KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

TERBAYANG WAJAH KETAKUTAN PR PADA DUA PANGLIMA INI!!!

Sekitar jam 5.00petang tadi telah di umumkan senarai penuh barisan kabinet Barisan Nasional oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Barisan Kabinet ini telah digabungkan kepimpinan lama dan baru. MB tertarik dengan penegasan Perdana Menteri tentang rasuah. MB dapat dirumuskan di sini betapa seriusnya Perdana Menteri dalam membasmi gejala rasuah.

Di kesempatan ini, MB ingin mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. MB yakin dengan kepimpinan dari Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Wilayah-wilayah Persekutuan akan berkembang pesat dan terjaga kebajikan penduduknya.


MB juga ucapkan beribu-ribu Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan kerana telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan. MB yakin dengan kepimpinan dan ketelusan yang Datuk Ahmad Maslan laksanakan sebelum ini mampu membawa negara tercinta ini pergi lebih maju dan stabil.









Friday, 8 February 2013

IKLAN NAJIB INI MEMBUATKAN ANWAR TERDUDUK


MB sangat gembira melihat kelainan ucapan tahun baru cina daripada Perdana Menteri pada tahun ini.
Diharapkan para sahabat-sahabat dapat like video ini kerana ada gerakan daripada puak-puak Bang Anwar Bin Ibrahim yang nak terminate kan video ini daripada Youtube.

Thursday, 7 February 2013

RASUAH TERBESAR BN KATA ANWAR

Sebanyak 420,000 keluarga di seluruh Malaysia telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 210juta sejak pembayaran itu diagihkan sabtu lalu hingga semalam. Menurut kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hamadzlah berkata, Jumlah penerima itu adalah sebahagian daripada tujuh juta borang permohonan yang telah diterima oleh pihaknya.



Pembayaran BR1M 2.0 ini dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga 28Febuari  2013 yang melibatkan perdaftaran sehingga 31 Disember 2012. Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Mengikut rekod pendaftaran BR1M 2.0 ini, seramai 1.8juta yang memohon adalah daripada golongan bujang manakala 4.8juta pula bagi isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah.

Terdengar daripada pihak pembangkang yang menyatakan BR1M ini telah membazirkan wang rakyat dan pakar ekonomi murahan mereka berkata supaya peruntukan BR1M ini sepatutnya digunakan untuk menurunkan harga minyak. MB ini jelaskan disini bahawa BR1M ini bertujuan untuk membantu golongan rakyat berpendapatan sederhana di bawah RM3000. Malah BR1M ini dapat mencairkan aliran wang di dalam negara. Wang yang diberikan tersebut akan kekal mengalir di dalam Malaysia malah ia dapat meningkatkan pendapatan ekonomi masyarakat setempat.



Wednesday, 6 February 2013

AWAS!!! PENGKHIANAT TERSEMBUNYI


Anggota parti dinasihatkan agar tidak membenarkan mana-mana pihak yang tidak berkaitan masuk ke markas masing-masing.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata markas yang dibuka perlu sentiasa diawasi dan segala maklumat yang ada tidak akan dibawa keluar.

"Kita harus sentiasa berwaspada kerana kita tidak mahu segala maklumat dan perancangan yang direncanakan diketahui oleh pembangkang," katanya ketika ditemui selepas melawat markas daerah mengundi Gadong dekat sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun dan Ketua Markas Daerah Mengundi BN Gadong Maaruf Juslim.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata amat membimbangkan jika maklumat itu diketahui oleh pembangkang kerana ianya akan diputar belit. Katanya apabila maklumat itu diputar belit sudah tentu ianya akan mengelirukan rakyat "dan akhirnya rakyat dikelirukan oleh pembangkang."

"Kita tidak mahu perkara itu berlaku kerana ketika ini pun pembangkang sudah memutar belit pelbagai fakta dan menabur pembohongan kepada rakyat," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa setiap anggota markas perlulah bersikap amanah dan tidak mengamalkan sikap `talam dua muka.'

Katanya dalam mendapatkan maklumat, pembangkang sudah tentu mempergunakan pelbagai cara termasuklah mendapatkan anggota parti yang bersikap `talam dua muka.'Menurutnya anggota inilah yang akan diperguna dan diperalat "dan anggota inilah yang harus kita awasi."

Dalam pada itu Sapawi melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan markas parti yang telah dibentuk di pusat daerah mengundi dalam Parlimen Sipitang.Katanya markas tersebut telah merangka pelbagai program di mana fokus utama ialah mendekati dan mendengar denyutan nadi rakyat.

"Kita akan terus mendampingi rakyat, menyalurkan fakta yang sebenar dan berusaha memastikan rakyat tidak dikelirukan oleh pembangkang."Apa yang pasti semua markas telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.


dipetik di sini.

INI BUKAN CUBAAN!!!INI BETUL-BETUL BANG!!!


MB menyeru seluruh rakyat di Malaysia supaya menyokong Barisan Nasional untuk Pru-13 ini bagi memastikan agama, bangsa dan negara tidak tergadai serta dimusnahkan oleh puak-puak pengkhianat.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Tuesday, 5 February 2013

SULTAN DIHINA, USTAZ DI CELAKA!!!


MB melihat titik perpaduan antara PAS dan UMNO semakin bersinar. Atas nama Islam sudah lama sepatutnya PAS dan UMNO bersatu dan menolak segala kejahilan dan pengkhianat Bang Anwar Bin Ibrahim yang secara nyata telah banyak mencetuskan pergolakkan dalam negara tercinta ini. 


MB gembira melihat Menteri Besar Kedah Yang Sangat Dihormati iaitu Ustaz Dr Azizan bersama-sama Barisan Nasional di dalam satu Majlis. Segala sengketa dilupakan demi Islam tercinta. Malangnya kerana tindakan Menteri Besar ini yang sayangkan agama ISLAM tercinta dengan berbaik-baik dengan Barisan Nasional tidak di senangi oleh Bang Anwar Bin Ibrahim. Lantas di hantarnya seorang mamat Syiah ini yang telah dibayar beribu-ribu RM untuk mencetuskan kemarahan PAS.


