KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Thursday, 3 October 2013

SOLAT DIPERMAINKAN!!!MELAYU DIAM KECUT!!!


Ini realiti yang berlaku di dalam Malaysia pada hari ini. Apakah ini yang cuba atau hendak dibawa oleh golongan tertentu di dalam Malaysia? 

Hari ini rakyat mula sedar betapa pentingnya ISA di dalam negara Malaysia. Bagi MB, ISA tidak perlu dimansuhkan tetapi diperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi lebih baik. Lihat saja hari ini bila ketiadaan ISA, pelbagai ancaman dan jenayah mula berlaku. Demotrasi yang di perkenalkan oleh segelintir pihak telah memperondak-perandakkan negara Malaysia tercinta ini.

Mari kita lihat dari sudut Mahasiswa hari ini. Mahasiswa hari ini telah di rosakkan akal fikiran mereka oleh golongan tidak bertangungjawab di dalam negara ini. Fikirkan kebenarannya. Hari ini pada jam 2petang, kumpulan Pro Mahasiswa akan mengadakan demotrasi di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya. Jika tahun lepas mereka membawa batu nisan, tahun ini tidak pasti apa yang bakal mereka bawa.

Bagaimana soal akidah masyarakat Malaysia hari ini? Isu Syiah bukan isu remeh yang harus dibiarkan. Di kampus-kampus telah tersebarnya ajaran Syiah antara orang kuatnya ialah Khalid Syiah. Ternyata nikah muta'ah yang diajarkan oleh ajaran Syiah telah di amalkan oleh Khalid Syiah apabila berkahwin tidak sampai setahun telah bercerai. Itu baru satu kes yang MB kongsi. Kes lain bagaimana?

Hari ini juga dapat dilihat agama Islam sudah mula dicabar di pelbagai peringkat. Perhatikan video di bawah ini bagaimana anak cina boleh main-main dengan solat. MB terkilan apabila Pro Mahasiswa dan Gamis yang diperkatakan memperjuangkan ISLAM tetapi tidak menghalang kejadian ini berlaku. Jangan jadi munafik!!!

Perkembangan Terbaru dunia Pilihanraya kampus lihat di sini.



Demi Agama, Bangsa, dan Negara.... 
Kita sudah Tiada Masa...

Tuesday, 1 October 2013

ENDIKOUP DIPUKUL DAN DIPAKSA??? PRO M HILANG TARING!!!


MB mendapat maklumbalas daripada sahabat MB di UPM menyatakan puak komunis di sana memainkan isu bahawa banner "ini wilayah pro M" bersama bendera komunis itu adalah dibuat oleh geng Aspirasi. MB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana MB ada gambar mereka yang memasang bendera tersebut. Tetapi MB tidak dapat untuk menyiarkan gambar tersebut atas faktor keselamatan orang yang menyalurkan kepada MB.

Beberapa perkara MB hendak timbulkan disini ialah jenis dan kualiti banner tersebut merupakan daripada punca yang sama. Hasil risikan MB ia di beli daripada tempat yang sama. Persoalan yang bermain juga difikiran MB ialah kenapa kepala Endikoup berbenjol? Mungkinkah dia dipukul oleh individu tertentu untuk mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar tersebut? Mungkinkah Endikoup dipaksa dan diugut untuk keluarkan kenyataan tersebut? 1001 persoalan boleh timbul di sini.


Monday, 30 September 2013

GERAKAN DEMONTRASI MAHASISWA HARI INI!

Demotrasi dan kekacauan yang sengaja dilakukan oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab pagi tadi sebenarnya adalah atas arahan Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menghalang Akta Pencegahan Jenayah diwartakan. Jika Akta ini dilaksanakan, pastinya terdapat cabaran besar kepada mereka ini untuk mengadakan demotrasi.

Hasil tinjauan MB pagi tadi mendapati mahasiswa daripada UM sudah berkurangan menyokong mereka ini kerana terdapat isu perbalahan Pro Mahasiswa dan PMI di sana serta isu bayaran kewangan demotrasi sebelum ini yang tertangguh. Daripada UIAM turut menerima impaknya menyebabkan Bang Anwar Bin Ibrahim dengan kerjasama Khalid Syiah terpaksa mengarahkan mahasiswa daripada Usim iaiu kumpulan Haziq yang cenderung ke arah Syiah berkemungkinan besar.

MB mengharapkan pihak pentadbiran USIM bertindak tegas dalam isu demontrasi ini kerana semakin ramai mahasiswa Usim terlibat. Mungkinkah pihak pentadbiran USIM sendiri membantu mereka ini?

USIM MENJADI KUBU PUSAT GERAKAN PEMBANGKANG!!!

Dimaklumkan daripada risikan MB di USIM menyatakan Haziq telah dilantik sebagai ketua gerakan pembangkang di USIM. Malah pada pagi tadi telah bersama turun ke Parlimen untuk bantahan PCA.

Digembar-gemburkan semalam oleh SMM bahawa 10 000 orang akan turun ke demo ini. Tetapi hakikatnya yang turun dalam 50orang sahaja yang mana mereka kaki demo sahaja yang turun. Lebih mengelikan hati bila EDMOND BON telah tersasul melaungkan "TOLAK TOLAK... TOLAK ANWAR!!!" . Dan akhirnya hampir berlaku PERGADUHAN  BESAR antara Demotrasi ini kerana KETERSASULAN ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...