KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Fahmi Reza. Show all posts
Showing posts with label Fahmi Reza. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

SULTAN DIHINA, USTAZ DI CELAKA!!!


MB melihat titik perpaduan antara PAS dan UMNO semakin bersinar. Atas nama Islam sudah lama sepatutnya PAS dan UMNO bersatu dan menolak segala kejahilan dan pengkhianat Bang Anwar Bin Ibrahim yang secara nyata telah banyak mencetuskan pergolakkan dalam negara tercinta ini. 


MB gembira melihat Menteri Besar Kedah Yang Sangat Dihormati iaitu Ustaz Dr Azizan bersama-sama Barisan Nasional di dalam satu Majlis. Segala sengketa dilupakan demi Islam tercinta. Malangnya kerana tindakan Menteri Besar ini yang sayangkan agama ISLAM tercinta dengan berbaik-baik dengan Barisan Nasional tidak di senangi oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Lantas di hantarnya seorang mamat Syiah ini yang telah dibayar beribu-ribu RM untuk mencetuskan kemarahan PAS.


Sebagai penyokong perpaduan ISLAM, MB melihat si Mamat Syiah ini harus di ajar oleh puak PAS tentang adat susila. MB sendiri menghormati Ustaz Azizan ini. Di manakah pemuda-pemuda PAS di saat pemimpin kamu di hina dan di sialkan? Isu Khalimah ALLAH pun masih belum kuat kamu protes. Ayuh pemuda PAS, Bangkitlah menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan DAP kerana tidak mahu melihat ISLAM bersatu.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Sunday, 23 December 2012

SAMM, PRO-M MENIPU DENGAN MENGGUNAKAN AGAMA LAGI???


Hasil daripada maklumat intipan sahabat-sahabat MB menunjukkan ini adalah politik murahan yang amat sangat. Sepanjang Perkhemahan yang berlangsung di penjara Kajang ini, mana ada sembahyangnya. Mereka lupa pada suruhan agama. Adam Adli, Fahmi Komunis dan pengikut banggangnya hanya leka memikirkan provokasi dan berfoya-foya dengan teman wanita mereka. Tidak langsung menunaikan solat.

Untuk maklumat mahasiswa dan orang ramai, dalam lingkungan 1km dari penjara kajang itu terdapat surau-surau dan masjid yang boleh digunakan oleh orang awam untuk menunaikan solat. Kenapa perlu menggunakan isu murahan dihalang menggunakan Masjid ini??? Ini sengaja ditimbulkan untuk mewujudkan suasana tegang masyarakat. Diharapkan masyarakat tidak tertipu dengan SAMM dan Pro-M ini.


Paling Best MB nak nyatakan disini, yang berada didalam khemah tersebut tidak pula MB nampak mereka bersembahyang subuh atau minta izin kepada pengawal penjara untuk menggunakan Masjid pada subuh tersebut. Pelik bukan.... ISLAM kah mereka yang tidur didalam khemah itu??? Fikir-fikirkan.


Yang kelakar dan MB nak berkongsi ini. Jika dilihat pada isu ini. Denda yang dikenakan ialah RM1K. Di manakah sahabat-sahabat UMAR ini hingga tidak seorang pun sudi mengeluarkan duit untuk menjamin UMAR???

Sumber dalaman MB menyatakan puak-puak atasan SAMM dan Pro-M memang tidak langsung akan membantu mereka-mereka yang berdemo ini sekiranya dikenakan tindakan. Pro-M dan SAMM kini sudah tidak mendapat sokongan oleh mahasiswa. Mereka yang terlibat dengan demotrasi sebelum ini langsung tidak turun untuk berkhemah di Penjara Kajang. Apa yang MB dengar bahawa mereka ini sangat kecewa dengan Safwang, Khalid Syiah, Syahid dan lain-lain kerana hanya mempergunakan mahasiswa untuk agenda sempit mereka disamping hanya untuk mencari duit kahwin sahaja.

Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat Malaysia tentang kejahatan yang cuba diwujudkan oleh puak-puak ini.


'PERJUANGAN TANPA NOKHTAH DEMI ALIF BA TA"

PRO-M BERSIKAP KEJI LAGI???


