KHAS UNTUK ANAK BANGSA KU

Showing posts with label GAMIS. Show all posts
Showing posts with label GAMIS. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

GAMBAR CERITAKAN SEGALANYA!!!

Jom fikirkan bersama.


Apa pendirian GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam tentang isu Khalimah Allah???

Di mana desakan suara GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam terhadap penghinaan Khalimah Allah oleh puak DAP serta penyerbaran bible kepada murid sekolah?

Selama ini GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam menyatakan mereka memperjuangkan ISLAM tetapi apabila ISLAM dipermainkan oleh DAP,mereka diam membisu. Kenapa?

Friday, 18 January 2013

GAMIS MEMBISU PRO M TERKEDU!!!


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang dan keputusan Majlis Syura hanya terikat untuk ahli-ahli Pas sahaja.

“Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden PAS mengesahkan kedudukan PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (PAS) tidak berkaitan dengannya, “tegas Azmin seperti dilaporkan FMT pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu sepakat dan bersetuju bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ wajar diberikan untuk semua agama, dengan syarat ia ‘tidak disalahgunakan’.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kalimah ‘Allah’ adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Bagaimanapun, Majlis Syura PAS dalam mesyuaratnya Ahad lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam bible Bahasa Malaysia atau mana-mana bahasa kerana ia tidak mencapai makna sebenar perkataan Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Mengulas perkara itu, Azmin yang dianggap orang kanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura Pas hanya untuk ahli-ahlinya sahaja.

“Kami menghormati pandangan Majlis Syura. Kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk bercakap dan kita mempertahankan hak demokratik setiap individu.

“Tetapi keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahlinya (sahaja),” katanya.

Walaupun keputusan Majlis Syura membuat keputusan berbeza, namun ia tidak boleh mengubah polisi PR yang telah disepakati bersama.

“Kami, PKR, DAP dan PAS terikat dengan dasar umum yang telah dipertimbangkan, dibincangkan, diluluskan dan disahkan. Dan mesyuarat yang paling terkini adalah pada 8 Jan.

“Kami tidak boleh menukar pendirian setiap hari. Jadi, walaupun isu ini dibincangkan sekali lagi, pendirian PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah berubah, ” katanya lagi.



Sebelum ini jika mahasiswa masih ingat betapa Persatuan Mahasiswa membela Pakatan Rakyat di dalam isu khalimah ALLAH. Point yang digunakan ialah PAS golongan ulama-ulama terpilih telah membenarkan penggunaan Khalimah Allah ini kepada bukan Islam. Kini Majlis Syura telah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan perkara ini berlaku. Sepatutnya Persatuan Mahasiswa Islam juga harus menarik kenyataan mereka sebelum ini bagi memastikan mahasiswa tidak terpesong akidahnya.


DIMANA KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM YANG LANTANG MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI KINI MENYEPI DARIPADA MEMPERKATAKAN ISU KHALIMAH ALLAH INI???

PAS DIAM BILA DAP HINA AL-QURAN!!! BUKTI!!!


Ungkapan PAS itu Islam dan Islam itu PAS adalah ungkapan keramat bagi puak-puak taksub pada PAS ini termaksud menjadi pegangan Ustazah Mee Segera. MB pelik sangat apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah tetapi bila ISLAM atau orang ISLAM dihina mereka membisu 1001 bahasa mahupun jikalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung. 

Masih teringat MB bila mana pemimpin DAP mengutuk keras tindakan orang ISLAM berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah S.A.W., PAS dengan tersengihnya membela puak DAP ini atas alasan DAP ini bukan ISLAM dan tidak memahami ISLAM. Wahh... begitu mudah jawapan PAS.

Beberapa hari lepas perkara yang lebih teruk telah dilakukan oleh Patrick Teoh yang mana parasit ini telah menyumpah dan menghina Al-Quran di sebabkan kemarahan larangan yang dikenakan PAS dalam persembahan hiburan di Kedah. Dek ketakutan kehilangan dana dari DAP, PAS menarik balik larangan tersebut.


MB secara peribadi menganggap kebencian Patrick Teoh terhadap ISLAM itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati. Jika benar, berkemungkinan seluruh penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam? 

Kenyataan Patrick Teoh yang bercakap tidak berlapik dan berfikir panjang adalah bukti bahawa DAP semakin biadap kerana sengaja mencabar umat ISLAM agar berhadapan dengan mereka. Harus diingatkan bahawa perkara ini terjadi kerana lemahnya umat ISLAM kini. MB menegaskan bahawa semua ini terjadi kerana PAS yang dengan BONGKAHnya menyatakan mereka simbol ISLAM itu sendiri asyik bercakap putar alam dan tersengih-sengih membontoti DAP celaka dan Bang Anwar Bin Ibrahim. 

