Bahang Pilihanraya Kampus kian terasa kerana tempoh tidak sampai sebulan ini akan memberi imej kepada pentadbiran negara sekiranya kumpulan yang pro kerajaan tumpas di dalam Pilihanraya Kampus kali ini.
Semenjak pendedahan tarikh Pilihanraya Kampus ini di war-warkan, pelbagai pihak mula kelihatan gelisah untuk memenangi hati para pelajar di kampus IPTA.
Kepincangan di dalam pergerakan Pro Pembangkang makin kelihatan runtuh menjadi debu. Ini dilihat apabila hampir kesemua kampus tidak mahu menggunakan nama PRO MAHASISWA didalam pergerakan Pilihanraya kali ini. Mereka lebih selesa menggunakan nama Persatuan Mahasiswa Islam amnya. Sedangkan orang yang sama mengerakkan PRO MAHASISWA di setiap kampus. Pergolakkan PRO MAHASISWA dapat dirasai di UM. Kebiasaannya pergerakan Pro Pembangkang ini bermula di Universiti Malaya. Tetapi kali ini dapat dilihat PRO MAHASISWA UM kian lesu.
Setelah melihat senario awal bakal menghadapi kekalahan yang teruk didalam Pilihanraya Kampus kali ini, Bang Anwar Bin Ibrahim telah mengarahkan pasukannya untuk merancang kembali pergerakkan PRO MAHASISWA ini dengan mengadakan Konvesyen pada Ahad ini bagi melantik kepimpinan baru PRO MAHASISWA.
Desa desus yang MB dengar kepimpinan ini telah pun diatur di peringkat atasan pembangkang siapa yang akan menjadi barisan kepimpinannya. Konvesyen ini hanya dibuat sebagai syarat untuk menutup agenda sebenar mereka ini. MB terdengar dari akar umbi pergerakan ini yang tidak berpuasa hati dan mempersoalkan kenapa calon-calon untuk jawatan Presiden ini hanya di ambil daripada kampus lembah klang??? Sedangkan jika dilihat kepimpinan GEMPUR di Pantai Timur lebih sesuai untuk memimpin PRO MAHASISWA NASIONAL ini. Dari Selatan tanah air turut berbunyi mengatakan kepimpinan PMI UTM lebih layak memimpin PRO MAHASISWA NASIONAL. Wah.... ramai yang nak mengejar jawatan ini. Kenapa???
MB secara peribadi mengatakan HARAM untuk datang ke konvensyen ini sekiranya anda mencintai keamanan dan kedamaian negara tercinta ini. Pikir-pikirlah...
No comments:
Post a Comment