KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label PENGGANAS. Show all posts
Showing posts with label PENGGANAS. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

'NO DISENGAGEMENT' PENGGANAS #LahadDatu TERUS BERDEGIL


Menerusi laporan berita ABS-CBN News bertajuk "Kiram: No disengagement from Sabah" jelas dapat dilihat pendirian Kiram dalam insiden di Lahad Datu ini.


MANILA - Sultan Jamalul Kiram III of Sulu said there were no - or will ever be - talks on disengagement from Sabah.

He admitted today that he is hurt that his brother, Bantilan Esmail Kiram II, used his name in talks with the government.

Interior and Local Government Secretary Mar Roxas earlier met with Esmail and claimed they both discussed of the royal army’s “disengagement” from Sabah, where the family’s followers have been in conflict with Malaysian forces for almost a month now.
He also revealed that it was Roxas who paid for the plane tickets of his brother and his family to go to Manila.

He even wondered why Roxas did not directly contact him since he is only in Taguig. He also noted the royal army answers to him. Despite the developments, Kiram said that the discussion between Esmail and Roxas will not affect whatever they are fighting for.

In fact, Esmail has not even given him any clear information on the meeting on Monday.
He said his brother only talked about stopping Princess Jacel Kiram from discussing the Sabah issue in public. – from a report by Jay Ruiz, ABS-CBN News
Sumber: ABS-CBNEWS


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah pun menafikan tuduhan tahanan dilayan buruk oleh pasukan keselamatan Malaysia. Malaysia dituduh tidak menghormati Kenovensyen Geneva sebagaimana yang disampaikan oleh jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham.

Sama-sama kita doakan penyelesaian terbaik serta insiden ini dapat diakhiri segera.



Sedia berunding tapi tidak untuk berundur? Apapun, kami tetap percaya dgn kemampuan anggota keselamatan. Ayuh pahlawanku...

Tuesday, 12 March 2013

PENDEDAHAN WIKILEAK: RANCANGAN ANWAR - NUR MISUARI


Wikileak mendedahkan Amerika pernah bau rancangan Anwar-Nur Misuari.

Pada 11 Mei 2007, terdapat komunikasi dari Embassy USA di Filipina ke State Department di Washington. Komunikasi berkenaan adalah mengenai perkembangan terbaru Nur Misuari. Ketika itu, Nur Misuari dalam proses mendapatkan perintah mahkamah bagi membenarkan dia bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Komunikasi penuh di SINI

Turut juga didedahkan juga hubungan Anwar - Nur Misuari serta rasa marah Nur Misuari terhadap Malaysia.

Lebih info lagi di SINI


Andaian: Si A nak balas dendam, Si B ambil kesempatan. Dalang oh Dalang...

Monday, 11 March 2013

TIADA TEROWONG BAWAH TANAH DI #LahadDatu


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.





Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.

Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang. 

Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja." 

Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi. 

Tegasnya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas.

"Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya.



Sumber: FB PDRM

Tuesday, 5 March 2013

INSIDEN #LahadDatu: PIKET MILITAN DI KEDUTAAN MALAYSIA , FILIPINA


Laporan daripada akhbar Filipina, GMA News

Piket yang dilakukan oleh Kumpulan Bagong Alyansang Makabayan di Kedutaan Malaysia di Filipina.

Tindakan membakar gambar Jalur Gemilang & Perdana Menteri






Ketekadan mereka ini membuktikan bahawa usaha murni Malaysia mengadakan rundingan agar tiada tumpahan darah berlaku tidak berjaya dan sudah masanya untuk kerajaan Malaysia bertindak. Kita bukannya terus mengangkat senjata. Rundingan telah dilaksanakan, budi bicara telah diberikan. Tindakan pihak keselamatan ini jelas perlu bagi terus memastikan keamanan & kedaulatan negara.

Lagi entry berkaitan di SINI

Sunday, 3 March 2013

AWAS!!!PENIPUAN YANG SEDANG BERLAKU DI SABAH!!!


