KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #VOTE4BN. Show all posts
Showing posts with label #VOTE4BN. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

KAWALAN KETAT DAN PADAT TERHADAP WAN AZIZAH!!!


Tahniah MB ucapkan kepada minaq Jinggo berjaya merakamkan gambar ini. MB rasa Brader Anwar Bin Ibrahim ini benar-benar sayangkan Datin Wan Azizah. Lantas arahan diberikan supaya mengawal ketat ke mana sahaja Wan Azizah pergi. Pengawal Brader Anwar Bin Ibrahim kawal ketat tak?

Tahniah pengawal Brader Anwar Bin Ibrahim kerana berjaya mengetatkan dan memadatkan kawalan ke atas Wan Azizah. Jangan di lupai anugerah yang telah di berikan oleh ABIM tempoh hari. Layakkan anugerah tersebut diberikan kepada Wan Azizah ini? Jawapan di tangan anda... Atau mungkinkah Wan Azizah sudah berkahwin dengan pegawal Brader Anwar Bin Ibrahim ini? Apapun MB yakin gambar ini di ambil secara tidak sengaja.

MAHASISWA UTARA MULA BANGKIT!!! BAWANI LARI SEMBUNYIKAN DIRI!!!


Tahniah MB ucapkan kepada mahasiswa yang semakin hari telah berani ke hadapan untuk menyuarakan kebenaran sebenar yang berlaku di Malaysia hari ini.

Dakwaan daripada masyarakat setempat MB menyatakan mereka baru sedar hakikat realiti sebenar yang selama ini mereka telah di tipu oleh Puak Brader Anwar Bin Ibrahim. Prepsepsi yang selalu ditimbulkan iaitu kalau apa yang terjadi terus salahkan UMNO itu telah disebut-sebut dan di semai oleh puak Brader Anwar Bin Ibrahim. MB difahamkan juga ada makcik-makcik kampung yang selama ini tertipu, menangis bila mengetahui kebenaran yang di sembunyikan.

Tahniah sekali lagi daripada MB. Cuma nasihat daripada MB kepada mahasiswa ini supaya berhati-hati bila turun ke lapangan dan jangan leka dengan 1001 kemungkinan yang boleh berlaku kerana di fahamkan ada antara siswi ini yang baru sahaja bertunang dan bakal melangsungkan rumah tangga tidak lama lagi. Tahniah kepada siswi tersebut kerana sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air. Jiwa suksis terbina teguh dalam diri anda!!!

Sunday, 21 April 2013

BN HARUS DI UNDI!!! BOHONG KE?

Negara perlu kerajaan stabil, pencapaian mantap, ada pengalaman memerintah

Barisan Nasional (BN) menggariskan enam faktor mengapa rakyat perlu terus memilih parti itu untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi memburu impian dan harapan rakyat serta negara.

 
Pertama, Malaysia memerlukan kerajaan stabil dan kuat bagi mempertahankan apa yang sudah dicapai dan meneruskan kesinambungan usaha kerajaan BN untuk kemakmuran negara. Kerajaan yang kukuh perlu untuk melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju.
Selain itu, kerajaan BN terbukti berkhidmat untuk rakyat dan percaya kepada keadilan sosial dan menjadi inklusif, menyentuh hati nurani, meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

Kedua, pencapaian kerajaan selama 55 tahun tidak boleh dinafikan dengan rekod BN sebagai parti yang mempunyai pencapaian mantap dengan menunaikan segala janji.Hasilnya, kerajaan diterajui BN membawa kemakmuran kepada setiap masyarakat dan rekod kecemerlangan ini akan diteruskan. Sehubungan itu sekarang bukan masa untuk membuat uji kaji demi masa depan rakyat.


Penambahbaikan 


Selain itu, BN sudah membuktikan keupayaan dengan sentiasa melakukan penambahbaikan dengan sepanjang empat tahun lalu banyak kemajuan besar dicapai untuk meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian. Ketiga, BN berpengalaman menguruskan masyarakat pelbagai kaum agama dan budaya menerusi politik perpaduan yang diamalkan.

