KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Friday, 28 September 2012

KONSPIRASI BERSIH KAMPUS DI UM

Siang nanti akan berlaku Pilihanraya Kampus kecil bagi 2 fakulti di Universiti Malaya. Harapan Kemenangan Penggerak Mahasiswa terletak pada calon mereka di 2 fakulti ini. Walaubagaimanapun maklumat dalaman MB mendapati terdapat 4 calon Pro-Mahasiswa yang telah memenangi PRK pada Selasa lepas telah bersedia untuk bersama Penggerak Mahasiswa setelah melihat strategik Pro-Mahasiswa sanggup membuat apa sahaja asalkan memenangi Pilihanraya Kampus ini. 

Sumber MB turut menyatakan kepimpinan Pro-Mahasiswa sedang gelisah mencari siapa 4 orang calon ini sehinggakan pelbagai cara dilakukan bagi mengikat kesemua calon Pro-Mahasiswa yang telah menang. Adakah untuk Pilihanraya Kampus kecil ini Pro-Mahasiswa akan melakukan Konspirasi lagi setelah gagal melakukannya pada Selasa lepas??? Sama-sama nantikan pendedahannya...


Sepanjang 3tahun ini pelbagai gerak kerja jahat telah dilakukan sehingga sanggup menggunakan kepala babi bagi meraih undi simpati. Pendedahan lanjut boleh baca di sini.


Pada tahun ini Konspirasi Bersih Kampus hampir berjaya dilakukan. Namun maklumat risikan dalaman MB telah berjaya mendedahkan konspirasi Pro-Mahasiswa pada tahun ini sehinggakan ia telah menyebabkan mahasiswa kecewa dengan permainan kotor Pro-Mahasiswa. Hasil pendedahan tersebut menyebabkan kepimpinan Pro-Mahasiswa UM kucar-kacir hingga menyebabkan mereka terpaksa memanggil rakan luar UM mereka untuk membantu dalam PRK kali ini.


MB pernah dedahkan Konspirasi yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa di UM. Tepat maklumat risikan MB bahawa Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional akan membuat report polis dia dipukul. Setelah sedar bahawa konspirasinya telah terdedah, Pro-Mahasiswa telah 'spin' konspirasi ini bahawa ia telah dirancang UMNO kerana blogger-blogger UMNO telah mendedahkan konspirasi ini lebih awal. Ditegaskan disini bahawa MB bukan blogger UMNO dan tidak terikat dengan mana-mana pihak!!! Pendedahan yang MB lakukan adalah hasil maklumat dalaman.

MB mendapat maklumat bahawa pihak polis telah mencari Edikoup seharian bagi membantu siasatan laporan polis yang telah dibuat Edikoup tetapi tidak dijumpa. Berita ini telah di dedahkan di sini.

 Persoalan MB kenapa saudara Edikoup menghilang atau melarikan diri daripada pihak Polis? MB dapat rasakan alasan yang bakal diberinya adalah risau dengan Konspirasi Ops2020. 


MB ingin mendapatkan penjelasan tentang maklumat yang diperolehi daripada sahabat MB tentang "AGENDA BERSIH KAMPUS' yang telah dijalankan oleh Pro-Mahasiswa bersama dengan kepimpinan Pembangkang. MB melihat Konspirasi Bersih Kampus ini telah berjalan lama dan hasilnya telah terdapat kumpulan yang aktif berdemo mencemarkan maruah negara serta mencemar Institusi Kesultanan Negara sehingga ada mahasiswa pembangkang ini mempertikaikan Sultan.


Konspirasi Bersih Kampus ini MB rasakan perlu di beri perhatian serius daripada mahasiswa Pro-Kerajaan dan kepimpinan kerajaan sendiri kerana melalui Konspirasi Bersih Kampus ini, MB dapat rasakan mereka ini telah merekrut kumpulan-kumpulan anak muda yang mampu menderhaka kepada tanah air tercinta.

Untuk melihat penerangan lebih jelas tentang KONSPIRASI BERSIH KAMPUS ini, boleh rujuk di sini.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...