KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label #GM13. Show all posts
Showing posts with label #GM13. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

SOLAT DIPERMAINKAN!!!MELAYU DIAM KECUT!!!


Ini realiti yang berlaku di dalam Malaysia pada hari ini. Apakah ini yang cuba atau hendak dibawa oleh golongan tertentu di dalam Malaysia? 

Hari ini rakyat mula sedar betapa pentingnya ISA di dalam negara Malaysia. Bagi MB, ISA tidak perlu dimansuhkan tetapi diperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi lebih baik. Lihat saja hari ini bila ketiadaan ISA, pelbagai ancaman dan jenayah mula berlaku. Demotrasi yang di perkenalkan oleh segelintir pihak telah memperondak-perandakkan negara Malaysia tercinta ini.

Mari kita lihat dari sudut Mahasiswa hari ini. Mahasiswa hari ini telah di rosakkan akal fikiran mereka oleh golongan tidak bertangungjawab di dalam negara ini. Fikirkan kebenarannya. Hari ini pada jam 2petang, kumpulan Pro Mahasiswa akan mengadakan demotrasi di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya. Jika tahun lepas mereka membawa batu nisan, tahun ini tidak pasti apa yang bakal mereka bawa.

Bagaimana soal akidah masyarakat Malaysia hari ini? Isu Syiah bukan isu remeh yang harus dibiarkan. Di kampus-kampus telah tersebarnya ajaran Syiah antara orang kuatnya ialah Khalid Syiah. Ternyata nikah muta'ah yang diajarkan oleh ajaran Syiah telah di amalkan oleh Khalid Syiah apabila berkahwin tidak sampai setahun telah bercerai. Itu baru satu kes yang MB kongsi. Kes lain bagaimana?

Hari ini juga dapat dilihat agama Islam sudah mula dicabar di pelbagai peringkat. Perhatikan video di bawah ini bagaimana anak cina boleh main-main dengan solat. MB terkilan apabila Pro Mahasiswa dan Gamis yang diperkatakan memperjuangkan ISLAM tetapi tidak menghalang kejadian ini berlaku. Jangan jadi munafik!!!

Perkembangan Terbaru dunia Pilihanraya kampus lihat di sini.



Demi Agama, Bangsa, dan Negara.... 
Kita sudah Tiada Masa...

Tuesday, 1 October 2013

ENDIKOUP DIPUKUL DAN DIPAKSA??? PRO M HILANG TARING!!!


MB mendapat maklumbalas daripada sahabat MB di UPM menyatakan puak komunis di sana memainkan isu bahawa banner "ini wilayah pro M" bersama bendera komunis itu adalah dibuat oleh geng Aspirasi. MB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana MB ada gambar mereka yang memasang bendera tersebut. Tetapi MB tidak dapat untuk menyiarkan gambar tersebut atas faktor keselamatan orang yang menyalurkan kepada MB.

Beberapa perkara MB hendak timbulkan disini ialah jenis dan kualiti banner tersebut merupakan daripada punca yang sama. Hasil risikan MB ia di beli daripada tempat yang sama. Persoalan yang bermain juga difikiran MB ialah kenapa kepala Endikoup berbenjol? Mungkinkah dia dipukul oleh individu tertentu untuk mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar tersebut? Mungkinkah Endikoup dipaksa dan diugut untuk keluarkan kenyataan tersebut? 1001 persoalan boleh timbul di sini.


Monday, 15 April 2013

APA BAKAL ANWAR PLAN RABU NANTI??? AWAS GOMO!!!

MB dapat maklumat esok Brader Anwar Bin Ibrahim sudah hantar konco-konco bawahannya untuk mengganggu Majlis ini. Awas!!!!


Siap sedia la Brader Anwar Bin Ibrahim TUTUP MUKA lepas ini bila dibogelkan. 
Ayuh semua kita turun ramai-ramai.




Monday, 8 April 2013

ANWAR BAKAL DIBOGELKAN ATAS PENTAS PERMATANG PAUH!!!

Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia. 

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh.

Papa Homo vs Papa Gomo


Kenyataan Rasmi PapaGomo.

Tindakan berani papagomo bertanding membuktikan bahawa papagomo benar-benar anak jantan. MB dan rakan-rakan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan PAPAGOMO memberi saingan sengit kepada Brader Anwar Bin Ibrahim. Oh yer... Ini baru betul-betul buku bertemu ruas. Bukan seperti Brader Anwar Bin Ibrahim yang menghantar mamat jambu ke Pekan bertanding untuk timbulkan provokasi!!!