MB mendapat khabar bahawa Pro-Mahasiswa sudah terdesak hingga terpaksa menggunakan satu gerakan baru iaitu Gerakan Sayangi Siswa Anda dengan menggunakan singkatan sama dengan satu ngo iaitu GABUNGAN SISWA KEBANGSAAN.

Hasil risikan MB menyatakan Pro-Mahasiswa dan SMM sudah mula takut dengan gerak kerja Presiden Gabungan Siswa Kebangsaan yang semua mahasiswa tahu bahawa Presiden ini sangat prihatin dengan kebajikan mahasiswa dan cintakan keamanan kampus dan negara.

Jika dilihat didalam twitter-twitter puak-puak Pro-Mahasiswa dan KIMAK, mereka telah mencanangkan penubuhan Gerakan Sayangi Siswa Anda atau singkatan yang mereka gunakan ialah GASAK. Ini adalah satu perbuatan keji apabila sengaja menggunakan nama sama seperti Gabungan Siswa Kebangsaan baik menipu mahasiswa. diharapkan mahasiswa dan rakyat tidak tertipu dengan petualang Pro-M dan SMM ini.



SAFWAN ANANG KANTOI MENIPU DI PENJARA KAJANG???


Kelakar bila MB dengar cerita ini. Buat mahasiswa dan rakyat yang terpedaya tentang cerita ini,MB harap anda nilai dan fikirkan apa yang MB sampaikan kebenaran sebenarnya.

Dari sumber dalaman MB menyatakan mereka terpaksa membatalkan perancangan untuk berkhemah di hadapan penjara kajang kerana disitu mereka tidak mendapat sokongan langsung. Mereka berpindah ke dataran kerana disitu terdapat ramai orang yang bersantai disitu. Lalu mereka dapat gunakan keadaan persekitaran di dataran merdeka dengan spin menyatakan mereka mendapat sokongan padu dari orang ramai. Hakikatnya anda nilai sendiri.


Ini adalah hasil tinjauan MB serta sahabat-sahabat MB. Jika anda lihat di tweeter dan kenyataan dari Safwan Chair dan Pro-Mahasiswa, mereka menyatakan ramai yang menyokong mereka dan yang akan berkhemah di hadapan penjara kajang ini mencecah 100orang. Hakikatnya hasil tinjauan dari jam 6pagi hingga 9pagi menunjukkan hanya ada dalam 5 atau 6 orang sahaja disitu. Inikah yang dikatakan mendapat sokongan padu?


Cuba perhatikan mamat yang berbaju kuning itu. Maklumat MB menyatakan mamat ni yang dok hantar makanan kepada mereka yang tido dikhemah tersebut. Adakah makanan yang di bawa itu untuk 100 orang? untuk 10orang pun tak lepas. 

MB menyatakan disini, cukup-cukup la untuk menipu rakyat. 

MB akan londehkan mereka ini lagi nanti. Paling menarik nak tahu siapa yang tidur dalam khemah itu? Nantikan pendedahan dari MB nanti.



Wednesday, 12 December 2012

PMI,PROM SOKONG ARAK?


MB tertarik untuk mengulas tentang Sekretariat Malaysia Bangkit yang diagung-agungkan oleh puak-puak ADAM TIANG suatu masa dahulu. MB pelik apabila MB katakan mereka ini pengkhianat dan hanya menjadi anjing belaan Bang Anwar Bin Ibrahim dalam merosakkan negara, ramai mahasiswa khususnya PMI yang marah dan maki MB kerana kononnya mereka ini memperjuangkan rakyat dan agama ISLAM tercinta.


Ini antara balaci-balaci Bang Anwar Bin Ibrahim yang menjanjikan 1001 janji kepada mahasiswa malah menimbulkan ketegangan dalam negara. Apa yang MB ingin tegaskan di sini, kenapa sekretariat Malaysia Bangkit tersebut tidak membuat demotrasi membantah rumah-rumah urut, kelab-kelab malam yang beroperasi lebih daripada masa yang ditetapkan dan kilang-kilang arak.

MB rasa kalau la Syahid ni dapat protes kilang arak yang besar ini, tentu ramai mahasiswa bersama, :D

Monday, 10 December 2012

HILANGNYA MALAYSIA BANGKIT PENGKHIANAT!!!


