KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label TANDA PUTERA. Show all posts
Showing posts with label TANDA PUTERA. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

ANCAMAN KOMUNIS DALAM NEGARA!!!SIAPA SALAH???

Telah lama MB mendiamkan diri daripada melakukan serangan demi serangan terhadap mamat komunis ini dengan harapan segala pendedahan MB sebelum ini akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa dalam membasmi penyebaran ideologi komunis ini. Malangnya indah khabar daripada rupa. 


Jika dilihat sendiri daripada fb-fb mamat komunis Haizal ini dan rakan-rakannya jelas sekali mereka ini pengkhianat dan perosak kepada anak bangsa. Malah gerakan mengelirukan pegangan agama Islam turut berlaku. Pemesongan akidah tidak dapat dinafikan lagi. Sampai bila mereka-mereka ini hendak dibiarkan???



Segala 1001 isu telah MB bangkitkan. Malah beberapa siri perjumpaan dengan bekas-bekas pelatih PLKN di kampus-kampus IPTA telah giat dijalankan bagi menanam serta menyebarkan ideologi komunis di Kampus. Apakah pihak berkuasa tidak mampu atau berani mengambil tindakan? MB pernah lihat sendiri dalam sesi penerangan ancaman terhadap negara oleh 1agensi risikan negara yang mendedahkan tentang gerakan ini. Apakah agensi tersebut hanya sekadar merisik dan tidur?



Bekas-bekas peserta PLKN yang telah di tanam ideologi komunis ini telah banyak menjejakkan kaki di kampus-kampus IPTA. Ancaman-ancaman dari peringkat mahasiswa saban hari makin meningkat. Siapa yang bertanggungjawab dalam memulihkan bekas-bekas pelatih ini di dalam kampus? Mana perginya gerakan-gerakan yang hebat suatu masa lalu dalam memperjuangkan semangat cintakan tanahair?


Begitu mudah komunis-komunis ini mendapatkan baju POLIS. Difahamkan mereka ini sangat hebat di pentas teater. Secara tidak langsung mereka ini mampu menipu rakyat dengan 1001 pembohongan. Malah mereka mampu menyamar sebagai anggota polis untuk 1001 kegiatan tidak bermoral. Siapa yang harus dipersalahkan selepas ini?


Penanaman ideologi komunis kepada anak-anak mereka ini tidak dinafikan lagi. Dalam tempoh 20tahun akan datang, jika gerakan komunis ini tidak dicantas habis-habisan daripada sekarang. Pasti mereka menjadi musuh yang sukar di basmi. Kita tidak kisah anak mereka ini rosak akhlaknya disebabkan ideologi BAPAK mereka. Tetapi bagaimana nasib anak-anak kita pada masa hadapan jika puak komunis ini dibiarkan menguasai sedikit demi sedikit serta mengembangkan pengaruh mereka sehingga ke saat ini?

FIKIR-FIKIR WAHAI PIHAK BERKUASA....

Tuesday, 11 December 2012

'TANDA PUTERA' VS 'THE NEW VILLAGE'


Filem Tanda Putera dikatakan sangat rasis sehinggakan tayangan di pawagam sepatutnya pada bulan September 2012 telah ditangguhkan sehingga ke saat post ini di tulis. Disini MB ingin bertanya kepada Kementerian berkenaan bagaimanakah filem "The New Village" boleh dibenarkan di tayangkan pada 3 Januari 2013 nanti??? Maklum balas mengatakan filem ini juga sangat rasis.

Seperti yang MB terangkan dalam post di sini , filem ini adalah sejarah yang harus di ketahui oleh semua lapisan masyarakat bagaimana perjuangan untuk mencapai keamanan di Malaysia ini. MB mengharapkan tidak berlaku pilih kasih dalam perkara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...