KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

NIK AZIZ HANTAR KERETA KEBAL PAS KE #LahadDatu


Lebih ramai lagi anggota keselamatan dikerahkan dalam Ops Daulat. Begitu juga dengan segala kemampuan ketenteraan negara seperti sekurang-kurangnya 12 buah kereta kebal berantai.

Helikopter Agusta A109 daripada Kem Mahkota Kluang serta 37 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daripada Tok Bali, Kelantan juga antara yang akan bersama-sama pasukan keselamatan kita di Sabah.


Aduhai... Jika dan hanya jika kereta kebal ini boleh dihantar sama... HaHaHa 

Wednesday, 6 March 2013

CELAKALAH KAMU ANWAR!!!


Pasti ramai yang ketawa mendengar nyanyian Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Tapi sedarkah kamu di sebalik nyanyian itu, apa yang terselindung??? Kenapa begitu yakin Bang Anwar Bin Ibrahim ini menyatakan Sabah akan hilang daripada tangan BN??? 


Di saat masyarakat di negara ini bersedih dan berkabung di atas kematian para pejuang negara yang mempertahankan negara ini, Bang Anwar Bin Ibrahim masih sibuk  ke sana sini menyanyikan lagu dengan hati yang riang. Kenapa?


Apa jawapan Bang Anwar Bin Ibrahim kepada para pejuang negara ini serta keluarga para pejuang ini?

Terlalu banyak perkara yang merujuk dan menunjukkan Bang Anwar Bin Ibrahim terlibat di dalam pemberontakkan ini. Penjelasan yang diberikan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim langsung tidak meyakinkan!!!!

Media Filipina sendiri mengesahkan perkara ini. Jawapan Bang Anwar Bin Ibrahim begitu mudah dan seperti  dijangkakan iaitu UMNO yang bayar media tu supaya memfitnah saya. Wah... dalam isu begini pun, Bang Anwar Bin Ibrahim masih tidak mahu mengaku dan menyalahkan UMNO. Anda rasa Bang Anwar Bin Ibrahim terlibat tak?

Ikuti lagi pendedahan keterlibatan Bang Anwar Bin Ibrahim di dalam pemberontakkan ini di sini.



ANDAIKATA MEMANG BENAR BANG ANWAR BIN IBRAHIM ANTARA DALANG PEMBERONTAKKAN YANG BERLAKU INI.... MAKA CELAKA LAH KAMU DI BUMI INI!!!!



Tuesday, 5 March 2013

#LahadDatu: KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS NEGARA



Sidang Media oleh Ketua Polis Negara

Dilaporkan juga objektif operasi juga telah tercapai & tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
 
Moga segalanya berakhir dengan tiada lagi berita buruk. #Pray4Sabah



INSIDEN #LAHADDATU. KRONOLOGI SERANGAN PIHAK KESELAMATAN



PM telah mengumunkan bahawa serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu bermula jam 7.00 pagi tadi. Keluasan operasi sekitar 10km persegi dan dalam 4km persegi secara perinci di Kampung Tanduo. 
Rentetan daripada serangan tersebut, disertakan kronologi serangan yang telah dilancarkan oleh pihak keselamatan.


11.30am : Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kg dan melakukan proses penggeledahan

10.09am: Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.
9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.



Saturday, 2 March 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: LAY DOWN YOUR ARMS. SURRENDER! 3X


LAHAD DATU: RISALAH AMARAN SERAH DIRI KE-2 DIEDAR



Lahad Datu, 2 Mac - Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata risalah amaran kali kedua itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, digugurkan menerusi helikopter hari ini.

"Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, 'Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.' (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri)," katanya pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di kampung itu.

Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh terbabit ialah pada Rabu lepas.

Hamza juga berkata polis mula bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Mengenai mayat penceroboh yang ditinggalkan di tempat insiden tembak-menembak semalam, beliau berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan merupakan tugas polis, tetapi satu cara taktikal diperlukan untuk berbuat demikian.

  HEBAHAN PERINTAH BERKURUNG TIDAK BENAR

Hamza turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai jumlah anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera, selain menegaskan tidak ada perintah berkurung dikeluarkan.

"Saya terpaksa menjelaskan ini (perintah berkurung) kerana masih ramai menghebahkannya dalam laman sosial dan blog.

"Perintah berkurung dikeluarkan oleh saya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan apa-apa perintah berkurung berikutan insiden semalam," katanya. - BERNAMA



PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KEMENTERIAN PERTAHANAN AMBIL ALIH #PrayForLahadDatu




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kementerian Pertahanan akan mengambil alih tugas di dalam
kes Lahad Datu daripada Kementerian Dalam Negeri. Angkatan Tentera Malaysia akan memulakan operasi pada malam ini (waktu Malaysia) bagi membanteras
penceroboh di sana. Sama-samalah kita doakan kepada
Bridge Komando ATM kita yang akan memulakan operasi selepas ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...