Gempar dan mengemparkan sumber risikan yang
MB terima kali ini. Apabila kegagalan pihak pembangkang di dalam Konspirasi
Bersih Kampus yang menyebabkan kekalahan teruk Pro-Mahasiswa di 18ipta setelah
kegagalan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Edikoup gagal melakonkan adengan di pukul
bagi meraih simpati, kini pihak pembangkang memulakan Konspirasi baru bagi
mendapatkan undi anak muda diambang PRU13 yang bakal berlaku bila-bila masa
sahaja dari sekarang. Sumber risikan MB ini sangat boleh dipercayai malah
agenda mereka lebih dashyat lagi dalam merosakkan pemikiran anak muda. Kini
Konspirasi yang dirancang mereka telah melangkah lebih jauh iaitu luar dari
Malaysia.


MB ingin anda berfikir beberapa disini :
1) Adakah PAS akan mengubah dasar partinya selepas ini setelah
menyediakan kerusi untuk calon dari dewan himpunan penyokong PAS yang sedia
maklum bukannya beragama ISLAM?
2) Dari mana dana yang diperolehi PAS hingga mampu berkempen luar
dari Malaysia?
3) Adakah anda tidak sedar dengan tindakan PAS ini akan menyebabkan
pelajar-pelajar di sana akan merosakkan tujuan mereka pergi ke sana untuk
belajar?
SUARA telah melanggar arahan Duta yang melarang ceramah politik
diadakan di dataran tersebut.