Saturday, 6 April 2013

KHAS BUAT GM13, MAHASISWA USIM DAN UIA!!!HAYATI!!!




Haram jatuhkan kerajaan negara Islam kata Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram...

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.

"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai Perpaduan Senjata Umat Islam pada Program Bicara Tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Program selama tiga jam itu merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sempena lawatan tiga hari tokoh itu ke negeri ini.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, sekiranya umat Islam tidak suka terhadap kerajaan yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka, pastinya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh golongan itu.

Jelasnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia bukan cara menukar kerajaan negara Islam atau memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan pemimpin.

"Demonstrasi hanya boleh menyebabkan sesuatu perkara yang buruk menjadi lebih buruk dan ia bukan ubat penyembuh kepada setiap masalah.

"Justeru, jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa, malah membawa kepada fitnah yang lain," tegasnya.

Ujarnya, cara terbaik untuk mengubah kepimpinan yang baik adalah nasihat menasihati antara satu sama lain.

"Dalam perkara ini, para ulama, cendekiawan mahupun ahli fikir perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

"Pemimpin perlu ditegur oleh golongan itu dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat adalah menunjukkan contoh yang baik kepada pemimpin mereka," katanya.

P/S : Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim).

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah kerana kesannya yang amat merugikan. Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Negara akan hancur, rakyat akan menderita, hasil negara diambil oleh golongan kafir.


KUMPULAN CALON JAHIL BAKAL CENTUSKAN PROVOKASI DI PEKAN!!!!


Seperti yang MB centuskan di artikal di sini, kali ini MB nak dedahkan pula betapa Jahilnya puak-puak ini bila agama di persendakan. Sikap kurang ajar dan biadap mereka tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai provokasi dan demotrasi dilakukan mereka. 


Ini salah satu adengan yang berlaku di dalam demotrasi yang sangat GAGAL oleh puak-puak ini. Nanti MB akan dedahkan pula kaitan mereka dan bukti mereka bersama Puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim.

CALON TANGAN ZIONIS BERTANDING DI PEKAN!!! DIKESAN!!!


Tahniah kepada GM13 yang telah berani meletakkan calon Mohamed Bukhary untuk bertanding di Parlimen Pekan bertanding dengan Dato Seri Najib Tun Razak. Menarik untuk MB dedahkan siapa mamat Bukhary ni. Jika di lihat pendedahan oleh dirinya sendiri, mamat ni mempunyai latar belakang pendidikan agama. Tetapi persoalan di sini adakah pendidikan agama itu di semai dalam dirinya??? Mari kita lihat gerakan kumpulan mamat ni.

Gerakan puak mamat ni memang cukup dihina dan dikritik hebat di Universiti Malaya. Mereka ini mempunyai dana yang besar yang disalurkan oleh tangan-tangan ghaib bagi menimbulkan huru-hara di dalam kampus IPTA dan negara. Sepanjang Pilihanraya Kampus yang di adakan setiap tahun,pelbagai provokasi dilakukan mereka ini.


Gerakan mereka ini sanggup meletakkan kepala babi di dalam Masjid bagi mendapatkan undi simpati mahasiswa.Malah pernah menculik salah seorang calon yang bertanding semasa Pilihanraya Kampus bagi mendapatkan simpati mahasiswa juga.


Terbaru semasa Pilihanraya kampus 2012 yang berlangsung tempoh hari, mereka sanggup memukul Pengerusi mereka sendiri dan menuduh UMNO yang lakukan. Tapi perancangan mereka tetap berjaya MB gagalkan setelah MB mendapat maklumat awal perbuatan keji mereka ini. 

Layakkah mahasiswa biadap seperti ini dibiarkan? Semasa puak-puak ini dipukul di pekan baru-baru ini, sebenarnya ia adalah strategi JAHAT mereka memprovok penduduk setempat supaya memukul mereka. Tujuannya adalah untuk mendapatkan simpati masyarakat setempat dan membesar-besarkan pergerakan mereka ini. Semasa kejadian berlaku, persoalan yang timbul KENAPA SAFWAN ANANG TIDAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN SEDANGKAN KEMPEN DI SANA DIA YANG LEAD???