Ke mana hilangnya Sekretariat Malaysia Bangkit yang mana suku tahun lalu selalu membuat onar di Bandaraya Kuala Lumpur? Sekretariat Malaysia Bangkit yang kononnya memperjuangkan mahasiswa akhirnya ternyata hanya sengaja di wujudkan bagi mengucar kacirkan negara. 

Masih ingatkah pada saudara Syahid Zaini yang merupakan Pengerusi Malaysia Bangkit yang selalu mengusung batu nisan? Ke mana hilangnya dia kini. Dulu dengan lantangnya mengkritik kerajaan kononnya menindas mahasiswa. Seperti MB katakan dulu bahawa mereka ini hanya anjing suruhan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi mengucar kacirkan negara. Bila tidak dibayar, sepi 1001 kata.

Sebelum ini mereka berkata akan menjelajah seluruh Malaysia bagi memperjuangkan tuntutan Sekretariat Malaysia Bangkit. Mana jelajahnya? Menurut sumber risikan dalaman yang MB terima mengatakan peruntukan yang diberikan untuk menjelajah tersebut telah digunakan untuk Majlis Perkahwinan sekutu mereka. 

Mari kita pikir secara logik. Dari mana mereka-mereka ini memperolehi duit untuk berkahwin? Masing-masing belajar lagi. Bahkan pernah ayah khalith Syiah keluarkan kenyataan dia orang miskin nak tanggung anak masuk universiti susah. Jadi ayahnya memperjuangkan pendidikan percuma. itu kata-kata ayah Khalith Syiah semasa demo GAGAL PTPTN. Dari mana Khalith Syiah dapat duit untuk berkahwin? Malah rakan-rakan 



Baguskan bila mengucar kacirkan negara tercinta ini, dapat duit boleh kahwin. Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat seluruh Malaysia ini bertapa teruknya mereka ini!!!! 



Sumber risikan dalaman MB menyatakan Syahid sangat ketakutan sekarang. Malah rakan-rakannya yang lain sangat mengharapkan Bang Anwar Bin Ibrahim menjadi PM. Ini kerana masa depan mereka telah gelap.Nak bekerja dengan kerajaan dah tak dapat. Kerja dengan majikan swasta pun sudah tidak ada yang mahu ambil berikutan mereka ada rekod hitam dengan polis. Apa yang MB boleh katakan sebelum melakukan apa-apa,pikir panjang dulu ye.


Nampak gayanya Sekretariat Malaysia Bangkit ini sememangnya Sampah Masyarakat dan anjing penjilat Bang Anwar Bin Ibrahim. Ingatan pada mereka ini supaya jangan sesekali hancurkan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.

MB akan dedahkan lebih lanjut ke mana mereka ini nanti. MB akan sentiasa merisik mereka ini dan mendedahkan mereka ini. Tujuan MB kerana tidak mahu pengkhianat negara ini bermaharajalela sesuka hati mereka sahaja. Biar masyarakat dan mahasiswa sedar siapa mereka ini.

"PERJUANGAN TANPA NOKHTAH"


Sunday, 9 December 2012

BAHAYANYA SYIAH DI MALAYSIA!!! KHALID SYIAH???



Video di bawah ini mengambil masa yang lama untuk ditontonkan. Apapun MB berharap anda dapat menontonnya hingga habis bagi memahami bahayanya Syiah.


Kepada mahasiswa-mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia, sedarkah kamu bahawa Khalid Syiah ini telah banyak mempromosikan buku-buku Syiah dan secara terangan mengaku dia Syiah? 

Berhati-hati dengan Ajaran Syiah yang semakin menular di Malaysia.


Khalid Syiah ini telah berkahwin. Paling menarik MB nak kongsikan bahawa didalam ajaran Syiah ini ada menyatakan hubungan suami isteri melalui dubur hukumnya HARUS. Dalam Islam ia adalah haram. Semoga penyebaran SYIAH di Malaysia dapat di sekat dan dihapuskan.


MB juga ingin berkongsi bahayanya SYIAH ini kerana adalah Nikah Mut'ah. Nikah Mut'ah ini adalah nikah yang tidak memerlukan wali dan saksi yang difahamkan kepada MB. Dan nikah ini adalah nikah kontrak yang mana seseorang itu boleh nikah selama beberapa jam sahaja. Bahasa mudah untuk difahami ialah selepas bersetubuh boleh terus cerai.