Sebagai penyokong perpaduan ISLAM, MB melihat si Mamat Syiah ini harus di ajar oleh puak PAS tentang adat susila. MB sendiri menghormati Ustaz Azizan ini. Di manakah pemuda-pemuda PAS di saat pemimpin kamu di hina dan di sialkan? Isu Khalimah ALLAH pun masih belum kuat kamu protes. Ayuh pemuda PAS, Bangkitlah menolak fitnah-fitnah yang ditimbulkan DAP kerana tidak mahu melihat ISLAM bersatu.



*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Thursday, 24 January 2013

GEMPAR!!!PENGUMUMAN TARIKH PRU DARI TUN!!!


PILIHANRAYA
1. Kemana sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar Negara, saya akan ditanya bila pilihanraya akan diadakan.
2. Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh 5 tahun hayat Parlimen.
3. Soalan seterusnya ialah samada Barisan Nasional akan menang. Jawapan saya ia akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung Parliament) atau sebuah Kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.
4. Ramai yang berkata Perikatan/Barisan Nasional telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh digunapakai untuk semua keadaan.
5. Ini kerana alternatif kepada Barisan Nasional adalah sesuatu yang menakutkan Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa ia menyertai UMNO dan bukan PAS. Sekarang saya faham. Ia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak PAS, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, ia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO ia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian ia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.
6. Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka ia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.
7. Sekarang ia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk Negara. Begitu juga dengan koleksi caca-marba Pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihanraya sahaja. Selain parti “Saya mahu jadi Perdana Menteri”, turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihanraya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.

8. Memang benar Barisan Nasional sudah lama berkuasa. Begitu juga PAS di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecap di Negara dicapai dalam tempoh pemerintahan Barisan Nasional. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian PAS di Kelantan.
9. Kepimpinan PAS dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Barisan Nasional tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap ditempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.
10. Kepimpinan PAS juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin Barisan Nasional.
11. Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
12. Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza diantara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikata walaupun nama adalah sama, Kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.
13. Barisan Nasional yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke !3 tidak akan sama dengan Barisan Nasional dibawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah Barisan Nasional yang baru. Dan perubahan akan berlaku.
14. Namun begitu Barisan Nasional tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan Negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif dari sector swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil diantara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.
15. Ia terbuka kepada innovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi Kerajaan BN.
16. Ini bukanlah Negara satu parti. Barisan Nasional itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan Barisan memerintah Negara. Setengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan Kerajaan.Yang lain seperti Sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
17. Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihanraya. PAS kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihanraya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan Barisan Nasional dan menubuh Kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.
18. Pilihanraya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 Barisan Nasional kehilangan lima buah Negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihanraya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99%. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.
19. Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan Barisan Nasional memenangi semua pilihanraya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti Kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demoratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan system dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan system dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihanraya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan Kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.
20. Barak Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi ia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Ia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.
21. Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan LDP. Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan Kerajaan tidak meningkat kemajuan Jepun.
22. Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.
23. Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Ia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.
24. Terdapat Kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding Kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.
25. Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakkannya tiada perubahan yang berlaku hasil darinya. Amat sedikit contoh menunjuk apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Sepertimana dikatakan oleh orang Perancis “Plus ca change, plus c’est la meme chose” (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).
26. Tidak perlu menukar Kerajaan semata-mata untuk menegak system dwi-parti. Negara yang mempunyai system dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis kekonomi dan kewangan, mereka mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.
27. Saya telah nyatakan sebelum ini “better the devil you know than the angel you don’t.” Barisan Nasional bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bila kejayaan tidak berlaku, Barisan cepat menukar pemimpin yang gagal.
28. Pilihanraya memberi kita peluang untuk menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.
29. Jangan perjudi Negara ini dengan yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjuk kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.
30. Pilihanraya bertujuan untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah Negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi samada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.
31. Akibatnya, pilihanraya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk Kerajaan.
32. Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.

sumber di sini

Friday, 30 November 2012

KETAKUTAN DAP PADA TANDA PUTERA

MB terdengar dari rakan-rakan di kampung tentang kontroversi filem tanda putera. Rata-rata masyarakat setempat inginkan filem ini dipertontonkan segera di seluruh negara. Katanya ia sangat di takuti oleh Bang Anwar Bin Ibrahim dan rakan-rakan DAP kerana ia adalah pendedahan mendalam tentang konflik yang melanda negara apabila BN atau lebih spesifiknya Melayu menang tipis. Pergolakkan dan kekacauan yang dilakukan oleh DAP membuatkan orang Melayu terasa terhina. Keamanan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. 

MB mengkaji filem ini dan mendapati sekiranya dipertontonkan ke seluruh negara, MB yakin ia mampu menyedarkan seluruh masyarakat bertapa pentingnya kita bersatu. Malah MELAYU PAS harus sedar betapa buruknya kelakuan yang mereka lakukan pada hari ini yang mana menimbulkan perpecahan di kalangan Melayu yang beragama ISLAM.

 Ternyata Filem ini bakal menjadi mimpi ngeri kepada DAP sekiranya di benarkan ditayangkan di seluruh Malaysia. Ini terbukti apabila DAP mula menyalak untuk menyaman penerbit Filem ini. Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa Filem ini sangat bernilai dari semangat CINTAKAN TANAHAIR.

MB tegaskan disini setiap rakyat harus melihat dan memahami sendiri filem ini. Jangan hanya memandang di dalam pemikiran yang sempit. Ayuh bangkitlah wahai anak bangsa ku. Kita pertahankan negara ini dari anasir-anasir yang ingin memusnahkan Malaysia Tercinta!!!

Kata-kata Tun Dr Mahathir yang harus sentiasa di ingati. 


 "UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC yang dah dikenali lama. PAS bekerjasama dengan DAP, anak kandung PAP Singapura, yang tidak dikenali oleh PAS, dan yang menolak perjuangan Islam PAS. Lagipun, PAP dulu cuba menimbulkan kebencian orang Cina terhadap UMNO dan Perikatan, sehingga Singapura terpaksa dikeluarkan daripada Malaysia. Lihat sajalah nasib orang Melayu di Singapura.

