KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label KIMAK. Show all posts
Showing posts with label KIMAK. Show all posts

Sunday, 23 December 2012

PRO-M BERSIKAP KEJI LAGI???


MB mendapat khabar bahawa Pro-Mahasiswa sudah terdesak hingga terpaksa menggunakan satu gerakan baru iaitu Gerakan Sayangi Siswa Anda dengan menggunakan singkatan sama dengan satu ngo iaitu GABUNGAN SISWA KEBANGSAAN.

Hasil risikan MB menyatakan Pro-Mahasiswa dan SMM sudah mula takut dengan gerak kerja Presiden Gabungan Siswa Kebangsaan yang semua mahasiswa tahu bahawa Presiden ini sangat prihatin dengan kebajikan mahasiswa dan cintakan keamanan kampus dan negara.

Jika dilihat didalam twitter-twitter puak-puak Pro-Mahasiswa dan KIMAK, mereka telah mencanangkan penubuhan Gerakan Sayangi Siswa Anda atau singkatan yang mereka gunakan ialah GASAK. Ini adalah satu perbuatan keji apabila sengaja menggunakan nama sama seperti Gabungan Siswa Kebangsaan baik menipu mahasiswa. diharapkan mahasiswa dan rakyat tidak tertipu dengan petualang Pro-M dan SMM ini.



Monday, 10 December 2012

HILANGNYA MALAYSIA BANGKIT PENGKHIANAT!!!


Ke mana hilangnya Sekretariat Malaysia Bangkit yang mana suku tahun lalu selalu membuat onar di Bandaraya Kuala Lumpur? Sekretariat Malaysia Bangkit yang kononnya memperjuangkan mahasiswa akhirnya ternyata hanya sengaja di wujudkan bagi mengucar kacirkan negara. 

Masih ingatkah pada saudara Syahid Zaini yang merupakan Pengerusi Malaysia Bangkit yang selalu mengusung batu nisan? Ke mana hilangnya dia kini. Dulu dengan lantangnya mengkritik kerajaan kononnya menindas mahasiswa. Seperti MB katakan dulu bahawa mereka ini hanya anjing suruhan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mengucar kacirkan negara. Bila tidak dibayar, sepi 1001 kata.

Sebelum ini mereka berkata akan menjelajah seluruh Malaysia bagi memperjuangkan tuntutan Sekretariat Malaysia Bangkit. Mana jelajahnya? Menurut sumber risikan dalaman yang MB terima mengatakan peruntukan yang diberikan untuk menjelajah tersebut telah digunakan untuk Majlis Perkahwinan sekutu mereka. 

Mari kita pikir secara logik. Dari mana mereka-mereka ini memperolehi duit untuk berkahwin? Masing-masing belajar lagi. Bahkan pernah ayah khalith Syiah keluarkan kenyataan dia orang miskin nak tanggung anak masuk universiti susah. Jadi ayahnya memperjuangkan pendidikan percuma. itu kata-kata ayah Khalith Syiah semasa demo GAGAL PTPTN. Dari mana Khalith Syiah dapat duit untuk berkahwin? Malah rakan-rakan 



Baguskan bila mengucar kacirkan negara tercinta ini, dapat duit boleh kahwin. Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat seluruh Malaysia ini bertapa teruknya mereka ini!!!! 



Sumber risikan dalaman MB menyatakan Syahid sangat ketakutan sekarang. Malah rakan-rakannya yang lain sangat mengharapkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi PM. Ini kerana masa depan mereka telah gelap.Nak bekerja dengan kerajaan dah tak dapat. Kerja dengan majikan swasta pun sudah tidak ada yang mahu ambil berikutan mereka ada rekod hitam dengan polis. Apa yang MB boleh katakan sebelum melakukan apa-apa,pikir panjang dulu ye.


Nampak gayanya Sekretariat Malaysia Bangkit ini sememangnya Sampah Masyarakat dan anjing penjilat Bang Anwar Bin Ibrahim. Ingatan pada mereka ini supaya jangan sesekali hancurkan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.