Bahayanya ajaran Syiah ini boleh menyebabkan rumah-rumah pelacuran akan berleluasa, Sebagai contoh di dalam gambar di bawah.


Sama-sama kita membasmi penyebaran ajaran Syiah di Malaysia ini. Kepada Khalid Syiah semoga dia insaf dan tidak melakukan seperti yang MB ceritakan tadi.

USTAZ OCCUPY TAZKIRAH TENTANG ISLAM???


MB tujukan penerangan tentang ISLAM itu bukan PAS kepada Fahmi Komunis dan rakan-rakannya yang terlampau taksub dipergunakan oleh puak-puak yang ingin menjatuhkan negara. Renung-renungkan. :)



Demi Alif Ba Ta... Perjuangan Tanpa Noktah...

Wednesday, 19 September 2012

TSUNAMI BERMULA DI SELATAN!!!


Tahniah buat Aspirasi UTHM!!! MB terkejut apabila membaca berita di akbar ini. Sebelum ini dengan lantangnya Pro-Mahasiswa melaungkan akan memenangi Pilihanraya Kampus di UTHM. Kata-kata ini MB dengar dari mulut orang kuat Farhan Razi di sebuah warung di Parit Raja semasa MB menghadiri rumah terbuka di Batu Pahat tempoh hari. MB terus mengkaji betul ke kenyataan akhbar ini



Ini yang MB perolehi dalam salah satu page di dalam FB yang mana maklumat-maklumat terbaru dan benar di salurkan. Setelah MB selidik lagi rupa-rupanya Pro-Mahasiswa telah menipu untuk memenangi PRK kali ini dengan membuat rakaman kempen tanpa kebenaran. Didalam Perbicaraan tersebut ke 11orang calon Pro-Mahasiswa turut mengaku kesalahan tersebut. Segala pengakuan mereka telah direkodkan supaya tidak timbul isu pada masa akan datang. 

MB melihat HEP telah berlaku adil didalam menghadapi Pilihanraya Kampus ini kerana terdapat calon Aspirasi yang turut digugurkan Pencalonan ini. Bagi MB tidak timbul isu HEP berat sebelah didalam Pilihanraya Kampus ini. MB menasihatkan Pro-Mahasiswa UTHM supaya tidak lagi menabur Fitnah terhadap HEP dan kepimpinan Pentadbiran UTHM. Nak tahu cerita lebih lanjut pasal UTHM, sila lihat disini.

Sama-sama kita menjaga keamanan IPT di negara kita ini daripada agenda jahat individu tertentu dalam mengejar kepentingan peribadi.


VIDEO SEKSI PRO-MAHASISWA DIDEDAHKAN!!!


Dalam melayari video-video di Youtube sebentar tadi, MB terjumpa satu video yang bagi MB sangat sesuai untuk dikongsi bersama dalam menlondehkan siapa Pro-Mahasiswa sebenarnya. Kerosakkan dan ketidaktenteraman yang Pro-Mahasiswa lakukan di dalam kampus harus dibasmi agar mahasiswa dapat belajar dengan tenang.


MB berikan pujian terbaik kepada mereka yang menjayakan video ini. Tahniah kerana anda berjaya menghasilkan sesuatu yang sangat memberangsangkan bagi mendedahkan siapa Pro-Mahasiswa ini.

Wednesday, 4 July 2012

KESALAHAN HASSAN ALI DIDEDAHKAN LAGI!!!


PMI harus menilai perkara ini kerana kini mereka sudah terlalu jauh dengan ideologi Fahmi Komunis.

Renung-renungkan...

Thursday, 28 June 2012

BENARKAH PAS MENOLAK LGBT???PMI??? TERBUKTI TIDAK!!!


Sekiranya benar PAS menolak LGBT, maka sudah tentu PAS tidak bersekongkol dengan Bang Anwar Bin Ibrahim dan DAP yang secara terangan kita tahu menyokong LGBT dan seks bebas ini. 

Persoalan ini MB lontarkan juga kepada PMI. Adakah PMI menolak LGBT??? Sekiranya YA, kenapa masih menjadi kuda tungangan Bang Anwar Bin Ibrahim malah masih mengikut suruhan Fahmi Komunis???


Fahmi Komunis dan pasangannya secara terangan mengamalkan seks bebas. Dimana pendirian PMI?

