KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

VIDEO KHAS UNTUK GM13 DAN ADAM ADLI


Jom sama-sama sebarkan video ini kepada seluruh anak muda dan ibubapa agar rakyat sedar bahana yang sedang menanti mereka. Minta bantu like sama video ini.

Friday, 29 June 2012

ADAM ADLI TERKEDU DENGAN SOALAN MB???

Hari ini MB ingin mengulas tentang satu dialog PENDIDIKAN PERCUMA MANSUH PTPTN yang diadakan di satu tempat sekitar Ulu Bernam, Perak yang MB difahamkan di hadiri oleh Rafizi Ramli, Adam Tiang, Khalid Syiah, dan Ehsan Bukharee.

MB tertarik untuk mengulas dialog ini kerana Khabar Angin yang MB dengari mengatakan ia dihadiri hampir 1000orang. Wau...Begitu ramai sokongan yang diberikan. Itu yang MB dengar dari pengikut-pengikut Fahmi Komunis kalau tidak silap. Setelah MB mencari dan dapatkan serta analisis maklumat tentang dialog ini, rupa-rupanya ia jauh dari indah khabar dari rupa. Kehadiran sebenar dalam dialog ini adalah hanya
30 orang sahaja!!! Jauh beza daripada propaganda yang di adakan!!! 



Bila MB risik-risik lagi rupanya 30 orang itu termaksudlah dengan pemandu mereka ini, teknikal-teknikal yang menjaga tempat dialog ini,serta pengikut yang mengikuti mereka ini. Kehadiran sebenar setelah ditolak oleh mereka ini adalah dalam 15orang sahaja. 

Inikah sokongan yang selalu Adam Tiang dan rakan-rakannya selalu katakan iaitu SELURUH ANAK MUDA SENTIASA MENYOKONG KAMI??? Persoalan yang MB cuba timbulkan disini, adakah 15 atau 30 orang ini mewakili suara anak muda yang sebenarnya??? Anda Pikir-Pikirkanlah....

Malah dalam dialog tersebut juga Adam Tiang ini dengan lagaknya menyatakan PTPTN perlu dimansuhkan kerana bebankan pelajar dan memberi tekanan kepada pelajar. MB ingin menegaskan disini bagi MB TEKANAN ada dua jenis iaitu:

i) Tekanan Positif
ii) Tekanan Negatif

Bagi MB tidak salah jika ia dijadikan sebagai TEKANAN POSITIF. Jika digunakan tekanan untuk membayar PTPTN itu supaya pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai pointer 4.0...Secara automatik PTPTN tersebut akan menjadi biasiswa. Persoalan yang MB timbulkan disini ialah kenapa tidak Adam Tiang mengajak mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai pointer 4.0 supaya PTPTN tersebut ditukarkan menjadi biasiswa??? Fakta ini tidak langsung di beritahu oleh Adam Tiang dan rakan-rakannya. KENAPA???

Sunday, 17 June 2012


Ringkas sahaja apa yang MB ingin huraikan di sini iaitu dalang ataupun perancang utama DEMO GAGAL PTPTN tempoh hari adalah di buat oleh Fahmi Komunis ini. Pelbagai bengkel Demotrasi dilakukan oleh Fahmi Komunis ini. Apa yang MB pelik ialah segala yang dirancangnya adalah supaya anak muda bangkit menyokong DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim serta sekutunya bagi memansuhkan PTPTN. Apa yang MB ingin tunjukkan bukti disini bahawa Fahmi Komunis ini telah pun berjaya menipu PMI bahawa Pakatan Pembangkang ini akan memansuhkan PTPTN sekiranya memerintah. Dibawah ini MB tunjukkan buktinya :-



Dalam buku Jingga Pakatan Rakyat tidak tertulis langsung untuk memansuhkan PTPTN. Malah apa yang berlaku di UNISEL apabila PTPTN dibekukan sementara pada tempoh hari ialah Pakatan Rakyat terpaksa mengeluarkan strategik 'on the spot' mereka dengan hendak mengapungkan tanah 500 ekar bagi membiayai pelajar UNISEL. Dari situ MB sudah dapat melihat bahawa itu semua hanyalah bagi meraih undi anak muda sahaja. MB harap anak muda dan rakyat tidak lagi tertipu oleh anasir-anasir busuk ini.