Banyak lagi pendedahan yang MB akan dedahkan. MB tekad untuk gasak mereka habis-habisan.
Video dibawah khas di pertontonkan kepada rakyat untuk menilai mereka ini!!!

Lagi cerita puak mahasiswa Biadap ini di sini.


PLZ ALERT THIS VIDEO!!! PAS OR UMNO MUST SEE THIS!!!


Jika benar puak-puak Brader Anwar Bin Ibrahim melakukan taktik keji ini, nescaya US akan masuk campur bagi membela Brader Anwar Bin Ibrahim. Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut, sila maklumkan segera kepada pihak Berkuasa. Kita harus bersatu dalam menyelamatkan negara tercinta ini.


Friday, 29 March 2013

KERANA TAKSUB ANAK MUDA BAKAL ULANG SEJARAH!!! AWAS PAS!!!


Mungkin anak muda hari ini sudah tidak mengetahui sejarah atau Peristiwa Memali. Pencerahan peristiwa ini haruslah di jadikan iktibar kepada semua anak muda supaya ia tidak berulang kembali. Peristiwa Berdarah Memali ini terjadi berikutan terlalu taksub dengan AMANAT HADI yang mana sehingga hari ini masih belum ditarik balik.

Kerisauan MB disini peristiwa seperti ini boleh berulang kembali. Jika dilihat corak politik tanahair hari ini, anak muda sudah terlalu taksub dengan Brader Anwar Bin Ibrahim. Apa sahaja penipuan Brader Anwar Bin Ibrahim ini arahkan, mereka akan terus mengiyakan tanpa memikir panjang. 

Awas!!! Jangan anda terlalu taksub dengan manusia dajal seperti Brader Anwar Bin Ibrahim ini!

Wednesday, 27 March 2013

FAHMI REDZA DAN VIDEO SEKS NIK AZIZ!!!!

MB telah merujuk kepada risikan dalaman MB didalam kumpulan fahmi redza. Dakwaan menyatakan bahawa fahmi redza telah diarahkan mengedit beberapa video pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang sedang berasmara. Fokus utama adalah kepimpinan PAS dan Nurul Izzah. Antara tujuannya :


1-Bagi meraih undi simpati kepada Pakatan Rakyat kerana melibatkan ulama Pas.
2-Bertujuan memastikan rakyat tidak mempercayai video seks yang sebenar dan tulen yang bakal dikeluarkan oleh papagomo.
3-Bagi mengalakkan golongan lgbt menyokong anwar.

MB melihat video tersebut sangat teruk dilakukan editnya. Ia sengaja dilakukan sebegitu bagi memudahkan rakyat menuding jarinumnonyang melakukannya.

AWAS!!! Ini adalah permainan reverse psiychology dan Gerak Saraf Perang Saraf daripada Pakatan Rakyat. Umno harus bersedia dengan serangan fitnah BRADER ANWAR BIN IBRAHIM INI!

Bukti lebih jelas bahawa video ini dikeluarkan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim ialah pada malam tadi dia telah keluarkan beberapa video yang menceritakan video-video yang obama telah edit bagi spin video seks nya dengan mahasiswa. sejurus video itu dikeluarkan di twitter Brader Anwar Bin Ibrahim ini, video nik aziz ini disebarkan. Ini satu strategi yahudi Brader Anwar Bin Ibrahim. Malah sanggup mengarahkan fahmi redza mereka video seks nurul izzah!

Nanti rakaman arahan Brader Anwar Bin Ibrahim selepas ini!!!

Tuesday, 19 March 2013

18SX!!!VIDEO SEKS ANWAR SUDAH DISEBARKAN!!!


Kalau Brader Anwar Bin Ibrahim @ Mr Mansuh nak saman MB silakan. U saman, I ulang lagi tau.

Ramai yang berkata kenapa UMNO asyik main isu seks sahaja? Rakyat dah jemu la. Sekarang ni Brader Anwar Bin Ibrahim telah pusing menjajah cerita dia difitnah dan minta simpati kepada rakyat. Nanti Brader Anwar Bin Ibrahim dapat simpati. Itu keluhan daripada rakyat di bawah.

MB ingin persoalkan kembali kepada semua. Adakah kamu mahu seorang Pemimpin yang melakukan LGBT dan mengalakkannya? Adakah kamu mahu Khalimah Allah di benarkan digunakan oleh Kristian? Adakah kamu mahu pengkhianat negara ini menjadi Perdana Menteri?