Dan lihat juga bagaim
ana Menteri Besar Perak daripada PAS (Nizar) terpaksa tunduk kepada DAP sehingga memberi tanah kepada penyokong DAP buat selamanya walaupun dasar negara ialah geran tanah hanya boleh diberi setakat 99 tahun sahaja.

Sesungguhnya rakan PAS lebih dekat dengan "devil" yang tetap akan menguasai PAS jika PAS menjadi kerajaan - Nauzubilla"

Tun Dr Mahathir Mohamad






Friday, 2 November 2012

KONSPIRASI PAS MENJELANG PRU TERBONGKAR!!!



Gempar dan mengemparkan sumber risikan yang MB terima kali ini. Apabila kegagalan pihak pembangkang di dalam Konspirasi Bersih Kampus yang menyebabkan kekalahan teruk Pro-Mahasiswa di 18ipta setelah kegagalan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Edikoup gagal melakonkan adengan di pukul bagi meraih simpati, kini pihak pembangkang memulakan Konspirasi baru bagi mendapatkan undi anak muda diambang PRU13 yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Sumber risikan MB ini sangat boleh dipercayai malah agenda mereka lebih dashyat lagi dalam merosakkan pemikiran anak muda. Kini Konspirasi yang dirancang mereka telah melangkah lebih jauh iaitu luar dari Malaysia.



Tatkala ahli-ahli politik sedang hangat berbahas di parlimen dan rancak menjawab pelbagai isu di luar dewan rakyat, mencari modal politik menjelang PRU13, secara diam-diam PAS telah melebarkan pengaruhnya di bumi mesir dengan berjumpa pelajar-pelajar malaysia di sana. Apa yg menariknya ialah kehadiran Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Pas Pahang dan Nasarudin Hassan, ketua DPP kali ini ditemani oleh Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimah PAS Wilayah Persekutuan serta N. Subramaniam, ketua dewan himpunan penyokong PAS yang mana didapati  program ini diatur oleh SUARA.


 Perjumpaan diadakan pada 30 Oktober 2012, bermula jam 9malam hingga lewat malam di dataran Hayyu Asyir, kompleks asrama malaysia, Nasr City, Cairo. Pelajar-pelajar malaysia diseru supaya sanggup berkorban masa dan wang berkempen untuk PAS termasuk menggunakan media baru. PAS juga menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS bagi PRU kali ini. Kutipan derma dilancarkan dan tidak cukup dengan itu penganjur mengadakan bidaan ke atas baju peribadi Tuan Ibrahim serta Nasarudin Hassan dan hasilnya hampir 2K Egypt pound dikaut untuk tabung PRU PAS tetapi jumlah ini tidak diumumkan.

MB ingin anda berfikir beberapa disini :
1)    Adakah PAS akan mengubah dasar partinya selepas ini setelah menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS yang sedia maklum bukannya beragama ISLAM?
2)    Dari mana dana yang diperolehi PAS hingga mampu berkempen luar dari Malaysia?
3)    Adakah anda tidak sedar dengan tindakan PAS ini akan menyebabkan pelajar-pelajar di sana akan merosakkan tujuan mereka pergi ke sana untuk belajar?

SUARA telah melanggar arahan Duta yang melarang ceramah politik diadakan di dataran tersebut.

Tuesday, 25 September 2012

AMARAN AMUKAN MB UNTUK MEREKA!!!


MB tertarik dengan poster ini yang dimainkan oleh pencacai Pro-Mahasiswa ini berhubung post amaran tentang Edikoup pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional di pukul. MB ingin tegaskan disini bahawa maklumat yang MB terima adalah daripada orang kanan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang terlibat dalam mesyuarat tergempar bersama otai-otai Pro-Mahasiswa untuk merancang konspirasi ini. Namun orang tersebut tidak mahu masuk campur dengan konspirasi ini.


MB disini ingin tegaskan disini bahawa MB bukan Blogger atau Cybertrooper dibawah UMNO-BN!!! 


MB TIDAK PERNAH SESAAT PUN BERSAMA UMB UMNO MAHUPUN MENERIMA SEBARANG DIDIKAN DARI UMB UMNO!!! BAHKAN MB TIDAK PERNAH MENGANGKAT SUMPAH UNTUK TAAT SETIA KEPADA SESIAPA PUN DALAM MENDEDAHKAN KEBENARAN!!!


MB TIDAK MEMBENARKAN SESIAPA PUN MELIBATKAN ATAU MENGKAITKAN BLOG MB INI DENGAN MANA-MANA PIHAK!!! HARAP MAKLUM!!!



Tuesday, 10 July 2012

AMARAH DAN AMARAN SERTA NASIHAT TUN DR MAHATHIR!!!


Kita sekarang sudah sampai ke satu tahap di mana nak sebut Melayu pun sudah menjadi kesalahan. Kalau kita sebut Melayu akan ada pihak mengatakan kita perkauman. Jadi kita tidak boleh pertahan diri kita. Inilah dilema yang paling besar dihadapi oleh orang Melayu ketika ini.

Kalau dahulu kita boleh bercakap mengenai masalah orang Melayu dan bagaimana nak mengatasinya dan saya boleh tulis mengenai perkara ini. Orang pun tidak akan kata saya rasis. Tetapi sekarang ini jika saya cakap Melayu sahaja orang akan kata saya rasis. Sebaliknya jika mereka bercakap mengenai kaum mereka, itu tidak pula dianggap perkauman. Saya berpendapat bahawa kita sudah kaku dan tidak boleh menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan. Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima. Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adalah kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sebuah negara maka mereka akan berkuasa. Namun kini sebaliknya mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah. Kini berpecah lebih daripada tiga kelompok dan dengan itu untuk menang maka mereka memerlukan sokongan kaum lain.

Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah maka apa yang orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi. Parti lawan juga ikut sama berjanji macam-macam. Maka semua orang berlumba-lumba nak berjanji. Sebenarnya mereka (pembangkang) nak bagi negara ini dan akhirnya akan menjadi seperti Singapura. Kalau di Singapura tak apalah sebab orang Melayu adalah minoriti tetapi di negara ini orang Melayu adalah majoriti tetapi berpecah belah kerana apa? Sebabnya ada orang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah tabiat orang Melayu lama yang mana bila ada orang tawar duit, dia akan jual negerinya seperti di Pulau Pinang, Singapura dan beberapa lagi. Maka jadilah apa yang dikata orang ‘sejarah berulang dengan sendirinya’. Orang Melayu bukan tidak tahu sejarah ini dan tahu perkara ini salah tetapi kerana tamak nak jadi Perdana Menteri, maka dia sanggup membiarkan orang Melayu lingkup malah menghapuskan orang Melayu pun tidak mengapa. Asalkan dia dapat menjadi Perdana Menteri. Kita tengok sendiri Anwar bagaimana dia mahu menghapuskan DEB dan sebagainya. Ini dilakukan kerana nak dapatkan undi orang Cina.

Saya bukan menentang orang Cina tetapi kita perlu adil berdasarkan negara ini. Dalam perlembagaan kita ada disebut dua perkara iaitu pertama Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Islam pula adalah agama rasmi negara tetapi agama-agama lain bolehlah diamalkan. Selain itu, kedudukan orang Melayu istimewa dan dilindungi oleh Perlembagaan dan orang bukan Melayu juga dilindung dalam Perlembagaan. Maka mereka boleh menggunakan bahasa, sekolah dan budaya mereka dan dengan ini mereka juga tidak perlu menguasai bahasa kita pun. Tetapi jika kita pergi ke AS, bahasa kebangsaan adalah bahasa Inggeris tetapi di negara ini kita pula kena cakap beberapa patah bahasa ibunda kaum lain dalam ceramah dan perjumpaan. Jadi di mana kedudukan bahasa kebangsaan kita?

Bila saya bercakap mengenai perkara ini mereka kata saya rasis, tetapi kenyataannya inilah yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan. Jika mereka nak lebih, mereka perlu juga bagi lebih kepada kita, jadi barulah ia seimbang. Katalah jika mereka hendak hapuskan hak keistimewaan orang Melayu maka mereka juga perlulah hapuskan keistimewaan seperti tidak boleh menggunakan bahasa mereka atau sekolah jenis kebangsaan. Malangnya orang Melayu sekarang ini tidak boleh bercakap mengenai hal ini dan kalau dihentam orang Melayu hanya sekadar pertahan. Bila kita pertahan maka orang lain akan nampak segala ‘bintik-bintik hitam’ yang ada di muka kita.

Semasa Tun menjadi Perdana Menteri kedudukan UMNO dan BN adalah kuat dan Tun juga pernah menyatakan kita perlukan pembangkang. Bagaimana Tun melihat situasi ini sekarang?

DR. MAHATHIR: Saya katakan kita perlu kepada pembangkang sebagai satu cermin supaya kita nampak muka kita. Jika tidak ada pembangkang, kita akan ingat muka kita ini sentiasa cantik, tapi sebenarnya hodoh. Pembangkang ini umpama cermin kerana mereka nampak segala yang hodoh dan bintik-bintik pada wajah kita. Kita tidak nampak bintik-bintik di muka kita dan kita perasan cantik sangatlah. Maka dengan adanya pembangkang ada baiknya tetapi jika tidak ada maka rosaklah negara ini.

Kita akan jadi seperti Singapura yang tidak ada pembangkang malah sampai ke tahap dia buat pembangkangnya sendiri. Kita memang ada pembangkang sejak dahulu lagi dan dalam Parlimen tidak pernah tidak ada. Malah mereka bebas mengkritik dan menyuarakan apa sahaja di Parlimen dan tidak menyalahi undang-undang. Jadi apa lagi kebebasan yang mereka mahukan namun malangnya apa yang mereka mahukan adalah sudahlah mereka kalah tetapi mereka mahu juga menang, tak bolehlah macam tu. Ini cara demokrasi dan parti yang memerintah adalah pilihan rakyat.

Apakah mungkin kita boleh tetapkan satu tarikh khas untuk melangsungkan pilihan raya tidak seperti sekarang?

DR. MAHATHIR: Boleh juga, dan ia sama seperti pilihan raya yang berlaku di AS yang mana ia tetap. Malah hari pertabalan presidennya juga tetap pada satu tarikh walaupun hujan, salji ke ia akan tetap berlangsung pada hari yang sama dan ia dibuat di tengah padang. Namun sistem kita mengikut British, iaitu first past the post. Namun kadang-kadang ia bukan majoriti pun hanyalah minoriti dan kalau ada tiga buah parti mungkin tidak ada sesiapa yang mendapat majoriti. Namun kalau salah satu parti mendapat undi yang lebih maka parti itu yang akan menjadi kerajaan. Kita terima sistem British dan sehingga kini ia telah berjaya mendirikan kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat.

Kalau nak kata nasib rakyat teruk di bawah BN maka tunjukkan bukti jika benar. Dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengatakan terdapat rakyat yang mati kebuluran namun hakikatnya ia adalah satu pembohongan dan ia tidak berlaku. Hakikatnya anak orang kampung yang bekerja sebagai penoreh getah, nelayan dan sebagainya kini telah menjadi doktor, peguam dan sebagainya. Dahulu kita tak pernah beranggapan orang Melayu mampu menjadi eksekutif di sebuah syarikat asing namun kini ramai orang Melayu yang berjaya. Ini kerana kita bagi ilmu dan peluang kepada mereka. Sila tunjukkan di mana kerajaan tidak membantu atau berlaku zalim kepada rakyat?

Sebelum ini desas-desus mengatakan pilihan raya akan berlangsung pada awal tahun ini, namun sekarang sudah pun bulan Julai. Apakah pilihan raya ini ditangguhkan kerana kerajaan memilih mengikut pandangan Tun supaya pilihan raya diadakan lebih lewat lagi?

DR. MAHATHIR: Saya ada menyatakan supaya pilihan raya diadakan selepas hari raya. Ini kerana masa sudah suntuk dan kebanyakan orang Islam mahu berpuasa dan beribadah dan sudah tentu ia tidak sesuai. Tapi saya tidak tahulah berapa bulan pula selepas raya atau sebaik sahaja habis raya, baru pilihan raya. Jadi saya lihat Perdana Menteri pun masih tidak mahu pilihan raya diadakan sebelum raya.

Tapi mungkinkah pembangkang yang berkuasa di beberapa negeri ini akan melakukan pilihan raya berasingan?