Tuesday, 12 June 2012

PENIPUAN PENDIDIKAN PERCUMA LAGI???


MB berpendapat MB Selangor harus meneruskan hasratnya untuk memberi pendidikan percuma di PTPTN bagi membuktikan kewibawaan beliau di dalam pemerintahan di Selangor. MB sendiri mengharapkan Menteri Besar Selangor tidak bermain dengan putar alam yang dilakukannya kini.

Bahkan MB tidak mendengar lagi Bang Anwar Bin Ibrahim berkenaan isu ini. Kalau betul Bang Anwar Bin Ibrahim hendak memberi pendidikan percuma, sudah tentu beliau meneruskan hasrat ini di Unisel.

Renung-renungkan wahai mahasiswa dan rakyat Malaysia....

Monday, 11 June 2012

PMI DAN SMM BERCELARU DENGAN PEMIKIRAN MEREKA??? HAHAHA


MB tertarik untuk menunjukkan video ini untuk dikongsi bersama mahasiswa dan rakyat untuk menilai sendiri betapa nekadnya Adam Tiang dan rakan-rakannya dalam memperjuangkan PEMANSUHAN PTPTN ini sehingga sanggup berkampung di Dataran Merdeka tempoh hari. Malah semasa perkampungan ini boleh dilihat bagaimana PMI menyokong kemaksiatan yang dilakukan oleh SMM dan perancang utama iaitu Fahmi Komunis dan pasangan utamanya seperti didedahkan oleh MB sebelum ini.

Tetapi apabila PTPTN dibekukan sementara di Unisel, mereka inilah yang melenting mengatakan PTPTN zalim dan kerajaan kejam serta pelbagai lagi. Ini terbukti apabila pelbagai kecaman telah dibuat dan di spin oleh mereka ini. Anda boleh lihat di sini. Entah mana satu yang PMI dan SMM hendak sebenarnya. Mansuh atau tidak?

Untuk maklumat mahasiswa dan seluruh rakyat, PTPTN di buka semula untuk pelajar Unisel setelah pihak pentadbiran UNISEL sendiri yang memohon kepada PTPTN untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN semula kepada para pelajar ini setelah pihak pentadbiran yakin bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak mampu memberi PENDIDIKAN PERCUMA seperti yang dijanjikan.

Secara peribadi MB merasa ketidakpuasan hati dalam isu ini kerana seperti dinyatakan Menteri Besar Selangor untuk membantu para pelajar ini, kerajaan Selangor akan mengapungkan 500ekar tanah untuk mendapatkan dana RM30juta. Apa yang MB persoalkan disini ialah tanah tersebut adalah aset Unisel sendiri. Kenapa perlu mendapatkan dana tersebut dari aset UNISEL? Sekiranya Pakatan Rakyat serius dalam janji Pendidikan Percuma, mereka harus menyalurkan sendiri dana Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan aset UNISEL tersebut. 

Renung-renungkan...

*Selepas demo ini, ada antara kepalanya yang dapat berkahwin walaupun belum bekerja. Mantap tu.
:)


Di kesempatan ini MB ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pasangan ini walaupun sudah agak terlewat. :)

PEMBOHONGAN PR PASAL PTPTN PEMANSUHAN PTPTN LAGI???







Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.
Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.
Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.
Bukan sesekali niat kerajaan  untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.
Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.
Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.
Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.
Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'
Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.
Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.
Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.
Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.
Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.
Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.
Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.
Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.

Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.
Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung!
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.
Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.
Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?
Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?
Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.
Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.
Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.
Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.

Sumber Beruang Biru. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





dipetik daripada : 
http://www.papagomo.com/2012/06/ptptn-unisel-pakatan-haram-gelabah-ha.html

Friday, 8 June 2012

FAHMI REZA,PMI DAN SMM KEMBANG KECUT KEBANGGAAN???


