Melihat senario politik semasa sekarang dan politik kampus di kala pilihanraya kampus sedang berlangsung, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh pihak pembangkang baik di peringkat nasional mahupun peringkat kampus.
Jika perhatikan pergerakan Pro-Mahasiswa ataupun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di dalam Pilihanraya kampus kali ini agak perlahan dari segala gerak kerja. Jika anda sedar dari segi pemasangan poster dan kempen yang dilakukan oleh Pro-M atau PMI kali ini tidak ghairah seperti tahun sebelum ini sehinggakan ada kampus yang tidak digantungkan poster walaupun sekeping. Hairan dan Ajaib betul???
Kemenangan Aspirasi di 5 kampus telah menyejukkan hati pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Terdapat pegawai-pegawai khas yang mula mendabik dada kemenangan tersebut. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman, berita itu sangat mengembirakan mereka dan memberi ketenangan jiwa kepada mereka. Tetapi jika mereka yang berpengalaman, ia sangat merisaukan kerana tidak logik Pro-M atau PMI ini membiarkan begitu mudah Aspirasi Mahasiswa menang.
Lantas MB turun ke pandang dan mengkaji. Akhirnya MB berjaya mendapat rahsia sebenar apa yang bakal mereka ini lakukan. Hasil risikan mendapati mereka ini sanggup mengorbankan Pilihanraya Kampus ini walaupun kalah tetapi menang di peringkat PRU-13. Benarkah ini bakal terjadi???
MB akan mendedahkan konspirasi yang di jalankan oleh Pro-Mahasiswa dan Persatuan Mahasiswa Islam ini hasil daripada pendedahan maklumat daripada 2orang yang menjawat jawatan tertinggi di dalam gerakan pembangkang Mahasiswa ini. Malah mereka ini terlibat di dalam mesyuarat tertinggi bersama pemimpin pembangkang!!! Pendedahan maklumat ini berprofil tinggi dan dilakukan kerana mereka ini insaf dengan apa yang berlaku. Nantikan pendedahan demi pendedahan nanti.
Ini pendedahan di peringkat permulaan. Nantikan pendedahan konspirasi mahasiswa pembangkang ini!!!
No comments:
Post a Comment