MB tegaskan disini segala video yang di dedahkan ini adalah untuk rakyat sedar siapa sebenarnya Brader Anwar Bin Ibrahim ini!!!


PENDEDAHAN PENIPUAN GM13 DI UiTM!!!

Semalam kumpulan mahasiswa GM13 sekali lagi cuba melakukan kekacauan di dalam UiTM. MB sangat pelik dengan puak-puak ni. Tidak habis-habis cuba menghasut mahasiswa melakukan rusuhan di dalam negara ini.

Dulu mereka berteriak memekik supaya pinda AUKU supaya mereka boleh berpolitik. Apabila AUKU dipinda yang mana MEMBOLEHKAN MEREKA INI TERLIBAT DENGAN POLITIK diluar kampus, Mereka terhengeh-hengeh pulak buat kacau di dalam kampus!!! Ini semua poyooooo belaka!!!


Kecoh dalam twitter puak-puak ini malam tadi yang mengatakan 15orang geng mereka ini di tahan polis. Memang dasar penipu!!! Pic di atas itu adalah mereka yang ditahan oleh polis bantuan UiTM bagi menjalankan siasatan seketika berhubung tindakan mereka ini. Bukan seperti fitnah yang mereka katakan!!!

Pic di atas tu ialah :
1) Muhd Akram
2) Ahmad Sauffi
3)Shaiful buhari
4) Muhd Farid 
5) Ekhsan Buncit
6)Safwang kerusi roda
7) Khalid Syiah.

MB pelik disini. Dimana Syis Kadir yang dikatakan akan bersama dalam jelajah mereka ini yer??? munafik lagikah puak-puak ni? Oh yer...kumpulan yang dikatakan menimbulkan kekecohan menghalau puak-puak ini ialah mereka yang geram kerana telah dipergunakan nama mereka bagi menarik sokongan mahasiswa UiTM. Pendedahan mereka ini boleh baca di sini.


Monday, 18 March 2013

NURUL IZZAH JADI KORBAN GENG MAHASEWEL #GM13



Gabungan Mahasiswa Pilihanraya ke 13 (GM13) atau lebih mudah dikenali sebagai Geng Mahasewel 13 dilaporkan akan menggempur kerusi-kerusi panas kawasan Parlimen yang dikatakan telah diperuntukkan oleh Pakatan Rakyat kepada mereka.

8 kawasan Parlimen tersebut adalah:
1. P121 Lembah Pantai
2. P125 Putrajaya
3. P131 Rembau
4. P85 Pekan
5. P146 Muar
6. P143 Pagoh
7. P157 Pengerang
8. P159 Pasir Gudang

Bagi menjayakan hasrat mereka, mereka akan mengatur beberapa jelajah sudut pidato syok sendiri mereka di beberapa buah IPTA di seluruh negara termasuklah di UM, UiTM, UPM, dan UKM. PMIUM, SMM, DEMA & GAMIS antara penggerak utama dalam siri jelajah mereka ini.

Ketaksuban mereka nampaknya bukan sekadar bercita-cita mengambil alih kerusi-kerusi ahli Parlimen Kerajaan yang penting dan berportfolio tinggi seperti PM dan TPM bahkan kerusi P121 Lembah Pantai sendiri, Nurul Izzah.


Bersediakah mahasiswa intelek menyerahkan undi kepada Geng Mahasewel?

Buat pidato syok sendiri... Ramainyer  =P


Sudah-sudahla tu... Nanti buat habis air liur hampa je sebab syok membebel sendiri. HaHaHa

Saturday, 9 March 2013

CERITA ANAK MUDA



Baru-baru ini terdapat sekumpulan mahasiswa yang mengelar diri mereka sebagai GM13 telah pun melancarkan manifesto mereka untuk bertanding di dalam PRU13 yang akan datang. Mereka ini sebenarnya adalah orang yang sama yang terlibat di dalam gerakan mahasiswa yang mencemarkan dan mengadaikan negara ini. Cuma nama baru digunakan setelah nama lama seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Pro-Mahasiswa (Pro-M), SMM dan lain-lain lagi telah sangat tercemar hinggakan ada yang benar-benar mengeji mereka ini.