Kenyataan media pihak PTPTN telah memberi rasional kenapa pembekuan "sementara waktu" pinjaman kepada pelajar Unisel telah dibuat dengan berkata PTPTN berbuat demikian demi memberi peluang kepada DAP dan PR untuk menyediakan pendidikan percuma.

MB disini menegaskan bahawa pelajar Unisel harus mengucapkan terima kasih kepada mereka ini kerana berjaya mencapai matlamat untuk memansuhkan PTPTN dalam demonstrasi yang diadakan tempoh hari. 

Ini antara otai-otai yang berjaya dengan matlamat mansuhkan PTPTN ini.


Dan para pelajar Unisel sendiri boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam demotrasi di dataran Merdeka tempoh hari. MB turut mengucapkan tahniah kepada mereka ini. Dan dengar khabar-khabarnya mahasiswa-mahasiswi yang ada dalam gambar ini telah dikenalpasti serta bakal juga mendapat "pendidikan" percuma dari DAP dan PR. Betul tak betul, kita tunggu jerlah nanti. Lagipun ia hanya khabar angin.

Oppsss... Tidak dilupakan juga bahawa seluruh pelajar Unisel harus mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Fahmi Komunis dan "bini"nya kerana berjaya menjadi PERANCANG UTAMA DEMO PTPTN tempoh hari. Malah sanggup mengadakan bengkel bagaimana untuk berdemostrasi tempoh hari di dataran merdeka walaupun kehadirannya hanya beberapa orang sahaja. 

TETAPI HAKIKAT YANG RAKYAT HARUS KETAHUI ADALAH :- 


Hasil daripada pendidikan percuma yang bakal diberikan kepada Unisel, DAP dan PR telah terpaksa mengapungkan tanah seluas 500ekar. Persoalan yang bermain-main di fikiran MB juga ialah berapa lama tanah tersebut akan diapungkan? Malah turut dinyatakan bahawa ia adalah pelan sementara waktu.


MB perhatikan bahawa apabila PTPTN ini dibekukan sementara waktu, Bang Anwar Bin Ibrahim masih belum keluarkan kenyataannya berhubung isu ini setakat saat MB menulis artikel ini. Dan MB mengucapkan tahniah kepada Bang Anwar Bin Ibrahim kerana telah berjaya melatih PMI dan SMM dalam demostrasi tempoh hari. Hasil DEMO yang dibuat yang pertama adalah pendidikan percuma di Unisel dengan pertukaran 500 ekar tanah. Selepas ini MB dengar ura-ura ia akan diteruskan ke KUIN, KUIS dan universiti lain lagi. Rasa-rasanya berapa banyak tanah yang akan diapungkan lagi selepas ini???


*MB dapat maklumat daripada dalaman Unisel menyatakan bahawa ada pegawai di Unisel yang call hari-hari ke PTPTN minta di berikan pinjaman kepada pelajar Unisel ini. Kata minta mansuh. Kenapa perlu menganggu PTPTN lagi?

Thursday, 7 June 2012

PKR KETAKUTAN DENGAN PEMANSUHAN PTPTN???


Apa yang MB nak ulas di sini bahawa Rafizi Ramli ni cakap tidak serupa bikin la. Kata nak beri pendidikan percuma. Tapi kena sekarang ini pula nak PTPTN pula. Kesimpulannya nak mansuh ke tidak ni?

Tunggu jawapan daripada menteri KPT pada hari ini.

:)

Sunday, 15 April 2012

PENGAKUAN ADAM ADLI KEPADA MB TIADA PEMBANGKANG TERLIBAT!!! PANAS!!!


MB harap anda semua dapat nilai sendiri apa yang Penari Tiang selalu laung-laungkan bersama rakan-rakan SMM dan Pro M yang lain. Apa yang mereka katakan sebelum ini, DUSTA semuanya. MB mencabar mereka ini untuk membuktikan antara tuntutan mereka tiada politik luar yang masuk campur dalam pergerakan mereka.