DR. MAHATHIR: Itu ada kemungkinan kerana mereka hendak tumpu segala tenaga untuk berlawan dengan BN. Namun pada masa sama, kita juga tidak perlu berkempen di kawasan yang tidak berlangsung pilihan raya dan kita juga boleh gunakan segala tenaga parti untuk melawan mereka. Kalau mereka tidak mahu pilihan raya sama dengan Pusat tidak mengapalah kerana kita juga ada kelebihan. Esok bila mereka nak pergi berkempen di kawasan yang BN menang, tidak ada pilihan raya di kawasan yang BN kalah. Jadi tempat yang mana BN menang kemungkinan besar akan dimenangi oleh BN semula. Jadi mereka jangan fikir bahawa mereka sahaja yang ada kelebihan jika pilihan raya diadakan berasingan kerana BN juga ada kelebihan.

Tun percaya adakah pihak luar yang mengambil berat tentang perjalanan pilihan raya negara ini?

DR. MAHATHIR: Saya berpendapat bahawa AS memang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini. Ini mereka kata secara terang-terangan. Jadi walaupun mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan AS berbanding saya namun ia tidak bermakna AS tidak menyokong Anwar. Sistem AS juga mempunyai satu dana yang diberikan kepada NGO mereka dan NGO-NGO inilah yang memainkan peranan. Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Blum (William Blum), dia menceritakan bagaimana AS mencampuri kesemua pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. Walaupun negara kita ini kecil sahaja tetapi ia dilakukan supaya yang menjadi kerajaan adalah mereka yang memihak kepada AS. Mereka mahu satu dunia memihak kepada mereka. AS akan mengumumkan supaya di negara-negara yang bermasalah diadakan regime change, tetapi kenapa tidak lakukan di negaranya sendiri. Mereka akan campur tangan malah memberi duit supaya pihak yang menyokong AS diangkat menjadi pemimpin.

Apa kepentingan Malaysia bagi AS kerana negara ini bukanlah besar atau mempunyai kepentingan strategik untuknya?

DR. MAHATHIR: Malaysia bukanlah negara yang menyokong AS sangat memandangkan kita menyokong Palestin, mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan China. Mereka nak kita menentang China dan Iran. Kita tidak pernah menyertai gerakan ketenteraan mereka. Walaupun Presiden AS bertukar ganti namun dasarnya tetap sama. Pekerja yang utama tidak bertukar dan yang menentukan dasar-dasar ini bukanlah Presiden tetapi kakitangannya. Walaupun Presiden Barack Obama kata nak tutup Penjara Guantanamo namun kakitangannya menasihatkan jangan tutup. Walaupun Obama telah berjanji mengenai perkara ini pada pilihan raya lepas namun kerana nasihat kakitangannya beliau tetap tidak boleh lakukan. Perkara ini umpama pihak pembangkanglah janji macam-macam tapi tak boleh nak tunai.

Apa yang kita boleh pelajari daripada krisis ekonomi Eropah dan kaitannya dengan agenda Barat dalam menguasai dunia?

DR. MAHATHIR: Pelajaran yang kita boleh dapat adalah yang biasa kita lakukan, jangan berbelanja lebih daripada kemampuan kita. Kemampuan bermakna kita boleh pinjam tetapi kita pinjam setakat yang mampu sahaja kerana jika terlalu banyak akan jadi masalah kemudiannya. Ini yang berlaku di negara Greece yang mana mereka meminjam di luar kemampuan dan kemudian berbelanja. Kita boleh meminjam kalau melabur untuk mendapat pinjaman dan kemudian kita belanja. Namun Greece meminjam kemudian belanja, kemudian pinjam lagi dan belanja. Kalau berbuat begitu sudah tentu akan rugi dan itu yang kita pelajari.

Masalah yang berlaku di negara Barat ini, mereka bukan lagi berniaga dalam erti kata sebenar. Maksudnya kita buat barang kemudian dan dapat keuntungan atau kita memberi khidmat dan kemudian dibayar untuk khidmat itu. Namun mereka kini hanya bermain dengan duit, contohnya kita beli saham. Kita beli dan kemudian naik berkali ganda, contohnya saham yang dibeli pada awalnya berharga seringgit kemudian naik RM2.

Namun sebenarnya ia bukan hasil perniagaan kerana saham tersebut yang dimiliki syarikat tertentu yang mungkin membuat untung sedikit sahaja, mungkin dalam 10 peratus tetapi kerana kita beli saham kita mungkin untung dalam 100 peratus. Namun saham itu tidak berguna kerana kalau kita nak tunggu keuntungan daripada saham itu, kita tidak dapat banyak. Nilainya rendah namun dalam perniagaan sebenar, syarikat buat barangan dan jual baru untung. Keuntungan tersebut adalah hak pemegang saham. Namun sebenarnya ia bukan dilihat untung atau rugi, ia dikira melalui pembelian saham dan kemudian naik. Bila ramai yang beli harga saham pun naik dan bila naik tinggi mereka jual dan kemudian untunglah kononnya.

Namun apabila saham tersebut jatuh semua rugi. Katakanlah syarikat bankrap dan kemudian tutup maka saham mereka tidak ada nilai. Ini bukan realiti berniaga sebenar tetapi main saham. Macam itu juga urusniaga duit (forex), mereka beli pada harga murah dan apabila naik mereka jual. Ini bukan perniagaan, hanyalah naik turun akibat daripada terdapat mereka yang membeli dan menjual. Kalau banyak yang menjual maka akan jatuh nilai dan begitu juga sebaliknya. Kalau ada banyak permintaan untuk dolar Amerika, nilainya akan naik. Ia naik dan turun bukan kerana ada nilai intrinsik tetapi kerana ia dengan sendiri tidak ada nilai tetapi hanya akibat daripada terdapat permintaan. Hanya wujud permintaan dan penawaran. Mereka hanya bermain sekitar itu sahaja dan bukannya melibatkan perniagaan pun. Bila nilai itu jatuh maka ia rugi. Lagi satu perkara adalah sistem pinjaman wang. Kalau kita nak pinjam duit daripada bank, mereka tidak akan beri kalau tidak ada deposit. Bila ada deposit baru mereka bagi pinjam.