BN juga sudah membuktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran dan berkali-kali berjaya keluar daripada kegetiran itu dengan lebih gagah. Parti gabungan dinamik ini berjaya menyesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip.

Keempat, BN mengamalkan perkongsian kuasa yang efektif dengan menolak politik benci membenci dan pecah-belah. BN menghormati dan menerima kepelbagaian agama. BN membina jambatan dan tidak merobohkannya. BN menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik. Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan.

Kelima, BN adalah gabungan pelbagai parti yang telah teruji. Selepas 55 tahun ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia. BN percaya kepada kesinambungan. Walaupun pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh. Parti ini juga mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman yang mengambil kira semua pendapat, semua suara didengar.

Keenam, BN berkongsi harapan dan aspirasi dan untuk itu, berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua. BN memperkasa rakyat. Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar.

BN menepati Janji Membawa Harapan. Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Thursday, 11 April 2013

KHAS BUAT PEKERJA KERAJAAN YANG ADA HATI!!!

Khas kepada penjawat awam. Buka minda kalian. MB mohon sangat. Pikir masak-masak dan di luar kotak. Lihat video ini dan renung dalam-dalam. 


Ini antara AKU JANJI BARISAN NASIONAL!!!



Banyak lagi perancangan yang di buat oleh Barisan Nasional. Kalian sebagai penjawat awam pasti lebih mengetahuinya. Ayuh...Kita teruskan momentum Transformasi ini.

1MALAYSIA!!!! SOKONG NAJIB!!! 
UNDI BN!!!



Monday, 8 April 2013

VIDEO PAPAGOMO TERBARU 08042013!!!ANWAR JGN LARI!!!!


Mahu kenal papagomo yang sebenar??? Tunggu hari penamaan nanti. Mari lihat video yang membuatkan ketakutan Brader Anwar Bin Ibrahim meluak-luak di bawah ini :


Steady la!!! Kita akan bantu blogger Papagomo selepas ini. Takut tak takut...Gentar tak Gentar... Biar titisan darah terakhir sekalipun, Pengkhianat negara Brader Anwar Bin Ibrahim harus di patahkan.


Hanya hantar budak hingusan membuat kacau. Malangnya hanya seorang sahaja yang ke hadapan untuk menjadi calon di pekan. Entah berapa RM telah di bayarnya!!!! 

Tunggu MB dedahkan!!!!

PERGOLAKKAN HADI DAN ANWAR!!!


Dalam satu laman web Puak Brader Anwar Bin Ibrahim ini telah menegaskan bahawa HADI AWANG tidak setaraf dengan Brader Anwar Bin Ibrahim. Benarkah?

Suara akar umbi penyokong tegar Puak Pembangkang mahukan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka menang. Dimana pendirian mereka?

Apapun MB menegaskan disini, jangan bermimpi di siang hari. Barisan Nasional telah menunjukkan prestasi yang meyakinkan rakyat. Barisan Nasional pasti menang!!!

BUKTI BARU DI DEDAHKAN KEJAHATAN ANWAR!!! HINDU TURUT DIHINA!!!


Kenapa agenda mesyuarat ini di arahkan supaya JANGAN DISEBARKAN??? Kata telus. Mana ketelusannya? 

rujuk maklumat lanjut di sini.

Saturday, 6 April 2013

KHAS BUAT GM13, MAHASISWA USIM DAN UIA!!!HAYATI!!!




Haram jatuhkan kerajaan negara Islam kata Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram...

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.

"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai Perpaduan Senjata Umat Islam pada Program Bicara Tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Program selama tiga jam itu merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sempena lawatan tiga hari tokoh itu ke negeri ini.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, sekiranya umat Islam tidak suka terhadap kerajaan yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka, pastinya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh golongan itu.

Jelasnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia bukan cara menukar kerajaan negara Islam atau memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan pemimpin.

"Demonstrasi hanya boleh menyebabkan sesuatu perkara yang buruk menjadi lebih buruk dan ia bukan ubat penyembuh kepada setiap masalah.

"Justeru, jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa, malah membawa kepada fitnah yang lain," tegasnya.