Tuesday, 26 June 2012

DR CHE ROSLI BAKAL DI PECAT DARI PAS???



MB tertarik dengan isu ini. Bagaimana PAS sendiri tidak mempercayai ahli Parlimennya sedangkan Dr Che Rosli ini boleh dikatakan Pakar dalam Bidang Nuklear ini. Sudah ditambat dan diikat pemimpin-pemimpin PAS sekarang ini oleh DAP sehinggakan sanggup ada yang mengatakan Dr Che Rosli ini sudah di beli. Pelik tap Benar kan...

Paling menarik adakah pemimpin-pemimpin PAS sekarang juga sudah terikut dengan perancangan mamat di bawah ini :
:)

MB melihat gaya bantahan yang di buat oleh puak DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim ini seperti ada mirip-mirip cara Fahmi Komunis ini. Lihat saja gelagat benggongnya dalam post MB sebelum ini. Inikah contoh yang PAS, PMI dan lain-lain hendak ikuti???

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air...Akan ku bongkarkan mereka yang pengkhianat ini...

PENYELESAIAN PTPTN TERJAWAB!!! ADAM ADLI RISAU???

MB tertarik untuk berkongsi poster ini kerana MB teringat kata-kata Fahmi Komunis, Adam Tiang, Khalid Syiah dan sekutunya bahawa kerajaan langsung tidak prihatin dengan beban pelajar yang meminjam PTPTN. Seperti yang MB katakan sebelum ini, isu ini sebenarnya isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan. Jika graduan mengikut jejak langkah Adam Tiang, Khaid Syiah dan sekutunya memang tak dapat kerja sebab IQnya rendah.

Jesteru MB mengajak graduan-graduan semua untuk bersama MB dan Blogger-blogger Kapak di karnival Kerjaya ini. Jangan lupa bawa resume banyak-banyak k. Dapat kerja, settle masalah nak bayar PTPTN kan. Peace...

:)

FAHMI KOMUNIS JADI GILA AKIBAT PMI DAN SMM???


Terus terang MB sangat geli hati apabila melihat satu video klip yang dimuat naik oleh Fahmi Komunis ini. Setelah perancangan yang dilakukannya tidak berhasil hingga menimbulkan ketidakpuasan hati ahli-ahli PMI, dia tetap masih berperangai sewel yang bila nak sedar pun tidak tahu. Apa yang MB maksudkan ialah gelagat Fahmi komunis ini bersama pasangan cintanya yang bagi MB berperangai tidak bermaruah. Mari lihat dalam video di bawah.


 Betul kan apa yang MB katakan. Tidak ada sesiapa pun yang datang melihat dan menyokong tindakan Fahmi Komunis ini. Tahu ke Fahmi Komunis ini tentang fakta sebenar Lynas tu??? Inilah yang dikatakan provokasi yang cuba ditimbulkan oleh Fahmi Komunis ini. Dan paling kelakar ada 2 atau 3 orang PMI yang sudah tergoda dengan akhlak Fahmi Komunis ini turut bersama dalam video ini. Sedangkan pemimpin PMI sudah benci malah meluat pada Fahmi Komunis ini setelah berlaku rampasan "hati" awek merah. 

Dan paling best yang MB dengar, Khalid Syiah pun sudah berjinak-jinak dengan seorang gadis chinese. Betul ke? Kita tunggu nanti k.

Tunggu pendedahan lebih lanjut Blogger Kapak tentang mesyuarat-mesyuarat mereka di API dan pertelingkahan SMM dan PMI yang luar biasa. Peace yee...

Sunday, 17 June 2012


Ringkas sahaja apa yang MB ingin huraikan di sini iaitu dalang ataupun perancang utama DEMO GAGAL PTPTN tempoh hari adalah di buat oleh Fahmi Komunis ini. Pelbagai bengkel Demotrasi dilakukan oleh Fahmi Komunis ini. Apa yang MB pelik ialah segala yang dirancangnya adalah supaya anak muda bangkit menyokong DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim serta sekutunya bagi memansuhkan PTPTN. Apa yang MB ingin tunjukkan bukti disini bahawa Fahmi Komunis ini telah pun berjaya menipu PMI bahawa Pakatan Pembangkang ini akan memansuhkan PTPTN sekiranya memerintah. Dibawah ini MB tunjukkan buktinya :-