Paling banyak mereka boleh beri adalah berdasarkan kemampuan kita membayar balik. Kalau ada peniagaan yang baik boleh pinjam jika tidak sukarlah.

Namun Barat ada sistem yang dipanggil hedge fund (dana lindung nilai). Kalau kita melabur satu juta dalam sistem ini mereka boleh pula pinjam daripada bank 30 kali ganda. Kalau kita melabur satu juta bank bagi pinjam kepada hedge fund ini 30 juta. Kalau mereka melabur wang 30 juta sudah tentu keuntungan adalah 30 kali ganda. Jadi sudah tentu hedge fund ini boleh bayar untung yang tinggi.

Namun apabila mereka ini rugi, ia akan rugi berkali ganda juga akhirnya mengakibatkan bank pun bankrap serta pelabur juga bankrap. Mereka ini bukan berniaga tetapi bermain dengan naik turun harga. Mereka membuat keuntungan dengan membuat pelaburan melalui duit yang mereka pinjam yang diperoleh 30 kali ganda. Inilah masalah yang dihadapi mereka kerana ia berpunca daripada sistem yang diamalkan.

Sama juga dalam krisis pinjaman sub prima. Ia berlaku kerana kita memberi pinjaman kepada orang yang kurang mampu atau tidak mampu membayar balik. Contohnya bank beri pinjaman kepada mereka yang nak buat rumah. Katalah mereka dapat duit tetapi tidak buat rumah atau rumah tidak siap. Esok apabila tidak mampu bayar bank nak tarik rumah tetapi rumah pun tidak ada. Kalau sebuah rumah mungkin tidak memberi kesan tetapi ini melibatkan berjuta-juta rumah sudah tentu bank akan rugi teruk. Namun bank nak elak daripada rugi mereka gadai pinjaman tersebut kepada pihak syarikat gadaian dan insurans. Kononnya bila jadi sesuatu ia tidaklah merugikan mereka. Namun apabila melibatkan banyak rumah, syarikat insurans dan gadaian pun jatuh bankrap. Ia bukan melibatkan soal satu atau dua juta tetapi berbilion malah trilion dolar. Mana nak cari duit hendak bayar.

Bagi saya perniagaan yang berbentuk begini bukanlah satu perniagaan tetapi perjudian. Mereka berjudi dengan harapan harga saham akan naik tinggi berbanding perniagaan yang tidak mendapat keuntungan yang begitu tinggi. Sebab itu apabila krisis sub prima berlaku ia mengheret bank, syarikat insurans dan syarikat gadaian serta hedge fund dalam krisis kewangan. Inilah punca sebenar yang berlaku dalam krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Apabila sudah runtuh sistem mereka dan kini cuba untuk kembali kepada model perniagaan sebenar, mereka tidak boleh lakukan. Malah kebolehan pun mereka tidak ada lagi. Ini kerana mereka kalah kepada orang Jepun, Korea dan China. Kita tidak lagi beli barangan elektrik dari negara AS dan Eropah.

Mereka sudah ketinggalan jauh dalam hal teknologi berbanding negara itu selain kos yang sangat tinggi. Ini kerana mereka membayar gaji yang sangat tinggi tetapi tahap produktiviti sangat rendah. Kalau mereka mahu kembali kepada model perniagaan sebenar yang melibatkan pengeluaran produk syarikat terpaksa membayar gaji tinggi manakala untuk menghasilkan produk pula sangat mahal, ia akan tetap rugi kerana ketidakmampuan untuk bersaing dengan negara-negara seperti Jepun dan Korea. Oleh itu untuk kembali kepada perniagaan sebenar pun sudah tidak mungkin.

Dalam contoh Greece, apabila mereka menyertai Kesatuan Eropah, ia adalah negara yang miskin tetapi berkawan dengan negara-negara kaya dan kemudian berlagak seperti negara kaya. Apabila duit tidak ada, dia pinjam dan bayar gaji serta faedah lain dengan tinggi. Apabila hendak bayar hutang duit tidak ada jadi akhirnya negara itu pun bankraplah.

Sistem sebenarnya betul kalau kita ikut peraturan namun mereka longgarkan peraturan. Ini kerana pada zaman Presiden Ronald Reagan, beliau longgarkan peraturan kerana mahu membiarkan pasaran yang tentukan dan kerajaan perlu kurangkan campur tangan dalam pasaran. Namun hakikatnya pasaran mencari keuntungan dan jika nampak peluang buat duit dia peduli apa, kalau boleh jalan pintas mereka akan gunakan. Malaysia bernasib baik kerana kerajaan tidak membenarkan pasaran yang mengawal dan masih dikawal. Malah harga barang pun kita kawal. Namun di Barat mereka bebas dan hanya pasaran yang akan mengawal (regulate) dengan sendirinya.

Bagaimana Tun melihat keadaan politik di Syria dan Turki?

DR. MAHATHIR: Saya sedar mungkin ada yang tidak bersetuju dengan Presiden Bashar Al Assad. Mereka boleh bertindak tetapi apabila orang asing campur tangan terutama AS dan NATO yang memang bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan Bashar sebagai satu regime change. Ini kerana Syria tidak mengikut telunjuk Barat dan Barat mengambil kesempatan dengan membekal senjata kepada pihak pemberontak. Inilah yang mengakibatkan peperangan di sana dan keadaan sudah menjadi semakin tidak jelas. Apakah betul ia dilakukan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan Bashar. Sepatutnya kedua-dua pihak melarang penggunaan senjata dan paksa mereka berunding. Jika tidak ada penyelesaian maka adakan satu pilihan raya yang diselenggara oleh mereka yang neutral.

Mereka ini pula apabila sudah geram akan bertindak membunuh Bashar seperti yang berlaku terhadap Muammar Gaddafi. Pihak Barat mempunyai kepentingan sendiri tetapi bagi pihak kita kasihan kerana rakyat Syria saling berbunuhan sesama sendiri namun pihak yang untung adalah Barat. Lainlah di Mesir kerana bekas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan tentera tidak memihak kepada Mubarak. Namun keadaan berbeza di Syria yang mana ramai lagi pihak yang menyokong Bashar dan ada juga yang menentang. Yang sengsara adalah rakyat tetapi kita sendiri pun tidak tahu siapa sebenarnya yang menembak dan melakukan serangan. Satu pihak kata kerajaan dan satu pihak lagi kata pemberontak.