MB harap anda semua dapat sebarkan video ini bagi membongkar penipuan mereka ini. NANTIKAN PENDEDAHAN VIDEO yang lebih menarik dari MB dari semasa ke semasa. MB betul-betul istiharkan perang habis-habisan terhadap mereka ini. LAWAN TETAP LAWAN!!!!

KERAJAAN PRIHATIN TERHADAP DEMO GAGAL PTPTN!!!TERBUKTI!!!


MB mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan Barisan Nasional kerana prihatin kepada mahasiswa-mahasiswa di Malaysia ini. Walaupun hanya nasi lemak, tapi MB rasa haruslah mereka ini bersyukur kerana kerajaan tetap mendengar rintihan hati mereka ini yang kelaparan.


MB rasa kerajaan perasan mereka ini mengutip derma untuk mengisi perut kut. Jadi kerajaan menghantar nasi lemak kepada mereka.... Yang peliknya, Orang Pakatan ni tiada ke nak support mereka ini? MB rasa mereka ini patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. 

Nak tahu kenapa Demo PTPTN ini GAGAL??? Lihat di sini.

Saturday, 14 April 2012

DEMO PTPTN DIBATALKAN!!! YES YES YES!!!! DAN PENIPUAN SYUKRI RAZAB!!!


MB disini mengajak anda semua supaya tidak menyertai DEMO yang tidak masuk akal ini. MB mendesak dibatalkan DEMO ini. Lihat kesannya kepada masyarakat sekeliling. Jangan kerana anasir-anasir tertentu yang hanya mempunyai kepentingan sendiri, anda semua terpengaruh. 

MB juga nak mendedahkan penipuan oleh seseorang ini seperti yang di buat provokasi dalam fb.



Untuk maklumat yang MB dapat dari kaki-kaki MB yang memang kaki merayau, di dataran merdeka tidak ada langsung sebarang banner yang dipasang. Hanya ada pihak DBKL yang sedang membuat persiapan untuk satu program pada 21hb nanti. Dan untuk maklumat, jalan ke kawasan tersebut di tutup malam ini untuk kerja-kerja yang sedang dijalankan. 

MB terkilan dengan kenyataan syukri razab ini. Kenapa Syukri Razab sanggup menipu mahasiswa dan rakyat dengan perkara tidak benar???? Insaf lah kamu. Jangan kerana agenda seseorang yang hanya untuk kepentingan diri, kamu sanggup gadaikan maruah kamu dan maruah negara!!!!


Jangan sampai gambar-gambar anda di ambil seperti ini : 



Rujuk di sini dan di sini untuk mengetahui secara langsung DEMOTRASI MANSUH PTPTN bermula seawal  12tengahari dari semasa ke semasa akan di update.

Wednesday, 11 April 2012

APA SARFAMS BICARA PASAL PTPTN???




MB tertarik dengan penulisan dan artikel yang dikeluarkan oleh sahabat MB iaitu SARFAMS tentang isu ptptn ini. Mari kita baca penjelasan dan komen beliau di sini.

Dan di sini , di sini dan di sini pula penjelasan dari MB sebelum ini.

Dan penjelasan pasal PTPTN ini yang paling jelas secara peribadi dari MB adalah di sini , sini , sini dan sini .

Tuesday, 10 April 2012

Saturday, 7 April 2012

PENDEDAHAN BUKTI PAKATAN TIDAK BERSEDIA MENUNAIKAN JANJI MEREKA!!!


MB ingin mengajak anda semua lihat disini apa pendedahan yang MB maksudkan...

PENIPUAN ANWAR TETANG TURKI


MB tertarik dengan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim pasal pendidikan percuma di negara Turki walau pun tidak ada minyak ini. Untuk penjelasan yang lebih lanjut pasal cerita ini, mari sama-sama kita baca di sini.

Friday, 6 April 2012

Kupasan PTPTN lagi!!!