Dalam buku Jingga Pakatan Rakyat tidak tertulis langsung untuk memansuhkan PTPTN. Malah apa yang berlaku di UNISEL apabila PTPTN dibekukan sementara pada tempoh hari ialah Pakatan Rakyat terpaksa mengeluarkan strategik 'on the spot' mereka dengan hendak mengapungkan tanah 500 ekar bagi membiayai pelajar UNISEL. Dari situ MB sudah dapat melihat bahawa itu semua hanyalah bagi meraih undi anak muda sahaja. MB harap anak muda dan rakyat tidak lagi tertipu oleh anasir-anasir busuk ini.

Friday, 8 June 2012

FAHMI REZA,PMI DAN SMM KEMBANG KECUT KEBANGGAAN???


Kenyataan media pihak PTPTN telah memberi rasional kenapa pembekuan "sementara waktu" pinjaman kepada pelajar Unisel telah dibuat dengan berkata PTPTN berbuat demikian demi memberi peluang kepada DAP dan PR untuk menyediakan pendidikan percuma.

MB disini menegaskan bahawa pelajar Unisel harus mengucapkan terima kasih kepada mereka ini kerana berjaya mencapai matlamat untuk memansuhkan PTPTN dalam demonstrasi yang diadakan tempoh hari. 

Ini antara otai-otai yang berjaya dengan matlamat mansuhkan PTPTN ini.


Dan para pelajar Unisel sendiri boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam demotrasi di dataran Merdeka tempoh hari. MB turut mengucapkan tahniah kepada mereka ini. Dan dengar khabar-khabarnya mahasiswa-mahasiswi yang ada dalam gambar ini telah dikenalpasti serta bakal juga mendapat "pendidikan" percuma dari DAP dan PR. Betul tak betul, kita tunggu jerlah nanti. Lagipun ia hanya khabar angin.

Oppsss... Tidak dilupakan juga bahawa seluruh pelajar Unisel harus mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Fahmi Komunis dan "bini"nya kerana berjaya menjadi PERANCANG UTAMA DEMO PTPTN tempoh hari. Malah sanggup mengadakan bengkel bagaimana untuk berdemostrasi tempoh hari di dataran merdeka walaupun kehadirannya hanya beberapa orang sahaja. 

TETAPI HAKIKAT YANG RAKYAT HARUS KETAHUI ADALAH :- 


Hasil daripada pendidikan percuma yang bakal diberikan kepada Unisel, DAP dan PR telah terpaksa mengapungkan tanah seluas 500ekar. Persoalan yang bermain-main di fikiran MB juga ialah berapa lama tanah tersebut akan diapungkan? Malah turut dinyatakan bahawa ia adalah pelan sementara waktu.


MB perhatikan bahawa apabila PTPTN ini dibekukan sementara waktu, Bang Anwar Bin Ibrahim masih belum keluarkan kenyataannya berhubung isu ini setakat saat MB menulis artikel ini. Dan MB mengucapkan tahniah kepada Bang Anwar Bin Ibrahim kerana telah berjaya melatih PMI dan SMM dalam demostrasi tempoh hari. Hasil DEMO yang dibuat yang pertama adalah pendidikan percuma di Unisel dengan pertukaran 500 ekar tanah. Selepas ini MB dengar ura-ura ia akan diteruskan ke KUIN, KUIS dan universiti lain lagi. Rasa-rasanya berapa banyak tanah yang akan diapungkan lagi selepas ini???


*MB dapat maklumat daripada dalaman Unisel menyatakan bahawa ada pegawai di Unisel yang call hari-hari ke PTPTN minta di berikan pinjaman kepada pelajar Unisel ini. Kata minta mansuh. Kenapa perlu menganggu PTPTN lagi?

Monday, 21 May 2012

HABUAN KEPADA SMM??? TAHNIAH SMM!!!


Amboi...amboi... SMM sudah mahu terlibat dengan politik luar la, Hari itu beria-ia mengatakan bahawa kami tidak mahu campur tangan politik luar. sekarang sudah tukar ke??? MB pun pelik betul dengan mereka semua ini. Cakap tak serupa bikin. Macam nikah tokoh pemimpin yang Persatuan Mahasiswa Islam impikan???