MB mendapati gambar-gambar di dalam blog di atas sedang di sebarkan secara meluas tanpa unsur periksa terlebih dahulu. Maafkan MB jika pendedahan MB ini ada yang terasa hati. 


Gambar-gambar tersebut adalah gambar peperangan yang berlaku di Thailand. Tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang berlaku di Sabah. MB mengharapkan semua CT-CT berhati-hati didalam menghebahkan isu di Sabah.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Ikuti cerita terkini di sini.

Saturday, 2 March 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: LAY DOWN YOUR ARMS. SURRENDER! 3X


LAHAD DATU: RISALAH AMARAN SERAH DIRI KE-2 DIEDAR



Lahad Datu, 2 Mac - Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.

"Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, 'Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.' (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri)," katanya pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di kampung itu.

Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh terbabit ialah pada Rabu lepas.

Hamza juga berkata polis mula bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Mengenai mayat penceroboh yang ditinggalkan di tempat insiden tembak-menembak semalam, beliau berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan merupakan tugas polis, tetapi satu cara taktikal diperlukan untuk berbuat demikian.

  HEBAHAN PERINTAH BERKURUNG TIDAK BENAR

Hamza turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jumlah anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera, selain menegaskan tidak ada perintah berkurung dikeluarkan.

"Saya terpaksa menjelaskan ini (perintah berkurung) kerana masih ramai menghebahkannya dalam laman sosial dan blog.

"Perintah berkurung dikeluarkan oleh saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan apa-apa perintah berkurung berikutan insiden semalam," katanya. - BERNAMA



PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KEMENTERIAN PERTAHANAN AMBIL ALIH #PrayForLahadDatu




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kementerian Pertahanan akan mengambil alih tugas di dalam
kes Lahad Datu daripada Kementerian Dalam Negeri. Angkatan Tentera Malaysia akan memulakan operasi pada malam ini (waktu Malaysia) bagi membanteras
penceroboh di sana. Sama-samalah kita doakan kepada
Bridge Komando ATM kita yang akan memulakan operasi selepas ini.



PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KENAPA POLIS BUKAN TENTERA?

Kenapa Polis BUKAN Tentera?

Persoalan seperti ini sepastinya akan muncul, apatah lagi rentetan kejadian yang tidak diingini semalam. Persoalan menarik untuk dikupas berbanding membuat sebarang provokasi dan melontar hujah sembrono. Contohnya, meminta agar pihak Polis menggunakan peluru getah dalam menangani penceroboh-penceroboh di Lahad Datu ini.
  
1.      Jika kita menggunakan tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu
2.      Ini juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai Kerajaan yang sah yang mengisytiharkan perang ke atas kita.
3.      Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Dalam menyelesaikan isu pencerobohan ini, khidmat pihak polis sebagai pemerintah operasi telah digunakan. Ini bermakna:

1.      Kita masih menganggap mereka itu penjenayah dan penceroboh. Bukannya combatant perang.
2.      Polis kita akan menangkap dan menahan. (Perkataannya untuk polis ialah menahan bukannya menawan. Menawan adalah perkataan untuk Tentera dan terdapat perbezaan antara keduanya).
3.      Untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang, cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka, tuduhan di Mahkamah Awam boleh dilakukan. Situasi ini sama seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita pernah tahan sedikit masa lalu. Mereka ini tidak dianggap sebagai tawanan perang.
4.      Boleh diekstradisikan dengan mudah ke Filipina. Jika tindakan ketenteraan digunakan atau kita anggap sebagai perang,  ini akan menyebabkan mereka sukar dibicarakan. Mana nak tempatkan mereka dan apakah klasifikasi mereka? Maka jadilah umpama kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Oleh itu, kita perlukan pihak Polis dahulu. Bukannya tentera. Jika pihak tentera yang ambil alih, ini sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh lagi dikawal, maka LOCAL AREA EMERGENCY (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan.

Dengar cerita, darurat telah diisytiharkan dan curfew dikuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ianya seperti darurat waktu rebut banjir New Orleans dahulu. Tentera USA ambil alih dabn bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini, bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang antara Kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan dan LOCAL AREA sahaja.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...