahkan nama-nama sebelum ini seperti Shahid, khalith Syiah dan beberapa orang lagi sangat gagal membantu malah tidak ada suara daripada mereka untuk mengesak mahasiswa turun. ADAM ADLI telah diputuskan bukan lagi ikon Mahasiswa yang berwibawa. MB difahamkan ADAM ADLI telah diberi peluang untuk membuktikan dia mampu menjadi ikon tetapi sayangnya kekecewaan yang di luahkan oleh Kepimpinan di dalam Post-Mortem itu benar-benar menyatakan kekecawaan. Lalu digesa supaya Gerakan Mahasiswa mewujudkan satu ikon baru bagi mengantikan ADAM ADLI. Lantas PSM telah memikirkan cara dan kaedah untuk menaikkan isu lapuk iaitu BAWANI.
- Kepimpinan PKR dan DAP turut menyatakan kekecewaan kepada kepimpinan PAS apabila gagal menarik 500 ribu rakyat seperti yang diharapkan. Menuru analisis barisan kepimpinan tertinggi PAS, PAS Kelantan dan Terengganu sangat cemerlang kerana berjaya menurunkan rakyat seperti yang diharapkan bagi sesebuah negeri. Malahnya PAS Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan di sifatkan sangat mengecewakan dan lemah. Kekecawaan itu terserlah apabila ada barisan kepimpinan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kepimpinan PAS negeri tersebut. Malah ada kepimpinan negeri tersebut menyatakan hal ini terjadi atas faktor kekecewaan barisan Kepimpinan Utama PAS yang menyokong isu Khalimah ALLAH digunakan oleh Kristian. Disebabkan kejatuhan sokongan itu menyebabkan majlis Syura PAS terpaksa mengeluarkan fatwa pengharaman penggunaan Khalimah ALLAH oleh Kristian selepas HKR berlangsung.
Setelah di analisis Post-mortem ini, baru MB sedar kenapa
isu bawani tiba-tiba muncul setelah sekian lama ia berlalu. Begitu keji Bang
Anwar Bin Ibrahim ini memanipulasikan mahasiswa. Awas kepada
mahasiswa-mahasiswa!!! Jangan terperangkap dan mudah melatah dengan isu ini.
Malah isu Khalimah
ALLAH turut dipolitikkan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menarik undi bukan
ISLAM. PAS dilihat tidak berpendirian mengubah dan menarik balik penggunaan
Khalimah ALLAH ini disebabkan sokongan akar umbi telah lari. Adakah agama yang
diamalkan PAS boleh berubah-ubah sesuka hati jika tidak mendapat sokongan
rakyat???
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
AMUKAN PAS TERHADAP DAP???
Saban hari MB sangat kecewa melihat apa yang terjadi di bumi Malaysia tercinta ini. Daripada isu Khalimah ALLAH, kini isu yang sengaja di timbulkan oleh puak DAP atau bahasa mudah cina belaan Bang Anwar Bin Ibrahim ini ialah penghinaan ke atas Kitab AL-Quran. Apa yang di keluarkan daripada Patrick Teoh dengan menghina Al-Quran tidak dapat dimaafkan oleh MB sekiranya tiada jaminan dan penjelasan yang boleh diterima. MB pelik kerana sehingga saat ini masih belum ada desakan yang lantang daripada puak PAS. Adakah PAS sudah menjadi PENAKUT???
Kata-kata banggang daripada Bob Lokman amat mengecewakan. Islam kah Bob Lokman ini? Tidak ada maruahkah hingga sanggup membela DAP sehingga sedemikian rupa?
Provokasi DAP untuk mengedarkan bible berbahasa Melayu sedang dijalankan. Bahkan daripada awal lagi DAP telah menyatakan isu Khalimah ALLAH bukan masalah mereka. Hari ini kita dapat lihat betapa celakanya DAP ini mengedarkan kitab Bible dalam bahasa Melayu kepada budak-budak sekolah yang mana baru hendak kenal erti kehidupan. Tindakan mereka ini memang sengaja dilakukan bagi menimbulkan ketegangan pada umat Islam.
Seperti yang dilaporkan dan dilihat di dalam gambar di atas, dengan muka selamber badak mamat celaka ini mengedarkan kitab bible. MANA SUARA PAS TENTANG PERKARA INI? MASIHKAH MEREKA MAHU MEMBELA PUAK DAP INI!!!
Bukan sahaja didalam bahasa Melayu. Malah dikesan juga terdapat tulisan jawi di dalam Kitab Bible yang diedarkan. Ini dibuat bagi menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak sekolah bagi merosakkan akidah mereka.
Jauh di sudut hati MB sangat kecewa dengan mereka yang lantang mengatakan memperjuangkan ISLAM tetapi hanya sekadar di bibir sahaja bila berhadapan dengan puak DAP ini. Ini antara agenda bagi menjahanamkan ISLAM di MALAYSIA.
*REVOLUSI BUNGA RAYA*
Subscribe to:
Posts (Atom)