Bagaimana Tun melihat pihak yang mengaitkan kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir dengan suasana politik tanah air?

DR. MAHATHIR: Mesir sebelum ini tidak pernah terlibat dalam demokrasi. Pemerintahannya sebelum ini adalah sama ada monarki atau diktator. Kini tiba-tiba menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk pilih kerajaan. Rakyat bukanlah terdiri daripada satu suara tetapi banyak suara. Sewaktu nak menjatuhkan Mubarak dahulu semua orang setuju, tetapi bila memilih pengganti beliau sudah jadi cerita lain. Masa saya berada di Mesir saya nyatakan kepada mereka bahawa kamu kena terima kalau andai kata kamu kalah. Namun bila kalah masing-masing tidak mahu terima dan kata macam-macam. Demokrasi sebenarnya bukanlah satu bentuk kerajaan yang mudah dan sebenarnya ia adalah satu bentuk kerajaan yang sangat susah yang memerlukan kedewasaan rakyat yang mengundi.

Kalau rakyat tidak faham kuasa undi mereka dan akhirnya bergaduh, maka susahlah keadaannya. Namun saya berharap keadaan akan menjadi lebih baik dan bagi mereka yang kalah perlulah menunggu giliran. Bila sampai masa pilihan raya nanti, mereka bolehlah bertanding dan jika mereka diterima rakyat adalah peluang mereka. Begitu juga bagi pihak Presiden Mohamad Mursi, jika mereka kalah dalam pilihan raya akan datang, mereka kena terima kenyataan. Itulah cara demokrasi yang sebenar dan kalau dah kalah kemudian nak memberontak itu tak bolehlah.

Kiranya keadaan yang berlaku di Mesir adalah jauh berbeza dengan di sini?

DR. MAHATHIR: Memang keadaan jauh berbeza. Keadaan di sana juga tidak sama dengan di negara ini. Di Malaysia kita ada pilihan raya yang telus dan setiap kali pilihan raya parti lawan memang boleh menang. Tidaklah seperti di Singapura yang mana parti lawan langsung tidak ada peluang. Tapi di Malaysia kita kalah di lima buah negeri, satu wilayah malah di peringkat Parlimen pun kita menang dengan majoriti yang kecil. Ini adalah pilihan rakyat dan kita kena terima. Namun masalah dengan parti lawan, selama ini mereka tidak pernah menang dan mereka kecewa dan mahu lakukan dengan perkara lain. Mereka anggap dalam setiap pilihan raya tetap berlaku penipuan. Kalau mereka kalah mereka kata ada penipuan tapi bila menang mereka kata tidak ada penipuan. Macam mereka menang di Kelantan, kita pecah kepala fikir bagaimana nak dapat balik.

Namun tetap tak boleh kerana itu adalah pilihan yang telah dibuat orang Kelantan dan kita tidak boleh buat apa. Kalau kita nak tipu, kita dah ambil balik Kelantan lama dah. Mereka tuduh pula kononnya sistem pilihan raya kita selama ini tidak betul, kalau begitu sudah tentu mereka langsung tidak boleh menang. Mungkinlah ada sedikit sebanyak kesilapan di sana sini tetapi saya berpendapat sistem pilihan raya kita memang lurus dan tidak ada penipuan. Kalau tidak pihak pembangkang ini langsung tidak berpeluang. Kita kalah di lima buah negeri dan pernah kalah di Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan. Mereka perlulah menerima hakikat bahawa sistem kita terbuka dan ia adalah pilihan rakyat. Saya lihat tujuan mereka menuduh kerajaan menipu jadi apabila mereka kalah pada pilihan raya akan datang mereka akan lakukan demonstrasi jalanan untuk menumbangkan kerajaan dengan mengatakan sistem kita tidak betul dan sebagainya.

Cara ini bukanlah demokrasi tetapi inilah cara mereka, tuduh kerajaan menipu dan apabila kalah nanti mereka akan kata kerajaan menipu dan sistem tidak betul dan kemudian buat demonstrasi jalanan. Cara mereka ini akan mengganggu kehidupan dan negara tidak stabil, ekonomi tidak boleh tumbuh dan kemudian mereka akan kata kerajaan tidak pandai mengurus dan sebagainya. Inilah cara mereka dan ia tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku di Mesir. Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan yang popular di sana tetapi di sini rakyat tidak menyokong Pas. Rakyat tidak menyokong mereka bukan kerana mereka tolak Islam tetapi kerana mereka ragu-ragu dengan pendirian Islam Pas yang boleh menyatakan undi Pas masuk syurga, dapat pahala dan ini adalah satu pembohongan. Pas bukanlah satu parti Islam tetapi parti yang menggunakan Islam untuk mendapat sokongan di dunia.

Sumber di petik dari sini.


ARTIKEL TERKINI DARI MINDA SRIKANDI DI SINI.

ARTIKEL KECUT PERUT PAS DI SINI .

Monday, 9 July 2012

PENDEDAHAN MISI TAWAN PUTRAJAYA UNTUK DIPIKIRKAN!!!


Bangkitlah wahai anak muda... Kita pertahan keamanan dan kesucian negara Malaysia tercinta ini.


Jika video diatas kita dapat saksikan yang mana madu, yang mana racun... Seperti lagu kegemaran Bang Anwar Bin Ibrahim suka nyanyi tu.... Untuk pic di atas, MB menyeru rakyat Malaysia menilai dan berpikir tentang kepincangan yang berlalu apabila nilai hormat-menghormati agama lain tidak dihayati. Hari ini bukan soal untuk memenangi hati rakyat dengan pelbagai tuduhan dan kebogelan sesuatu pihak. Hari ini MB menyeru kepada semua kepimpinan baik kerajaan mahupun pembangkang untuk duduk berbincang dan mencari jalan terbaik bagi mengatasi kerosakkan akidah anak bangsa kita dan kelemahan yang berlaku di dalam negara ini. Itu lebih penting daripada mengejar kepentingan sesuatu pihak.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya tentang gambar tersebut, anda boleh lihat di sini.