Beberapa persoalan timbul terhadap pergerakan mereka ini :

1) Daripada mana sumber dana yang mereka perolehi selama ini?
2) Adakah suara mereka ini mewakili seluruh mahasiswa?
3) Layakkah mereka ini dipanggil mahasiswa sekiranya sikap mereka mengalahkan kambing di kandang?
4) Berapa pointer dan bagaimana realiti sebenar pelajaran mereka ini?
5) Apakah kelulusan mereka ini bagi menceritakan tentang hal ehwal ekonomi, pentadbiran, pengurusan dan sebagainya untuk mentadbir negara ini?


Ini antara imej yang mereka bawa semasa melakukan demotrasi. Nama sangat baik kan. Tetapi bagi MB, mereka inilah SYAITAN yang bertopengkan manusia. Mari saksikan perangai buruk meraka ini di dalam video di bawah.




Friday, 1 March 2013

CALON PEMBANGKANG DI PEKAN TERKANTOI!!!


Maklumat sulit yang MB terima. Satu mesyuarat sulit telah diadakan di Pejabat Agung PAS pada hari rabu lepas. Mesyuarat yang diketuai oleh Presiden Pemuda PAS Pusat itu membincangkan perbalahan utama yang berlaku di dalam GM13 hingga menyebabkan mahasiswa telah lari daripada bersama Pakatan Rakyat. Dalam Mesyuarat tersebut, Ehsan Bukhari telah disalahkan kerana menjadi punca Safwan Anang berkecil hati.

Lebih mengemparkan bilamana Presiden Pemuda PAS Pusat di dalam mesyuarat tersebut mengarahkan memanggil Syahid Zaini untuk kembali bersama PAS. Dakwaan menyatakan Syahid Zaini ditugaskan dan dibayar untuk bertanding di Pekan, Pahang bagi melawan Perdana Menteri. Ini bertujuan memalukan Perdana Menteri. 



Inilah Syahid Zaini yang mana selepas berkahwin menggunakan duit habuan Demo PTPTN tempoh hari terus menghilangkan diri dan menyepikan diri.



Ini antara PROVOKASI yang pernah dilakukan oleh Syahid Zaini ini. Malah di dalam mesyuarat tersebut telah dirancang beberapa provokasi besar-besaran bagi menjatuhkan negara.

Maklumat lanjut selepas ini.

Thursday, 21 February 2013

ANAK MUDA DAN MAHASISWA HARAM TENGOK VIDEO INI!!!


Ini antara mahasiswi yang mengabaikan pelajaran dengan menyertai Revolusi Bunga Raya untuk menjatuhkan kerajaan. Terlibat mengedarkan risalah memburukkan Perdana Menteri di Pekan. Melakukan provokasi dengan masyarakat Pekan dan berlakon menangis seperti diperlakukan sesuatu oleh masyarakat di sana. Sedar atau tidak sedar GM13 ini telah banyak mengabaikan pelajaran yang sepatutnya bertanggungjawab membantu meningkatkan kemajuan negara.


MB tertarik dengan ayat, "Kami akan sambut Datuk Seri dengan cara Mahasiswa." MB ingin bertanyakan kepada GM13 ini, bagaimanakah sebenarnya cara Mahasiswa? Jangan hipokrit dan menjadi orang munafik. Syis Abdul Kadir memang hebat berkata-kata. Tetapi malangnya terpesong agama sepertimana ayahandanya Bang Anwar Bin Ibrahim.

Sekali lagi MB tegaskan di sini, Dimana pendirian dan kenyataan tegas daripada GM13 apabila ISLAM di hina? Dimana borang pendaftaran pertubuhan GM13? Siapa yang membiayai GM13?

Akhir sekali, Adakah begini caranya mahasiswa GM13? 


Rakyat harus lihat tindakan mereka ini.

Tolong sebarkan video ini!!!

Saturday, 16 February 2013

GEMPAR!!!GM13 MERAYU BANTUAN UMNO AKHIRNYA!!!


Akhirnya perjuangan Gerakan Mahasiswa PRU13 hanya menjadi kisah dongeng sahaja. Tepat jam 10.40malam sebentar tadi, GM13 telah bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Mari kita saksikan PEMBOHONGAN BODOH bagi menyembunyi kebenaran sebenar terlebih dahulu.



Kenyataan ini di keluarkan bagi menyembunyikan KEMALUAN mereka kerana gagal dan dimalukan disebabkan tidak mendapat sokongan Bang Anwar Bin Ibrahim.