MB akan dedahkan lebih lanjut ke mana mereka ini nanti. MB akan sentiasa merisik mereka ini dan mendedahkan mereka ini. Tujuan MB kerana tidak mahu pengkhianat negara ini bermaharajalela sesuka hati mereka sahaja. Biar masyarakat dan mahasiswa sedar siapa mereka ini.

"PERJUANGAN TANPA NOKHTAH"


Sunday, 9 December 2012

BAHAYA SYIAH!!!MAT SABU???

VIDEO JELAS MAT SABU SOKONG SYIAH DI SYRIA ! 

Video berdurasi 3 minit 02 saat itu melaporkan kehadiran dan lawatan rasmi mat sabu selaku timbalan presiden pas terhadap menteri wakaf ( menteri agama) syria.

Mengikut laporan berita itu, katanya mendakwa mat sabu MAHU TAHU situasi sebenar apa yang berlaku di syria.

PERSOALAN UTAMA ??

1) Mat sabu jumpa menteri agama syria yang berfahaman syiah. sudah pasti berita yang disampaikan kepada mat sabu oleh menteri syiah itu akan le
bih positif dalam menggambarkan situasi sebenar yang akan pro kepada syiah .

2) Apa bodohnya mat sabu perlu berjumpa dengan menteri syiah syria untuk mendapatkan penjelasan, sedangkan di dalam internet terdapat puluhan youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam sunah.

3) Apakah mat sabu tak baca laporan human right watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera syria terhadap penduduk sunah ?

4) Kedatangan mat sabu SECARA RASMI MENGADAP PEMIMPIN SYIAH DI SYRIA semakin melambangkan yang beliau ini memang penganut sesat syiah...

Pertama mengapa di kala berlakukanya pergolakan di mesir di mana pemberontaknya adalah syiah, mat sabu tak buat kunjungan hormat kepada pemimpin mesir sebaliknya menyokong gerakan kebangkitan syiah di mesir ?

Kedua mengapa mat sabu TAK PERGI MENGADAP PEMIMPIN SUNAH DI BAHRAIN sedangkan pada waktu itu penganut syiah sedang galak membuat huru hara menumbangkan kerajaan bahrain yang SAH ?

APA SUDAH JADI KEPADA PAS ??

KENAPA HARON TAIB YANG PERNAH BELASAH SYIAH DALAM KULIAHNYA SENYAP MEMBISU ??

Aku dah kemukakan bukti video. Tak tahulah kalau ada yang akan bagi alasan VIDEO HANYA BESI.

PAS dan PKR berdrama di pentas ceramah bahawa mereka menyokong rakyat Gaza dan Syria tetapi dalam masa yang sama permimpin tertinggi mereka sendiri yang menyatakan sokongan kepada pembunuh umat Islam. Fikir-fikirkan..1Malaysia Tolak Fitnah!!! -Tok Guru

Sumber di petik di sini.


Ingin MB nyatakan disini bahawa tindakan Mat Sabu telah mencemarkan nama Malaysia kerana kenyataan yang dikeluarkan adalah bersifat peribadi malah ia boleh menyebabkan Malaysia berselisih faham dengan negara-negara lain. Boleh di katakan juga kemungkinan kuota menunaikan haji boleh berubah sekiranya kerajaan Arab Saudi tidak bersetuju dengan tindakan Mat Sabu ini.

Tahukah kamu antara yang dinyatakan di dalam ajaran Syiah ialah perlakuan Suami bersetubuh dengan Isteri melalui dubur hukumnya Harus??? MB terpikir adakah Khalith Syiah mengikut hukum ini ye. :)

Awas dengan ajaran Syiah!!! 

Friday, 2 November 2012

KONSPIRASI PAS MENJELANG PRU TERBONGKAR!!!



Gempar dan mengemparkan sumber risikan yang MB terima kali ini. Apabila kegagalan pihak pembangkang di dalam Konspirasi Bersih Kampus yang menyebabkan kekalahan teruk Pro-Mahasiswa di 18ipta setelah kegagalan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Edikoup gagal melakonkan adengan di pukul bagi meraih simpati, kini pihak pembangkang memulakan Konspirasi baru bagi mendapatkan undi anak muda diambang PRU13 yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Sumber risikan MB ini sangat boleh dipercayai malah agenda mereka lebih dashyat lagi dalam merosakkan pemikiran anak muda. Kini Konspirasi yang dirancang mereka telah melangkah lebih jauh iaitu luar dari Malaysia.



