KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Monday, 8 October 2012

GEMPAR!!!GM-UKM KELUAR PRO-MAHASISWA!!!


Tahniah GM-UKM kerana akhirnya anda sudi bersama-sama Aspirasi Mahasiswa. Sedar atau tidak sedar sekarang ini Pro-Mahasiswa bakal kehilangan sokongan mahasiswa daripada UKM. Terbukti GM-UKM dengan rasa rendah diri telah bersama Aspirasi UKM dalam perjuangan di jalan yang benar seperti yang selalu Aspirasi Mahasiswa laungkan. Sumber dalaman MB seperti sebelum ini MB dedahkan mengatakan GM-UKM cukup takut dikaitkan dengan Pro-Mahasiswa. GM-UKM dalam mesyuarat rahsianya mengatakan mereka menentang kejahilan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. Malah mereka tidak sanggup menjadi kuda tunggangan Bang Anwar Bin Ibrahim seperti yang berlaku kepada Pro-Mahasiswa dalam memecahbelahkan mahasiswa di dalam kampus melalui Konspirasi Bersih Kampus.


Sebagai langkah awal menunjukkan bahawa GM-UKM telah menolak Pro-Mahasiswa dan bersama Aspirasi Mahasiswa, mereka dengan rasa rendah diri telah membantu Aspirasi Mahasiswa UKM dalam mempromosikan Kad Diskaun 1Malaysia yang selama ini diperjuangkan oleh Aspirasi Mahasiswa. Tahniah GM-UKM kerana telah sudi bersama Aspirasi Mahasiswa. 

Ayuh kita lihat apa lagi kejayaan Aspirasi Mahasiswa perjuangankan selama ini.




ANAK MUDA PAS NEKAD TOLAK PRO-MAHASISWA!!!



MB mengucapkan syabas kepada anak muda daripada Parti PAS kerana telah berani bersuara menolak budaya politik tidak matang yang saban hari semakin melampau yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. MB bangga apabila Anak Muda ini telah bertekad politik ganas dan samseng serta lucah yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa. Malah Presiden Pro-Mahasiswa Nasional semakin jijik menipu mahasiswa dalam meraih undi simpati di Universiti Malaya dalam PRK baru-baru ini dengan menggunakan strategik mengatakan dipukul oleh tali barut UMNO dan aspirasi. MB ucapkan terima kasih kepada rakan dalaman MB didalam Pro-Mahasiswa yang mendedahkan maklumat tersebut hinggakan provokasi tersebut gagal sama sekali.

Kenyataan oleh anak muda ini adalah kerana melihat kepincangan dan kebiadapan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa yang rata-ratanya menjadi kuda tungangan Bang Anwar Bin Ibrahim. Semoga mahasiswa dan anak muda kembali sedar penipuan dan permainan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini hinggakan sanggup meraih sokongan dengan menggunakan agama. Mari kita sama-sama dedahkan keburukan dan penipuan kejahilan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini.






Tuesday, 25 September 2012

GMUKM TIDAK MENANG DI UKM!!!






Sekarang ini sedang berlangsung pengiraan undi di UKM. Maklumat awal yang MB perolehi mengatakan tahun ini Pilihanraya kampus di UKM memberi sejarah baru kepada pentadbiran Universiti iaitu KEKALAHAN TERUK kepada ASPIRASI UKM berbanding tahun lepas. 




Sebenarnya di UKM ini Gabungan Mahasiswa UKM tidak MEMENANGI pilihanraya kali ini. Kenapa MB berkata begitu??? Ini kerana mahasiswa di UKM ini mengadakan undi protes kepada pentadbiran Universiti.  Sekiranya mahasiswa tidak mengadakan undi protes ini, 100% Aspirasi boleh memenangi Pilihanraya Kampus kali ini.


Hasil pemerhatian MB di UKM, terdapat terlalu ramai campur tangan politik luar didalam Pilihanraya Kampus ini. Yang menjadi persoalan MB, segala permasalahan di UKM yang dibawa tetap tidak dapat diselesaikan dan bersifat lepas tangan. Kebajikan jentera-jentera banyak terabai.


MB dengar terdapat pegawai-pegawai yang dikerahkan untuk membantu UKM memenangi Pilihanraya Kampus kali ini. Tetapi di mana pegawai ini semasa penamaan dan disaat permasalahan berlaku??? Telefon Bimbit tidak berfungsi semasa itu.


Disini MB mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Ini adalah kenyataan yang perlu diketahui oleh pihak atasan. Pendedahan ini adalah kerana MB cintakan keamanan di kampus dan tidak mahu melihat kampus diganggu gugat oleh Pro-Mahasiswa yang sentiasa bertindak liar dan berdemotrasi.

Semoga selepas ini perhatian yang serius diambil bagi menyelesaikan permasalahan dalaman UKM.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...