KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Sunday, 20 January 2013

PENDEDAHAN POST-MORTEM REVOLUSI BUNGA RAYA V3




Perbincangan yang paling menarik di dalam Post-Mortem Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) ini adalah tentang desakan kepimpinan didalam Pakatan Rakyat ini berkenaan Peneguhan ikatan parti di dalam Pakatan Rakyat. PKR dilihat mampu mengawal dan memperkudakan PAS. Namun ada kelemahan yang jelas dengan DAP. DAP dilihat terlalu mengawal PKR dan mempergunakan PKR. Kepimpinan PKR tidak menyukai ini berlaku kerana mereka merasakan PKR ini adalah ketua kepada PAS dan DAP. Kepimpinan PKR khususnya golongan muda mengatakan DAP ini terlalu SELF-CENTRIC dan TIDAK TERBUKA dengan cadangan PKR. Golongan muda di dalam Pakatan Rakyat ini mendesak DAP mengikuti setiap cadangan mereka dan menerima pendapat mereka di dalam sesuatu isu. Perkara ini benar-benar merisauan Bang Anwar Bin Ibrahim.

Walaubagaimanapun, DAP dilihat pandai bermain kata-kata dan mengambil hati kepimpinan Pakatan Rakyat ini apabila bersetuju meletakkan Bang Anwar Bin Ibrahim sebagai IKON UTAMA di dalam Pakatan Rakyat ini. Malah mereka mengatakan Hadi Awang dan PAS sama sekali gagal memainkan watak utama bagi mendapatkan keyakinan rakyat. Malah DAP telah meletakkan Bang Anwar Bin Ibrahim sebagai “PM TO BE”.





MB secara peribadi tertanya-tanya layakkan Bang Anwar Bin Ibrahim ini menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat Menang??? Benarkah Bang Anwar Bin Ibrahim mampu mengawal karpal Singh, Lim Keat Siang dan kepimpinan DAP dan PAS yang lain???








*REVOLUSI BUNGA RAYA*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...