KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #PASBERUK. Show all posts
Showing posts with label #PASBERUK. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

NO KOMEN ABOUT PR!!!

SHAH ALAM, 24 April - Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu. Bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid berkata, hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

"Hukum Hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.

"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Katanya lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan DAP tidak akan berganjak sama sekali daripada pendirian mereka untuk menolak perlaksanaan Hudud.

Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.



Friday, 12 April 2013

MUSTAPHA ALI BUAT KENYATAAN!!! AWAS ANWAR!!!


Apa sudah jadi? MB sebelum ini tidak mahu mengulas isu video ini. Tetapi bila kebenaran terserlah, MB mengambil keputusan untuk mengulasnya. 

Malam tadi MB perhatikan rancak macai-macai Puak Brader Anwar Bin Ibrahim berbunyi mengatakan ini semua permainan UMNO. Malah pagi tadi Husam Musa berkata video itu palsu dan tidak perlu menyiasatnya. Kenapa?

Harus diingatkan wahai rakyat Malaysia, Brader Anwar Bin Ibrahim telah menyemai di dalam diri atau mencipta suatu prepsepsi bahawa setiap isu yang memberi kesan negatif kepada puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini semuanya palsu dan fitnah UMNO.

Adakah dengan kenyataan dari Mustapha Ali ini bakal menundukkan macai-macai ini untuk memohon maaf?  Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Jika ia benar jangan di tidakkan.

Ini kata pemimpin PAS. Bukan UMNO!!!

AWAS!!! Menurut sumber daripada blogger PAS BERUK , berkemungkinan Mustapha Ali masih belum berkahwin dengan wanita terbabit. Terdapat dakwaan Mustapha Ali sedang berusaha untuk kahwin di sempadan siam atau secara tertutup dengan segera. Sijil Pernikahan mungkin akan di cetak tarikh sebelum video terbabit di rekodkan. Dakwaan ini dikuatkan setelah Mustapha Ali gagal menunjukkan dokumen perkahwinan terbabit hari ini!!! Harus diingatkan kepada mereka yang bersubahat dengan Mustapha Ali ini, berdosalah kamu!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...