KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #LAHAD DATU. Show all posts
Showing posts with label #LAHAD DATU. Show all posts

Monday, 15 April 2013

APA BAKAL ANWAR PLAN RABU NANTI??? AWAS GOMO!!!

MB dapat maklumat esok Brader Anwar Bin Ibrahim sudah hantar konco-konco bawahannya untuk mengganggu Majlis ini. Awas!!!!


Siap sedia la Brader Anwar Bin Ibrahim TUTUP MUKA lepas ini bila dibogelkan. 
Ayuh semua kita turun ramai-ramai.




Sunday, 31 March 2013

RAKYAT HARUS TAHU PASAL ANWAR-LAHAD DATU!!!


Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.
Dalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.

Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara. Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah danmerampas kuasa politik.
Dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan negara.

Secara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.

Pembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.

Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan pengkhianatan.

Pengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan mereka. Tindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.

Rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.

Sejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam negara. Bermula dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gambar bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu melalui teknik photoshop, ahli politik pembangkang ini terus memporak peranda politik negara.

Beliau juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu. Politik Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber sekolah dan ideologi politik yang menjahanamkan negara.

Mereka berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara luaran amat baik dan luhur.

Dengan menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat, pembangkang sebenarnya menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai agenda politik mereka yang bermotifkan kejahatan.

Umpamanya, Nurul Izzah, anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua dan seorang lagi Naib Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar belitkan ayat Al-Quran mengenai murtad.

Pembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.Ini termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.

Anwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.

Anwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.Terakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah tersebut.

Namun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang kerajaan.

Akhirnya apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu, terdedah siapa sebenar pengkhianat dan dalang merancang pencerobohan tersebut.


Monday, 18 March 2013

AGENDA RUSUHAN ANWAR TERDEDAH???


MB mendapat beberapa dakwaan yang mungkin ada kebenarannya situasi yang berlaku di Lahad Datu. Berikut beberapa dakwaan yang MB analisis berlaku di Lahad Datu:

1) Konflik di Lahad Datu berkemungkinan di rancang bagi menarik sokongan kepada pihak Pakatan Rakyat.

2) Konfliks ini di ciptakan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menutup segala isu yang berkaitan dengan dirinya. Dakwaan ini kerana terdapat khabar angin yang menyatakan Bang Anwar Bin Ibrahim ada berjumpa dengan pengganas yang terlibat.

3) Terdapat juga dakwaan konfliks ini di rancang Bang Anwar Bin Ibrahim bagi memastikan sejumlah besar Tentera di bawah ke Sabah. Dakwaan ini menyatakan Bang Anwar Bin Ibrahim akan mengadakan rusuhan besar-besaran di Semananjung Malaysia. Apabila berlakunya rusuhan ini, maka kerajaan tidak dapat mengawalnya kerana tentera-tentera dengan jumlah yang besar tidak berada di Semenangjung. 

4) Terdapat dakwaan yang menyatakan Bang Anwar Bin Ibrahim menjual Sabah bagi menampung kos memenuhi tuntutan manifesto sekiranya menang PRU 13.

Segala dakwaan-dakwaan ini harus di ambil berat kerana Bang Anwar Bin Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

MAT SABU KEMARUK NAFSU!!!


Inikah dinamakan perjuangan? Apa yang MB perhatikan di sini ialah seorang mamat yang berajakan duit semata-mata. Dengan wajah tersenyum-senyum dapat menceritakan sesuatu yang tersembunyi di dalam hatinya iaitu KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI HASIL PENIPUAN PADA MALAM TERSEBUT.

MB tertanya-tanya, benarkah kutipan yang PMI, PRO M dan PAS lakukan untuk keluarga yang terkorban di Lahad Datu dalam beberapa ceramah itu sampai kepada tangan yang sepatutnya??? Ke mana sebenarnya duit itu di salurkan???


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...