Teringat MB dulu SMM dengan tegas dan lantangnya menyatakan KAMI TIDAK TERLIBAT DENGAN PAKATAN RAKYAT MAHUPUN POLITIK LUAR!!! Tapi hari ini terbukti mereka BERDUSTA ketika itu. Hari ini mereka sudah mula membuka segala penipuan dan dusta mereka apabila menyatakan secara tidak langsung untuk bersama Pakatan Rakyat.

Dari sumber risikan MB sendiri menyatakan bahawa mereka ini baru sahaja selesai berbincang dengan Bang Anwar Bin Ibrahim pasal calon-calon dan kawasan yang mereka akan bertanding. Malah turut dibincangkan manifesto apa yang bakal mereka bawa supaya selari dengan manifesto Pakatan Rakyat. MB sedang cuba mendapatkan minit perbincangan mereka ini. Nantikan pendedahannya tidak lama lagi.  :)

Ini antara calon SMM yang akan bertanding??? Selain mereka ini dengar-dengar Adam tiang akan turut bertanding. Wauuu.... Kita tunggu pendedahan bekas-bekas awek Adam Tiang tidak lama lagi jika MB berjaya mendapatkan maklumat tersebut. Jeng...Jeng....

Oh ye.... Dengar-dengar khabar angin menyatakan bahawa segala pencetusan Demo Gagal yang dibuat oleh mereka-mereka ini mendapat pelbagai habuan secara langsung dan tidak langsung daripada Bang Anwar Bin Ibrahim. Buktinya ramai di antara mereka mampu untuk berkahwin di usia muda teramat sangat bagi MB. Paling busuk-busuk la untuk Kahwin,berapa modalnya??? Anda semua boleh pikirkan sendiri k.

Banyak betul habuan yang mereka perolehi walaupun Demo Gagal mereka itu telah digagalkan. Perghhh.... Untuk PRU kali ini pulak,apa habuan yang bakal mereka perolehi??? kita tunggu dan lihat nanti k. Apa pun MB tertarik dengan video di bawah ini. Kemungkinan adakah mereka ini akan offer perkara yang sama seperti video dibawah ini?





Thursday, 17 May 2012

PMI DIPERMAINKAN LAGI!!! SEDARLAH!!!

Satu lagi bukti DEMO GAGAL kantoi. Seperti yang kita ketahui bahawa Persatuan Mahasiswa Islam bersama dengan Adam Tiang n The Geng serta parti politik pembangkang bagi menuntut PEMANSUHAN PTPTN. Terbukti kini itu hanya satu sandiwara yang ingin menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat. Kenapa MB berkata begitu???

Buktinya apabila Pakatan Rakyat telah bersetuju hanya merujuk kepada hasil sepakat didalam Buku Jingga yang telah mereka capai sebelum ini. Ada ke MANSUHKAN PTPTN dalam buku Jingga itu???

Terbukti Persatuan Mahasiswa Islam telah dipermainkan oleh Adam Tiang dan perancangan Fahmi Komunis dalam memenuhi kepentingan politik individu tertentu dalam memusnahkan negara tercinta ini. Mari kita lihat dalam video di bawah.


Mana Pemansuhan PTPTN??? Hukum Hudud jauh sekali la nak ada dalam buku Jingga tu...

Renung-renungkan....

Wednesday, 16 May 2012

PMI HARUS SEDAR SEKARANG!!!

MB ingin menarik perhatian Persatuan Mahasiswa Islam yang mana sudah diketahui perjuangan mereka adalah untuk menegakkan ISLAM. Tetapi benarkah perjuangan mereka apabila bersekongkol dengan geng-geng Adam Tiang dan Fahmi Komunis ini???

 

 
 

Di atas ini adalah antara gambar-gambar Persatuan Mahasiswa Islam terlibat dengan pengkhianat-pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara. Inikah perjuangan yang Persatuan Mahasiswa Islam laungkan??? Mereka-mereka ini di sebalik takbirnya ialah Fahmi Komunis.


Nak tahu lebih lanjut pasal Fahmi Komunis??? Sila lihat di sini.

MB ingin mengajak Persatuan Mahasiswa Islam kembali ke pangkal jalan. Hayati Video di bawah ini bagi memudahkan anda memahami erti sebenar ISLAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...