Thursday, 5 July 2012

PENDEDAHAN PERUNTUKKAN KERAJAAN KEPADA ANWAR!!!


MB cukup terkejut dan sakit hati apabila mengetahui bahawa ada peruntukkan yang disalurkan dari agensi kerajaan kepada satu pertubuhan yang sememangnya pertubuhan ini sangat berkaitan rapat dengan Bang Anwar Bin Ibrahim. Tersenyum lebar la Bang Anwar Bin Ibrahim ini.

Nak tahu lebih lanjut maksud MB, sila tengok penjelasannya di sini.

ANCAMAN KEPADA BN!!!AWAS!!!




Banyak faktor penyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 yang akan datang.  Bukan setakat winnable candidate tetapi elemen-elemen lain juga yang perlu disusun mengikut keutamaannya dan diselaraskan dengan mengambil kira peri pentingnya setiap satu undi. Jangan ambil mudah dengan satu dua undi yang mungkin tercicir.  Selain faktor calon, faktor pengundi atas pagar, pengundi Cina, kesepaduan jentera parti, faktor logistik, kewangan dan banyak lagi amat perlu diberikan perhatian serius. 

Begitu jugalah banyaknya faktor yang mungkin menyumbang kepada kekalahan BN pada PRU 13 yang akan datang (Na'uzubillahuminzalik).  Musuh dalam selimut yang masih berbaki dalam UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP serta parti komponen BN yang lain juga seharusnya di kala ini sudah dikenalpasti dan jalan penyelesaian sudah diambil.  Ejen-ejen pembangkang dan kadernya dalam UMNO jika ada, harus dibunuh terus, dimatikan agar tidak menyebabkan kerosakan yang lebih besar.  Budaya cah keting jika masih bersarang pastinya mensia-siakan kerja keras jentera sepenggal, menghampakan pucuk pimpinan yang tidak tidur malam lantas menghasilkan keputusan yang lebih buruk dari 2008.

Kerosakan lebih besar yang mungkin menghalang kesinambungan kerajaan Barisan Nasional adalah pembelotan oleh kakitangan awam yang kini berjumlah lebih sejuta orang.  Jika 10% sahaja kakitangan awam yang membelot, bermakna 100,000 undi telah memihak kepada pembangkang tidak termasuk ahli keluarga mereka.  Inisiatif serta insentif kerajaan dalam menjaga kebajikan kakitangan awam sahaja belum cukup untuk memastikan kemenangan bergaya BN pada PRU 13.  Kerajaan mesti bertindak lebih dari itu.

Tahukah setiap ketua jabatan tentang kecenderngan politik dan mengundi kakitangan bawahannya. Ketua jabatan wajib tahu itu dan sepatutnya boleh memberikannya secara fngertip, bila bila masa.  Juga tahukah mereka berapa ramai di kalangan staf bawahannya yang secara terang menyokong pakatan pembangkang dan mendokong perjuangan meruntuhkan kerajaan BN.  Ataupun sebenarnya ketua-ketua jabatan dan ketua unit itu sendiri yang sememangnya merupakan penderhaka yang nyata atau berselindung, menyokong gerakan melumpuhkan BN dari dalam.

Cerita-cerita kakitangan awam yang belot sekarang ini bukan lagi rahsia.  Walaupun jumlahnya tidak ramai, tindakan tegas kerajaan mestilah dibuat.  Setakat ini memang tidak ada tindakan tegas dan tidak langsung memberikan impak dalam mengawalnya. Professor IPTA menghasut pelajar dan memburuk-burukkan kerajaan, pensyarah-pensyarah yang menjalankan dakyah-dakyah parti pembangkang samada dalam kelas, di mimbar masjid ataupun tazkirah surau, langsung tidak diambil tindakan.  Apa tindakan ke atas mereka setakat ini? Jawabnya tidak ada.

Guru-guru sekolah kebangsaan dan sekolah menengah mencemuh pelajar-pelajar yang ibubapanya menyokong kerajaan, KSU atau Pengarah, Timbalan Pengarah atau Penolong Pengarah, Ketua Penolong Setiausaha, di jabatan-jabatan secara sorok-sorok bertindak bukan bagi kepentingan kerajaan BN sebaliknya dimanfaatkan oleh pembangkang, ada siapa yang kesah? Apa tindakan ke atas mereka setakat ini?  Jawabnya tidak ada.

Pembelot-pembelot dalam MINDEF, di Kementerian Luar Negeri, di Kementerian Pelajaran, di Kementerian Pengajian Tinggi, di Kementerian Kewangan atau lain-lain kementerian, ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan? Jawabnya tidak ada.

Belum lagi diambil kira tentera semut sebagai sympatizer dan kader-kader pembangkang di kalangan kakitangan kerajaan yang berada dalam Malaysia dan di perwakilan kedutaan Malaysia luar negara yang berkebolehan mencuri maklumat, tidak kira samada maklumat terbuka atau tertutup,  lalu menyalurkannya kepada pembangkang secara sulit.  Ada sesiapa semak? Ada sesiapa kesahkan?  Jawabnya tidak ada.

Bertambah buruk lagi keadaannya apabila golongan yang dinyatakan sebagai penderhaka kepada BN ini menerima kenaikan pangkat, berjalan lancar dan mudah, dapat kenaikan gred jawatan dan sebagainya sedangkan golongan yang totok UMNO dan BNnya, dengan penilaian prestasi kerja serupa dan keupayaan  sama,  masih terkial-kial dan ternganga-nganga kehairanan bagaimana hal sedemikian ini boleh berlaku.  Di manakah letaknya keadilan, di manakah silapnya? Daripada kehilangan satu undi oleh pembelot tadi, kini termasuk undi tidak puas hati, BN sudah kehilangan dua undi.

Perkara ini bukan lagi rahsia. Sudah diperkatakan merata. Walaupun peratusannya mungkin tidak berjaya membawa ANWAR IBRAHIM ke PUTRAJAYA, suatu penelitian menyeluruh yang mendalam hendaklah dibuat beserta tindakan tegas kerajaan yang sekurang-kurangnya dapat membendung daripada kerosakan yang lebih besar di masa hadapan.

KAMI SAYANG BN


Artikel ini dipetik disini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...