Hasil daripada maklumat intipan sahabat-sahabat MB menunjukkan ini adalah politik murahan yang amat sangat. Sepanjang Perkhemahan yang berlangsung di penjara Kajang ini, mana ada sembahyangnya. Mereka lupa pada suruhan agama. Adam Adli, Fahmi Komunis dan pengikut banggangnya hanya leka memikirkan provokasi dan berfoya-foya dengan teman wanita mereka. Tidak langsung menunaikan solat.
Untuk maklumat mahasiswa dan orang ramai, dalam lingkungan 1km dari penjara kajang itu terdapat surau-surau dan masjid yang boleh digunakan oleh orang awam untuk menunaikan solat. Kenapa perlu menggunakan isu murahan dihalang menggunakan Masjid ini??? Ini sengaja ditimbulkan untuk mewujudkan suasana tegang masyarakat. Diharapkan masyarakat tidak tertipu dengan SAMM dan Pro-M ini.
Paling Best MB nak nyatakan disini, yang berada didalam khemah tersebut tidak pula MB nampak mereka bersembahyang subuh atau minta izin kepada pengawal penjara untuk menggunakan Masjid pada subuh tersebut. Pelik bukan.... ISLAM kah mereka yang tidur didalam khemah itu??? Fikir-fikirkan.
Yang kelakar dan MB nak berkongsi ini. Jika dilihat pada isu ini. Denda yang dikenakan ialah RM1K. Di manakah sahabat-sahabat UMAR ini hingga tidak seorang pun sudi mengeluarkan duit untuk menjamin UMAR???
Sumber dalaman MB menyatakan puak-puak atasan SAMM dan Pro-M memang tidak langsung akan membantu mereka-mereka yang berdemo ini sekiranya dikenakan tindakan. Pro-M dan SAMM kini sudah tidak mendapat sokongan oleh mahasiswa. Mereka yang terlibat dengan demotrasi sebelum ini langsung tidak turun untuk berkhemah di Penjara Kajang. Apa yang MB dengar bahawa mereka ini sangat kecewa dengan Safwang, Khalid Syiah, Syahid dan lain-lain kerana hanya mempergunakan mahasiswa untuk agenda sempit mereka disamping hanya untuk mencari duit kahwin sahaja.
Sedarlah wahai mahasiswa dan rakyat Malaysia tentang kejahatan yang cuba diwujudkan oleh puak-puak ini.
'PERJUANGAN TANPA NOKHTAH DEMI ALIF BA TA"
No comments:
Post a Comment