Harus direnungi bahawa tiada satu pun kenyataan daripada PAS mendesak Patrick Teoh memberi pencerahan secara terbuka kenapa parasit ini boleh begitu lantang menghina ISLAM. Walaupun Parasit DAP ini telah memohon maaf, tetapi APAKAH JAMINAN IA TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI???
Jika PAS masih mengambil sikap mendiamkan diri terhadap isu ini, MB percaya DAP akan semakin naik tocang kerana mereka tahu yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun SEKIRANYA mereka memijak-mijak AL-QURAN di hadapan mata PAS. Kepimpinan DAP dengan bongkah dan lantang sangat yakin serta pasti bahawa akan ada pemimpin PAS yang akan bersama mereka dengan memberi alasan setiap tindakan DAP itu adalah kerana mereka bukan ISLAM dan tidak memahami ISLAM. 

MB dengan tegasnya menyatakan Patrick Teoh tidak boleh dibiarkan begitu sahaja walaupun berkemungkinan besar PAS akan berdemo bagi membela parasit ini. Kejahilan Patrick Teoh terhadap Islam bukan alasan kerana parasit ini berada di negara ISLAM dengan majoritinya umat ISLAM. Permohonan maaf Patrick Teoh haruslah disertakan dengan JAMINAN bahawa perkara ini tidak akan berulang kembali.



Agama ini adalah ibu segala-galanya dalam diri manusia. Bila agama berjaya dimusnahkan, rosaklah diri kita ini. DAP sedar perkara ini. Disebabkan itu DAP sentiasa melakukan provokasi dengan mempermainkan agama ISLAM. Percayalah tindakan BIADAP DAP ini merupakan revolusi bagi menghapuskan ISLAM tanpa sedar.


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Tuesday, 15 January 2013

JAHILNYA PAS DALAM MENJILAT DAP



Isu Khalimah Allah ini benar-benar mengecewakan ramai pihak. Secara jujur bilamana isu ini dibangkitkan oleh DAP untuk menggunakan khalimah Allah di dalam kitab bible oleh penganut Kristian, dengan lantangnya puak-puak keji di dalam PAS menyokong permintaan tersebut bagi menjaga hati puak-puak DAP ni. Baik daripada kepimpinan atas hingga ke bawah mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan ini dari Nik Aziz, Hadi Awang dan pencacai jalanan bawahan. 

Pelbagai episod cerita dikeluarkan menyebabkan umat Islam di Malaysia khususnya di dalam PAS bergaduh dan bergolak sesama sendiri demi menjaga hubungan baik dengan DAP dan Bang Anwar Bin Ibrahim hingga lupa pada perjuangan untuk memartabatkan Syariat Islam. 


Pergolakkan demi Pergolakkan berlaku disebabkan Presiden Pas sendiri menjadi lembu yang ditarik oleh Bang Anwar Bin Ibrahim ini. Di peringkat akar umbi PAS bergaduh demi mempertahankan pegangan masing-masing. MB kecewa melihat ini berlaku bilamana ini terjadi, Lim Guan Eng dengan rakus dan bongkahnya menyatakan ini bukan masalah DAP sedangkan ia disebabkan permintaan DAP sendiri.


Disebabkan perpecahan dan desakan umat ISLAM terhadap isu penggunaan Khalimah Allah ini, Majlis Syura Pas telah mengadakan perjumpaan tergempar membincangkan isu ini. Lantas menarik balik keputusan membenarkan khalimah Allah ini kepada bukan Islam. 

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, hampir hancur umat Islam di Malaysia ini. Apa yang MB boleh katakan bahawa Nik Aziz berakalkan emosi, sama juga dengan Azizan Razak dan sekutunya bilamana diasak oleh DAP dan erdogan Bang Anwar Bin Ibrahim lagi bertambah emosi mereka ini. Jika tidak di turuti arahan Bang Anwar Bin Ibrahim, dana tidak sampai jawabnya.



Bila Majlis Syura keluarkan kenyataan, pelbagai pihak dari DAP mula menyerang kepimpinan PAS dengan ketidak pendirian PAS untuk menyokong DAP.DAP langsung tidak menghormati pendirian PAS. Masihkah PAS mahu bersekutu dengan DAP ini??

DIMANA MARUAH PAS SEKARANG??? 


*REVOLUSI BUNGA RAYA*

Monday, 24 December 2012

KESEDARAN YANG GAMIS HARUS SEDAR!!!


MARI KITA LUPAKAN SOAL PARTI DAN PIKIRKAN KEMBALI SEGALA KATA-KATA YANG TELAH DISAMPAIKAN. FIKIRKAN AGAMA ISLAM DAN RENUNG JAUH APA YANG TELAH DISAMPAIKAN.

HARAP ANDA INSAF....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...