Tatkala ahli-ahli politik sedang hangat berbahas di parlimen dan rancak menjawab pelbagai isu di luar dewan rakyat, mencari modal politik menjelang PRU13, secara diam-diam PAS telah melebarkan pengaruhnya di bumi mesir dengan berjumpa pelajar-pelajar malaysia di sana. Apa yg menariknya ialah kehadiran Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Pas Pahang dan Nasarudin Hassan, ketua DPP kali ini ditemani oleh Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimah PAS Wilayah Persekutuan serta N. Subramaniam, ketua dewan himpunan penyokong PAS yang mana didapati  program ini diatur oleh SUARA.


 Perjumpaan diadakan pada 30 Oktober 2012, bermula jam 9malam hingga lewat malam di dataran Hayyu Asyir, kompleks asrama malaysia, Nasr City, Cairo. Pelajar-pelajar malaysia diseru supaya sanggup berkorban masa dan wang berkempen untuk PAS termasuk menggunakan media baru. PAS juga menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS bagi PRU kali ini. Kutipan derma dilancarkan dan tidak cukup dengan itu penganjur mengadakan bidaan ke atas baju peribadi Tuan Ibrahim serta Nasarudin Hassan dan hasilnya hampir 2K Egypt pound dikaut untuk tabung PRU PAS tetapi jumlah ini tidak diumumkan.

MB ingin anda berfikir beberapa disini :
1)    Adakah PAS akan mengubah dasar partinya selepas ini setelah menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS yang sedia maklum bukannya beragama ISLAM?
2)    Dari mana dana yang diperolehi PAS hingga mampu berkempen luar dari Malaysia?
3)    Adakah anda tidak sedar dengan tindakan PAS ini akan menyebabkan pelajar-pelajar di sana akan merosakkan tujuan mereka pergi ke sana untuk belajar?

SUARA telah melanggar arahan Duta yang melarang ceramah politik diadakan di dataran tersebut.

Tuesday, 30 October 2012

SAFWAN ANANG YANG BODOH SOMBONG KANTOI!!!



MB sangat tertarik dengan kenyataan terbaru pelakon handalan yang tidak asing lagi daripada Pro-Mahasiswa ini. Setelah tipu helah jahat yang cuba dilakukan oleh Edikoup semasa PRK lepas digagalkan oleh MB dan rakan-rakan. Kini Pelakon Pro-Mahasiswa ini cuba menegakkan benang yang basah. Ikuti pendedahan yang MB ingin sampaikan ini :

1. Perjuangan SMM bukanlah didasarkan kepada kebijaksanaan. Buktinya, Saudara Safwan Anang yang juga salah seorang penggerak utama kumpulan mahasiswa Pro-Anwar ini, mengeluarkan kenyataan kononnya perlaksanaan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia sebagai salah satu usaha mengayakan kroni kerajaan atau lebih tepat, kroni UMNO dan Barisan Nasional.



2. Dalam kenyataannya itu semalam, Safwan Anang ternyata telah memperlekehkan usaha membela kebajikan golongan mahasiswa yang dilakukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) selama ini sehingga tercetusnya idea memperkenalkan insentif Kad Diskaun Siswa yang bertujuan mengurangkan perbelanjaan sara hidup para pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

3. Adakah Safwan terlupa atau terlepas pandang bahawa kemudahan kad diskaun itu kini meliputi lebih 250 buah premis perniagaan membabitkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan? Sekiranya tuduhan beliau itu benar, maka sudah tentulah peniaga-peniaga ini datang daripada syarikat atau pengusaha yang sama. Persoalannya adakah ia masuk akal?

4. Sekali imbas, kenyataan beliau itu tak lebih sekadar mengampu abang-abang besarnya dalam Pakatan Rakyat kerana sudah menjadi lumrah dalam kalangan pemimpin pembangkang untuk mengaitkan amalan kronisme dengan sebarang usaha membantu rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional.

