KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Wednesday, 23 January 2013

GERAKAN KRISTIAN DAP DI MALAYSIA


Sumber dalaman menyatakan perancangan rapi telah di buat oleh DAP untuk menghancurkan kerajaan Malaysia ini daripada orang Melayu. Sedar atau tidak sedar orang Melayu sekarang ini telah dibiarkan mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang telah berjaya didorong oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Jika difikirkan diluar kotak, anda dapat menilai sendiri PAS telah dipergunakan untuk menghakiskan pengaruh UMNO di kalangan orang Melayu.

Di saat Melayu sedang berpecah-belah sekarang ini, DAP dengan kerjasama PAP di Singapore telah menyediakan Strategi mereka sendiri. Pelbagai perancangan di aturkan bagi menguasai Putrajaya. Analisis awal yang telah di perolehi MB amat menakutkan. Dalam kemaruk dan ketaksuban Melayu berpolitik, gerakan Kristian telah semakin hampir mencapai kejayaannya. 

Terdapat khabar angin yang MB dengar terdapat perbincangan sulit yang dilakukan oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia yang sentiasa berjumpa dan memikirkan cara bagaimana untuk merampas kuasa dari umat ISLAM di Malaysia ini. Beberapa pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk mesasarkan agenda mereka menjelang PRU13 dan PRU14.


Hari ini kita melihat fokus utama adalah PRU13. Jika difikirkan diluar kotak sasaran puak Kristian dalam menumbangkan kerajaan ini adalah pada PRU 14. MB lontarkan persoalan kepada anda kenapakah DAP sengaja timbulkan isu KHALIMAH ALLAH di saat sokongan PAS begitu kuat kepada mereka? Malah Karpal Singh berhempas pulas mendesak Majlis Syura PAS menarik balik fatwa mereka. Agenda sebenar mereka adalah untuk memartabatkan Kristian. Apabila DAP memerintah, pastinya terdapat orang ISLAM yang menyokong DAP jikamana Khalimah ALLAH dapat digunakan.

Dalam satu mesyuarat sulit di antara DAP dan PKR telah dinyatakan oleh Karpal bahawa undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat mendapat 2/3 jumlah kerusi. Malah Karpal telah mengingatkan Tian Chua menggunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO SAHAJA. Jika difikirkan di luar kotak, kenapakah DAP dan PKR tidak membenarkan PAS menambah bilangan kerusi mereka? Malah kerusi yang PAS bertanding hampir separuhnya bukan kawasan mudah menang.

Pikirkan adakah begitu mudah Karpal Singh dan puak DAP yang lain untuk benarkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri??? Sumber risikan MB perolehi menyatakan Karpal Singh dan puak-puak DAP yang lain sedang mengumpul segala rahsia Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Bilamana Bang Anwar Bin Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri untuk beberapa tahun, puak-puak celaka ini akan mula keluarkan satu persatu bukti kesalahan Bang Anwar Bin Ibrahim. Dan yang pastinya hari ini pun kita sudah mampu melihat Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi boneka tunggangan DAP samada sedar atau tidak sedar sahaja.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...