MB ingin mengupas beberapa persoalan yang timbul apabila isu PTPTN ini disebut-sebut. Antaranya :

Anak muda terpaksa melangsai beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari universiti dan kolej.



Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh akan bergentayangan tak diterima Allah kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita. Sekiranya mahasiswa nak belajar free tanpa perlu membayar PTPTN, MB mencadangkan mahasiswa itu belajar rajin-rajin supaya dapat CGPA cemerlang. Insya Allah PTPTN jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi. Fakta ini tidak pernah disebut oleh Dato Seri Anwar bahawa sekiranya seseorang itu mendapat pointer 3.5 ke atas kalau tidak silap MB, PTPTN akan menjadikan pinjaman itu sebagai biasiswa. Bagi MB ini sesuatu yang bagus supaya pelajar fokus pada pelajaran. Jangan ikut hasutan anasir-anasir tertentu untuk berdemotrasi itu. Bagi MB itu semua ada agenda tersembunyi.


Padangan MB kepada ibubapa pulak, Sebagai ibu bapa kenalah belajar menabung sikit-sikit sejak anak-anak masih kecil. Dah banyak skim tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja. Mahasiswa yang dapat PTPTN pula kenalah berjimat-cermat bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja sementara untuk cari pendapatan dan pengalaman. Sambil tu lengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan misalnya menguasai bahasa-bahasa asing, mahir dalam teknologi siber, membina ketrampilan diri, mahir bergaul selain berpengetahuan luas - baru senang dapat kerja.


Kerajaan tak patut menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat gagal bayar hutang PTPTN.

Memang patut pun kena sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula. Buku Jingga sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa dibantu kerajaan melalui duit-duit PTPTN yang dibayar kembali oleh para siberhutang.


Beginilah kitaran ekonomi sesebuah negara. Kalau semuanya harap disubsidi dan diberi free, bagi pula kepada pelajar malas yang harapkan kuota, markah kesian dan gemar mengacau, maka lahirlah graduan yang keputusannya tercorot dan cukup makan. Nanti bila mereka bekerja suruh jer kerja free, majikan tak payah bayar gaji. Amerika Syarikat pun hampir-hampir bankrap bila ramai graduannya mengelat tak mau bayar hutang belajar yang mencecah US$1 trillion!


Malaysia akan bankrap tahun 2019, hutang negara tahun 2007 berjumlah 266 bilion meningkat RM456 bilion pada akhir 2011. Hutang rakyat pula mencecah RM700 bilion. Dijangka hutang negara meningkat 100 peratus menjelang 2019. PR menjangkakan mungkin tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan awam tidak boleh dibayar seperti mana berlaku di Ireland - gaji pensyarah 3 bulan tidak dibayar dan di Portugal pencen di bayar 1/3 sahaja.

Inilah akibat amalan berkebajikan yang keterlaluan di negara-negara kapitalis Eropah konon nak jaga kebajikan rakyatnya, sampai penganggur dan pelacur pun diberi makan dan rumah free. PR cakap setiap rakyat Malaysia terpaksa guna 60% gajinya berhutang membeli rumah, kenderaan (30%) dan hutang peribadi (10%). Tetapi golongan kapitalis tamak yang galak membina rumah-rumah mahal, mereka kawal harga bahan binaan dan harga tanah serta mengenakan caj dan riba tinggi pada peminjam. Kalau negara banyak berhutang, kenalah ikhtiar jana ekonomi dan tambah rezab negara, bukannya perabis semua simpanan negara konon nak bagi semuanya free!
      
PR berjanji melaksanakan program Negara Berkebajikan berdasarkan Buku Jingga jika berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 13. Mandat yang diterima oleh PR akan berlangsung selama 5 tahun (2012-2017). Memang Malaysia akan bankrap tahun 2019 jika PR jadi  kerajaan. Semuanya sebab belanja subsidi besar dan ramai mengelat bayar hutang, nak free segalanya…hancur!!! 


Apa Kata Dato Seri Anwar Ibrahim pasal PTPTN?


Mari kita kaji apa yang Dato Seri Anwar dok citer sana sini tu....

