KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Monday 24 September 2012

PRO-MAHASISWA MENGGANAS DI UKM!!!



Dalam menghadapi Pilihanraya pelbagai cara dilakukan bagi meraih undi mahasiswa. Di UKM ternyata pendekatan yang dilakukan oleh GMUKM sangat ganas. Risikan MB terhadap video ini mendapati GMUKM atau lebih dikenali di peringkat nasional ialah Pro-Mahasiswa telah cuba merempuh masuk ke sebuah kolej kediaman mahasiswa. Dalam tragedi ini, maklumat awal diperolehi ialah Pro-Mahasiswa ini hendak berkempen di kolej ini dan pada masa yang sama bakal menimbulkan provokasi bagi mencetuskan pergaduhan bagi mendapatkan simpati mahasiswa. 


Temubual MB bersama beberapa mahasiswi di kolej berkenaan mendapat respon negatif. Bagi mahasiswi baru yang pertama kali menghadapi situasi ini berkata, mereka ketakutan apabila kumpulan mahasiswa Pro-Mahasiswa ini membuat kekecohan dengan membunyikan motor sekuat-kuatnya bagi menakutkan penghuni di kolej berkenaan sebagai amaran jangan turun mengundi atau mengundi calon dari Pro-Mahasiswa ini. Bagi Mahasiswi yang telah lama berada di Kolej berkenaan, mereka berkata bahawa sepanjang berada di UKM sehingga saat ini mereka sentiasa ketakutan dan bimbang keselamatan mereka berikutan kumpulan Pro-Mahasiswa atau GMUKM ini sentiasa mengadakan demotrasi. Bahkan ada diantara mereka yang memaksa pelajar turut serta bersama Pro-Mahasiswa atau GMUKM ini dalam setiap demotrasi yang mereka lakukan.


Maklumat sulit yang MB perolehi mengatakan bahawa Pro-Mahasiswa atau GMUKM ini mengadakan mesyuarat tergempar semalam bagi memikirkan jalan supaya mereka tidak dikaitkan dengan nama Pro-Mahasiswa kerana mereka dapati nama Pro-Mahasiswa telah BUSUK DAN BURUK di mata mahasiswa. Bagi menimbulkan prepsepsi yang mereka ini berada di pihak lain, mereka menggunakan pendekatan yang lebih Islamic di hadapan para mahasiswa bagi meraih undi.





Ini ada poster bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi tidak tersilap memilih pemimpin mereka.


Untuk cerita lebih menarik tentang kenapa GMUKM @ PMI ini takut dikaitkan dengan PRO-MAHASISWA, anda boleh lihat di sini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...