MB sangat tertarik dengan kenyataan terbaru pelakon handalan yang tidak asing lagi daripada Pro-Mahasiswa ini. Setelah tipu helah jahat yang cuba dilakukan oleh Edikoup semasa PRK lepas digagalkan oleh MB dan rakan-rakan. Kini Pelakon Pro-Mahasiswa ini cuba menegakkan benang yang basah. Ikuti pendedahan yang MB ingin sampaikan ini :
1. Perjuangan SMM bukanlah didasarkan kepada kebijaksanaan.
Buktinya, Saudara Safwan Anang yang juga salah seorang penggerak utama kumpulan
mahasiswa Pro-Anwar ini, mengeluarkan kenyataan kononnya perlaksanaan Kad
Diskaun Siswa 1Malaysia sebagai salah satu usaha mengayakan kroni kerajaan atau
lebih tepat, kroni UMNO dan Barisan Nasional.
2. Dalam kenyataannya itu semalam, Safwan Anang ternyata telah
memperlekehkan usaha membela kebajikan golongan mahasiswa yang dilakukan oleh
Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) selama ini sehingga tercetusnya idea
memperkenalkan insentif Kad Diskaun Siswa yang bertujuan mengurangkan
perbelanjaan sara hidup para pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.
3. Adakah Safwan terlupa atau terlepas pandang bahawa kemudahan
kad diskaun itu kini meliputi lebih 250 buah premis perniagaan membabitkan
pelbagai jenis produk dan perkhidmatan? Sekiranya tuduhan beliau itu benar,
maka sudah tentulah peniaga-peniaga ini datang daripada syarikat atau pengusaha
yang sama. Persoalannya adakah ia masuk akal?
4. Sekali imbas, kenyataan beliau itu tak lebih sekadar mengampu
abang-abang besarnya dalam Pakatan Rakyat kerana sudah menjadi lumrah dalam
kalangan pemimpin pembangkang untuk mengaitkan amalan kronisme dengan sebarang
usaha membantu rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional.
5. Permainan persepsi sudah menjadi darah daging mereka. Justeru
tidak salah juga jika kita melabel Safwan Anang dan SMM sebagai kumpulan
mahasiswa kufur yang sombong untuk bersyukur dan berterima kasih.
6. Paling tertarik MB ingin tegaskan di sini ialah Safwang Chair ini sudah mencabar mpp GM-UKM sebenarnya. Sudah lupakah Safwan Chair ini bahawa GM-UKM sudah menyokong kad Diskaun Siswa ini? Ini telah terbukti bahawa Pro-Mahasiswa sudah berpecah menanti belah. Tunggu kenyataan dari GM-UKM terhadap kenyataan biadap Safwan Chair ini!!!
ikuti cerita ini di sini.
Cerita Penipuan Pro-Mahasiswa ada di blog ini.
No comments:
Post a Comment