Sekarang ini sedang berlangsung pengiraan undi di UKM. Maklumat awal yang MB perolehi mengatakan tahun ini Pilihanraya kampus di UKM memberi sejarah baru kepada pentadbiran Universiti iaitu KEKALAHAN TERUK kepada ASPIRASI UKM berbanding tahun lepas.
Sebenarnya di UKM ini Gabungan Mahasiswa UKM tidak MEMENANGI pilihanraya kali ini. Kenapa MB berkata begitu??? Ini kerana mahasiswa di UKM ini mengadakan undi protes kepada pentadbiran Universiti. Sekiranya mahasiswa tidak mengadakan undi protes ini, 100% Aspirasi boleh memenangi Pilihanraya Kampus kali ini.
Hasil pemerhatian MB di UKM, terdapat terlalu ramai campur tangan politik luar didalam Pilihanraya Kampus ini. Yang menjadi persoalan MB, segala permasalahan di UKM yang dibawa tetap tidak dapat diselesaikan dan bersifat lepas tangan. Kebajikan jentera-jentera banyak terabai.
MB dengar terdapat pegawai-pegawai yang dikerahkan untuk membantu UKM memenangi Pilihanraya Kampus kali ini. Tetapi di mana pegawai ini semasa penamaan dan disaat permasalahan berlaku??? Telefon Bimbit tidak berfungsi semasa itu.
Disini MB mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Ini adalah kenyataan yang perlu diketahui oleh pihak atasan. Pendedahan ini adalah kerana MB cintakan keamanan di kampus dan tidak mahu melihat kampus diganggu gugat oleh Pro-Mahasiswa yang sentiasa bertindak liar dan berdemotrasi.
Semoga selepas ini perhatian yang serius diambil bagi menyelesaikan permasalahan dalaman UKM.
1 comment:
cilake ape post ko ni
protes mendenye
DA CALON PON X CUKOP!!!
KO P TGOK BAPE BNYK UNDI ROSAK!!
TU SUME ASPIRASI LA TU
NK UNDI TAPI CALON XDE!
BANGANG BETOL
Post a Comment