KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label Nasharudin. Show all posts
Showing posts with label Nasharudin. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

ANWAR SEDANG MENCARI KERUSI SELAMAT


Terdapat dakwaan menyatakan kemungkinan Ustaz Nasharuddin mat isa akan bertanding di Permatang Pauh pada PRU13 ini. Jika ini berlaku, ia akan menjadi satu sejarah kekalahan seorang Ketua Pembangkang yang dikatakan sangat gilakan kuasa. Sama-sama kita nantikan pendedahannya nanti.



Saturday, 16 February 2013

DATO HARUN DIN ISTIHAR KELUAR PAS!!!


Berita yang baru MB terima mendakwa bahawa Dato Harun Din telah mengistiharkan keluar daripada Parti Islam Semalaysia (PAS). Kenyataan media akan di keluarkan dalam masa terdekat.


Keputusan tersebut di lakukan setelah Karpal Singh dan DAP bertalu-talu mendesak beliau untuk menarik balik fatwa Majlis Syura yang tidak membenarkan Khalimah Allah digunakan oleh Kristian. Malah yang menyebabkan Dato Harun Din sangat marah apabila Bang Anwar Bin Ibrahim secara terang-terangan di dalam satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah menyatakan Pakatan Rakyat akan membenarkan Kristian menggunakan khalimah Allah di dalam kitab bible dan ajarannya. 


Nantikan Sidang Media Dato Harun Din bersama Hassan Ali ESOK!!!

Juga anda boleh lihat di sini, sini, sini, sini, dan sini.

Thursday, 7 February 2013

HADI AWANG DI PECAT MAJLIS SYURA


Tertarik melihat tindakan tidak berperikemanusiaan yang di ambil ke atas Nasaruddin apabila digugurkan dari Majlis Syura Ulama PAS tanpa diberi surat tunjuk sebab atau peluang membela diri. MB berpendapata Majlis Syura Ulama PAS sangat wajib memberi surat tunjuk sebab kepada Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas dakwaan melanggar disiplin parti. Ini sangat penting bagi memulihkan sokongan akar umbi yang telah bekerja keras memperjuangkan memartabatkan ISLAM.

Sangat jelas tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerminkan penghinaan kepada Majlis Syura Ulama PAS kerana tindakannya mendahulukan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu penggunaan Khalimah ALLAH amat bertentangan dengan dasar serta polisi parti. Malah MB berpendapat mana-mana pemimpin PAS yang membenarkan Khalimah ALLAH digunakan oleh orang bukan Islam sebelum mengubah kembali keputusan berkenaan selepas fatwa Majlis Syura membuat keputusan juga harus dikenakan tindakan yang sama ataupun dipecat.



Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut masih bermain wayang bersama Nik Ajis apabila secara tidak langsung masih cuba mengatakan Khalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan ISLAM dengan pelbagai kenyataan yang berbelit-belit. MB menegaskan sudah sampai masanya Abdul Hadi Awang dan Nik Ajis mengundur diri daripada PAS memandangkan “rumah kata pergi,kubur kata mari”.
Fikir-fikirkan.


Monday, 28 January 2013

Nasha Dipecat, Hadiah Ikut PM Ke GAZA



Rentetan daripada kejadian tahun lepas, akhirnya Nasharudin Md Isa yang merupakan bekas Timbalan Presiden telah dipecat daripada menjadi ahli Majlis Syura. Keputusan pemecatan Ustaz Nasha ini telah dibuat pada 13 Januari yang lalu dan telah dipengerusikan oleh Datuk Nik Aziz.


Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat kerana beliau telah melanggar peraturan-peraturan berjemaah Majlis Syura. Pemecatan Ustaz Nasha ini langsung tidak mahu diulas lebih lanjut dan sekadar dimaklumkan pemecatan disebabkan ketidakhadiran Ustaz Nasha ke Mesyuarat Syura.

Namun, sudah jelas pemecatan Ustaz Nasha ini dibuat apabila beliau dilihat mengancam kedudukan PAS menjelang PRU13. Beliau dikecam kerana usahanya untuk membentuk kerajaan perpaduan UMNO-PAS serta menentang kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkan bukan sahaja anti hudud bahkan anti Islam.

Adakah ini hadiah untuk Nasharudin kerana mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza dalam misi kemanusiaan yang lalu? Jasa dan sumbangan beliau apatah lagi sebagai Timbalan Presiden PAS nampaknya sudah tidak bermakna lagi.

Ustaz Nasha sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan keluar PAS. Namun, jika PAS terus hanyut mengikut PR, bagaimana pula pendirian Ustaz Nasha selepas ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...