5. Permainan persepsi sudah menjadi darah daging mereka. Justeru tidak salah juga jika kita melabel Safwan Anang dan SMM sebagai kumpulan mahasiswa kufur yang sombong untuk bersyukur dan berterima kasih.

6. Paling tertarik MB ingin tegaskan di sini ialah Safwang Chair ini sudah mencabar mpp GM-UKM sebenarnya. Sudah lupakah Safwan Chair ini bahawa GM-UKM sudah menyokong kad Diskaun Siswa ini? Ini telah terbukti bahawa Pro-Mahasiswa sudah berpecah menanti belah. Tunggu kenyataan dari GM-UKM terhadap kenyataan biadap Safwan Chair ini!!!


ikuti cerita ini di sini.

Cerita Penipuan Pro-Mahasiswa ada di blog ini.

Sunday, 12 August 2012

KIMAK BANG ANWAR DIKANTOIKAN LAGI

Setelah melihat kegagalan SMM, Pro M dan PMI dalam mendapatkan kepercayaan dan keyakinan mahasiswa di kampus, akhirnya Bang Anwar Bin Ibrahim sekali menubuhkan kelab yang mana bertujuan untuk memanipulasikan mahasiswa dan anak muda di kampus. Hanya sekadar nama sahaja tetapi keanggotaannya tetap mahasiswa yang derhaka kepada negara dan ibubapa. Mereka di dalam poster di bawah ini adalah petualang mahasiswa yang telah banyak mencetuskan ketegangan dalam kampus dan negara.



Awas Mahasiswa sekalian. KIMAK ini ditubuhkan kerana nama-nama SMM, PRO M, PMI dan seangkatan dengan mereka telah menjadi busuk dan buruk. Sebab itu mereka menubuhkan KIMAK bagi memanipulasi mahasiswa dan anak muda. Siapa lagi sebenar keanggotaan KIMAK ini??? KIMAK ini seperti MB katakan terdiri daripada PMI, PRO M, SMM dan lain-lain.

Ini antara mereka yang menyokong KIMAK ini dan anda harus berhati-hati dengan agenda yang mereka bawa atas kepentingan Bang Anwar Bin Ibrahim. Mereka terdiri daripada Pro M, SMM, PMI dan lain-lain di setiap kampus. 












Hati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini telah mencetuskan ketidaktenteraman awam di negara tercinta ini atas kepentingan Bang Anwar bin Ibrahim. Nak tahu lebih jelas, sila lihat di sini.

Ini video kepada anda untuk melihat dan menilai sendiri mereka ini.



Demi Alif Ba Ta.... Kita harus terus berjuang mempertahankan negara tercinta ini...

VIDEO KIMAK-KIMAK BANG ANWAR BIN IBRAHIM???


Inilah mahasiswa yang kononnya memperjuangkan kebajikan mahasiswa tapi sebenarnya merosakkan anak bangsa. Baru-baru ini MB berpeluang bersama dengan mahasiswa tempat salah seorang KIMAK ini belajar iaitu Khalid Syiah belajar. Dalam perbualan kami, MB sengaja bertanya tentang si Penderhaka ini. Rata-rata menyatakan kami tidak setuju dengan Khalid Syiah. Khalid Syiah tidak layak belajar di sini kerana dia merosakkan universiti kami dan negara.

MB sengaja mengatakan Khalid Syiah ini ada ramai sokongan mahasiswa. Jawapan sebaliknya adalah Khalid Syiah ni ada dalam 10orang jer yang sokong dia. Siswa lelaki ramai yang tidak puas hati dengan dia sebab dia ni kaki perempuan dan suka guna ayat manis dengan perempuan. MB bertanya ada bukti ke??? Jawapannya, tengok la siapa yang bersama Khalid Syiah sekarang. Perempuan bodoh jer yang berjaya diperbodohkannya. Dan paling menarik ialah tentang bakal "bini" ke dua dia yang bukan melayu. Wau.... Nak tahu lebih lanjut??? Nanti la... Belum sampai masanya ia di dedahkan. Ini MB ada sediakan video tentang KIMAK-KIMAK ni. Jom sebarkan!!!



Nak tahu lebih lanjut tentang KIMAK-KIMAK ini??? Klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...