MB ingin rakyat sedar tentang gula-gula madu yang anwar cuba suapkan kepada anda ini melalui beberapa pendedahan yang MB cuba kupaskan ini.

Betul ke PR akan beri pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN sekiranya PR memerintah?

Untuk pengetahuan rakyat jelata, PTPTN hanya Berjaya memungut RM2.74bilion daripada jumlah sebenar yang perlu dikutip iaitu RM6.2 bilion. Jumlah yang MB nyatakan itu adalah sehingga September 2011. Beban hutang yang terpaksa ditanggung ialah sebanyak RM3.46 bilion yang belum dilunaskan oleh peminjam. Jesteru atas budi bicara dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), PTPTN telah diberi pinjaman bagi membiayai PTPTN supaya mahasiswa-mahasiswa dapat dibantu. Jika dipikirkan secara logik, sekiranya PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2 bilion!!!

Sanggupkah PR membayar kembali hutang-hutang PTPTN yang berjaya dilangsaikan oleh para peminjam terdahulu dan sehingga kini jika mereka memerintah Malaysia nanti? MB ingin bertanya pulak, bagaimana ekonomi Negara nak berkembang sekiranya semua PR janji nak bagi free seperti tol,elektrik, air dan lain-lain?

Pesan MB, jangan kerana agenda peribadi seseorang,Negara tergadai. MB pikir kenapalah free thinkers PR boleh pikir perkara tak masuk akal ni…..???




Dulu masa Dato Sri Anwar menjadi TPM, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa. Sekarang Petronas untung RM90bilion tapi pelajar terpaksa berhutang. Boleh ke bagi pendidikan percuma???

Apa yang MB ingin nyatakan disini, semasa Dato Seri Anwar menjadi TPM, semasa itu penduduk Malaysia hanya 20-23juta orang dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi untuk maklumat seluruh rakyat Malaysia, sekarang ini jumlah penduduk Malaysia dah lebih 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS antaranya KUIS, KUIN dan lain-lain. Ini bermaksud semakin ramai yang hendak belajar di IPT. Bagaimana nak roling duit keuntungan Petronas tersebut sekiranya asyik dibelanja hangus???



Sepengetahuan MB juga,  Sumber minyak negara semakin berkurangan dan Petronas terpaksa bersaing untuk dapatkan minyak dari luar. Minyak Malaysia pulak tidak sesuai dijadikan petrol. Sebaliknya hanya minyak dari Timur Tengah yang sesuai jadi petrol. Kerajaan terpaksa guna banyak duit Petronas untuk subsidi barang lain malah kerajaan juga banyak komitmen untuk pembangunan Negara bukan setakat bagi biasiswa dan dermasiswa sahaja.

Duit PTPTN yang dikutip setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk kitar balik membayar gaji-gaji pekerja di universiti, bagi pinjaman membiayai mahasiswa-mahasiswa seterusnya dan maintenance cost  IPT-IPT seluruh negara.

Secara mudah MB ingin meminta rakyat berpikir sejenak. Macam mana bank-bank menjalankan operasinya? Melalui pinjaman yang diberikan. Sekiranya bank gagal mendapatkan kembali pinjaman yang diberikan, bagaimana bank nak beroperasi? Silap-silap ramai staf akan dibuang kerja disebabkan bank-bank ini bankrap.

Selagi MB menegaskan supaya jangan kerana agenda sempit seseorang menyebabkan Negara binasa....


*Tunggu ulasan MB seterusnya* 

APA KATA PAS PASAL PTPTN?


MB disini ingin mengulas secara peribadi apa yang dikatakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas(PPP) iaitu Dr Zuhdi Marzuki didalam harakahdaily..  Secara keseluruhannya jelaslah bahawa dengan pemansuhan PTPTN ini, mahasiswa akan menanggung kos hidup seharian. Ini bermaksud segala perbelanjaan makan minum, buku-buku, minyak kereta dan sebagainya akan di tanggung oleh mahasiswa.  Hari ini jika dilihat pada awal semester sekiranya PTPTN memasukkan duit lewat, riuh satu Negara berbunyi terutamanya dari pihak PRO MAHASISWA yang selalu mengeluarkan kenyataan itu dan ini. Apabila duit PTPTN masuk,kamilah JUARA yang mendesak supaya PTPTN memasukkan duit cepat.

