KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Saturday, 8 September 2012

SALAM PERKENALAN DARI ASPIRASI SELATAN!!!


KIAN TERASA BAHANG PILIHANRAYA KAMPUS!!! 

SEMAKIN TERSUSUN DAN KE HADAPAN ASPIRASI KINI!!!

INI ANTARA MONTAJ ASPIRASI IPTA DI SELATAN TANAH AIR YANG MB PEROLEHI... NANTI MONTAJ ASPIRASI DARI IPTA LAIN SELEPAS INI!!!

PERHATIAN!!! NANTI VIDEO KHAS DIBUAT UNTUK PILIHANRAYA KAMPUS KALI INI YANG MENGHIBURKAN PADA 9 SEPTEMBER INI!!! 
PASTI GOYANG PRO-M MELIHATNYA!!!!

AGENDA KONVENSYEN PRO-M SUATU PENIPUAN!!!


Bahang Pilihanraya Kampus kian terasa kerana tempoh tidak sampai sebulan ini akan memberi imej kepada pentadbiran negara sekiranya kumpulan yang pro kerajaan tumpas di dalam Pilihanraya Kampus kali ini. 
Semenjak pendedahan tarikh Pilihanraya Kampus ini di war-warkan, pelbagai pihak mula kelihatan gelisah untuk memenangi hati para pelajar di kampus IPTA.

Kepincangan di dalam pergerakan Pro Pembangkang makin kelihatan runtuh menjadi debu. Ini dilihat apabila hampir kesemua kampus tidak mahu menggunakan nama PRO MAHASISWA didalam pergerakan Pilihanraya kali ini. Mereka lebih selesa menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam amnya. Sedangkan orang yang sama mengerakkan PRO MAHASISWA di setiap kampus. Pergolakkan PRO MAHASISWA dapat dirasai di UM. Kebiasaannya pergerakan Pro Pembangkang ini bermula di Universiti Malaya. Tetapi kali ini dapat dilihat PRO MAHASISWA UM kian lesu.

Setelah melihat senario awal bakal menghadapi kekalahan yang teruk didalam Pilihanraya Kampus kali ini, Bang Anwar Bin Ibrahim telah mengarahkan pasukannya untuk merancang kembali pergerakkan PRO MAHASISWA ini dengan mengadakan Konvesyen pada Ahad ini bagi melantik kepimpinan baru PRO MAHASISWA.

Desa desus yang MB dengar kepimpinan ini telah pun diatur di peringkat atasan pembangkang siapa yang akan menjadi barisan kepimpinannya. Konvesyen ini hanya dibuat sebagai syarat untuk menutup agenda sebenar mereka ini. MB terdengar dari akar umbi pergerakan ini yang tidak berpuasa hati dan mempersoalkan kenapa calon-calon untuk jawatan Presiden ini hanya di ambil daripada kampus lembah klang??? Sedangkan jika dilihat kepimpinan GEMPUR di Pantai Timur lebih sesuai untuk memimpin PRO MAHASISWA NASIONAL ini. Dari Selatan tanah air turut berbunyi mengatakan kepimpinan PMI UTM lebih layak memimpin PRO MAHASISWA NASIONAL. Wah.... ramai yang nak mengejar jawatan ini. Kenapa??? 


MB secara peribadi mengatakan HARAM untuk datang ke konvensyen ini sekiranya anda mencintai keamanan dan kedamaian negara tercinta ini. Pikir-pikirlah...

Tuesday, 4 September 2012

PMI KAKI DEMO!!!


Walaupun video ini adalah beberapa tahun yang lepas, MB sengaja masukkan juga dalam post ini supaya para pelajar di kampus dapat melihat sendiri provokasi-provokasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang hipokrit yang bergerak atas nama Persatuan Mahasiswa Islam. 

Jika dulu dapat dilihat mereka berpusat di Universiti Malaya, kini mereka berkemungkinan beralih ke Selatan Tanah Air. Ini berlaku setelah pergolakkan di dalam PMI sendiri atas pelbagai faktor antaranya perebutan kuasa, perebutan Perempuan, Percintaan, Perjuangan dan lain-lain lagi.

Nanti MB akan post pergerakan PMI di masa sekarang yang mana benar-benar mengkhianati negara tercinta ini. Nantikan pendedahannya nanti.

Lebih lanjut boleh lihat di sini.


KEBANYAKKAN DARIPADA MEREKA YANG DIKENAL PASTI TERLIBAT DALAM DEMO ADALAH DARI PMI. ANDA BOLEH CHECK SENDIRI.

PRO M KECUT UNTUK BERTANDING DALAM PRK

Bahang pilihanraya kampus kian terasa. Jika di lihat pelbagai kaedah dan strategik di gunakan samada dari pihak Pro kerajaan mahupun Pro pembangkang.

Apa yang menarik yang cuba MB sampaikan disini ialah gerakan Pro Pembangkang yang telah banyak menghuru harakan kampus sejak dua menjak ini telah mengaku kalah dengan tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kampus untuk kali ini. Kenapa MB berkata begitu??? Lihat di sini.

MB dapat merasakan ketakutan yang di rasai oleh Pro Mahasiswa setelah pendedahan demi pendedahan yang dilakukan MB, Blogger Kapak dan rakan-rakan blogger yang lain tentang kejahatan dan kezaliman mereka telah lakukan sehinggakan mereka tidak lagi berani menggunakan nama Pro Mahasiswa.

Disebabkan keburukkan nama Pro Mahasiswa ini yang berpunca daripada campur tangan politik luar hanya kerana kepentingan Bang Anwar Bin Ibrahim, puak-puak pengkhianat bangsa ini kembali menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam bagi mendapatkan simpati pelajar baru. Rata-rata pelajar tidak tahu bahawa PMI ini adalah Pro Mahasiswa. MB menyeru kepada seluruh rakan untuk mendedahkan puak-puak ini.



Pendekatan yang mereka gunakan sangat halus. Mereka hipokrit di sebalik topeng bahawa mereka ini islamik. Mereka berbaik-baik dengan pentadbiran Universiti. Disebaliknya mereka mempunyai agenda tersendiri dan dibayangi Bang Anwar Bin Ibrahim.


Adakah ini budaya orang islam kita? Menyerahkan batu nisan. Keji perbuatan ini. Bertambah Maha Keji apabila ia dilakukan oleh Persatuan Mahasiswa Islam. Ada sesetengah kampus tidak menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam tetap menggunakan platform rakan masjid, kelab Iqra dan pelbagai lagi nama islam. MB harap pelajar baru berhati-hati dengan anasir-anasir ini.

MB sediakan video ini untuk tantapan anda semua. Kebanyakkan dalam video ini adalah budak-budak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) .

Sunday, 2 September 2012

BANGGANGNYA PUAK BERSIH DI MALAM MERDEKA


Hari ini jika di lihat pada perkembangan semasa negara, nilai erti kemerdekaan semakin hilang. Di mana hari ini masing-masing mengejar kepentingan sendiri. Jika di lihat sambutan kemerdekaan di dataran merdeka yang di anjurkan puak bersih, MB secara peribadi sangat terkilan kerana nilai kemerdekaan hilang.


Apa yang anda pikirkan dengan gambar di hantar??? Di malam kemerdekaan negara tercinta, anasir-anasir ini  menyemai sesuatu perkara yang bertentangan dengan nilai kemerdekaan. fikir-fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...