Dalam melayari video-video di Youtube sebentar tadi, MB terjumpa satu video yang bagi MB sangat sesuai untuk dikongsi bersama dalam menlondehkan siapa Pro-Mahasiswa sebenarnya. Kerosakkan dan ketidaktenteraman yang Pro-Mahasiswa lakukan di dalam kampus harus dibasmi agar mahasiswa dapat belajar dengan tenang.
MB berikan pujian terbaik kepada mereka yang menjayakan video ini. Tahniah kerana anda berjaya menghasilkan sesuatu yang sangat memberangsangkan bagi mendedahkan siapa Pro-Mahasiswa ini.
MB terharu dengan pendekatan yang PM gunakan sekarang. Masa MB belajar dulu, MB rasa tiada peruntusan PM masa itu kepada mahasiswa. Hari ini kita boleh lihat betapa PM memberi perhatian kepada mahasiswa. Sebagai bekas mahasiswa, MB sangat berbangga mempunyai PM seperti ini.
Diharapkan mahasiswa dan mahasiswi yang baru melanjutkan pelajaran ke ipt tidak lupa pada tujuan sebenar datang ke kampus.
Diantara Pemimpin yang lantang membantah SEKS BEBAS&LGBT
SYABAS diucapkan dari MB kepada penganjuran perhimpunan aman ini. MB tengok program ini mempunyai objektif yang sangat jelas dan murni dalam usaha kita menolak seks bebas dan LGBT dalam negara Malaysia tercinta ini.
MB melihat lebih daripada 5,00 rakyat yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan peringkat umur datang memberi sokongan dalam program ini sebagai tanda menentang seks bebas dan LGBT ini.
MB gembira melihat sokongan daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang yang turut hadir malah ada mahasiswa daripada UPSI turut hadir memberi 1001 sokongan. Tahniah MB ucapkan.
Apa yang MB terkilan disini apabila cabaran MB kepada ADAM ADLI (Penari Tiang) dan rakan-rakannya serta kepada pemimpin PAS yang terlibat dalam DEMO GAGAL untuk datang menyatakan sokongan MENOLAK SEKS BEBAS DAN LGBT ini tidak dipedulikan. Adakah mereka ini sebenarnya menyokong SEKS BEBAS&LGBT??? Mungkin juga kerana difahamkan Penari Tiang pun mempunyai 3 orang awek.hmmmm....
Apapun alasan yang diberikan, MB ingin menyatakan bahawa janganlah kita terlalu menjadikan politik itu sebagai kesimpulan bagi segala-galanya. Kita harus mengenepikan soal politik dan fahamannya. Mari kita bersama-sama menolak SEKS BEBAS & LGBT ini!!!
MB sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendedahkan kejahilan yang berlaku di dalam DEMO GAGAL ini. MB sangat terkilan dengan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI) ataupun mudah dikenali sebagai Pro Mahasiswa yang setiap hari melaungkan KAMI MEMPERJUANGKAN ISLAM. Inikah hasil daripada perjuangan yang dibawah oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau Pro Mahasiswa???
MB juga tertanya-tanya adakah Persatuan Mahasiswa Islam dan Pro Mahasiswa di setiap IPTA menyokong tindakan pemimpin kamu yang biadap dan terpengaruh dengan budaya sosialis ini??? Bangkitlah seluruh IPTA mengecam tindakan mereka ini. Tolak setiap pemimpin mereka ini. Jauhi mereka ini.
MB ingin bertanya kepada seluruh mahasiswa Islam dan seluruh umat Islam amnya di Malaysia, adakah anda hendak membiarkan kejahilan begini berlaku??? Dimana maruah agama kamu semua??? Adakah kamu hanya sekadar melihat sahaja semua ini berlaku???
Secara jujur MB sangat terkilan dengan pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat didalam DEMO GAGAL ini. MB menegaskan disini pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam DEMO GAGAL ini telah merosakkan imej PAS itu sendiri. MB sedar bukan semua pemimpin PAS begitu. TETAPI pemimpin PAS yang lain adakah kamu TAKUT untuk menegur mereka ini????
MB disini mengajak Dato' Dr Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am Pas untuk bersama-sama dengan Dato' Dr Hassan Ali dan rakan-rakan beliau memperjuangkan Islam sebenar dan melawan anasir-anasir BUSUK ini. Adakah Dato' Dr Harun Din ingin membiarkan begitu sahaja PENARI TIANG dan rakan-rakannya serta perancang utama pergerakan ini iaitu Fahmi Komunis merosakkan anak bangsa kita tercinta???
Sekali lagi MB mendedahkan gambar mereka-mereka yang terlibat ini untuk seluruh rakyat Malaysia menolak mereka ini.
Untuk Pendedahan lebih hangat dan terkini boleh dilihat disini, sini, dan disini.
MB disini terasa panas jer telinga mendengar isu-isu pasal PTPTN ni. Sana sini ada jer kedengaran suara anasir-anasir negatif pasal MANSUHKAN PTPTN ini. Memang sedap didengar manis orang berbicara.
Sedarkah kamu bahawa melalui PTPTN ini hanya lebih kurang 0.25% sahaja yuran dipotong dan yang selebihnya membantu “MAHASISWA” dalam urusan seharian. Adakah betul PTPTN ini membebankan mahasiswa seperti yang digembar-gemburkan oleh anasir-anasir –ve ini? Memang ada anasir-anasir yang mengatakan ini DUIT RAKYAT dan HAK RAKYAT tetapi kalau dah ramai yang KERAJAAN bagi pinjaman tu, tidak berasa ia strategi yang mana adalah timba balik pemberian yang diberikan???
MB melihat mahasiswa sepatutnya fokus didalam pembelajaran untuk mencapai pointer 4.0 kerana secara automatik ia menjadi biasiswa. Kenapa mahasiswa tidak mengejar sasaran ini??? MB terkilan kerana fakta ini tidak diberitahu kepada seluruh masyarakat oleh anasir-anasir ini. Sekiranya PTPTN dimansuhkan, TIDAKKAH IA akan membebankan ibubapa untuk memberi anak-anak perbelanjaan harian mereka di UNIVERSITI?
Disini MB ingin menyatakan kenapa anasir-anasir ini sibuk menjanjikan janji-janji madu ini sedangkan mereka mampu untuk mansuhkan yuran pengajian di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS). MB dengar yuran di KUIS adalah antara paling mahal antara IPTS yang ada. Untuk maklumat anda semua, KUIS adalah sebuah IPTS di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang ura-uranya terlalu banyak duit dibawah PKR. Takkan untuk pendidikan percuma tak mampu nak bagi kut. Atau adakah ini hanya setakat janji-janji semasa PRU-13 hampir tiba jeeerrrr kutttt……