Ujarnya, cara terbaik untuk mengubah kepimpinan yang baik adalah nasihat menasihati antara satu sama lain.

"Dalam perkara ini, para ulama, cendekiawan mahupun ahli fikir perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

"Pemimpin perlu ditegur oleh golongan itu dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat adalah menunjukkan contoh yang baik kepada pemimpin mereka," katanya.

P/S : Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim).

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah kerana kesannya yang amat merugikan. Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Negara akan hancur, rakyat akan menderita, hasil negara diambil oleh golongan kafir.


KEJI ANWAR PERGUNAKAN ANAK MUDA DI JALANAN LAGI!!!!


Semakin menghampiri kemuncak PRU13 ini semakin rancak Brader Anwar Bin Ibrahim menjalankan strategik mengolakkan negara. Benar seperti yang diperkatakan oleh YB Zulkifli Nordin bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim dengan dana Yahudi akan mengadakan rusuhan di seluruh Malaysia bagi menghancurkan Malaysia Tercinta ini.

Beberapa hari sebelum ini mereka telah mengadakan Demotrasi di depan Sogo di waktu rakyat sedang sibuk bekerja. Ini telah menjejaskan kegiatan-kegiatan harian di sekitar itu. Namun ternyata demontrasi masa itu gagal kerana jumlah yang datang bersama tidak sampai 22orang.

Cerita demo di Sogo ini boleh baca di sini.

Dalam artikal ini MB nak cerita pasal kegagalan demotrasi TOLAK yang diadakan hari ini. Demo ini tetap dikategorikan sebagai GAGAL. Dakwaan menyatakan mereka mensasarkan jumlah kehadiran seramai 5000orang Malah baju yang disediakan hampir 1000helai seperti tidak diusik. Oppss... banyak dana mereka ini dapat bikin baju.


Hanya sekitar kurang daripada 53orang sahaja yang datang. Pengurangan yang sangat banyak. Jika dilihat di page mereka ini, mereka masih tetap dengan cara Brader Anwar Bin Ibrahim dengan memfitnah UMNO. Mereka telah ditahan polis dan mengatakan UMNO punya kerja. Penjelasan sebenar mereka ditahan dan di periksa Kad Pengenalan kerana terdapat aduan mereka menganggu pengguna komuter serta membuat bising serta kecoh di dalam komuter dan di sekitar perhentian komuter.


MB menemubual beberapa pengguna di dalam komuter tentang demotrasi mereka ini. Rata-rata jawapannya pengguna menjawab mereka terasa terancam, tidak selesa, terasa gangguan seksual (kerana ada daripada mereka merenung tajam seperti inginkan sesuatu), mencerminkan imej buruk kepada negara, tidak beradap dan lain-lain lagi. Lihatlah di dalam gambar tersebut gerak-geri mereka umpama komuter itu mereka yang punya dan tidak menghormati hak penggunaan yang lain.


Mereka bertekad untuk mengumpulkan 100k tandatangan sebagai sokongan menolak BN. Malangnya yang menandatangani kain rentang ini puak-puak mereka juga. Ada yang ditugaskan sain hingga penuh kain tersebut umpama mereka mendapat sokongan. MB nak bocorkan lagi rahsia. Gadis-gadis yang sain di kain rentang itu bukannya boleh mengundi. Apa cerita???

*Pst : Kenapa sekarang ini bila demotrasi, gadis-gadis mereka sudah pandai menutup muka??? Risau MB ambil gambar buat poster ke??? 

Sambutan masyarakat setempat dan pengguna komuter juga SANGAT-SANGAT tidak mengalakkan. MB dapati mereka ini telah melaporkan kepada "seseorang" bahawa demontrasi mereka ini gagal. Dan arahan daripada "seseorang" itu mengarakkan mereka meneruskan perjalanan ke Melaka dan bergabung dengan kumpulan disana kerana dakwaan mengatakan demotrasi di Melaka turut gagal disebabkan bilangan yang hadir sangat kurang.

Pesanan MB kepada anak-anak muda ini, jangan cemarkan imej negara. Biarkan kami yang LAYAK mengundi ini menentukan masa depan negara. Anda masih muda. Fokus pada pembelajaran.