Amboi... Beratus motor dan kereta yang mengiringi mereka yer... Nak tahu kebenarannya???

Mari saksikan...





Kalau ratusan motor dan kereta, di manakah motor dan kereta itu berada??? 


Hanya beberapa orang sahaja ahli PAS bawahan menghantar mereka ini pulang dengan menaiki BAS.
Mari MB ceritakan hasil maklumat dalaman yang MB perolehi. Dakwaan menyatakan Syis Abdul Kadir dan Ehsan bertungkus lumus mendapatkan bantuan daripada Bang Anwar Bin Ibrahim bagi menyelesaikan masalah yang dialami. Tetapi malangnya Bang Anwar Bin Ibrahim meminta mereka meneruskan provokasi hingga tercentus sesuatu yang dapat di perbesarkan. Malangnya GM13 tidak berjaya lakukan. Syis Abdul Kadir merayu bantuan dari pemimpin-pemimpin PR untuk mengambil mereka pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi malangnya tidak ada langsung Pemimpin PR yang sudi membantu.

Akhirnya Syis Abdul Kadir mencapai satu keputusan setelah berbincang dengan ahli-ahli GM13 ini. Mereka sepakat meminta bantuan daripada Pengerusi UMNO di situ menghantar mereka pulang.


Disebabkan mengasihani mereka ini yang telah dipergunakan oleh Bang Anwar Bin Ibrahim, UMNO telah bersetuju membantu dengan menawarkan bas untuk membawa GM13 pulang ke KL.

Hasil bantuan UMNO, GM13 bergerak pulang ke Kuala Lumpur tepat jam 10.40malam sebentar tadi dengan diiringi pihak Polis.

Pesanan MB buat GM13. Jangan kamu angkuh merasakan diri kamu hebat kerana akhirnya kamu tunduk merayu kepada UMNO jua.

Friday, 15 February 2013

PEMBONGKARAN GM13 DIKEPONG DAN DI SERANG


Sekarang ini sedang gempar isu mahasiswa GM13 dikepong, dipukul dan sebagainya di dalam blog-blog dan portal pembangkang. MB pelik dan hairan kenapakah bila ini terjadi mereka menyebarkan provokasi meminta bantuan daripada seluruh masyarakat datang membantu? Kenapa tidak meminta bantuan daripada pihak Polis? Adakah selepas perancangan jahat mereka lakukan baru nak pergi berjumpa polis seperti mana kes pukul tempoh hari? 


Ekhsan Bukhari sampai saat ini tidak memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan laporan kesihatan selepas dipukul bagi mengesahkan ia dipukul. Kenapa???

MB telah bertanya kepada masyarakat di Pekan ini sebentar tadi kenapa masyarakat di sini mengepung dan mengamuk sekarang. Jawapan masyarakat di sini seperti yang MB jangkakan ialah :

MAHASISWA GM13 TELAH MELAKUKAN PROVOKASI DAHULU DENGAN MENGHINA MASYARAKAT KEPIMPINAN FELDA DAN MASYARAKAT DI PEKAN DENGAN MENYATAKAN MEREKA INI BUTA HATI DAN TERLALU BANYAK MAKAN DUIT HARAM HINGGA TIDAK SEDAR DIRI.

Mari kita merenung sekejap. Apa perasaan anda bilamana anda di hina dan di keji sebegitu???

Fikir-fikirkan.

*REVOLUSI BUNGA RAYA*

BEDAH SIASAT GERAKAN GM13


MB mendapatkan respon daripada Peneroka Gugusan Felda di mana GM13 melakukan jelajah.
Antara suara-suara dan keluhan masyarakat Felda ialah :

1) GM13 ini telah memusnahkan keharmonian peneroka-peneroka gugusan Felda apabila terdapat gangguan  bunyi bising kenderaan yang di naiki mereka serta laungan-laungan mereka ini.

2) Terdapat ketidak selesaan anak-anak gadis di kampung ini apabila terdapat cubaan "membeli" oleh beberapa anak muda yang terlibat di dalam GM13 ini.

3) Ada di antara anak muda GM13 ini melakukan pemandangan mata ketidakpuasan hati kepada masyarakat Felda ini malah anak muda ini cukup pantang melihat perempuan cantik melalui depan mereka.

Anda berpikirlah sebagai seorang bapa kepada anak-anak anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...