Ini antara calon-calon yang tidak dijangkakan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.
Lepas ni rasa-rasa mana Brader Anwar Bin Ibrahim mahu lari yer? Oh yer... Jangan lupa ada lagi calon bebas yang nak lawan dengan Brader Anwar Bin Ibrahim ini... Papagomo bakal menyengat Brader Anwar Bin Ibrahim.
Mahu kenal papagomo yang sebenar??? Tunggu hari penamaan nanti. Mari lihat video yang membuatkan ketakutan Brader Anwar Bin Ibrahim meluak-luak di bawah ini :
Steady la!!! Kita akan bantu blogger Papagomo selepas ini. Takut tak takut...Gentar tak Gentar... Biar titisan darah terakhir sekalipun, Pengkhianat negara Brader Anwar Bin Ibrahim harus di patahkan.
Hanya hantar budak hingusan membuat kacau. Malangnya hanya seorang sahaja yang ke hadapan untuk menjadi calon di pekan. Entah berapa RM telah di bayarnya!!!!
Mari MB beri pencerahan satu persatu Akujanji Barisan Nasional yang dikatakan di ciplak daripada manifesto bukan janji Puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Untuk artikal kali ini MB beri pencerahan untuk dasar perumahan terlebih dahulu di mana 1juta rumah akan dibina dan digerakkan oleh sektor awam serta swasta. 500ribu daripadanya adalah perumahan PR1MA
Hakikatnya kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.
Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada.
MB menafikan sekeras-kerasnya bahawa BN meniru manifesto Brader Anwar Bin Ibrahim. Tidak malukah Brader Anwar Bin Ibrahim mendakwa ini idea mereka???
Kuala Lumpur, 25 Mac - Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.
Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketikadiserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.
"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)...Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.
"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini
Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.
"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.
Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.
Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.
"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.
Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.
"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam situasi sebenar," katanya.
Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.
"Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami," katanya.- BERNAMA
MB difahamkan kurang daripada 1jam lagi video part 2 Anwar dan Mahasiswa akan disebarkan secara meluas bagi membuktikan bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim ini seorang yang gay.
Jika kelmarin Rafizi Ramli MENGAKUI bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah sifunya iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim tetapi berkata tiada masalah dengan video tersebut kerana Brader Anwar Bin Ibrahim tidak buat apa-apa pun yang salah. Jadi nantikan sedutan video ini Part 2 pada jam 8malam ini. Sementara itu, jom layan video di bawah ini dahulu.
Sudah ada suara-suara sumbang menyatakan UMNO ini kaki seks hanya tahu sebarkan filem lucah sahaja. MB ingin tegaskan disini bahawa ini bukan soal seks atau lucah atau LGBT!!! Tetapi soal sikap seorang PEMIMPIN yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri. Apa anda akan jawab sekiranya orang bertanya, adakah Perdana Menteri Malaysia seorang yang GAY???
Dalam sidang media yang telah di buat oleh Rafizi bagi mendedahkan siapa papagomo, Rafizi telah mengesahkan bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim di dalam video terbaru yang di dedahkan oleh Papagomo. Selepas ini jika Papagomo keluarkan video untuk bahagia seterusnya, MB harap jangan ada kenyataan SPIN yang lain ye.
Menarik apabila Rafizi telah mengugut wartawan daripada agendadaily untuk menghalaunya keluar selepas di gasak soalan kenapa tidak saman dato trio tetapi saman papagomo. Marah yer brader Rafizi... Tunggu anda dibogelkan selepas ini.