MB melihat fenomena ini dan pernah melaluinya satu ketika dulu. Ini berlaku kerana MB bukan orang kaya untuk mengharapkan ibubapa MB masukkan duit. Masa itu jujurnya PTPTN la harapan MB untuk menyara kehidupan seharian.

Dari kenyataan PPP mengatakan dalam cadangan beliau ialah mengurangkan pelajar belajar di luar Negara. Apa yang MB ingin bertanya kembali, kenapa pelajar-pelajar ini dihantar ke luar Negara? Sepanjang pengetahuan MB,mereka yang belajar di luar Negara ini adalah didalam bidang-bidang kritikal ataupun bidang professional yang diperlukan Negara sebagai contohnya bidang perubatan, kejuruteraan dan lain-lain. Bagi MB PPP perlu renung lebih mendalam pasal cadangan ini. Jangan kerana pikiran sempit untuk meraih undi merosakkan Negara.

MB juga ingin memaklumkan kepada PPP bahawa kebanyakkan pelajar yang belajar di luar Negara bukan ditaja oleh kerajaan tetapi di atas tajaan orang perseorangan dan syarikat-syarikat  besar seperti SHELL, Genting dan lain-lain. Setahu MB PTPTN tidak memberi pinjaman kepada pelajar yang belajar ke luar Negara. Disini MB nak bertanya, kenapa mereka ini dikaitkan dengan PTPTN??? Jangan kerana agenda sempit sesorang, rosak satu Negara….

Pelajar Malaysia di University of New South Wales, Australia 

MB melihat kenyataan PPP ini seperti pelajar-pelajar luar Negara ini tidak menyumbang kepada Negara. Adakah PPP tidak menghargai mereka??? Sepanjang pengetahuan MB, ramai pelajar-pelajar yang belajar di luar Negara ini balik ke Malaysia dan menyumbang kepakaran mereka kepada anak bangsa terutamanya di bidang perubatan. Dikesempatan ini, MB mengucapkan terima kasih yang amat sangat kepada mereka. Berbakti seikhlas hati anak bangsa ku…..

Kecuali Fahmi Reza….

*Tunggu cerita menarik berkenaan PTPTN ini di blog ini*

:)

Thursday, 5 April 2012

KENAPA PRO M ANTI PTPTN???

MARI KITA HAYATI VIDEO INI...


Pernahkah anda fikir sekiranya PTPTN dimansuhkan kelak nanti ramai orang terpaksa bergandai untuk menyambung pelajaran? PTPTN sebenarnya pada MB banyak membantu mahasiswa dalam menjalani kehidupan seharian. Sedarkah mahasiswa tentang itu???

Dari konsep ekonomi, masyarakat setempat mampu meraih sumber ekonomi hasil daripada perbelanjaan mahasiswa. Sebagai contoh di Perlis, rata-rata masyarakat setempat mendapat faedah daripada pembukaan UNIMAP. Mereka boleh menjana pelbagai pendapatan antaranya kereta sewa,rumah sewa dan lain-lain.

MB ingin anda semua pikir sejenak apa yang MB katakan tadi.

Wednesday, 4 April 2012

PTPTN BERGUNA???

Mari kita dengar apa kata mereka???


Wah... apa pendapat anda pulak pasal PTPTN ini? Sekiranya PTPTN dimansuhkan, adakah ibubapa kita terpaksa menanggung perbelanjaan harian kita? Bagi MB sendiri,MB tidak sanggup melihat ibubapa MB bekerja keras untuk menyara MB. Sekurang-kurangnya PTPTN ini dapat meringankan beban MB dan keluarga MB.

*Kredit kepada mereka yang menjayakan rakaman ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...