 

Satu lagi DEMOTRASI DI KOTARAYA KUALA LUMPUR boleh lihat di sini.





KUMPULAN CALON JAHIL BAKAL CENTUSKAN PROVOKASI DI PEKAN!!!!


Seperti yang MB centuskan di artikal di sini, kali ini MB nak dedahkan pula betapa Jahilnya puak-puak ini bila agama di persendakan. Sikap kurang ajar dan biadap mereka tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai provokasi dan demotrasi dilakukan mereka. 


Ini salah satu adengan yang berlaku di dalam demotrasi yang sangat GAGAL oleh puak-puak ini. Nanti MB akan dedahkan pula kaitan mereka dan bukti mereka bersama Puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim.

CALON TANGAN ZIONIS BERTANDING DI PEKAN!!! DIKESAN!!!


Tahniah kepada GM13 yang telah berani meletakkan calon Mohamed Bukhary untuk bertanding di Parlimen Pekan bertanding dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Menarik untuk MB dedahkan siapa mamat Bukhary ni. Jika di lihat pendedahan oleh dirinya sendiri, mamat ni mempunyai latar belakang pendidikan agama. Tetapi persoalan di sini adakah pendidikan agama itu di semai dalam dirinya??? Mari kita lihat gerakan kumpulan mamat ni.

Gerakan puak mamat ni memang cukup dihina dan dikritik hebat di Universiti Malaya. Mereka ini mempunyai dana yang besar yang disalurkan oleh tangan-tangan ghaib bagi menimbulkan huru-hara di dalam kampus IPTA dan negara. Sepanjang Pilihanraya Kampus yang di adakan setiap tahun,pelbagai provokasi dilakukan mereka ini.


Gerakan mereka ini sanggup meletakkan kepala babi di dalam Masjid bagi mendapatkan undi simpati mahasiswa.Malah pernah menculik salah seorang calon yang bertanding semasa Pilihanraya Kampus bagi mendapatkan simpati mahasiswa juga.


Terbaru semasa Pilihanraya kampus 2012 yang berlangsung tempoh hari, mereka sanggup memukul Pengerusi mereka sendiri dan menuduh UMNO yang lakukan. Tapi perancangan mereka tetap berjaya MB gagalkan setelah MB mendapat maklumat awal perbuatan keji mereka ini. 

Layakkah mahasiswa biadap seperti ini dibiarkan? Semasa puak-puak ini dipukul di pekan baru-baru ini, sebenarnya ia adalah strategi JAHAT mereka memprovok penduduk setempat supaya memukul mereka. Tujuannya adalah untuk mendapatkan simpati masyarakat setempat dan membesar-besarkan pergerakan mereka ini. Semasa kejadian berlaku, persoalan yang timbul KENAPA SAFWAN ANANG TIDAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN SEDANGKAN KEMPEN DI SANA DIA YANG LEAD???

Banyak lagi pendedahan yang MB akan dedahkan. MB tekad untuk gasak mereka habis-habisan.
Video dibawah khas di pertontonkan kepada rakyat untuk menilai mereka ini!!!

Lagi cerita puak mahasiswa Biadap ini di sini.


JANGAN TERUJA DENGAN JANJI ANWAR INI!!!


Dalam manifesto mereka, Pakatan telah janji pendapatan setiap isi rumah di Malaysia akan naik sampai 4 ribu sebulan dalam 5 tahun pertama pemerintahan mereka.

Ini bermakna pendapatan isi rumah di Malaysia mesti naik hampir 22% dalam lima tahun. Dengar memang hebat tapi bila dirujuk kepada negara yang lain, baru kita tahu ini satu janji yang tak masuk akal.

Contohnya di China, negara yang membangun dengan paling pesat di dunia. Mereka hanya dapat meningkatkan pendapatan sebanyak 10%. Ini negara yang mencatat kadar pertumbuhan yang paling tinggi dalam dunia. Macam mana Pakatan nak dapat 22%?
Jangan percaya pada janji bulan dan bintang Pakatan. Kalau tak jadi, mereka akan kata, "Oh, manifesto bukan janji."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...